Rabu, 17 November 2010

Korban CINTA (Dunia Demi Akhirat)

Hari raya korban atau lebih sinonim dengan panggilan  raya haji  disambut dengan cukup meriah seluruh negara pada hari ini yang jatuh pada 17 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah..Suasana lebih meriah terasa di kampung2 halaman terutamanya di negeri2 pantai timur khasnya negeri Kelantan yang sememangnya menjadi tradisi hari raya haji ini lebih meriah drpd raya puasa..Seboleh2nya anak2 perantauan akan cuba kembali ke desa mereka untuk memeriahkan sambutan korban yang bagaikan menjadi satu upacara yang ditunggu2 bukan sahaja oleh pengembala lembu atau kambing yang sudahh pasti "sold out"ternakan korban mereka tetapi oleh mereka2 yang melakukan ibadah korban pada tahun ini..
Pengorbanan yang dilakukan oleh mereka2 ini dengan penuh ikhlas sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda apatah lagi daging2 korban ini wajib disedekahkan kepada fakir2 miskin yang tiada kemampuan untuk mereka melakukan ibadah ini dan hanya melalui konsep sebegini sahajalah fakir2 miskin dapat berkongsi rasa kegembiraan dengan mereka yang melakukan korban..Sesungguhnya ibadat korban ini berlaku sebagai menguji rasa keimanan dan ketaqwaaan hamba Allah yang bernama Ibrahim dan anaknya ismail dalam kehidupan mereka apabila telah diwahyukan kepada si ayah agar menyembelih anaknya sebagai tanda keimanan mereka terhadap Allah Taala..Tiada yang paling sedih dan paling menyayat hati seorang ayah apabila terpaksa melakukan ibadah pengorbanan dengan menyembelih anaknya namun kesemua itu disambut dengan penuh keredhaan dan penuh rasa tawaddu` si ayah kepada suruhan tuhannya..Tambahan pula dalam masa yang sama si anak dengan hati yang penuh tenang dan berlapang dada menerima ketentuan terhadap dirinya malah memberi keyakinan kepada ayahnya agar menyempurnakan segala perintah Allah Taala sebagai bukti keimanan mereka..Ternyata semangat drpd si anak sendiri telah mengukuhkan lagi hasrat si ayah sehinggalah tiba masanya apabila dengan penuh tenang dan redha atas ketentuan Ilahi maka Nabi Ibrahim telah menyempurnakan korban dengan melakukan ke atas anaknya yang paling di kasihi iaitu Nabi Ismail..Kuasa Allah Taala melebihi segala2nya dan dengan kekuasaannya di saat Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya maka telah ditukar ganti Nabi Ismail dengan seekor kibas dan sehingga ke hari ini menjadi ikutan umat islam di seluruh dunia tentang ibadat korban ini..
Itulah sebesar2 pengorbanan oleh seorang hamba terhadap tuhanNya dan sehingga ke saat ini ianya menjadi detik penting dan pengajaran yang sangat mendalam kepada umat islam dari sisi erti pengorbanan..Dari satu sudut yang lain pula kita kadangkala terpaksa melakukan pengorbanan bukan sahaja terhadap agama malah terhadap bangsa dan tanahair..Tanda rasa pengorbanan terhadap agama bangsa dan tanahair malah diri sendiri ini boleh dijayakan dengan berbagai2 cara yang sememangnya sudah pasti tidak akan menyalahi dari sudut akidah seorang islam..Di kalangan kita ada yang terpaksa mengorbankan nyawa mereka demi ibu pertiwi sehingga membawa mereka jauh di perbatasan untuk menjaga keselamatan negara drpd diganggu gugat oleh anasir2 luar yang tidak sihat seterusnya mencetuskan suasana huru hara dalam negara yang aman damai ini..Mereka sanggup dibawa kemana sahaja dalam membawa panji2 negara dengan merelakan nyawa mereka sebagai galang ganti meskipun mereka mengetahui akan risiko yang terpaksa ditanggung lebih2 lagi jika sesuatu yang tidak diduga berlaku sudah pasti keluarga mereka akan kehilangan tempat utk bergantung harap namun demi pengorbanan untuk negara kesemua itu diredah oleh mereka tanpa ada sedikitpun wajah2 kerisauan kerana mereka cukup percaya bahawa ajal maut adalah di tangan tuhan waima di antartika mereka mungkin akan menjadi mayat..Tetapi itulah pengorbanan kalangan kita yang bergelar perajurit dan juga mana2 anggota beruniform yang sudah melafazkan ikrar taat setia mereka disaat mereka menjadi pahlawan negara..Janganlah kita memandang remeh atau hina kerjaya anggota beruniform ini kerana nilai kesetiaan dan ketaatan mereka terhadap panji2 negara dan Yang Di Pertuan Agong tidak berbelah bagi malah memberikan nyawa sebagai galang ganti demi ibu pertiwi
