Selasa, 28 Disember 2010

2011-Rakyat Bakal Menterjemah

Pertukaran beberapa kerusi perhubungan negeri yang berlaku beberapa hari lepas terus menjadikan persoalan tentang tarikh pilihanraya umum semakin hangat di perkatakan oleh arus perdana khususnya media walaupun di nafikan sekeras-kerasnya oleh barisan kepimpinan dengan mengatakan bahawa perkara pertukaran ini adalah perkara yang senantiasa berlaku.Namun rakyat sebahagian besarnya pada hari ini tidak lagi mungkin mudah tertipu kerana mereka seolah-olah sudah dapat menduga akan apa yang akan berlaku dalam masa 18 bulan ini selepas beberapa penangguhan pemilihan dalam parti khasnya dalam kompenan Barisan Nasional.Penangguhan yang telah berlaku memberi reaksi yang cukup nyata bahawa PRU13 semakin dekat walaupun berbagai telahan di buat dengan ada yang menyatakan bahawa paling awal PRU13 adalah pada Mac 2011
 Penggantungan empat orang ahli parlimen daripada pembangkang juga seolah-olah di sifatkan sebagai rancangan paling besar telah di lakukan oleh pihak kerajaan walaupun kalau di lihat secara lebih berhemah bahawa pergantungan mereka ini adalah kerana kesalahan yang telah dilakukan di parlimen yang menjadi institusi keadilan bagi rakyat sehingga memaksa Yang Di Pertua menggunakan seluruh kuasanya agar institusi ini terus terjaga tanpa dapat di ganggu gugat oleh permainan jahat segelintir pembangkang yang seolah-olah tidak pernah berpuas hati selagi kuasa tidak dapat mereka gapai.Dan akhirnya ketua pembangkang bersama 3 ahli parlimena yang lain telah di gantung selama 6 bulan yang mengundang berbagai reaksi bahawa pilihanraya semakin hampir dengan pihak pembangkang menuduh bahawa konspirasi ini adalah di rancang agar majoriti 2/3 memihak kepada pihak kerajaan yang memerintah agar perancangan persempadanan semula dapat di lakukan apabila parlimen bersidang kelak yang pada kacamata pembangkang akan memberi kelebihan kepada parti yang memerintah utk terus mengekalkan kuasanya apabila PRU13 menjelma kelak.
Disebalik serangan bertali arus pembangkang terhadap kepimpinan Dato Seri Najib, 1Malaysia terus gah di perkatakan oleh sebahagian rakyat hinggakan ada kerajaan negeri yang di perintah oleh pihak pembangkang melarang menggunakan logo tersebut kerana cukup khuatir kesannya kepada sekalian rakyat yang melihat akan kembali mengundi BN apabila jenama ini ada di segenap pelusuk negeri dan semakin terkenal hingga dapat mengubah persepsi rakyat yang pada mulanya amat janggal dan merasakan bahawa jenama ini adalah retorik semata-mata.Namun kesungguhan dan keikhlasan pihak kerajaan dalam menjadikan 1Malaysia ini adalah lambang perpaduan yang paling utuh hasil perpaduan yang di warisi secara turun temurun semenjak kemerdekaan pada tahun 1957 terus mencetus fenomena luar biasa daripada kalangan rakyat yang cukup teruja dengan segala keperluan yang mendahulukan rakyat dalam setiap aspek walaupun ada beberapa program pembangunan yang di rancang kerajaan tidak di nafikan seolah-olah tidak banyak memberi impak besar kepada rakyat yang berpendapatan sederhana apalagi rakyat yang masih lagi tergolong dalam taraf hidup kemiskinan yang masih lagi memerlukan pertimbangan yang paling adil daripada pihak kerajaan agar golongan ini tidak akan terlepas pandang apabila sesuatu rancangan raksasa hendak di laksanakan.
Ini kerana rakyat yang akhirnya akan mengadili pemerintah apabila tiba masanya kelak iaitu apabila PRU tiba.Pada masa itu,hayat yang berhormat seolah-olah berada dalam saat yg paling genting apalagi bagi mereka yang memegang jawatan besar dalam kerajaan kerana segalanya bergantung kepada secalit undi daripada rakyat yang mereka hargai ataupu  tidak selama ini.Jika rakyat kawasan mereka itu merasakan diri mereka di hargai oleh pimpinan sebelum pilihanraya menjelang maka sudah pasti rakyat akan terus memberi undi kepercayaan dengan mengekalkan kemenangan kepada si calon namun jika sebaliknya maka bahanalah yang akan menimpa iaitu kekalahan yang akan mengakhiri riwayat seorang pemimpin ataupun akan di sambung dengan talian hayat yang masih ada pada mereka walaupun setelah kalah!Bila kekalahan menimpa barulah pemimpin itu sedar bahawa jawatan dan gelaran ini adalah pinjaman sementara sahaja kerana yang berkuasa untuk menentukan semuanya ini adalah rakyat yang berada di kawasan mereka.Jika sebelum ini mereka yang bergelar yang berhormat ini di hormati oleh rakyat kerana kemenangannya tetapi selepas kekalahannya tiada lagi rasa hormat rakyat kepada mereka ini gara-gara ketika mereka mempunyai jawatan dan gelaran tidak pernah mengambil berat hal rakyat bahkan untuk memunculkan diri bersama rakyat amat payah sama sekali.Akhirnya yang menghukum kembali mereka ini menjadi orang biasa juga adalah rakyat dengan tidak lagi memberikan undi semasa pilihanraya.
Mungkin belum terlambat kepada Yang Berhormat utk menjadi Yang Berkhidmat kepada rakyat mereka kerana jangkamasa yang masih ada akan dapat mengubat semula luka-luka di hati rakyat namun kesemuanya bergantung kepada kebijaksanaan si polan tersebut kerana rakyat pada hari ini dengan kuasa penentu di tangan pengundi muda tidak boleh di tipu dengan sesenang-senangnya.Mereka ini sudah tahu gerak bibir dan memek muka si pelakon yang berada di depan mereka samada pelakon yang melakonkan watak seorang pemimpin ini adalah benar-benar menghayati watak tersebut atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga untuk menjadi pelakon bagi rakyat.Ingatlah bahawa rakyat jelata yang menjadi penentu kepada hayat seorang ahli politik samada daripada parti yang memerintah mahupun pembangkang.Jawatan adalah amanah rakyat kepada seorang pemimpin tersebut untuk menjadi suara kepada mereka agar hak-hak mereka sebagai rakyat akan terus terpelihara dan bukan sebagai jambatan untuk seseorang itu terus mengaut keuntungan demi diri dan kroninya hasil daripada kesusahan rakyatnya.Jadilah seorang khalifah yang sayangkan rakyatnya dan dalam masa sama tidak pernah lupa untuk kehidupan kedua di akhirat kelak yang akan menjadikan mereka itu sebagai khalifah yang mulia sebagaimana khalifah-khalifah islam selepas kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad SAW..wassalam