Sabtu, 6 Februari 2010
bila jawatan diberi kpd org bukan ahlinya...
sindrom pemimpin pemuda yg lesu,tidak bermaya,tiada idea,cetek pemikiran dan sebagainya bgaikan tidak dpt dipisah dgn sebahagian pemimpin pemuda bahagian,negeri dan pusat..mereka ini di angkat memegang jawatan bukan atas kehebatan mereka sebagai seorang bakal pimpinan pelapis tetapi lebih terarah kerana mereka ada wang yg banyak,sanak saudara kpd pimpinan bahagian,bukan pencabar kpd pimpinan utama yg ada sekiranya berlaku pertandingan bahagian serta jenis mereka yg ikut telunjuk membabi buta hingga fungsi pemuda umno sebagai sayap kanan parti sudah hilang malah tenggelam ditelan arus kemodenan dimana kemewahan adalah agenda utama pimpinan pemuda daripada membicarakan ttg kehendak dan keperluan ahli apalagi rakyat..bagaikan sudah hilang semangat juang dlm diri pemuda kerana sikap mereka tidak mengambil berat ttg perkara2 yg telah diperjuangkan oleh pejuang2 bangsa terdahulu hinggakan program2 pemuda hanya tinggal nama shj..untuk menjayakan program yg saban tahun mengisi jadual pemuda pun tidak bermaya apalagi mengadakan program2 yg dilihat pada permukaannya sebagai tidak masuk akal tetapi mempunyai impak yg cukup bagus utk pandangan masyarakat sekaligus mengangkat nama pemuda umno sebagai pembela dan pendamping rakyat..tetapi bagi pimpinan yg hnya diangkat melalui wang ringgit ini akan merasakan bahawa program2 yg tidak masuk akal ini akan menjadi benda yg tidak elok pada mereka kerana kerana kelemahan dan kekurangan daya fikir pemimpin tersebut..misi mereka lebih kpd ingin mengaut sebanyak mana projek semasa menjadi pemerintah pemuda tanpa menghiraukan rintihan pemuda cawangan yg terlalu inginkan arus perubahan hinggakan fungsi biro2 yg ada hanyalah tinggal nama shj..pemuda cawangan terkapai2 mencari rentak dan langkah utk berfungsi sebagai jambatan masyarakat dek kerana sikap sesetengah pemimpin pemuda yg tidak menghiraukan untung nasib pimpinan cawangan yg semakin hari semakin tawar dgn semangat perjuangan..akhirnya apabila dijemput atau di undang bagi majlis2 pemuda yg hnya kelihatan adalah barisan pimpinan pemuda bahagian shj..pimpinan cawangan hanya kdg2 menhadiri kerana semangat mereka mulai menipis kpd kebolehan pimpinan yg ada..sikap tidak mengambil berat kpd cawangan,tidak turun pdg,gah bercakap tetapi habuk pun tarak sudah menjadi trend biasa bg pimpinan pemuda bahagian hinggakan kalendar program pemuda kebanyakkannya terisi dgn dakwat pen shj tanpa ada pengisian yg sebenarnya..yg paling hebat kpd pimpinan ini apabila ada majlis rasmi yg dihadiri oleh sang menteri maka kelibat mereka bagaikan burung layang2 yg kalut di kala senja menjengah..hebat dgn pakaian pemudanya seolah2 akulah pimpinan pelapis yg akan menjadi pembela bangsa tapi yg sebenarnya hampa bagaikan padi huma..seolah2 mereka lupa bahawa mereka ini adalah pemimpin yg mempunyai tanggngjwb yg amat berat bukan saja kpd jawatan yg dipegang tetapi kpd yang maha mencipta..untuk menjadi pemimpin yg bertanggngjwb bukan susah tetapi juga bukan senang..pemimpin yg ikhlas,jujur dan penuh amanah akan menjadi lebih senang kerjanya kerana keikhlasan mereka di mata masyarakat di nilai seolah2 seperti berhrganya emas dgn mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli bawahan sedangkan mereka yg lalai,alpa dan lupa diri ttg tanggngjwb akan mendapat kesusahan dlm sebarang bentuk kerjanya di sebabkan sifat angkuh yg menguasai diri hingga menjadikan mereka seperti tiada harga umpama tin kosong yg boleh di sepak kesana sini..inilah padahnya jika pemuda2 memilih