Ada juga kalangan kita yang melakukan pergorbanan demi kebahagiaan seorang insan yang mereka sayang agar kehidupan mereka senantiasa dalam keadaan yang menyenangkan meskipun diri terpaksa menahan derita sengsara..Itulah pengorbanan ibu bapa terhadap anak2 mereka yang sanggup meredah pahit maung kehidupan demi memastikan anak2 mereka mendapat apa yang sewajarnya terutamanya dalam pendidikan..Pengorbanan yang tidak mampu dijual beli ini adalah pengorbanan hakiki demi memastikan kegemilangan anak2 mereka agar  kehidupan perit dan penuh dengan onak dan  liku yang mereka telah  lalui ini tidak akan berlaku pada anak2 mereka apabila anak2 mendapat pendidikan yang sempurna sehingga mereka menjadi orang yang berguna bukan sahaja kepada kedua ibu bapanya malah kepada agama bangsa dan negaranya..Nilai pengorbanan kedua ibu bapa ini tidak sedikitpun mereka meminta agar dibalas kelak kerana bagi mereka sudah memadai seandainya anak2 mereka dapat menghayati perit jerih ini dengan mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya seterusnya mendoakan kepada mereka drpd ayat2 suci al quran sebagai sedekah apabila mereka sudah tiada...Tiada yang lebih bernilai bagi seorang ibu dan bapa dengan meninggalkan anak2 yang soleh yang menyuburkan suasana yang cukup aman tatkala mereka berhadapan dengan malaikat2 Allah atas segala apa yang mereka lakukan semasa di dunia
Begitu juga nilai pengorbanan seorang suami kepada isterinya dan seorang isteri kepada suaminya demi memastikan nilai2 hidup berterusan tanpa ada kekecamukan yang berlaku pada alam rumahtangga mereka..Pengorbanan yang kadangkala hanya mereka yang memikulnya sahaja yang tahu akan beban dan tanggungjawab ini adalah sesuatu yang cukup kritikal untuk mereka yang diluar sana memahaminya..Senyuman menjadi suatu lakonan yang amat berkesan tatkala kesedihan melanda namun semangat yang tabah dalam diri seorang suami@isteri telah menjadikan lakonan tersebut berjaya dan amat berjaya tanpa dapat dihidu oleh mereka2 yang melihat kepada sifat penzahiran sedangkan hakikatnya perit yang melanda seolah2 nyawa mereka di cabut apatah lagi saat2 keduanya memerlukan antara satu sama lain..Ternyata pengorbanan adalah sesuatu yang sudah menjadi resam hidup kita apatah lagi kita yang beragama islam dimana setiap dugaan dan cabaran yang melanda dalam kehidupan kita adalah salah satu drpd cara Yang Maha Kuasa untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kita supaya kita senantiasa ingat bahawa Dia lah Yang Maha menentukan atas segala kejadian walau sehebat manapun perancangan hambaNya..Pengorbanan ini akan berlaku bukan sahaja kepada mereka yang bergelar ibu bapa,anak2 tetapi  pada mereka2 yang terpilih utntuk melaksanakan tuntutan pengorbanan samada dari yang sekecil hinggalah sebesarnya sebagai tanda menyusuri kehidupan atas nama hamba kepada Penciptanya..Qada` dan Qadar adalah perkara yang wajib umat islam tu terima dan beriman kepadanya..Jika kita memahami dan menghayati erti setiap pengorbanan yang kita lakukan tanpa sedari atau tidak maka sudah tentu perjalanan hidup kita akan bersatu dengan cahaya keimanan yang tidak mampu untuk kita beli kerana sesungguhnya cahaya keimanan akan terus mengelilingi kita sekiranya kita redha atas setiap apa yang berlaku dan percaya ada hikmah di sebaliknya.."berkorban apa saja..harta atau pun nyawa..itulah kasih mesra..sejati dan mulia" lirik drpd lagu arwah Tan Sri P Ramlee amat tepat sekali jika kita hayati dengan mendalam.. Sesungguhnya Tuhan menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia"..Wassalam

