Rabu, 24 Mac 2010
pertahankanlah hak2 kita
kalau dulu jarang sekali mereka2 yg dulunya pendatang ini bersuara kerana mereka tahu asal usul dari mana mereka datang dan tanah ini hanyalah sekadar utk mereka mencari rezeki sebagai menyambung kerjaya mereka sebagai pedagang hasil dari warisan temurun nenek moyang tetapi kini semuanya berubah seolah2 tanah ini dan hak2 didalamnya adalah milik mereka..mereka telah lupa sejarah kedatangan mereka ke tanah melayu ini atas sebab mengapa kerana merasakan tanah ini adalah milik mereka juga tanpa mereka sedari kelakuan dan gelagat yg semakin hari semakin naik toncang ini sedang di perhatikan dgn penuh minat oleh mereka yg empunya hak2 ini..golongan pendatang ini mula berkokok dan nyaring bersuara dalam sebarang bentuk permintaan kerana merasakan mereka juga berhak utk mendapat sepertimana yg bangsa melayu dan peribumi telah merasainya..bermacam2 agenda di rancang oleh mereka2 ini agar kerajaan yg di kuasai oleh bangsa melayu ini memenuhi telunjuk dan kehendak mereka demi mencapai matlamat dalam hak kesamarataan yg menjadi agenda utama para pimpinan pendatang ini..hasilnya sedikit demi sedikit para pimpinan kerajaan memenuhi kehendak mereka yg mana telah menjadikan mereka ini semakin galak dalam mencapai matlamat mereka menguasai tanah ini..berpuluh2 badan bukan kerajaan terbit bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sebagai memenuhi agenda mereka kerana merasakan dengan penglibatan NGO2 inilah yg akan dapat menembusi benteng pimpinan melayu yg menguasai kerajaan pada hari ini melalui permintaan2 yg sedikit demi sedikit bagaikan memberi ruang kepada bangsa pendatang ini bertapak dengan lebih kukuh dalam politik selepas sekian lama begitu gah mendominasi ekonomi tanah ini sehinggakan tiada lagi tempat bagi bangsa melayu utk bersaing dlm apa jua bentuk perniagaan..NGO2 ini berperanan utk memberi lebih byk kelebihan kepada pendatang ini dalam usaha mereka utk menguasai agenda politik tanah ini agar dengan adanya kuasa politik ini maka nasib mereka sebagai bangsa pendatang akan hanya tinggal dlm lipatan sejarah shj..kelicikan bangsa pendatang ini dlm percaturan politik tanahair semakin menampakkan hasilnya apabila mereka masing2 mula menunjukkan belang tanpa di sedari oleh para pimpinan melayu yang asyik mengikut kata..hak2 bangsa melayu dan peribumi semakin terhakis kerana kepandaian para pimpinan pendatang ini dalam merencanakn agenda perjuangan mereka..demi menjaga hati dan perasaan bangsa pendatang ini,permintaan mereka di penuhi samada di sedari atau tidak oleh bangsa melayu dalam tanah ini tanpa mempedulikan hati dan perasaan bangsa sendiri..hak2 yg dulunya di jamin oleh perlembagaan kini seolah2 hanya di atas kertas shj dek kerana terlalu menjaga hati..mungkin bagi para pimpinan yg ada sekarang adalah menjadi tidak mengapa sekiranya memberikan hak yg sama rata kepda bangsa2 pendatang ini kerana apa juga yg akan jadi sekalipun kepada anak2 bangsa melayu ini kelak tidak akan memberi kesan kepada kaum keluarga mereka kerana sudah punyai harta yg bertimbun byknya utk di agihkan kpd anak2 mereka kelak..yg menjadi mangsa adalah anak2 bangsa melayu yg kini masih lagi hidup sebagai petani,pesawah,nelayan,kakitangan kerajaan yg masih lagi kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang utk menyambung nyawa dalam kehidupan yg serba mencabar ini..kekayaan yg ada tidak di agihkan dgn sempurna malah lebih suka utk di salurkan kpd sesuatu yg bukan hanya memberi kerugian kepada negara malah menjadikan negara ini lebih mengejar nilai komersial daripada mengejar nilai2 murni membela anak2 bangsa sendiri..hasilnya beberapa projek mega yg hanya bermatlamatkan komersila terus di jalankan hingga membabitkan peruntukan berjuta2 ringgit yg mana kalau di agihkan peruntukan ini kepada golongan miskin yg sebahagian besarnya adalah daripada anak bangsa melayu islam sudah tentu meringankann beban yg merek tanggung..anak2 bangsa melayu ini masih lagi memerlukan sentuhan2 ajaib para pimpinan melayu yg menguasai kerajaan mahupun negeri demi membela kehidupan mereka yg semakin hari semakin ditindas oleh mereka yg dulunya hanyalah pendatang dek kerana kealpaan pimpinan mereka sendiri yg membuka ruang kepada pendatang ini utk mengusasai tanah ini..janganlah hanya memikirkan utk mengekalkan kuasa shj hingga pimpinan melayu ini sanggup utk memberi apa shj permintaan dan meminggirkan hak2 yg menjadi darah dagin bangsa sendiri..lakukanlah apa sahaja yg ada selagi kuasa masih lagi di tangan melayu demi meneruskan agenda perjuangan sebuah bangsa dalam tanahair sendiri dengan segala kekayaan yg telah di kurniakan kpd kita..jgn sesekali membiarkan bangsa sendiri menjadi pengemis dlm tanah sendiri dek kerana kegagalan para pimpinan melayu memartabatkan hak2 mereka dalam usaha menjaga hati dan perasaan bangsa pendatang..walau setinggi mana sekalipun kita berada,jgn sesekali lupa asal usul perjuangan pahlawan melayu terdahulu yg berjuang bermati2an demi semata2 utk mempertahankan hak2 kita sebagai bangsa melayu yg beragama islam dengan daulat raja melayu sebagai benteng terakhir kepada agama dan bangsa..HIDUP MELAYU! HIDUP ISLAM! HIDUP TUANKU!...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)