Rasanya sudah terlalu melampau apabila presiden boneka yang memang cukup setia pada kehebatan suaminya hingga mengatakan bahawa si suaminya itu adalah anugerah tuhan kepada rakyat malaysia ini untuk menjadi pemimpin mereka telah mencetuskan sejuta rasa kemarahan kepada bangsa melayu di tanah ini dengan membuat kenyataan yang cukup-cukup menjadikan diri dan kawanannnya sebagai petualang kepada bangsa melayu.Merelakan untuk menghapuskan Ketuanan Melayu semasa partinya bersidang dalam sehari dua ini telah menimbulkan rasa yang cukup gembira khasnya kepada mereka-mereka yang sememangnya menunggu untuk melihat keberanian yang di bangkitkan oleh bangsa melayu itu sendiri berdasarkan pada jenama melayu
Mereka seolah2 telah memenangi hati orang-orang melayu yang gila kuasa ini untuk membenci konsep ketuanan ini yang sekian lama cukup mereka bersabar kerana ketidakmampuan mereka mengubah persepsi sebegini lebih2 lagi konsep ini menyentuh kedaulatan raja-raja melayu yang menjadi payung agama dan bangsa ini.Sebenarnya inillah yang amat paling ditakuti oleh mereka yang bergelar cauvinis kerana faktor raja-raja melayu lah yang menjadikan mereka seolah2 bagaikan kera sumbang akibat tidak berdaya untuk mengalih pandangan umum apabila berkait rapat dengan institusi raja.Mereka tahu bahawa orang melayu cukup hormat pada raja-raja mereka sebelum mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang dan itulah kelemahan ketara cauvivis ini hingga mengkaburkan hasrat mereka untuk melihat tanah ini menjadi seperti tanah di seberang sana yang di gelar republik
Hasilnya kini orang melayu sendiri yang berkokok bagai nk rak supaya konsep ini dihapuskan sama sekali tanpa mereka yang lupa identiti bangsa ini mengetahui bahawa keceluparan mereka ini menyentuh institusi raja-raja berlembagaan yang menjadi denyut nadi kepada agama islam dan bangsa melayu.Kerakusan sesetengah melayu lupa daratan ini sehingga sanggup bersekongkol dengan mata-mata republik telah menjadikan suasana politik menjadi cukup panas dan begitu bergelora apabila mereka sanggup melakukan apa juga cara asalkan matlamat tercapai.Mereka ini tidak lagi berbangga dengan identiti bangsa kerana kata mereka konsep sebeginilah yyang menjadikan negara ini kian mundur dan telah menjejaskan hubungan kaum yang selama ini cukup kukuh terbina hasil ketidakadilan dalam sistem yang berkonsepkan ketuanan ini.
Mereka sebenarnya sudah mula lupa diri apabila kekayaan yang mereka raih hasil drpd konsep ini telah menjadikan mereka lupa asal usul dan susur galur sejarah yang di bina oleh pejuang2 melayu semenjak kedatangan kuasa asing yang pernah menjadi penjajah kepada tanah ini.Mereka menyalak seolah2 hasil kekayaan yang ada pada mereka adalah hasil usaha sendiri tanpa ada bantuan daripada konsep bermuafakatan berbagai bangsa yang telah termaktub dalam perlembagaan yang bersaksikan raja-raja melayu sebagai kuasa terakhir menjadi pelindung kepada hak dan keistimewaaan orang asal tanah ini.Mereka juga lupa bahawa tanpa ada darah bangsa melayu yang mengalir dalam diri mereka tidak mungkin mereka akan mendapat keistimewaan2 yang wajib di berikan kepada seorang yang berbangsa melayu apatah lagi dalam soal yang melibatkan kepentingan agama bangsa dan negara.Malahan mereka malu untuk mengaku sebagai melayu gara- mereka terpesona dengan helah dan tipu daya bangsa cauvinis yang cukup mengujakan mereka untuk merintis ke arah konsep republik yang selama ini amat di nanti oleh si cauvinis ini dengan menjadikan melayu itu sendiri sebagai kepala haprak dalam menhapuskan konsep ketuanan ini.
Kalau tidak kerana konsep sebegini sudah tentu anak2 melayu masa kini dan sudah pasti yang akan datang akan menerima kesusahan kerana keistimewaaan yang selama ini dinikmati oleh ibu bapa mereka terdahulu telah tiada dihapuskan oleg bangsa sendiri.Sudah pasti juga kita akan dapat melihat negeri2 yang bersultan akan menerima seorang menteri besar yang bukan lagi berbangsa melayu islam sebagaimana hari ni sekiranya kita terus membiarkan petualang2 ini terus di beri muka hasil lembut lidah mereka menabur janji manis kepada rakyat apatah lagi menjelang pilihanraya.Sewajarnya mereka yang menjadi petualang bangsa dan agama patut di ajar kerana merekalah yang sebenarnya yang merompak kedamaian tanah ini yang cukup tenteram di duduki oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang agama,bangsa dan adat budaya sehingga menjadikan tanah melayu ini terkenal seantero dunia sebagaimana terkenalnya negara jepun dan cina yang begitu berbangga rakyat mereka dengan identiti bangsa.
Rakyat tanah ini hendaklah menilai dengan lebih wajar dan lebih terbuka ttg konsep ketuanan melayu ini yang sebenarnya cukup baik untuk terus digunakan oleh pihak kerajaan kerana keadilan yang dilaungkann oleh petualang2 ini sebenarnya sudah pun berakar umbi semenjak sekian lama dengan termaktubnya perlembagaan negara semenjak lebih daripada 53 tahun dahulu.Berpandukan kepada rukun negara yang meliputi kesemua aspek rohani dan jasmani pada sesebuah negara telah menjadikan tanah ini terus mencapai kecemerlangan hasil daripada kepandaian dan kebijaksanaan pemerintah berlandaskan konsep perlembagaan yang sama rata dan adil pembahagiannya.Jika masih kedengaran cakap2 tentang ketidaksempurnaan perlembagaan ini khususnya menyentuh pasal 152 dan 153 adalah cakap2 mereka yang tidak pernah bersyukur akan segala apa yang mereka telah kecapi sehingga menjadikan mereka daripada si miskin menjadi orang kaya.Bahkan menjadikan mereka sebagai bangsa melayu yang berjaya dengan memegang jawatan2 tinggi dalam sektor kerajaan mahupun swasta ini adalah hasil konsep yang telah diguna pakai sekian lama.
Janganlah kita malu nak mengaku diri sebagai melayu kerana langit yang kita junjung dan bumi yang kita pijak sekarang ini adalah melayu sehingga dipanggil sejak dahulu sebagai tanah melayu.Jika bangsa di luar sana begitu gah dan bangga dengan identiti bangsa dan tanahair mereka, kenapa tidak kita yang begitu mulia dilahirkan sebagai melayu yang beragama islam yang cukup terkenal dengan adab sopan dan tatasusilanya.Jangan lagi kita menerima idea komunis yang begitu cauvinis sehingga menjadikan kita sanggup menjual negara hanya semata2 terhibur dengan sang penglipur lara yang cukup pandai menyusun kata untuk mereka sebuah cerita yang hanyalah dongengan semata-mata...Belajarlah daripada sejarah agar kita selamanya terus menjalani kehidupan yang berlandaskan keamanan dan kedamaian dengan memberi sepenuh cinta kita kepada tanahair yang tercinta ini dengan menolak anasir-anasir jahat yang cuba memporak perandakan kegemilngan yang kita kecapi ini..Wassalam