Ahad, 14 November 2010

Tidak Salah Apa Yang Di Kata

Semangat cinta dan sayang pada ibu pertiwi terlalu banyak maknanya yang kita boleh huraikan dalam maksud yg berbeza-beza..Ada yang sayang pada ibu pertiwi sehingga sanggup mengerah seluruh tenaganya bahkan menggadaikan nyawanya dalam menjaga keamanan agar negara senantiasa berada dalam keadaan aman damai tanpa di ganggu gugat oleh anasir2 luar yang sememangnya tidak pernah puas untuk menjajah secara langsung ataupun tidak sesebuah negara lebih2 lagi yang tidak bergantung hayat mereka pada anasir2 luar ini..Ada juga yang sayangkan ibu pertiwinya dengan mencuba sedaya upaya mampu untuk mengharumkan nama negaranya dalam peta dunia dengan berusaha dengan gigih sehingga mendapat kecemerlangan yang membuahkan hasil yang cukup hebat apabila lagu kebangsaan di mainkan dalam sesebuah majlis atau pertandingan yang mereka sertai sekaligus mengangkat martabat negaranya.
Dalam sehari dua ini kita telah dikejutkan oleh kenyataan drpd menteri pertahanan iaitu Dato Seri Zahid Hamidi(DSZH) bahawa semangat patriotisma dikalangan bangsa cina dan india terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan bangsa melayu..Dan itulah hakikatnya yang perlu seluruh rakyat dalam negara ini sedari bahawa apa yang perkatakan oleh DSZH adalah benar walaupun terlalu pahit untuk bangsa2 ini menerimanya lantas kita dapat melihat arus kebangkitan yang cuba menidakkan kenyataan benar ini apabila ketua2 parti kompenan mahupun pakatan membidas kenyataan ini dengan membuat gesaan agar DSZH segera meminta maaf seterusnya menerangkan kepada rakyat akan maksud yang tersirat..Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa sememangnya kebenaran itu lah yang cuba di lontarkan oleh menteri pertahanan ini yang kita semua sudah maklum akan sifat terus terang dan keberanian yang ada pada beliau semenjak menjawat jawatan sebagai pemangku Ketua Pemuda UMNO sehinggalah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tidak ragu2 untuk membawa kebenaran biarpun diri akan terpalit lumpur tetapi demi menegakkan kebenaran maka semua itu diredah dengan penuh semangat walaupun berbagai makian diterima..
Yang lebih mengaum tentulah ketua2 parti bukan dari bangsa melayu yang merasakan bahawa satu penghinaan kepada bangsa mereka dan kita semua telah maklum akan tindakan balas ini kerana memang cukup pantang bagi pimpinan melayu menyentuh tentang bangsa2 ini seolah2 merekalah yang menjadi tuan kepada tanah melayu ini..Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal begitulah juga yang berlaku kepada ketua2 bangsa ini yang mendesak agar DSZH meminta maaf kepada seluruh bangsa mereka sedangkan jika kita menilai dengan lebih rasional maka sudah tentu kenyataan tersebut adalah satu fakta yang tidak boleh di buat2 apatah lagi kesan yang akan timbul apabila kenyataan begini di keluarkan adalah cukup hebat..Kesemua ini ditelan oleh DSZH dengan tetap memberikan kenyataan dalam parlimen walaupun beliau sedari implikasinya tetapi berpegang kepada pepatah bahawa berkata benarlah walaupun ianya pahit maka DSZH meredahnya dengan kapasiti beliau sebagai orang yang menjaga hal ketenteraan..Pandang dan lihatlah sekeliling kita bangsa manakah yang paling banyak menyertai kerjaya tentera,polis dan mana2 kerjaya yang beruniform kalau bukan daripada bangsa melayu?Apakah kerana bangsa melayu ini jenis yang suka makan gaji sehingga mereka tidak memilih kerja asalkan dapat menikmati gaji pada tiap hujung bulan tanpa perlu banyak berfikir atau bangsa melayu ini sudah ada semangat pertiwi yang cukup tinggi untuk membela dan mendaulatkan negara ini?Mengapa bangsa2 lain tidak memilih kerjaya ini?Adakah kerana gajinya yang murah atau kerana mereka sememangnya hanya ingin membolot kuasa ekonomi tanpa mempedulikan tentang aspek sayangkan negara ini?Atau kerana mereka lebih suka melihat bangsa melayu ini sahaja yang bermatian2 melawan anasir2 jahat dan hanya menunggu untuk waktu yang sesuai menguasai negara ini secara tidak betul?Mengapa ketua2 bangsa ini marah tidak tentu pasal sedangkan mereka sendiri tahu hakikat sebenar bangsa mereka terhadap bidang2 ini?Sebagaimana marahnya mereka ini apabila subjek sejarah akan dijadikan kertas yang wajib lulus dalam peperiksaan SPM serta fakta peristiwa 1969 yang telah menghuru-harakan negara ini begitulah yang seterusnya akan terjadi apabila mereka di usik sedangkan sekiranya tuan punya tanah ini di usik malah di hina oleh mereka, tiada sedikitpun pernah mereka ambil tahu untuk menjaga perasaan yang membara didalam dada..Apa yang sangat pasti hanya bangsa melayu sahaja yang perlu menjaga hati bangsa2 lain di tanah ini sedangkan mereka tidak pernah berbuat demikian untuk kita..Jadi benarlah apa yang telah DSZH katakan bahawa semangat patriotik dari kalangan bangsa2 lain dalam negara ini terhadap bidang ketenteraan dan beruniform amat rendah..Wassalam