mereka yg tiada misi sebenar dlm perjuangan sebuah bangsa ini sebagai pemimpin..selagi wang ringgit menjadi taruhan mereka dlm mengangkat dan menjadikan seseorang sebagai pemimpin tanpa ada keperibadian sebagai pemimpin pilihan maka rugilah pemuda dan negara..meletakkan seseorang yg bukan ahlinya ditempat yg bukan tempatnya akan menjadikan negara ini akan kacau bilau kerana kelemahan pemimpin tersebut..begitu juga dgn pemuda andainya masih lg memilih mereka yg berpenyakit sebagai pemimpin maka tunggulah bahana yg bakal menimpa kerana tiadanya sifat ululamri dlm diri mereka..sudahnya kita juga yg rugi kecuali kita sendiri yg suka melihat pemuda menjadi bacul serta pondan!!tepuk dada tanya selera kerana jika kita makan sambal kitalah juga yg merasa pedasnya hingga mungkin menjadi cirit birit yg akhirnya masuk hospital...renung dan fikirkanlah demi sebuah perjuangan yg tiada penghujung ini juga sebuah perjuangan yg memartabatkan agama bangsa dan tanahair..pemuda umno akan di hormati kerana sifat pejuangnya bukan sifat bobroknya yg menjengkelkan ahli maupun rakyat..wassalam
bolehkah umno menang?
pertanyaan ini selalu menjadi tajuk plg panas tiap kali menjelang pilihnraya..bagaikan sinonim pertanyaan ini dlm benak rakyat kelantan khususnya..dh lebih 20thn kelantan di perintah oleh parti pas yg lebih byk berckp dari buat tetapi tetap menjadi pilihan warga pengundi kelantan..tiada yg istimewa pun kalau di amati parti yg kononnya islam ini tapi tetap menang bila tibanya hari mengundi..kenapa dan mengapa?jawapannya ahli umno lebih tahu kerana mereka tetap mempertahankan kepimpinan yg rakyat kelantan cukup sakit telinga apabila disebut,cukup menyenakkan mata apabila dipandang,cukup buat hati jd geram apabila tiba hari memangkah..aku juga ahli umno tapi ahli umno ikan bilis kata org politik...kata2 ikan bilis tidak didgr bahkan kalau tidak kena masanya kena makan dek ikan jerung yg sudah tiada gigi taring tapi ada gigi emas yg boleh membuat ahli umno terus memberikan takhta kpd jerung2 ini..pada mereka selagi pimpinan ini ada gig emas yg hanya sekali setahun menampakkan senyuman emasnya sudah cukup buat hati mereka yg tenang dan buat senyuman menguntum kembang hidung yg kemek mcm kena katak kena langgar kereta..sebenarnya umno berpeluang menang sudah lama di kelantan tapi tiap kali menjelang pilihanraya dtg,tiap kali itulah pimpinan pusat gagal memilih calon yg disukai rakyat tapi lebih kpd memberi laluan kpd muka lama yg memualkan rakyat hingga memberi kemenangan kpd parti pas..bukan tidak ada pimpinan parti yg rakyat sukai tapi pimpinan ini selalunya tidak diberi peluang dlm bahagian utk mendaki puncak bersama2 kerana pimpinan lama terlalu sygkan jawatan walaupun tahu rakyat meluat melihat mukanya..tetapi itu pimpinan dulu yg hnya mendengar kata `yes boss,semua beres boss hingga boss besar pun hampir2 lemas..sekarang ini peluang umno utk menang di kelantan begitu cerah dgn berketuakan anak kpd PM ke2 yg tersohor kini dgn slogan 1malaysianya..amaran yg beliau berikan cukup menggerunkan sesiapa saja yg berjawatan dlm parti kerana bagi beliau apa yg penting adalah kehendak rakyat..apa yg rakyat mahu dan siapa yg rakyat menjadi pilihan sebagai wakil suara mereka..pendiriannya cukup jelas dan terang...siapapun anda waima anda kini ketua bahagian tetapi rakyat tidak mahukan anda maka anda tidak akan jd calon BN dlm PRU13 kelak..siapapun anda walaupun anda hnya ahli biasa tetapi rakyat mahukan anda maka anda adalah pilihan BN..yg penting adalah kemenangan mutlak yg mana kemenangan yg mewakili suara rakyat !!jika begitulah kira2nya maka akan terbentang lah wajah kemenangan dlm penggal akan dtg bagi umno kelantan utk menjadi pemerintah negeri sekaligus merealisasikan impian veteran umno yg ikhlas berjuang utk melihat umno kembali menjadi pemerintah yg terlepas lebih 20thn lalu malah ahli2 umno yg bertungkus lumus tidak kenal penat lelah utk menjulang nama umno di mata hati rakyat kelantan..tambahan pula kemelut dalaman pimpinan kerajaan negeri skrg ini yg kian meruncing hingga memeningkan ahli pas sendiri..kemelut yg di tonjolkan cukup menggambarkan betapa manusia adalah lemah dan senantiasa melakukan salah silap walaupun kita cuba utk mengelak..kalau dulu parti pas sedap menghentam umno yg mengamalkan kroni dlm pentadbiran maka kini giliran parti islam utk semua yg menerima musibahnya..inilah akibat kuasa..tidak kenal siapa hatta sekalipun tok guru yg berilmu...kerana kuasa tidak mengenal siapa...yg mendapat kuasa jika di uruskan dgn penuh jujur dan amanah nescaya tiada cacat cela yg menimpa tetapi jika alpa,lalai dan mabuk kuasa maka jahanamlah jwbnya..bukan saja didunia ini malah di akhirat yg lebih utama akan di soal..selain pimpinan umno pusat terus menerus memantau pergerakan pimpinan negeri,pimpinan negeri juga harus lebih jujur dgn rakyat kelantan kerana penentunya kembali kpd rakyat...jika apa yg rakyat mahukan di tolak mentah2 maka jgn mimpi umno akan menang di serambi mekah ini..ambillah peluang yg kini terhidang dgn penuh hati2 agar kerajaan serambi mekah yg kian merekah ini akan dpt di kalahkan dgn kuasa rakyat yg ingin melihat angin perubahan pimpinan kerajaan negeri yg lebih merakyat,lebih cakna dan lebih allert kata oram putis dgn apa yg rakyat gomo kelate gomo mahukan..tinggalkanlah cakap kosong yg penuh dusta wahai pemimpin umno ku dan dekatkanlah diri mu dgn yang maha pencipta agar kelantan ini dpt di tawan dgn penuh ketenangan dgn keredhaan dari Nya...kemenangan tidak akan di capai tanpa pengorbanan kerana pengorbananlah umno terus unggul menjadi kuasa pemerintah..jgn tunggu nasi jadi bubur hingga menangis airmata darah baru pemimpinku sedar dari lamunan mimpi indah kerana yg menjadi mangsa adalah ahli parti yg setia juga rakyat..kemana hendak mereka mengadu?....wassalam
kisah kerajaan perpaduan dan hebatnya kuasa rakyat
beberapa bulan lepas,heboh satu melayu ttg kerajaan perpaduan antara 2 parti terbesar orang melayu iaitu umno dan pas.harapan diletakkan pada pimpinan melayu ini agar perpaduan bangsa melayu dpt di capai sebagaimana dulu..bangsa melayu perlu bersatu agar kepentingan2 yg ada harus di pertahankan..aku masih berpegang pada prinsip bahawa apa yg kita kecapi pada hari ini adalah kita pinjam daripada anak cucu cicit kita..jd apa salahnya Pas khususnya dgn tangan terbuka perpaduan bersama2 dgn UMNO dlm mencari perdamaian yg di impikan bukan saja aku tapi seluruh umat melayu islam di negara melayu ini.buangknlah sifat ego,riak,dan menyombong bodoh dlm diri setiap pimpinan melayu islam kerana yg ruginya adalah bangsa kita akhirnya..yg menang free adalah bangsa yg dulunya adalah pendatang..tidakkah pimpinan yg hidupnya dipenuhi dgn zikir dan penuh tawaddu` kerana allah taala serta dipilih oleh rakyat menjadi khalifah bagi kelantan tahu ttg kebaikkan dan keuntungan bila melayu islam bersatu,berganding bahu dan bekejasama?atau kehidupan mereka ini hnya pada kulit luaran shj sedangkan diddlmnya penuh dgn hati yg penuh dgn dendam yg tidak pernah padam?sudah tiada lg sifat kemaafan dlm diri mereka dgn membuang prasangka buruk pd pimpinan kerajaan melayu islam ini?adakah