Kehebatan dan kelantangan pemuda sejak dua menjak ini semakin hari semakin sendu..sayap kanan pd parti yg di gelarkan dulu bagaikan tinggal hnya nama shj..pembela,pendesak,pembawa obor suara rakyat sudah tiada lg dlm kamus jati diri pemuda ku..yg hnya ada adalah laporan2 polis apabila ada perkara2 yg tidak menepati citarasa kepimpinan hinggakan balai polis pun mungkin kalau ada mulut mcm kita dh muntah tgk gelagat barisan pimpinan pemuda yg bagaikan kemaruk publisiti tnpa ada sedikitpun rasa ingin menyokong dan menambahbaik organisasi kepimpinan pemuda..di mana2 bukan saja di negeri ku darulnaim,pemuda umno bagaikan hilang arah perjuangannya..aku terlalu impikan kepimpinan pemuda pembela agama,bangsa dan tanahair yg bukan saja mewakili suara umno malah mewakili suara rakyat dimana pemudaku ini yg lantang,berani dan terbuka dlm memberi idea,suara dan sumbangan bersama kepimpinan negara demi utk kebaikan rakyat kerana rakyatlah kepimpinan BN masih lagi mengekalkan kuasanya.
Hilangkanlah segala benda yg tidak baik dlm diri setiap diri pemimpin pemuda agar keikhlasan dan kejujuran yg dulunya menjadi milik pemudaumno terus tersemat dan bersemadi didlm barisan kepimpinan pemuda generasi millenium ini.apabila hati dan jiwa setiap pemimpin pemuda itu terarah kpd keikhlasan dan kejujuran nescaya sinar kegemilangan pemuda akan kembali menggegar persada politik tanahair yg seterusnya akan menjadi kebaikan kpd parti utk memilih pemimpin negara apabila tiba masanya kelak.jadilah pembela dan pembawa suara rakyat agar kita akan dikenang sebagai pejuang negara seperti jaafar albar,sang singa pemuda umno pd zaman kegemilangannya.inilah yg di nanti2kan oleh sekalian rakyat khususnya ahli pemuda umno utk melihat sang pembela rakyat dari barisan pelapis di lahirkan agar rakyat mudah menumpang tuah dan mmeberikan harapan pd kehidupan mereka.jgnlah hnya tunggu pemimpin wahid malaysia saja beria2 mahu melakukan yg terbaik sedangkan anak buahnya masih lg terkapai2 mencari rentak kehendak rakyat.
Kelantan darulnaim dh masuk lebih 20thn di perintah oleh pimpinan pas.bukannya kuat sgt pemuda pas ini tapi mereka pandai memalu gendang bercampur irama serunai tarian silat yg akhirnya membuat rakyat sekaliannya hanyut dibuai merdu lunak mereka walapun sebenarnya hnya irama dari kaset shj.dlm masa yg sama juga ,pemuda umno bagaikan hilang arah tujuan untuk mengembalikan kepercayaan khsnya golongan muda utk menyokong perjuangan mereka.pimpinan pemuda seolah2 tidak apa dgn sindrom ini kerana mungkin bg mereka apabila tiba masa pilihanraya baru mereka nak menggerakkan jentera yg ada sedangkan pada masa tersebut golongan muda ini sudah masuk jerat pemuda pas.yg ada pada masa itu hanyalah hardcore yg setia pada parti shj bertungkus lumus memperkenalkan jenama umno ini pada golongan muda sedangkan jenama ini sudah lebih 50thn menjadi peneraju negara.apakah pimpinanku hilang arah?hilang taring kepimpinannya?atau lebih suka bermegah dgn kemewahan yg diberi oleh allah taala pd mereka semenjak menjadi pemimpin pemuda?lebih suka menunjuk2 kpd sekalian rakyat jelata sifat2 korporat mereka hinggakan rakyat takut utk dekat dgn mereka?atau suka turun pdg bersama rakyat tapi masih lagi mengekalkan identiti korporat hingga program seperti membersih kubur pun memakai baju kemeja dgn kasut hitam berkilat hingga menimbulkan senyum sinis rakyat bawahan?yg nyata gambar mereka memegang cangkul atau sabit semasa program cuci kubur mesti di paparkan dlm akhbar harian seperti sinar yg cukup laris jualannya di darul naim ini walaupun memakai kemeja dgn kasut berkilat.seolah2 mereka ni lupa yg rakyat ini memerhati akan tindak tanduk keikhlasan mereka.terlalu byk kepincangan yg berlaku tapi tetap boleh di perbaiki tetapi itulah pemuda umno.sedar atau tidak mereka masih berperangai seolah2 tidak mengapa parti yg mereka dokong ini kalah bila tiap kali pilihanraya sdangkan ada dikalangan mereka yg ikhlas berjuang dan mahu melihat kemenangan akhirnya menjadi milik umno setelah terlepas pada tahun 1990 kpd pas.rasa tanggngjwb pada amanah yg diberikan kpd mereka sebagai pemimpin pemuda bahagian bagaikan seperti tiada harga sedangkan merekalah barisan pemimpin muda yg akan menggantikan pimpinan utama bahagian kelak.bermewah tidak mengapa tetapi biarlah bertempat..berkokok tidak mengapa tapi biarlah pada masa yg betul..yg paling penting adalah menarik golongan muda kelantan ini yg akan menjadi penentu kemenangan pada pilihanraya kelak bersama dgn parti keramat UMNO ini.kita lemah tidak mengapa asalkan kita sedar dan cepat menampung kelemahan itu kerana pemuda umno masih belum trlambat utk bangkit mengemudi kecemerlangan demi meraih kemenangan yg berterusan.Ayuh Pemudaku!!!