Jumaat, 12 November 2010

5A-Janganlah Terlepas Pandang

Seramai 48 ribu murid telah mendapat 5A dalam UPSR yang baru sahaja di umumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran yang baru menjawat jawatan tersebut dan hasil keputusan ni cukup memberangsangkan bahkan dikatakan cukup cemerlang berbanding tahun2 sebelumnya..Kejayaan ini adalah drpd usaha gigih dan tidak putus asa warga pendidik dalam memastikan pendidikan generasi baru ini terus berterusan sehingga menghasilkan keputusan2 yang cemerlang bukan sahaja dalam pendidikan rendah bahkan menengah yang menjadi kepada asas murid dan pelajar ini menjejakkan kaki ke menara gading yang menjadi impian setiap mereka yang ingin merasai kehidupan kampus seterusnya menggenggam segulung izajah sebagai tanda kecemerlangan mereka dalam bidang akademik..Tahniah kepada seluruh warga pendidik dalam negara yang bertuah ini semoga mereka akan mendapat balasan yang amat setimpal dari Allah Taala kelak hasil keluhuran dan keikhlasan mereka dalam memberi tenaga kerja yang cukup berkesan dalam menghasilkan generasi pelapis kepada tampuk kepimpinan negara satu hati nanti.
Walaupun begitu drpd 48 ribu murid yang mendapat 5A tersebut hanya lebih kurang 10% sahaja atau kurang drpd 5 ribu murid akan memasuki sekolah berasrama penuh yang sememangnya amat di nantikan oleh murid2 tahun enam ini apabila mereka menerjah ke alam menengah kerana berbagai kemudahan yang telah tersedia di samping kalangan guru mereka bergred A.Dengan kesemua kelebihan inilah yang menyebabkan bukan sahaja 5 murid bahkan kesemua drpd mereka berkeinginan untuk mendiami sekolah asrama penuh tersebut lebih2 lagi ibu bapa yang terlalu ingin melihat kecemerlangan yang berterusan anak2 mereka ini dapat diraih.Apatah lagi ibu bapa yang sememangnya boleh dianggap sebagai keluarga yang berkemampuan untuk memberikan apa sahaja keinginan anak2 mereka hasil drpd jawatan yang telah mereka sandang samada sebagai guru dan bidang profesional lain yang menjadikan diri mereka tidak lagi dianggap sebagai keluarga dibawah paras kemiskinan..Sudah pasti keinginan yang meluap2 utk melihat anak2 mereka yang mendapat keputusan cemerlang ini dapat memasuki sekolah asrama penuh tidak dapat lagi mampu dibendung dan hasilnya berbagai cara dan usaha mereka akan cuba laksanakan demi ke arah itu kerana seolah2 akan menjadi satu kebanggaan mereka apabila ditanya akan kemanakah perginya anak2 yang cemerlang itu meneruskan persekolahan mereka selepas upsr dan jawapan sekolah berasrama penuh adalah penutup kepada persoalan tadi dengan rasa bangga yang amat sangat kerana genetik mereka bukan calang2 orang.
Tetapi bagaimana pula dengan anak2 golongan paras miskin yang juga mendapat keputusan yang sama cemerlang dengan anak2 mereka yang kehidupan cukup mewah tersebut akan berada?Yang pasti mereka juga berkeinginan untuk menjejak kaki ke sekolah asrama penuh tersebut kerana kejayaan cemerlang yang telah terhasil drpd kesungguhan dan kegigihan mereka walaupun dengan keadaan kewangan yang meruncing keluarga mereka namun kesemua itu telah mereka redah demi untuk membela nasib keluarga dengan memberikan hadiah kecemerlangan dalam peperiksaan kepada ibu bapa mereka yang tidak pernah mengenal jemu dalam memberikan pendidikan yang terbaik bagi anak2 mereka sebagaimana anak2 mereka yang berada.Apakah semangat mereka ini akan luntur dan padam apabila mereka tidak terpilih memasuki sekolah asrama penuh tersebut gara2 kemiskinan mereka ataupun kerana subjudis dalam menentukan siapa yang layak mendapat kemudahan tersebut?Apalah daya ibu bapa yang kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi dan petang untuk memastikan anak2 mereka ini dapat mamasuki sekolah tersebut berbanding dengan ibu bapa mereka yang berkali2 ganda mempunyai sumber kewangan ini melainkan mereka hanya mampu berdoa dan pasrah terhadap ketentuan Ilahi samada anak2 mereka ini berjaya atau tidak mendiami sekolah asrama ini..Inilah hakikat kenyataan hidup sebahagian besar golongan keluarga yang berpendapatan taraf miskin terhadap kesinambungan anak2 mereka yang cemerlang.Sekiranya kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Pelajaran terlepas pandang akan kepintaran anak2 pintar dari keluarga miskin ini maka percayalah akan lebih banyak lagi kes2 seperti yang telah berlaku kepada seorang pelajar agama di kelantan yang mendapat keputusan yang cukup cemerlang namun kehidupan keluarganya seolah2 tiada pembelaan daripada agensi2 kerajaan mahupun pusat yang terlepas pandang akan perkara2 sebegini..Samada ianya kelalaian dari pusat atau negeri semuanya adalah sama sahaja kerana sepatutnya mereka ini lebih cakna dan lebih mengenal pasti akan kebolehan dan kepintaran anak2 dari keluarga miskin ini agar kejadian seperti pelajar tersebut tidak akan terjadi dan terjadi lagi untuk masa2 hadapan.
Berilah peluang atau kelebihan ini lebih kepada anak2 yang mana kehidupan keluarga mereka yang tidak pernah kenal erti kemewahan malah lebih sadis lagi apabila makanan yang disediakan oleh ibu bapa mereka terpaksa dicatu setiap hari gara2 kemiskinan yang melanda keluarga.Jangan hanya bersikap mementingkan diri sahaja terutamanya kepada golongan yang hidupnya sudah cukup sempurna kehidupan mereka dengan memberikan tempat yang sepatutnya diberikan kepada anak2 golongan miskin ini agar mereka tidak akan tewas dalam meredah onak duri liku2 sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang anak.Kepada ibu bapa yang berdudukan tinggi dan mewah cubalah bertoleransi dan tunduklah ke bumi melihat kehidupan keluarga yang tidak seindah mimpi mereka.Semoga pihak yang terbabit lebih melihat tentang aspek2 ini sebagai rujukan utama dalam memastikan anak2 pintar ini tidak lagi terlepas pandang dan lebih memberikan peluang kepada mereka  disebabkan isu kemiskinan ini adalah soal yang paling penting kerana kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran..Wassalam