mereka lebih percayakan bangsa dan agama lain utk bersama drpd yg seagama dan sebangsa?atau mereka lebih suka melihat saudara islam mereka ini terhegeh2 menghulurkan tgn perpaduan kerana sangka mereka yg parti dominan ini sudah hilang taringnya?jika itulah yg mereka fikirkan maka silaplah percaturan politik mereka kerana pimpinan kerajaan melayu islami ini masih lg kuat dan semakin mendapat tempat dlm hati rakyat yg berbagai adat budaya tatkala ini..lebih lagi dgn slogan tersohor skrg ini yg mendahulukan kepentingan rakyat..dimana saja ada 1malaysia sampaikan telekung pun ada jenama telekung 1malaysia..walaupun begitu pimpinan melayu islam ini haruslah jujur ikhlas dlm setiap perbuatan mereka terhadap rakyat kerana rakyatlah yg menjadikan mereka sebagai pimpinan utama negaradan negeri..andai mereka kalah dlm parlimen mahupun dun,apakah mereka akan berada dlm kementerian msg2skrg?atau menjadi rakyat biasa yg tiada kelebihan lg?bila kalah dlm setiap kali pilihnraya baru mereka sedar bhwa mereka ini tidaklah popular cuma hnya gah dgn nama dan gelaran yg berjela pjgnya..pangkat sekalipun tidak dpt menjamin kemenangan mereka andainya mereka gagal memenangi hati pengundi..tetapi inilah sikap sesetengah pemimpin melayu islam parti UMNO ku ini yg lebih byk mencari kemewahan diri drpd mengutamakan kepentingan rakyat..kuasa yg ada digunakan sepenuhnya utk meraih seberapa byk projek hingga 10 keturunan pun tk habis makan!!sedangkan dlm masa yg sama rakyat kawasannya masih lagi ada yg kais pagi mkn pagi,kais ptg mkn ptg namun tiada diendahkan kerana asyik mengejar kemewahan dgn projek2 yg mendatang..bila musim pilihanraya barulah pimpinan tersebut turun pdg dan pada masa itu merayu,melutut dgn rakyat malah sanggup bersila walau sebelum ini tidak pernah bersama dgn rakyat..rakyat bukannya buta tuli dan warna sekarang..rakyat sekarang lebih pandai dan lebih licik dlm permainan sesetengah pimpinan bahagian..tiba masanya mereka akan menghukum pimpinan yg hnya dtg menjengah mereka setiap 3-4tahun sekali ini..bila keputusan diumumkan barulah merah padam muka mereka sebab gelaran YB dh jd milik org lain..salah siapa?rakyat atau kita?yg nyata adalah masih ada lg pimpinan yg tidak sedar ini yg mereka ini menjadi kebencian rakyat tetapi masih lg bermegah bahkan mengatakan merekalah org paling layak menjadi calon sedangkan merekalah yg menajadi penyebab kepada kekalahan demi kekalahan yg di alami oleh partiku UMNO ini di negeri kelantan..4 penggal telah berlalu dan kini menjenguk masuk utk penggal ke 5 tidak berapa lama lagi tetapi masih ada pimpinan yg tidak mahu berundur walaupun tahu jika diletak kawasan mana sekalipun sudah tentu bukan kemenangan yg akan dicapai nnti..nak menang mcmana kalau kita sendiri pun bila di sebut nama dh jd mual pada rakyat jelata!!kalau rasa kita ni dhjadi duri pada parti,nasihat saya bagilah peluang pada org lain yg mungkin lebih di sukai rakyat ..jgn tunggu sampai kita digulingkan atau tunggu kain kapan tiba baru org lain dpt mengisi tempat?saya sayang pada parti bukan body..pemimpin parti patah akan tumbuh dan hilang akan berganti tetapi parti tiada galang gantinya..jdlah pemimpin parti yg jujur dan ikhlas untuk rakyat agar kita mendapat balasan pahala yg berganda kelak..tinggalkanlah nama yg baik agar di kenang sebagai pemimpin parti yg hebat selamanya dgn kebaikan kpd rakyat bukannya dikenang sbgai pemimpin yg tercemar namanya..yg nyata UMNO lah sebenarnya juara rakyat yg harus dikenang dan di ingati oleh anak bangsa..wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)