Semakin hari semakin banyak ragam orang-orang melayu yang tidak kering idea untuk memanaskan suhu politik tanahair.Yang lama berkuasa terus rakus menunjukkan taringnya manakala yang baru mengenal kuasa semakin haloba menurut kata nafsu mereka.Bagaikan tiada lagi unsur-unsur kemelayuan dan keagamaan dalam diri setiap melayu yang di angkat rakyatnya untuk menjadi pemimpin dan seterusnya memikul amanah yang paling berat di atas dunia ini iaitu menjadi khalifah.
Orang-orang melayu kini semakin hilang rasa malunya malah menjadi semakin berlagak serta angkuh bahkan keegoan yang melangit tingi dalam diri mereka telah menjadikan mereka ini menjadi kurang ajar bukan sahaja kepada bangsa mereka sendiri tetapi kini sanggup untuk menyembah derhaka kepada penjaga bangsa dan agama.Sebahagian pimpinan melayu islam ini seolah-olah bagaikan di pisahkan oleh petala-petala langit dan bumi yang menzahirkan diri masing-masing untuk terus bertelagah sesama sendiri hingga akhirnya merugikan generasi baru.Mereka menjadikan medan poliltik yang kini bebas tanpa had dan sempadan sebagai medan utama menunjukkan kekuatan masing-masing malah berjanji dengan sejuta keistimewaan hingga sanggup untuk memperbodohkan diri mereka sendiri dengan menjadi tali barut mahupun kuda tunggangan orang lain.
Seolah-olah kini langit melayu bagaikan menjadi tanda nama sahaja kerana melayu-melayunya kini asyik bercakaran dan saling ingin menunjukkan kejantanan tanpa lebih utama untuk menghitung nasib rakyat melayu yang semakin di heret oleh kancah mainan seribu satu dusta.Mereka lebih rela melihat rakyatnya tidak tentu arah dengan sesekali memberikan kata-kata puitis sebagai penyedap bicara agar perhatian rakyat terhadap kehidupan mereka menjadi tidak ketara.Tiada rugi diri mereka sebagai pimpinan rakyat kerana masing-masing sudah pasti ada harta berjuta walaupun rakyat mereka terus melara memikirkan untung nasib seharian sebelum mereka menutup mata.Tetapi ingatkah mereka sebagai khalifah akan dosa dan azab sengsara gara-gara berlaku durja terhadap jelata?Atau mampukah mereka menebus dosa dengan memberikan ribuan juta ringgit kepada jelata kerana nyawa di hujung senja?Setinggi manakah nilai sebuah bangsa dan agama bagi mereka-mereka yang berbuat dusta?
Jangan akhirnya membiarkan melayu islam terus merenung duka berpanjangan gara-gara kita sebagai pimpinan terus bermaharajalela mencurah asid demi kekenyangan perut kita dan kroni kerana melayu islam perlu tersenyum bangga dengan pemimpin mereka yang berhati waja.Sanggup melepaskan dunia kerana rakyatnya..sanggup menjadi hamba kerana rakyatnya..sanggup melakukan apa sahaja kerana rakyatnya..kerana rakyatnya lah yang telah mengangkatnya menjadi mulia.Kemuliaan akan kekal selamanya andai pimpinan mereka terus berusaha menjadikan melayu islam itu terus mengukir senyum walaupun sesekali di sepak terajang kerana keikhlasan mereka yang bernama pemimpin..wassalam