Selasa, 9 Mac 2010

jangan ibarat menang sorak kampung tergadai

UMNO merupakan parti yang paling unggul didalam dunia ini..menjadi parti pemerintah lebih daripada 52 tahun lamanya di negeri tanah melayu ini sebelum di tukarkan namanya kepada malaysia..bermula daripada semangat para pejuang melayu dahulu kala dalam mempertahankan tanah melayu ini hinggalah kepada titik permulaan menjadi negara yang merdeka dengan rombongan kemerdekaan ke london yang di ketuai oleh YBM Tunku Abdul Rahman ketika itu..hasilnya cukup bersejarah bilamana tanah melayu berjaya mendapatkan kemerdekaan dengan semangat bersatu drpd bangsa2 di tanah melayu pada waktu itu..keamanan,keharmonian,perpaduan sesama bangsa dan sikap tolenransi antara agama,bangsa dalam menjadikan tanah melayu sebagai negara membangun telah berjaya membawa keluar tanah melayu ini daripada kelompok negara miskin...hari demi hari dan tahun berganti tahun telah menjadikan negara tanah melayu ini terus memacu kejayaan tersendiri dengan adanya pimpinan yang cukup hebat bergabung tenaga dan idea dalam menjadikan malaysia gah dengan acuannya yang tersendiri..dengan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai PM pertama di ikuti dengan Tun Abdul Razak serta Tun Hussein On kemudian Tun Dr Mahathir yang cukup cemerlang  di warisi oleh Tun Abdullah Badawi dan kini Pm ke 6 yang menjadi pemerintah malaysia iaitu Dato Seri Mohad Najib terus membawa nama malaysia di persada kemuncak sebagai negara membangun yang cukup harmoni dan aman penduduk yang menghuninya..Gelombang tsunami semasa PRU12 cukup2 menjadikan UMNO dan kompenannya tidak tidur lena dengan kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 kerusi parlimen dan kehilangan 5 negeri kepada parti pembangkang telah membuka byk mata pimpinan ttg betapa besarnya kuasa rakyat apabila tiba masanya..bergegar seluruh negara hingga menjadikan kelam kabut yang amat sangat dlm barisan kepimpinan dek kerana kehilangan yg cukup besar kerusi2 yang sebelum ini menjadi makanan kepada parti pemerintah..keputusan itu juga membuatkan kerusi PM menjadi panas kerana bertanggungjawab atas kekalahan cukup besar tersebut..desakan demi desakan di buat dan kerana ingin melihat negara ini terus aman tanpa sebarang tindakan yg memburukkan keadaan maka kerusi PM beralih arah dengan harapan yg amat tinggi iaitu barisan kompenan BN akan merampas semula kerusi2 yang telah hanyut semasa banjir tsunami 2008..UMNO sebagai parti majoriti dlm kerajaan haruslah sedar dari lena ttg apa jua akan terjadi sekiranya masih lagi gagal mentadbir urus dalam kalangan pimpinannya bahkan juga dlm parti kompenannya sebelum PRU13 menjenguk mukanya tidak berapa lama lagi..UMNO sebagai parti paling berpengaruh haruslah menukar strategi lapuk dgn tidak lagi mengadakan program2  yang bolehdi ibaratkan sebagai syok sendiri shj..terbaru program juara rakyat kalau di amati hanya di sertai oleh mereka2 yang boleh di katakan sebagai ahli parti ataupun mereka2 yang telah di upah utk menghadirinya bukan rakyat marhein yang menjadi penentu kemenangan pada parti..rakyat di bawah sana bukan hanya mahu parti kerajaan mengadakan program2 sebegini utk orang2 tertentu shj tapi lebih daripada itu..rakyat hanya mahukan yg terbaik daripada kerajaan utk keselesaan mereka dan bukan saja hanya gah dan pandai berkata2 ketika musim pilihanraya shj..rakyat sekarang mahu melihat sikap kejujuran dan ketelusan daripada setiap pemimpin kerajaan kerana mereka bukan lagi pengundi pada zaman 70,80 dan 90-an yang boleh di belai dan di lagukan dengan janji2 manis di saat kuasa mereka di perlukan untuk membantu kemenangan..rakyat hari ni mahu melihat satu barisan kepimpinan yang betul2 mendahulukan keperluan mereka sebagai orang yang telah mengangkat pemimpin ini dari sekecilnya hingga menjadi pemimpin yang hebat..rakyat mahu nasib mereka terbela dan mendengar tangis rintih kehidupan mereka yang sebelum ini jarang sekali para pimpinan untuk turun padang melihat dengan mata kepala sendiri ttg kedhaifan dan jurang kemiskinan rakyat  di ibaratkan laut dengan bumi jika nak di bandingkan dengan segala kemewahan yang telah di perolehi oleh kerajaan daripada hasil mahsul negara malaysia..kekayaan yang di perolehi oleh petronas setiap tahun jika di hitung sudah cukup untuk menringankan mahupun menjadikan negara ini miskin sifar rakyatnya..dengan berbilion duit di kutip oleh kerajaan daripada hasil miyak dan cukai sudah cukup utk menjadikan rakyat malaysia keluar daripada kepompong kemiskinan khasnya rakyat di kawasan pedalaman yang masih lagi hingga kini bertemankan pelita dan berairkan telaga perigi..kekayaan yang ada perlulah dii agihkan dengan lebih adil khususnya dlm menterjemahkan semangat rakyat di dahulukan kerana rakyat sekarang ini semakin muak dengan mainan gendang daripada pimpinan tetapi hasilnya masih lagi seperti dahulu..calon2 PRU13 nanti mestilah daripada mereka yang benar2 jujur dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat sebagai wakil rakyatnya dan bukan sebagai tuan kepada rakyat kerana yang mengangkat wakil rakyat ini adalah rakyat maka amat wajar pemimpin ini menjadi hamba kepada rakyat..jgnlah lagi peristiwa pemilihan calon 2008 berulang kembali dek kerana terlalu menjaga hati para pemimpin bahagian supaya tidak terluka walhal pemimpin terbabit sudah menjadi barah dan kusta yang tidak lagi mampu utk di selindungkan penyakit mereka kepada rakyat dlm bahagian..akhirnya rebah ke bumi dengan tiada terkata hinggakan kekalahan demi kekalahn di lihat apabila senarai nama pemenang dlm adun dan parlimen di paparkan dlm skrin tv..Dato Seri Najib mestilah berani utk kali ini dlm menamakan calon2 pilihan beliau yang bukan saja di terima oleh pimpinan atasan tetapi lebih kepada di terima oleh rakyat dlm kawasan mereka kerana rakyatlah yang akan menentukan hayat BN dlm PRU13 kelak..UMNO khasnya mempunyai ramai pimpinan pelapis dlm setiap bahagian kerana masih ada lagi mereka2 yang betul2 ingin melihat kemenangan dpt dicapai dan di pertahankan serta meneruskan tradisi kegemilangan sebagai parti pemerintah yg unggul..wassalam