Sabtu, 23 April 2011

ayuh berganding bersama-sama

PRU negeri Sarawak baru saja berlalu 2 minggu yang lepas.Kemenangan dengan majoriti 2/3 kerajaan dahulu telah memberikan tonik baru kepada kompenan BN lebih-lebih lagi kepada PM Dato Seri Najib yang tidak pernah jemu utk turun padang bersama dengan timbalan beliau serta pimpinan tertinggi kompenan.Hasilnya ternyata amat melegakan halwa telinga yang mendengarnya apabila kemenangan diraih penuh cemerlang walaupun ketempangan semakin dapat dirasai apabila DAP berjaya membenihkan pengaruhnya dalam akar umbi bangsa cina.

Bangsa cina kini semakin teruja malah seolah-olah semakin menunjukkan taring mereka apalagi dengan pengaruh DAP yang kini semakin hari semakin mendapat tempat dihati pengundi cina.Perasaan perkauman ditanam oleh parti ini agar cita-cita mereka utk Malaysian Malaysia akan berhasil setelah kejayaan parti ayah mereka di seberang yang cukup jelas sebagai sebuah kerajaan yang berbaur perkauman.Bangsa melayu cukup disisihkan malah jelas tiada tempat bagi bangsa ini untuk mendaki puncak tertinggi selepas kuasa politik melayu dihalau oleh pemerintah Singapura apabila PAP berkuasa.

Di Malaysia ini tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada bangsa melayu dan bumiputera.Kuasa tidak pernah mengenal siapa kerana apabila kuasa ditangan mereka yang sejak dari dahulu lagi ingin bertakhta di bumi melayu ini apatah lagi selepas peristiwa 1969 yang cukup-cukup memberikan pengajaran kepada bangsa melayu bahawa Dendang Anak Perantau tidak pernah dan sesekali akan sunyi untuk terus berdendang mengikut tari dan irama sebagaimana dirancangkan sehinggalah niat mereka untuk menjadikan bumi ini seperti bumi melayu seberang terlaksana.Mereka akan terus seperti cacing kepanasan selagi hajat mereka tidak kesampaian.


Jesteru itu bangsa melayu di tanah melayu ini janganlah peduli atau terasa hati dengan gelaran ekstrimis yang dilemparkan kepada bangsa kita kerana itulah gelarannya yang paling tepat khususnya bagi mereka yang sangat sayangkan bangsanya.Biar apapun gelaran dilemparkan kepada kita maka teruskanlah untuk berjuang demi agama bangsa dan tanahair tercinta ini agar masa depan generasi depan aklan terus terpelihara.Biarlah generasi pelapis yang ada pada hari ini mengerti kenapa dan mengapa kita sanggup untuk dilabelkan dengan gelaran sedemikian rupa kerana sebahagian besar generasi muda kita sudah lupa akan segala kepahitan juga pengorbanan pejuang-pejuang negara dahulu semata-mata untuk memastikan kedaulatan agama bangsa dan tanah ini tetap terpelihara selama-lamanya.

Generasi muda masa kini semakin hari semakin melupai tentang kisah dan pengorbanan pahlawan-pahlawan negara yang bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan agar kesinambungan darah mereka dapat terus mendiami tanah ini dengan penuh keamanan tanpa rasa khuatir untuk menjalani kehidupan dalam negara sendiri.Mereka perlu segera insaf dan memahami betapa mainan politik zaman pasca merdeka dan bermillenium ini tidak pernah mengenal belas kasihan.Mereka yang dahulunya seolah-olah takut untuk bermuka-muka kini semakin menunjukkan muka mereka kerana kegagalan bangsa melayu itu sendiri untuk mempertahankan kekuatan bersama-sama malah ada sekelompok melayu yang sanggup untuk bersama dengan pihak yang jelas tidak mahu melihat islam kekal sebagai agama rasmi dalam negara ini.

Entah apa dajal yang merasuk hingga beberapa kepimpinan melayu islam lebih suka untuk berpeluk dengan mereka yang sudah jelas bersifat perkauman dan tidak mahu islam kekal di negara ini.Kerakusan mereka semakin hari semakin ganas kerana mereka sendiri sudah faham bahawa bangsa utama tanah ini telah berpecah dan seolah-olah bagaikan retak menanti belah gara-gara keegoaan pimpinan utama bangsa melayu islam untuk duduk bersama demi perpaduan dan untuk  mengelakkan peristiwa disingkir dari tanah sendiri sebagaimana melayu di seberang sana terjadi.

Sebelum terlambat..sebelum nasi menjadi bubur..sebelum terlajak kata..sebelum tiba waktunya ..marilah wahai pimpinan melayu islamku untuk berganding bersama-sama ..merapatkan saf persaudaraan sesama kita didalam islam demi untuk melihat syiar islam terus bergemerlapan dalam negara ini..demi untuk melihat kuasa politik melayu islam terus berkesinambungan hingga akhirnya kekal bertradisi membela rakyatnya..demi umtuk melihat kedaulatan payung agama bangsa dan tanahair ini terus bertakhta dari generasi ke generasinya..demi untuk kebahagiaan dan kedamaian bersama selama-lamanya..wassalam