Rabu, 3 Februari 2010
ayuh pemudaku!!
kdgkala aku rasa pelik dgn sikap sesetengah pemimpin UMNO walaupun aku sendiri seorang ahli UMNO yg taat pada parti ini..nampak saja mereka ini mcm cerdik pandai tapi yg nyata sifat utk menjadi seorang politician tidak semudah sebagaimana menghadapi kertas2 peperiksaan yg kita baca dan hafal bila tiap kali musim peperiksaan menjelang..kalau kita ada walau berjela2 sijil hingga layak di gelar professor mahupun doktor falsafah tapi tetapjuga tidak dpt menguasai arena politik yg penuh dgn seni yg sukar di duga.seninya yg kdgkala putih boleh bertukar menjadi hitam sesekali menjadi kelabu hingga menyesakkan nafas org yg berkecimpung di dalamnya..org yg cerdik pandai tidak kesemuanya berjaya utk menjadi pemimpin utama kerana mereka kdgkala terlalu takut utk menghadapi sebarang cabaran apatah lagi utk menghadapi kritikan drpd ahli dan rakyat yg akhirnya merugikan kepimpinannya..mereka ini yg jahil ttg ilmu politik sudah tentu takut utk memulakan langkah pembaharuan kerana pelbagai persepsi buruk baik yg bakal menimpa kepimpinannya..sebenarnya memulakan langkah pembaharuan dlm politik adalah sesuatu yg bagus dan akan di kenang selagi tidak menyalahi perlembagaan parti..adakah kerana kita dulu menghulurkan salam pendamaian dgn pihak pembangkang yg seagama dan sebangsa dgn kita maka kita akan di anggap merendahkan imej parti?dgn hanya memulakan langkah utk mengadakan perlawanan bolsepak persahabatan dgn pihak parti lawan maka kita merasakan itu adalah tindakan yg kurang bijak?atau kita terlalu takut dgn byg2 kelemahan sendiri hingga benda2 semulia begini di anggap sebagai idea yg kurang elok dan boleh menjejaskan parti?tidakkah memulakan salam lebih dahulu adalah perbuatan yg paling mulia?inilah dangkalnya pemikiran seorang yg telah di angkat utk menjadi pemimpin dek kerana kurangnya pengetahuan dan pergaulan apatah lg kalau semuanya bersandarkan pd teori semata2..mengapa kita pemimpin umno khususnya pemuda takut utk memulakan langkah yg lebih hebat yg nyata akan memberi impak yg cukup baik kpd partii?terlalu byk persepsi buruk dlm diri kita sendiri hingga utk membuka mata dan menghirup udara baru dlm senario politik bagaikan sudah tiada ruang lg hinggakan idea yg boleh mencetuskan gelombang baru pd rakyat di pinggirkan dan masih lagi menggunakan idea2 lapuk yg mudah dibaca matlamat oleh rakyat..aku bukan tidak bersetuju dgn idea2 lapuk tersebut tetapi biarlah diselang selikan dgn idea2 yg sesekali di lihat tidak masuk akal tetapi kesannya jangka masa pjg kpd umno cukup baik asalkan tidak menyalahi perlmbagaan parti..ini bukan masa zaman 70-80an tetapi memasuki era dunia tanpa sempadan di mana rakyat mahu melihat anjakan yg benar2 ikhlas daripada kerajaan yg di ketuai oleh umno..sekarang ini perlu di akui pemuda pas mendahului dlm sebarang bentuk aktiviti hinggkan kalau dulu aktiviti sukan sudah pastilah pemuda umno yg lebih dahulu membuka gelanggangnya tapi kini tertukar sebaliknya..apalagi dlm aktiviti penambahan pengundi baru dan keahlian pun seolah2 langit dgn bumi jurangnya di tinggalkan oleh pemuda pas..tapi pemuda umno masih lg bersikap tidak apa kerana bg mereka pilihanraya masih lambat dan apabila tiba masanya rakyat akan memihak pd kita mungkin..bila ada cetusan idea baru bg menyemarakkan aktiviti pemuda maka terlalu byk persepsi hinggakan org yg ada idea yg hebat terpaksa memendamkan hajatnya hanya kerana sesetengah pemimpin pemuda yg ada bukan dari mereka yg arif ttg kehendak rakyat bawahan tapi lebih selesa dgn kehidupan harian yg menyibukkan hari hingga lupa ttg amanah yg di pikul..inilah padahnya jika kita meletakkan seseorang yg bukan ahli menjadi pemimpin yg akhirnya merugikan parti dan negara..padahnya jika kita masih lg memilih seseorang yg bukan ahli utk memikul amanah sebagai pemimpin hnya kerana seseorang itu mempunyai hubungan dgn pemimpin yg ada atau kerana melihat pd kekayaan hinggakan pandangan utk memilih pemimpin yg baik jd kabur..adalah tidak menjadi kesalahan andainya sang pemimipn itu sedar kelemahannya dan bersedia berganding bahu dgn mereka2 yg mempunyai cetusan idea yg hebat untuk menmbah kekuatan parti dan kepimpinannya kerana kelak pemimpin ini akan di kenang sebagai seorang pemimpin yg mempunyai nilai integriti yg tinggi sebagaimana yg di war2kan oleh pemimpin utama satu malaysia..tidak hilang bisa sang ular walaupun terpaksa menyusur akar dan tidak akan hilang nilai harga permata walaupun debu menutupinya..AYUH PEMUDAKU!!!
Langgan:
Catatan (Atom)