Isnin, 7 Jun 2010

nilai sebuah kesetiaan

Dengan berahlikan melebihi 3.5juta orang,Umno terus menjadi penyumbang penting kepada generasi melayu dlm memartabatkan agenda perjuangan bangsa,agama dan tanahair namun masih ramai lagi yg diluar sana yg kita kenali sebagai pemimpin seolah2 masih lagi boleh di pertikaikan nilai kesetiaan mereka terhadap parti ini..sebagai pemimpin yg menjadi cermin kpd parti ini,sudah semestinya apa yg mereka buat akan di amati dan perhatikan oleh sang rakyat semata2 kerana merekalah yg akan menjadi tempat mereka mengadu hal terhadap nasib diri mereka ataupun menjadi tempat mereka meminta pertolongan..sebenarnya nilai kesetiaan terlalu susah utk kita rungkaikan kerana penghayatan terhadap maksud ini terlalu seni dan amat payah bagi sekalian pemimpin yg ada utk sama2 menghayati dan memenuhinya..ada sesetengah drpd pemimpin ini terlalu setia apabila sang ketua menjadi ketua di antara ketua tetapi nilai kesetiaan mereka terhadap parti mula menyusut apabila sang ketua tidak lagi menjadi ketua..apabila ini terjadi maka kelihatan pemimpin2 ini akan hanya bersikap acuh tidak acuh terhadap parti kerana mereka merasakan hari mereka sudah tiada lagi dan membiarkan parti keramat yg mereka pimpin ini terkontang kanting hingga menyebabkan ahli2 parti bagaikan kapal yg hanyut ke lautan hindi dgn tiada nakhoda kerana nahkodanya tidak lagi ingin merasa menerajui kapal tersebut dek kerana merasakan masa mereka sudah tiada lagi..dan apabila ini terjadi kita akan dapati bahagian2 yg dulunya menjadi bahagian kuat penyokong kepada ketua segala ketua ini akan bertukar menjadi bahagian yg tiada lagi roh dan semangat utk menguatkan parti setelah berlalu kuasa yg di pegang oleh ketua tersebut..di sinilah nilai kesetiaan seorang pemimpin mahupun ahli UMNO akan terllihat samada mereka ini setia kepada pemimpin ataupun kepada parti..pemimpin dtg dan pergi dan yg patah akan berganti tetapi parti tetap tidak akan berganti apalagi parti seperti UMNO ini yg telah byk mmbuat jasa kepada negara ini lebih2 lagi kepada bangsa melayu serta kpd pemimpin2 yg bergantung hayat kpd parti ini utk mencari kekayaan diri tatkala kuasa masih lagi di tangan..kerana itulah nilai sebuah kesetiaan terlalu sukar utk di rungkaikan kerana yg paling penting adalah kesetiaan mereka ini khasnya pemimpin ini terhadap parti bukan individu..sekiranya mereka ini menjadi penyokong seseorang individu secara membabi buta hinggakan terpacul keluar kata2 yg boleh menyakitkan hati individu yg lain semata2 mempertahankan individu yg lain maka risiko harus mereka terima kerana terlajak perahu boleh di undurkan tetapi terlajak kata padah yg menimpa..jgnlah kerana merasakan kuasa ditangan yg dipegang sementara ini membuatkan kita buta hati dan minda kerana apabila tiba masanya kuasa di tarik maka kita jugalah yg akan terasa pedasnya gara2 keceluparan kita sendiri...dan apabila kita merasakan bahawa kita tidak lagi layak utk menerajui sebuah bahagian kerana masa kita telah berlalu maka berikanlah ruang kepada generasi yg lain utk menerajui kerana itulah nilai kesetiaan yg luhur lagi murni kerana kesanggupan kita demi menguatkan parti UMNO ini dgn memberikan peluang kepada orang lain utk menyambung kegemilangan yg telah kita wariskan dlm bahagian masing2..jgnlah kerana ingin terus berkuasa maka kita seboleh2nya akan mengekalkkan kuasa walau apa cara sekalipun walaupun kita tahu bahawa masa kita telah berlalu dan menunggu waktu shj..kesetiaan pemimpin itu akan di nilai dgn pengorbanan yg terbesar dlm hidup mereka apabila mereka dgn rela hati memberikan peluang kepada orang lain sebagai ganti tanpa ada rasa curiga malah memberi sokongan berterusan demi keutuhan sebuah parti..jadilah seperti mantan PM ke4 dan ke5 yg  melakukan pengorbanan demi UMNO...wassalam