Khamis, 11 November 2010

Islam Kosmetik

Agama Islam adalah agama rasmi dalam negara ini yang telah termaktub dalam perlembagaan dan seharusnya wajar difahami oleh mereka2 yang dulunya pendatang sebagaimana wajib ke atas mereka memahami tentang hak2 melayu,raja2nya dan juga hak2 lain sebagaimana termaktub dalam perlembagaan..Jadi kepada mereka2 yang di luar sana yang kemaruk sangat ingin mengubah segala dasar2 yang telah ada walaupun ada antara mereka ini beria2 mengatakan seandainya berjaya menawan putrajaya sekaligus menjadi pemerintah dalam negara segala yang termaktub akan terus terpelihara hendaklah berfikir banyak kali kerana masih ada lagi umat melayu islam di negara ini yang pandai menilai setiap kata2 yang dihamburkan sebagai manisan penyedap kata oleh mereka2 ini..Lidah tidak bertulang menjadi ingatan dan pedoman pada umat melayu islam dan mereka2 ini akan senantiasa berwaspada akan segala tindak tanduk bangsa2 pendatang ini yang kini menjadi ikon palsu sebahagian lagi melayu islam yang rakus mengejar matlamat..
Kosmetik adalah perkataan yang selalu diguna pakai oleh kaum hawa yang bermakna alat perhiasan bagi mereka pada alaf ini yang terlalu byk jenamanya dari hari ke hari hinggakan jadi pening lalat sesetengah kaum ini dalam memilih jenama mana yang padan dgn PH mereka agar segala seri pada wajah mereka akan bertambah seterusnya menjadikan kaum adam terpingga2 gara2 terpesona dengan kecantikan yang mereka zahirkan walaupun ramai kalangan suami yang muncung mulut mereka akibat kerenah isteri yang ingin nampak cantik dengan kulit muka yang halus sehalus kulit bayi tapi mengosongkan poket mereka yang selama ini terisi tetapi kerana sayangkan isteri maka si suami pejamkan mata sahaja..
Kini islam pula menjadi kosmetik kerana jenama islam amat luas pengaruhnya..Dari segi pemakaian sehinggalah kepada parti politik yang telah menggunakan sepenuhnya jenama ini sebagai alat utk menggaburi pandangan umum seterusnya menawan hati kepada sesiapa juga yang melihatnya..
Kalangan kita pada hari ini terlalu rendah menilai islam kerana kejahilan mereka dalam membezakan antara islam yang sebenar dan islam kosmetik hinggakan kita melihat pada hari ini khususnya pada muda mudi yang cara pemakaian mereka boleh di anggap sebagai menutup tetapi sebenarnya berbogel..Tidak hairanlah kiranya gejala sosial terus berleluasa kerana kegagalan anak muda zaman ini yang mengawal tingkah laku mereka seterusnya jurang menjadi agak luas dalam konteks pemahaman islam mereka..Kegagalan mereka ini bukanlah sebab kegagalan ibu bapa,pendidik mahupun pemerintah tetapi ketewasan mereka dalam memegang prinsip jati diri sebagai seorang islam kerana yang paling penting bagi umat islam adalah akidah mereka...Kiranya akidah mereka terseleweng maka natijahnya amat buruk terutama kepada generasi baru yang dunia mereka kini tiada had persempadan yang boleh menyekat mereka sebagaimana generasi dulu2..Walau di mana dan dengan siapa pun kita berkawan hatta dengan kaki dadah,kaki mabuk malah kaki pukul hinggakan kaki kafir sekalipun seandainya akidah kita kuat sudah pasti kita akan memenangi keadaan namun seboleh2nya kita hendaklah menghindari kawan2 yang seperti itu kerana kesannya akan mudah terpalit sama
Tidak kira samada kita ini adalah daripada kalangan mereka yang berstatus tinggi atau tidak,islam hanya di bezakan oleh amalan mereka kepada Allah Taala kerana itulah yang menjadi aset penting kepada umat islam apabila dihidupkan kembali utk kali kedua selepas kematian mereka..Amalan yang lebih baik adalah amalan yang hanya kita dengan Pencipta sahaja yang tahu dan tidak menunjuk2 kepada umum sebagaimana byk yang berlaku pada hari ini..Khalifah2 islam dahulu sebolehnya berusaha utk menyembunyikan kebaikan mereka dan sebolehnya utk hidup secara lebih sederhana malah lebih dhaif kehidupan mereka demi semata2 rakyatnya..Mereka sanggup utk tidak bermewah2 apatah lagi  utk menjaga kepentingan diri sendiri kerana ketebalan islam yang ada diri mereka yang menggalakkan agar lebih mengutamakan kebajikan rakyat yang sekaligus menjadikan mereka sebagai pemimpin agung pada zaman mereka..Berbeza dengan pimpinan yang ada pada hari ini dimana kehidupan mereka lebih mementingkan alas perut dan kroni tidak kira dari parti mana sekalipun kerana jelas kini segala ajaran islam telah tiada pada sebahagian besar mereka dan hanya menjadi kosmetik..Mereka gagal utk menjadi contoh yang baik pada rakyat yang melihat gara2 sifat tamak yang bermaharajalela dalam diri mereka hinggakan kehidupan rakyat menjadi cukup terbiar kerana kegagalan mereka dalam menjadikan islam sebagai prinsip dalam pemerintahan mereka..Bertambah malang apabila ada parti yang jelas menggunakan islam sebagai topeng mereka dalam meraih undi dan simpati rakyat kerana merasakan kekuatan agamalah yang akan menjadikan parti mereka berkuasa selama yang boleh sehingga mencapai matlamat yang mereka inginkan..Mereka dengan mudah memperbodohkan rakyat dengan imei islam pada diri mereka hinggakan terkasima sekalian yang menyokong mereka kerana kegagalan mereka membezakan antara islam sebenar dan islam kosmetik yang ada pada parti ini..Hasilnya cukup menakjubkan apabila parti ini terus menerus meraih kemenangan di  negeri kelantan dan menjadi pemerintah selama lebih daripada 20 tahun..Kemenangan yang rakyat berikan ini telah dipergunakan dengan sepenuhnya oleh sebahagian besar pimpinan utama mereka dalam meraih kekayaaan ghaib kerana mereka bijak utk menyembunyikan sekaligus terus memberikan mereka ini kedudukan yg cukup selesa kerana kedhaifan rakyat yang menyokong parti ini yang terlalu dahagakan jenama islam..Lebih teruk apabila parti ini sanggup menjilat ludah sendiri apabila sanggup bekerjasama dengan parti yang dulunya cukup hebat dikecam sebagai parti orang kafir dengan menghulurkan tangan DAP semata2 utk melihat parti yang seagama dan sebangsa dengannya jatuh tanpa memikirkan kesan utk masa hadapan..Ternyata kebijaksanaan pimpinan parti ini dalam menjelaskan isu2 yang berbangkit berdasarkan pentafsiran yang menyeleweng telah berjaya menambat hati para penyokong mereka kerana kehandalan pimpinan ini dalam bidang al quran dan al hadis yang di pergunakan sebagai alat utama parti mereka..Yang penting bagi mereka adalah mempertahankan kuasa yang ada walau mcmana sekalipun hatta terpaksa berlutut dan merayu serta bersandiwara melalui fatwa2 sesat dengan rakyat agar mengundi mereka..Disinilah perlunya kepada sebahagian besar penyokong parti  ini bermuhasabah dengan melihat dengan lebih jelas apakah parti bulan ini akan terus menjanjikan bintang disisinya atau hanya mengerhanakan masa depan mereka khasnya masa depan generasi islam dengan menjadikan islam hanya sebagai kosmetik...Kita masih boleh berubah utk mengubah sejarah yang telah terpalit seribu lara gara2 ketaksuban yang keterlaluan ini dengan tidak lagi memberi sokongan kepada parti kosmetik ini..Wassalam

