Jumaat, 1 Oktober 2010

Gas,Galas dan Ku Li

PRK bagi dun Galas sudah pasti sengit kerana pelbagai ulasan dan isu2 yg akan menjadi tajuk utama lebih2 lagi apabila seorang ketua bahagian dilantik sebagai pengarah pilihanraya kali ni yg mana telah menampakkan perubahan besar dlm parti umno kali ini demi merampas semula kerusi selepas tsunami 2008..perbezaan tidak lebih dari 650 undi shj pada PRU 12 lepas cukup jelas sebagai bukti bahawa dun2 dlm bahagian Gua Musang cukup kuat dan semua sudah tahu ttg kekuatan ketua bahagiannya hinggakan beliau tidak pernah kalah dlm setiap pilihanraya hingga kini..Dan semua sudah tahu bahawa YAM Ku Li telah dilantik  sebagai pengarah PRK kali ini kerana seribu satu kelebihan memihak kpd beliau yg cukup tahu ttg selok belok rakyat dlm bahagiannya..Sesungguhnya bahagian Gua Musang amat beruntung kerana mempunyai seorang ketua bahagian seperti Ku Li dimana walau pada zahirnya menampakkan beliau sering kali tersasar drpd kehendak pucuk pimpinan parti tetapi sebagai seorang yg cukup2 memahami politik nasional sejak dari PM ke2 lagi sudah pasti segala pengalaman dan pengamatan beliau terhadap setiap tindakan yg di ambil sudah pasti mempunyai alasan2 yg cukup konkrit bg beliau sehinggakan tidak pernah terfikir pada sesetengah kita yg cetek pemikiran..Semua juga sudah maklum akan kesediaaan Ku Li utk menjadi saksi bagi tuntutan royalti minyak kerajaan negeri yg hingga kini telah berada dalam tindakan ke mahkamah dan ianya  sudah pasti akan menjadi tuumpuan bagaimana seorang yg berlainan parti sanggup utk menjadi saksi dan kini menjadi pengarah pilihanraya bagi partinya..inilah yg ditunggu2 bukan shj dari rakyat kelantan tapi rakyat malaysia ttg penjelasan Ku Li dlm isu royalti ini yg sudah pasti menjadi tajuk utama bagi PRK kali ini..hingga kini tiada siapa yg boleh membaca gerak geri tindakan yg beliau lakukan ini walaupun pada peringkat awalnya beliau telah ditohmah dgn berbagai pandangan yg menampakkan kecetekan masing2 dlm membaca dan memahami susur galur seorang ahli politik yg cukup pengalaman seperti Ku Li..Kehebatan Ku Li bukan shj di iktiraf oleh kita di negara ini malah di luar negara kerana pengalaman yg ada pada beliau khasnya dlm bidang ekonomi cukup menjadikan beliau seorang yg amat di sanjung terutamanya dalam hal2 kewangan..Beliau pernah menjadi Menteri Kewangan semasa dlm kabinet PM ke2 dimana pada masa itulah beliau telah diberi amanah utk menjaga hasil mahsul negara yg tidak ternilai seperti petrolium yg telah di draf dgn cukup teliti agar segala kepentingan negara ini tidak terlepas ke tangan kuasa asing..Dan seandainya beliau menjadi calon bagi PRK kali ini sudah psti kemenangan akan berpihak pada UMNO kerana tiada sebab utk rakyat dlm dun Galas menolak beliau kerana kebaikan dan kehormatan diri yg ada pada beliau sudah cukup utk menjamin kemenangan kali ini..Pas sendiri sudah merasakan bahang yg amat sgt tatkala berita ttg perlantikan Ku Li telah heboh hinggakan Pengarah Pilihanraya parti itu sudah pun membuat kenyataan bahawa cukup susah utk mengekalkan kerusi Galas ini dgn kehadiran anak raja berdarah rakyat ini apatah lagi dlm jajahan takluk sejak sekian lama lagi..Nama beliau sudah cukup utk menghadirkan rasa hormat sekelian rakyat kelantan khususnya kerana beliau cukup tahu dlm membezakan politik sebenar dan juga politik makan nasi..Itulah Ku Li yg walaupun kini dilihat semakin tersisih dari arus perdana tetapi sinarnya tetap memancar apabila diperlukan kerana keikhlasan dan kejujuran yg ada pada beliau  terutamanya dalam hal2 yg membela rakyat negara ini..Yang paling penting beliau tidak pernah menolak demi kebaikan dan juga sanggup berdamai utk kebaikan..Semoga kali ini Galas akan di galas kembali oleh Umno...wasslam