Sabtu, 2 Oktober 2010

Semangat yang tidak akan pudar selamanya

Apabila ada cakap2 yg mengatakan bahawa nyawa Umno semakin hari semakin nazak selepas PRU12 2008,terasa tebal cuping telinga ini tiap kali tajuk ini di perkatakan disegenap pelusuk penjuru negara lebih2 lagi dalam negeri kelantan yg cukup kebal kubu pembangkangnya..Setelah 4 penggal parti Pas kekal megah memerintah kerajaan negeri dengan melalui perit jerih dugaan sebagai sebuah kerajaan maka sekali lagi kekuatan parti pembangkang ini sekali lagi teruji dengan PRK Dun Galas yang akan tiba tidak berapa lama lagi setelah kematian adunnnya seminggu yg lepas..Takziah kepada seluruh anggota keluarga allahyarham juga kepada keluarga parti di atas kematian yang tidak pernah walau sesaat tertunda apabila tiba masanya..Paling akhir PRK di kelantan ini adalah semasa Manik Urai dulu yang mana memihak kemenangan kepada Adun Pas iaitu Abe Ji dengann majoriti yang cukup tipis bahkan sudah melahirkan rasa yang cukup2 mendebarkan semasa pengiraan undi tersebut namun takdirnya ternyata memihak pada Pas walaupun arus kebangkitan rakyatnya sudah mulai memihak kepada Umno..Insyaallah jika berlaku PRU13 kelak,sudah pasti dun manik urai akan menjadi milik Umno yg semakin hari semakin menunjukkan perubahan dengan berpresidenkan Dato Seri Najib iaitu anak kepada mantan PM ke2..Sikap serta komitmen presiden baru ini ternyata telah byk merubah persepsi rakyat jelata terhadap Umno yang semakin diterima kembali oleh bangsa melayu yg terjejas dan terpecah teruk kini gara2 kelalaian yang telah berlaku semasa 2008 yg hampir2 menumbangkan kekebalan kompenan BN utk terus kekal menjadi kuasa pemerintah..Peralihan yg berlaku seperti yg dikehendaki telah mengembalikan semula maruah Umno yang tercalar walaupun masih ada lagi segelintir pimpinan parti yg masih rakus dan lalai dlm menjalankan amanah yg telah diberikan oleh parti kepada mereka..Mereka2 inilah yang harus diteliti oleh pimpinan pusat agar segala pembaharuan yang diperkenalkan oleh pihak pusat dituruti dengan sebaiknya dan bukan hanya seperti masuk telingan kanan dan keluar telinga kiri..Masih ramai lagi ahli2 parti yg mempunyai semangat yang tidak akan pudar dan sanggup berjuang demi kebaikan parti serta mengikhlaskan diri utk kekuatan Umno yg boleh di angkat sebagai pimpinan dalam bahagian2 seterusnya menjamin kemenangan apabila tibanya pilihanraya kelak..Sebagaimana yg telah diketahui bahawa kekuatan parti Pas di kelantan ini bukanlah hadir dengan kekuatan semulajdi tetapi mereka lebih kepada mendapat tempias dan keuntungan drpd Umno yg tidak habis dan sudah2 dengan alam persekitaran mereka terutamanya sikap segelintir puak2 dlm Umno  yang sehingga kini masih tidak mempunyai jiwa yang besar terutamanya menjelang pilihanraya dengan percaturan calon yg tidak memihak kepada keinginan mereka yg akhirnya menyaksikan kemenangan yg cukup selesa calon lawan..Namun saya cukup percaya dengan kekuatan dan idea2 yg bernas dari pucuk pimpinan Umno pusat khususnya dalam percaturan bagi calon2 pilihanraya kelak akan menjadi nadi utama dalam menghadirkan kegerunan kepada parti Pas sekiranya calon2 yg dipilih bukan shj mempunyai rekod yg cukup baik dalam parti bahkan juga disukai oleh rakyat dlm kawasan mereka..Akhirnya sudah pasti jika kesemua ini diteliti dan dibuat perancangan yg sebaik2nya tidak mustahil Umno akan kembali menjadi pemerintah dalam negeri kelantan kerana parti Pas juga kini berhadapan dengan krisis2 yg cukup getir cuma masanya shj yang masih lagi tidak memihak kepada Umno tetapi tidak salah utk terus berusaha kerana usaha itu adalah salah satu ikhtiar dan mereka yg tidak jemu berusaha serta berikhtiar serta menyerahkan diri kepada Allah Taala pasti akan di makbulkan usaha mereka walaupun terpaksa menunggu lama..Yang paling penting adalah semangat yang tidak pudar dan senantiasa memberikan yg paling baik utk menonjolkan semula jenama Umno pada pandangan rakyat kelantan..Wassalam