Rabu, 10 November 2010

Lelaki Dan Airmata

Airmata sering di ungkapkan sebagai senjata utama bagi perempuan@wanita tatkala perasaan mereka berbaur dgn perlbagai nada..gembira dan lebih2 lagi duka..perasaan yang cukup mudah tersentuh adalah datangnya dari makhluk yang dicipta Allah Taala dari tulang rusuk kiri seorang lelaki..dengan airmata jugalah kadangkala kita byk mendengar ramai lelaki yang tewas kpd perempuan samada perempuan kerana cintanya,kasihnya malah kerana nafsunya..tetapi tidak semua mereka ini menggunakan airmata sebagai senjata kerana ada juga kalangan mereka yang tegas dan berjiwa kental dalam menghadapi cabaran dan liku2 kehidupan sebagai hamba kepada Penciptanya..
Tetapi lelaki dgn airmata terlalu kompleks maknanya..teramat sukar utk kita olahkan dengan penjelasan yang mudah kerana kepelbagaian corak cara perasaannya..Kita mungkin dapat melihat airmata seorang lelaki apabila ada kalangan keluarganya yang terdekat meninggal dunia kerana terlalu sedih dengan kepergian mereka hasil drpd pautan kasih yang sekian lama dan hanya kejadian2 seperti itulah sahaja kita dapat melihat menitisnya airmata lelaki tanpa mereka sedari..Amat jarang sekali kita mendengar lelaki menitis airmata sekerap perempuan kerana hati lelaki cukup kental@tabah sesuai dengan sifatnya sebaagai seorang pemimpin bagi sebuah kerajaan atau keluarga..Tetapi bagaimana pula anggapan kita jikalau seorang lelaki yang tidak mampu menahan kepedihan tatkala diri dan partinya dicerca dan dihina sedangkan segala yang termampu cuba di sediakan oleh parti lelaki ini demi untuk kepentingan rakyatnya sejajar dengan dirinya yang telah di angkat sebagai wakil kepada rakyat?Apakah mereka yang melihat jiwa lelaki ni yang begitu lasak orangnya dan begitu rapat dengan rakyat dlm takluknya hanya ingin  bersandiwara sebagaimana bersandiwaranya seorang tok guru yang menadah doa yang mendoakan musibah bagi saudaranya sendiri?Nada sebak beserta genangan airmata yang perlahan mengalir dari lelaki ini menginsafkan mereka yang mungkin menilai akan sebuah perjuangan yang belum selesai gara2 keceluparan mereka yang berlawanan parti dengan lelaki ini yang selama ini cukup bersabar dengan apa juga tohmahan dan lemparan kata2 kesat dan keji drpd parti yang kononnya memperjuangkan islam sebagai agenda utama mereka tetapi ternyata kesemua ini adalah sebagai kosmetik utk mengaburi pandangan khalayak khasnya rakyat kelantan yang terkenal dengan gelaran  negeri serambi mekah..Perasaan saling hormat menghormati sesama islam jelas sudah tiada dalam diri mereka yang berketayap putih dan berbush jaket ini kerana merasakan bahawa mereka lebih baik dan lebih mulia sedangkan hakikatnya merekalah yang sebenarnya manusia bertopengkan nafsu jesteru itu dengan mudah mereka mengatakan parti kepada saudara islamnya ini adalah parti najis yang hanya layak tempatnya dalam tandas..Dengan perwatakan bagaikan seorang lelaki yang alim dengan pemakaian yang bersih disertai dengan slogan parti yang senantiasa padanya jenama islam sepatutnya pimpinan parti ini lebih memberikan contoh yang terbaik kepada saudara islam mereka samada di dalam mahupun luar dewan bersidang tetapi sayangnya kesemuanya adalah kosmetik shj..Penyamaran parti ini semakin hari semakin jelas pada pandangan rakyat kelantan sehinggakan calon mereka tewas dengan majoriti yang luar biasa semasa PRK Galas yang lalu..
Sifat angkuh,ego,sombong dan sebagainya bagaikan sudah menjadi adat dalam parti mereka walaupun ada sebahagian pendokong dan penyokong mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan arah dan cara pimpinan mereka tetapi kerana gentarnya mereka ini apabila mendengar gelaran "tok guru " maka kepahitan yang mereka sedari dan alami terpaksa ditelan..Kata2 nista cukup mudah didengar drpd kalangan penyokong dan pimpinan mereka kerana mereka menganggap bahawa merekalah yang paling hebat,paling sempurna perjalanan mereka hinggakan kesempurnaan itu telah mereka pergunakan sepenuhnya dengan memperbodohkan rakyat sehingga habis segala madu2 yang ada dalam negeri kelantan ini menjadi hidangan mereka..Cacian dan kejian menjadi rutin mereka kerana sebahagian penyokong2 amat suka mendengar malah merasa amat bangga setiap kali nada kejian ini keluar drpd pimpinan mereka hinggakan laungan takbir dijadikan sebagai jambatan semangat utk pimpinan ini terus memaki hamun..
Akhirnya airmata seorang lelaki yang bernama Datuk Nazula selalu ADUN Paloh mengalir tanpa dipaksa atau di buat2 kerana cacian seorang saudara islamnya sendiri apabila dituduh oleh seorang ahli yang berhormat PAS bahawa parti Umno adalah najis dan tidak layak untuk berkhidmat kepada rakyat kelantan..Sebagai seorang pejuang rakyat yang senantiasa menghambakan dirinya kepada parti dan masa depan serta kesejahteraan rakyat lebih2 lagi dalam kawasannya sudah tentu rasa kepedihan yang selama ini ditanggung dengan cukup tabah dan sabar sudah pasti lama kelamaan tidak dapat di bendung apatah lagi apabila kesemua perkara yang telah dan akan dibuat oleh partinya telah dikatakan keji dan sebagainya..Dimanakah nilai seorang islam yang sanggup melakukan perbuatan sebegini terhadap seorang islam yang lain?Dimanakah islam yang selama ini menjadi tunjang perjuangan parti ini yang dilaung2kan?Dimanakah perginya pengajaran yang mereka2 ini(pimpinan PAS)ambil drpd al quran dan al hadis sebagai rujukan utama mereka?Apakah sandiwara mereka ini akan terus berterusan hasil jenama islam yang telah mereka pergunakan atau kalangan rakyat kelantan sudah bersedia untuk mengubah pemikiran terhadap parti kosmetik ini dan seterusnya menjadikan negeri ini sebagai negeri yang betul2 bercirikan serambi mekah dengan mengembalikannya semula kepada UMNO?Rakyat Galas sudah bersuara sebagaimana rakyat Paloh yang sudah lama bersuara dengan Datuk Zula sebagai jambatan  kukuh mereka sebagai bukti bahawa beliau adalah ciri2 kepada pemimpin yang cakna rakyat dan tidak seperti YB Pas yang hanya pandai memutar belit isu hingga berbelit2 tali perut mereka ini dengan kekayaan ghaib mereka..Rakyat Paloh sudah pasti marah dan berdukacita atas apa yang terjadi pada wakil mereka dan sudah pasti mereka tidak akan memberi undi kepada parti yang melawan Datuk Zula kesayangan mereka..Rakyat Paloh telah lama bersuara kerana mereka cukup kenal kaca dgn permata..Kepada seluruh rakyat kelantan ayuhlah bersuara demi generasi depan kita..Wassalam

Isnin, 8 November 2010

Siapa Lebih Islam?

