Ada sesetengah orang tidak mahu menoleh ke belakang kerana tidak mahu sejarah berulang lebih2 lagi sejarah pahit tetapi kadangkala kita perlu menoleh agar sejarah pahit yg telah terjadi akan menjadi pengajaran yang amat berguna dalam kehidupan kita meniti hari2 yang mendatang..Setiap drpd kita mempunyai sejarah yang tersendiri samada manis,pahit,lucu dan sedih kerana tanpa kesemua ini kita tidak akan belajar drpd kesilapan dimana munngkin kita akan terus melakukan kesilapan yang sama yang akhirnya akan memusnahkan impian dalam kehidupan kita..
Begitu juga kita belajar tentang sejarah yang telah terjadi dalam negara kita ini agar kesilapan2 lalu tidak akan berulang kerana setiap negara mempunyai sejarahnya yang tersendiri apalagi dalam negara yang mermpunyai etnik yang berbilang bangsa dan agama..Ada orang yang tak ingin mengaku kewujudan dan hakikat bahawa negara ini adalah seperti yang telah saya katakan tadi kerana mereka seolah2 tidak mahu mengakui peristiwa2 yang berlaku bermula drpd perjuangan dalam menentang melayan union sehinggalah membawa kepada kemerdekaan negara pada tahun 1957..Dan dalam masa mengisi kemerdekaan juga tercatit sejarah yang mematangkan rakyat dalam negara ini khususnya pimpinan kerajaan untuk memperbetulkan keadaan agar peristiwa2 ini tidak akan berulang untuk kali yang ke 2 yang sekaligus memberi nila-nilai kedamaian dan keamanan dalam negara ini sehinggalah kita terus mengecap nikmat kebebasan dari sebuah kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang dan pimpinan dahulu..Perit jerih mereka inilah yang menjadi sejarah yang besar kepada seluruh rakyat dalam negara ini agar terus menjaga nilai ini supaya tidak jatuh ke tangan bangsa asing yang semakin hari semakin ingin merebut kuasa politik dan hak orang melayu dan peribumi kerana merasakan tidak perlu lagi untuk golongan ini memelihara hak2 yang telah disepakati bersama oleh pimpinan bangsa2 terdahulu sebelum ini atas alasan era liberalisasi global..Perkongsian sama rata dikeluarkan oleh pimpinan bangsa asing sebagai asas kepada tujuan mereka untuk terus mendesak kerajaan dibawah pimpinan majoriti UMNO agar mengkaji semula kuota bumiputera sebanyak 30% dengan alasan yang lebih kukuh lagi iaitu bertujuan untuk mencapai kearah status negara yang berpendapatan tinggi..Begitu juga ada desakan daripada pimpinan sayap sebuah parti kompenan BN ini agar Perkara 153 juga dikaji semula kerana tidak kena pada peredaran masa sehinggakan golongan ini sanggup untuk menyangah segala apa jua dalam perkara asas kepada perjanjian bagi kontrak sosial ini yang telah menjadi kunci bagi semua rakyat dalam negara ini dalam menjalani kehidupan yang harmoni selama 53 tahun negara mencapai kemerdekaan..Ini kerana setiap negara mempunyai asasnya yang tersendiri dan tanah ini asasnya adalah tersiri daripada bangsa melayu dan bumiputera sebagai tuan punya kepada tanah melayu ini dan sudah pasti mereka mempunyai hak2 yang perlu sebagai tuan walaupun berlaku peredaran zaman..
Hakikat inilah yang perlu diakui oleh bangsa2 asing yang dulunya hanyalah ingin menumpang kek ekonomi yang ada dalam tanah ini tetapi mereka ini lupa untuk menoleh sejarah yang telah memberikan kepada mereka bukan sahaja sebagai tempat transit bagi mendapatkan kek ekonomi ini bahkan mereka telah menajdi tuan kepada ekonomi dinegara ini..Lebih mahal lagi adalah sifat luar biasa yang ada pada tuan punya tanah ini yang telah memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka2 ini secara percuma sebagai asas perjanjian supaya mereka ini akan lebih menghargai dan mengingati akan pengorbanan yang terbesar bangsa melayu dan bumiputera ini lakukan walaupun kemajuan demi kemajuan dikecapi dengan kekayaan hasil mahsul negara ini beralih tangan hasil drpd lesen besar ini..Apakah yang akan berlaku sekiranya tuan tanah ini bangkit dan mula mempersoalkan hak2 yang telah mereka berikan ini kepada bangsa2 pendatang ini?Yang pasti tuan tanah ini akan dilabel sebagai pelampau@ekstrimis yang pada mereka sengaja mencetuskan ketegangan kaum dalam negara ini walaupun kumpulan ini hanyalah mempertahankan hak2 yang telah termaktub dalam perlembagaan tanpa menganggu gugat hak2 bangsa lain dalam negara ini..Inilah kesilapan terbesar para pimpinan pendatang ini kerana mereka hanyalah pandai untuk mendesak demi kepentingan mereka ini tanpa mempedulikan kepentingan bangsa tuan tanah ini sehinggakan desakan mereka ini telah dianggap wajar dan selaras dengan situasi sekarang..Disini saya ingin berkongsi persoalan yang bermain2 di benak bersama2 dengan pembaca yang budiman iaitu apakah akan terjadi sekiranya kuota ekonomi 30% dikaji atau lebih tepat lagi mereka ingin hapuskan?Apakah betul sekiranya saya katakan jika kita membiarkan kuota ini dikaji@dihapuskan maka kita dengan mudah telah menjual nilai2 kemerdekaan tanah ini secara langsung kerana sudah tiada apa lagi yang tinggal untuk kita sebagai tuan punya tanah ini untuk menikmati kek berbagai rasa yang ada dalam negara ini sebagai habuan pengorbanan paling besar nenek moyang kita berikan dahulu kepada bangsa2 asing ini..jika habuan ini sudah tiada kepada kita maka apakah kuasa akhir yang kita ada ini juga akan terjual sekiranya mereka2 ini kita terus biarkan menekan dan memeras ugut kita tanpa kita mengorak langkah untuk mengimbas semula sejarah lampau sebagai ubat mata kepada bangsa2 yang kini semakin rakus untuk menjajah dan menjarah setiap inci bumi melayu ini!!Saya tetap pertahankan sebagaimana tulisan2 saya sebelum ini kerana kita ada hak2 kita!!Pedulikan apa juga tohmahan dan tuduhan kerana kita adalah tuan punya tanah ini!!...Kepada mereka yang diluar sana yang buat2 lupa sejarah maka wajarlah mereka membeli buku sejarah negara ini agar mereka dapat menilai dengan hati yang terbuka dan tidak lagi berani mengungkit...wassalam