Airmata sering di ungkapkan sebagai senjata utama bagi perempuan@wanita tatkala perasaan mereka berbaur dgn perlbagai nada..gembira dan lebih2 lagi duka..perasaan yang cukup mudah tersentuh adalah datangnya dari makhluk yang dicipta Allah Taala dari tulang rusuk kiri seorang lelaki..dengan airmata jugalah kadangkala kita byk mendengar ramai lelaki yang tewas kpd perempuan samada perempuan kerana cintanya,kasihnya malah kerana nafsunya..tetapi tidak semua mereka ini menggunakan airmata sebagai senjata kerana ada juga kalangan mereka yang tegas dan berjiwa kental dalam menghadapi cabaran dan liku2 kehidupan sebagai hamba kepada Penciptanya..
Tetapi lelaki dgn airmata terlalu kompleks maknanya..teramat sukar utk kita olahkan dengan penjelasan yang mudah kerana kepelbagaian corak cara perasaannya..Kita mungkin dapat melihat airmata seorang lelaki apabila ada kalangan keluarganya yang terdekat meninggal dunia kerana terlalu sedih dengan kepergian mereka hasil drpd pautan kasih yang sekian lama dan hanya kejadian2 seperti itulah sahaja kita dapat melihat menitisnya airmata lelaki tanpa mereka sedari..Amat jarang sekali kita mendengar lelaki menitis airmata sekerap perempuan kerana hati lelaki cukup kental@tabah sesuai dengan sifatnya sebaagai seorang pemimpin bagi sebuah kerajaan atau keluarga..Tetapi bagaimana pula anggapan kita jikalau seorang lelaki yang tidak mampu menahan kepedihan tatkala diri dan partinya dicerca dan dihina sedangkan segala yang termampu cuba di sediakan oleh parti lelaki ini demi untuk kepentingan rakyatnya sejajar dengan dirinya yang telah di angkat sebagai wakil kepada rakyat?Apakah mereka yang melihat jiwa lelaki ni yang begitu lasak orangnya dan begitu rapat dengan rakyat dlm takluknya hanya ingin bersandiwara sebagaimana bersandiwaranya seorang tok guru yang menadah doa yang mendoakan musibah bagi saudaranya sendiri?Nada sebak beserta genangan airmata yang perlahan mengalir dari lelaki ini menginsafkan mereka yang mungkin menilai akan sebuah perjuangan yang belum selesai gara2 keceluparan mereka yang berlawanan parti dengan lelaki ini yang selama ini cukup bersabar dengan apa juga tohmahan dan lemparan kata2 kesat dan keji drpd parti yang kononnya memperjuangkan islam sebagai agenda utama mereka tetapi ternyata kesemua ini adalah sebagai kosmetik utk mengaburi pandangan khalayak khasnya rakyat kelantan yang terkenal dengan gelaran negeri serambi mekah..Perasaan saling hormat menghormati sesama islam jelas sudah tiada dalam diri mereka yang berketayap putih dan berbush jaket ini kerana merasakan bahawa mereka lebih baik dan lebih mulia sedangkan hakikatnya merekalah yang sebenarnya manusia bertopengkan nafsu jesteru itu dengan mudah mereka mengatakan parti kepada saudara islamnya ini adalah parti najis yang hanya layak tempatnya dalam tandas..Dengan perwatakan bagaikan seorang lelaki yang alim dengan pemakaian yang bersih disertai dengan slogan parti yang senantiasa padanya jenama islam sepatutnya pimpinan parti ini lebih memberikan contoh yang terbaik kepada saudara islam mereka samada di dalam mahupun luar dewan bersidang tetapi sayangnya kesemuanya adalah kosmetik shj..Penyamaran parti ini semakin hari semakin jelas pada pandangan rakyat kelantan sehinggakan calon mereka tewas dengan majoriti yang luar biasa semasa PRK Galas yang lalu..
Sifat angkuh,ego,sombong dan sebagainya bagaikan sudah menjadi adat dalam parti mereka walaupun ada sebahagian pendokong dan penyokong mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan arah dan cara pimpinan mereka tetapi kerana gentarnya mereka ini apabila mendengar gelaran "tok guru " maka kepahitan yang mereka sedari dan alami terpaksa ditelan..Kata2 nista cukup mudah didengar drpd kalangan penyokong dan pimpinan mereka kerana mereka menganggap bahawa merekalah yang paling hebat,paling sempurna perjalanan mereka hinggakan kesempurnaan itu telah mereka pergunakan sepenuhnya dengan memperbodohkan rakyat sehingga habis segala madu2 yang ada dalam negeri kelantan ini menjadi hidangan mereka..Cacian dan kejian menjadi rutin mereka kerana sebahagian penyokong2 amat suka mendengar malah merasa amat bangga setiap kali nada kejian ini keluar drpd pimpinan mereka hinggakan laungan takbir dijadikan sebagai jambatan semangat utk pimpinan ini terus memaki hamun..
Akhirnya airmata seorang lelaki yang bernama Datuk Nazula selalu ADUN Paloh mengalir tanpa dipaksa atau di buat2 kerana cacian seorang saudara islamnya sendiri apabila dituduh oleh seorang ahli yang berhormat PAS bahawa parti Umno adalah najis dan tidak layak untuk berkhidmat kepada rakyat kelantan..Sebagai seorang pejuang rakyat yang senantiasa menghambakan dirinya kepada parti dan masa depan serta kesejahteraan rakyat lebih2 lagi dalam kawasannya sudah tentu rasa kepedihan yang selama ini ditanggung dengan cukup tabah dan sabar sudah pasti lama kelamaan tidak dapat di bendung apatah lagi apabila kesemua perkara yang telah dan akan dibuat oleh partinya telah dikatakan keji dan sebagainya..Dimanakah nilai seorang islam yang sanggup melakukan perbuatan sebegini terhadap seorang islam yang lain?Dimanakah islam yang selama ini menjadi tunjang perjuangan parti ini yang dilaung2kan?Dimanakah perginya pengajaran yang mereka2 ini(pimpinan PAS)ambil drpd al quran dan al hadis sebagai rujukan utama mereka?Apakah sandiwara mereka ini akan terus berterusan hasil jenama islam yang telah mereka pergunakan atau kalangan rakyat kelantan sudah bersedia untuk mengubah pemikiran terhadap parti kosmetik ini dan seterusnya menjadikan negeri ini sebagai negeri yang betul2 bercirikan serambi mekah dengan mengembalikannya semula kepada UMNO?Rakyat Galas sudah bersuara sebagaimana rakyat Paloh yang sudah lama bersuara dengan Datuk Zula sebagai jambatan kukuh mereka sebagai bukti bahawa beliau adalah ciri2 kepada pemimpin yang cakna rakyat dan tidak seperti YB Pas yang hanya pandai memutar belit isu hingga berbelit2 tali perut mereka ini dengan kekayaan ghaib mereka..Rakyat Paloh sudah pasti marah dan berdukacita atas apa yang terjadi pada wakil mereka dan sudah pasti mereka tidak akan memberi undi kepada parti yang melawan Datuk Zula kesayangan mereka..Rakyat Paloh telah lama bersuara kerana mereka cukup kenal kaca dgn permata..Kepada seluruh rakyat kelantan ayuhlah bersuara demi generasi depan kita..Wassalam