Islam telah menggariskan batasan2 yang perlu dilakukan oleh penganutnya agar mereka senantiasa berada dalam keadaan yang lebih di hormati oleh masyarakat sekeliling agar agama islam ini terus bersinar sesuai dengan keagungannya..Islam telah membentuk kekuatan samada dari segi dalaman mahupun luaran kepada penganutnya dan sentiasa percaya kepada rukun islam dan iman yang disertai dengan rujukan hadis2 dari perawi2 yang sohih..Namun semenjak agama menjadi umpan besar sebuah parti kepada rakyat dalam negara ini dalam meraih kuasa kerana kelemahan daya pemikiran sebahagian besar masyarakat islam ini dalam membezakan islam yang sebenar hingga menyebabkab mereka mudah terjerumus dalam kancah yang dipanggil sebagai penyelewengan akidah..Akidah adalah pegangan yang harus ada pada setiap orang islam kerana tanpanya orang islam akan hanyut seolah2 kapal yg tiada kemudi..Percakaran sesama islam bukan perkara baru kerana ianya telah meletus selepas wafatnya Nabi SAW hinggakan berlaku begitu byk pertumpahan darah sesama sendiri gara2 adanya pentafsiran yang berbeda2 dalam menunjukkan kehandalan masing2 sehingga mereka ini mudah terjebak dalam arus kehinaan sebagai seorang islam..Malah lebih hebat lagi apabila adanya golongan yang berhujah bahawa apa yang mereka katakan adalah dari sumber al quran dan al hadis sehinggakan menimbulkan seribu satu persoalan yang boleh menjejaskan akidah umat islam.
Di Malaysia,trend ini telah mula menular apabila ada kalangan mereka yang kononnya berilmu telah menggunakan sepenuhnya segala ilmu yang mereka ada utk menarik perhatian rakyat khususnya mereka yang terlalu mendambakan sebuah negara islam walapun negara ini telahpun menjadi negara islam dengan menjadikan agama islam ini sebagai umpan yang paling besar utk mengalih perhatian rakyat menyokong mereka..Mereka ini berjaya mengumpan sebahagian rakyat yang pada anggapan mereka terlalu dahagakan sebuah kerajaan islam hinggakan sebuah negeri sehingga kini masih lagi diperintah oleh parti yang kononnya memperjuangkan islam hampir lebih drpd 20 tahun..Segala pentafsiran mereka berbeza dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa demi mengekalkan kuasa yang ada agar tidak terlepas sehingga sanggup menyatakan perkara yang tidak pernah masuk kedalam akal pemikiran seorang islam yang benar2 beriman dengan hari kiamat dengan menyatakan bahawa segala apa yang berlaku adalah perancangan manusia lebih2 lagi apabila berlaku kekalahan kepada parti mereka ini tanpa mereka sedar bahawa segalanya adalah kuasa Allah Taala dalam menentukan keputusan walaupun sehebat mana perancangan hambaNya..Ayat2 suci al-quran menjadi bahan umpanan terhebat dalam alaf ini dengan memberikan peluang kepada orang2 kafir yang tidak pernah tahu erti utk menggunakannya atas dasar persahabatan dalam pakatan mereka sedangkan kita sudah terlalu maklum bahawa bukan mudah utk kita sebagai umat islam menggunakan ayat2 suci ini apatah lagi penggunaan ini kepada mereka2 yang jelas kafir..Namun atas dasar mengejar kuasa maka segalanya boleh bagi pendokong parti islam ini hinggakan sebahagian besar penyokong2 mereka terlalu angkuh seperti istilah bapa borek anak rintik..Perhatikanlah penyokong2 parti yang kononnya islam ini dimana2 sahaja tempat mereka berkumpul khususnya apabila ada ceramah mahupun debat di adakan sudah pasti kita sendiri cukup loya melihat akan ketaksuban mereka ini terhadap para penceramah mereka hinggakan mereka ini terlupa bahawa parti yang mereka sokong ini adalah parti yang berimejkan islam dan sewajibnya bagi mereka sebagai penyokong menjaga tata susila sebagai penyokong islam!..tapi semuanya hanyalah sandiwara bagi mereka ini kerana para pimpinan mereka sendiri cukup mudah menjatuhkan  kepada saudara seislam mereka sebagai kafir apabila UMNO menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC dalam membentuk kompenan BN gara2 tragedi 1969..Segala apa jua yang terjalin dalam kompenan ini adalah haram tetapi itu dahulu kerana kini parti islam  yang pimpinannya masih lagi gah sebagai presidennya telah pun menukar istilah kafir tersebut dengan menyatakan kerjasama mereka dengan DAP adalah atas dasar seperti perjanjian hudaibiyah..Sungguh mudah dan senang mereka ini membuat pusingan U utk menggaburi pemikiran penyokong2 mereka agar impian mereka utk meraih kuasa akan berterusan sehingga berjaya menawan putrajaya akan tercapai lantas terkeluar drpd mulut pemimpin utama mereka bahawa jikalau dengan berkawan dengan syaitan sekalipun di bolehkan sekiranya memberi keuntungan kepada mereka..Alangkah sedihnya jikalau penyelewengan ini berterusan kerana ia akan merosakkan akidah lebih2 lagi akidah generasi baru yang bakal menjadi pemimpin negara..Sebagai seorang yang mendapat pendidkan islam yang sempurna biarpun ada antara kita tidak memegang segulung ijazah sebagai namun sebahagian besar kita masih boleh lagi menilai Siapa Sebenarnya Yang Lebih Islam?..Islam tidak hanya di ukur dari kuatnya laungan takbir dan juga imej luaran sahaja tapi mengamalkannya yang paling penting kerana yang membezakan seorang islam adalah amalannya..Ungkapan lama yang berbunyi "jangan menilai buku dengan melihat dari kulit luarnya kadangkala tepat sekali...Sebelum terlambat sama2 lah kita merenung demi masa depan generasi kita..wassalam

Sudah Tiba Masanya

Kekalahan teruk dalam PRK Galas memberi tamparan yang cukup hebat terhadap kepimpinan Pas Kelantan khususnya biar tidak sedikit pun menganggu gugat kerusi kerajaan negeri tetapi kesannya terhadap parti ini cukup terasa..Sebagaimana biasa seluruh pendokong dan penyokong parti ini telah menyalahkan SPR kerana kononnya  berat sebelah dan senantiasa mengikut telunjuk kerajaan pusat berbanding dengan ketelusan mereka dalam mana2 pilihanraya serta meletakkan kekalahan parti mereka ini adalah kerana tipu muslihat pihak BN yang menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada bagi meraih kemenangan yg cukup bergaya pada 4 Nov lalu..Parti Islam Semborono ini terutamanya barisan kepimpinan mereka lupa bahawa yang menjadi kuasa pemutus dalam mana2 pilihanraya adalah di tangan pengundi yang menjadi tuah atau bala kepada mana2 parti yang bertanding..Tuah jika parti tersebut memenangi pilihanraya dan bala apabila kecundang apalagi dengan majoriti yang besar sebagaimana yang terjadi di Galas
Dalam PRK Galas yang lalu kita dapat melihat akan kesungguhan pimpinan PR untuk menpertahankan kerusi ini biarpun tidak boleh mengubah apa2 keputusan dalam pemerintahan negeri tetapi dari segi rasionalnya kerusi Galas ini menjadi titik tolak atau nadi yang amat penting kepada PR khasnya Pas Kelantan dalam meneruskan segala apa yang telah dirancang seterusnya membantutkan gagasan 1Malaysia yang telah dicanangkan oleh YAB Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan juga presiden UMNO..Kesemua pimpinan utama PR turun ke padang termasuklah mursyidul am Pas yang cukup letih minda dan tenaganya gara2 terlalu lama diguna pakai sebagai senjata utama parti ini dalam meraih kemenangan sehingga kekal parti ini menjadi kerajaan negeri selama 4 penggal semenjak menguasai pada tahun 1990 semasa APU menjadi kuasa mutlak apabila merampas kesemua kerusi parlimen dan dun di kelantan..Kesungguhan parti ini menggunakan sepenuhnya tok guru ini memang di tunggu2 oleh pihak BN kerana sudah pasti beliau akan berdepan dengan nama yang tidak boleh dipandang enteng oleh parti ini kerana BN telah meletakkan Ku Li sebagai jeneral bagi PRK Galas dan hasilnya cukup lumayan apabila pulangan yang berlipat ganda telah diraih oleh BN dengan strategi yang cukup berkesan di ambil oleh Ku Li yang seterusnya menambah kekalutan dan rasa tidak puas hati kepada pihak Pas..Pelbagai hamburan dan kata2 nista dapat dilihat bukan sahaja di kedai2 kopi kepunyaan penyokong mereka bahkan juga dalam media massa serta dalam internet yang bukan sahaja merendahkan martabat mereka ini sebagai penyokong  parti yang membawa imej islam malah menjelakkan sesiapa juga yang mendengar kerana rasa ketidakpuasan hati atas kekalahan di Galas..Sikap dan sifat mereka seolah2 boleh diibaratkan sebagai tidak membawa imej islam bahkan seperti mereka yang cukup jahil dalam membezakan dosa dan pahala dengan sewenang2nya melemparkan kata2 keji yg meloyakan telinga mendengar..Tidak sedikitpun antara mereka yang menerima kekalahan ini dgn penuh redha bahkan berterusan menyalahkan pihak yang memenangi pilihanraya ini walaupun pada hakikatnya kekalahan parti ini adalah kerana faktor2 yang pihak mereka sendiri sudah boleh menjangkanya..Selain faktor YBM Ku Li sebagai faktor utama kepada kekalahan besar mereka,terdapat juga faktor drpd pihak parti pas itu sendiri yang mana faktor utamanya datang drpd tok guru yang menjadi idola kepada mereka..Seakan seperti memberi petanda kejatuhan parti ini di Galas apabila tok guru ini sanggup utk mencemar dirinya memberi wang selepas mengislamkan orang asal di salah sebuah perkampungan orang asal tersebut dengan dihadiri oleh calon mereka yang jelas menjadikan wang tersebut sebagai rasuah pilihanraya..Jenama diri sebagai tok guru semakin merosot pada kacamata rakyat kelantan kerana terlalu lama berada diatas puncak takhta kekuasaan sehingga lupa diri dan lupa utk berpesan2 kepada penyokong agar menerima setiap yang menimpa sebagai ujian perjalanan sebagai hamba Allah..Sifat tidak berpesan2 inilah juga yang telah menjadikan beliau seolah2 terlepas drpd melakukan salah silap dari kacamata penyokong parti islam ini sehinggakan setiap patah perkataan yang keluar drpd mulut beliau di anggap sebagai kata pemutus sebagaimana yang telah terjadi kepada timbalan presiden parti itu sendiri yang telah di beri amaran agar meletakkan semua jawatan yang dipegang hanya kerana ingin melihat perpaduan sesama melayu islam dalam negara ini..Sudah pasti maruah timbalan ini tercalar dengan amaran keras daripada tok guru ini sehinggakan beliau telah dilarang utk dtg semasa PRK Manik Urai gara2 perselisihan faham dalam isu tersebut..Namun kesemuanya ditelan walaupun pahit utk diterima oleh sebilangan penyokong parti islam ini kerana jenama tok guru ini cukup2 keramat bagi mereka sehinggakan sandal@selipar tok guru ini dicuri kerana di anggap tuan punyanya seorang yang keramat..Inilah yang akhirnya menjadikan sebahagian besar penyokong parti ini mula tertanya2 akan kemuliaan seorang tok guru dengan ilmu yang penuh di dadanya tetapi gagal mengamalkannya bahkan memberi begitu byk pentafsiran yang cukup mengelirukan sehinggakan sanggup berjabat tangan dengan DAP yang jelas menolak islam drpd duduk bersama dengan UMNO yang jelas agamanya islam..Bahananya mula terasa di Manik Urai apabila Pas mempertahankan kerusi dengan majoriti yang tipis dan kekalahan di Galas adalah petanda yang cukup jelas bahawa sudah tiba masanya tok guru ini berundur kerana rakyat sudah melihat akan segala2nya yang serba tak kena apabila tok guru ini bersuara..Jikalau hendak menunggu pimpinan parti ini mendesak tok guru berundur jawabnya tak kesampaian lah kerana semua sudah maklum bahawa parti ini adalah parti tok guru..Barangsiapa yang melanggar tok guru padah pasti menimpa!!kalau masih tak percaya silalah menjadi hang jebat yang sanggup menderhaka demi keadilan tetapi soalnya siapalah yang berani drpd pimpinan parti ini kerana selagi masih bernyawa selagi itulah jenama ini kena pertahankan walaupun amat pahit..Rakyat jugalah sebagai penentu memaksa tok guru ini berundur..Yang cukup jelas drpd kekalahan pas ini ialah semangat yang berkobar2 parti UMNO meneruskan kegemilangan sehingga merampas kembali Kelantan..wassalam