Islam telah menggariskan batasan2 yang perlu dilakukan oleh penganutnya agar mereka senantiasa berada dalam keadaan yang lebih di hormati oleh masyarakat sekeliling agar agama islam ini terus bersinar sesuai dengan keagungannya..Islam telah membentuk kekuatan samada dari segi dalaman mahupun luaran kepada penganutnya dan sentiasa percaya kepada rukun islam dan iman yang disertai dengan rujukan hadis2 dari perawi2 yang sohih..Namun semenjak agama menjadi umpan besar sebuah parti kepada rakyat dalam negara ini dalam meraih kuasa kerana kelemahan daya pemikiran sebahagian besar masyarakat islam ini dalam membezakan islam yang sebenar hingga menyebabkab mereka mudah terjerumus dalam kancah yang dipanggil sebagai penyelewengan akidah..Akidah adalah pegangan yang harus ada pada setiap orang islam kerana tanpanya orang islam akan hanyut seolah2 kapal yg tiada kemudi..Percakaran sesama islam bukan perkara baru kerana ianya telah meletus selepas wafatnya Nabi SAW hinggakan berlaku begitu byk pertumpahan darah sesama sendiri gara2 adanya pentafsiran yang berbeda2 dalam menunjukkan kehandalan masing2 sehingga mereka ini mudah terjebak dalam arus kehinaan sebagai seorang islam..Malah lebih hebat lagi apabila adanya golongan yang berhujah bahawa apa yang mereka katakan adalah dari sumber al quran dan al hadis sehinggakan menimbulkan seribu satu persoalan yang boleh menjejaskan akidah umat islam.
Di Malaysia,trend ini telah mula menular apabila ada kalangan mereka yang kononnya berilmu telah menggunakan sepenuhnya segala ilmu yang mereka ada utk menarik perhatian rakyat khususnya mereka yang terlalu mendambakan sebuah negara islam walapun negara ini telahpun menjadi negara islam dengan menjadikan agama islam ini sebagai umpan yang paling besar utk mengalih perhatian rakyat menyokong mereka..Mereka ini berjaya mengumpan sebahagian rakyat yang pada anggapan mereka terlalu dahagakan sebuah kerajaan islam hinggakan sebuah negeri sehingga kini masih lagi diperintah oleh parti yang kononnya memperjuangkan islam hampir lebih drpd 20 tahun..Segala pentafsiran mereka berbeza dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa demi mengekalkan kuasa yang ada agar tidak terlepas sehingga sanggup menyatakan perkara yang tidak pernah masuk kedalam akal pemikiran seorang islam yang benar2 beriman dengan hari kiamat dengan menyatakan bahawa segala apa yang berlaku adalah perancangan manusia lebih2 lagi apabila berlaku kekalahan kepada parti mereka ini tanpa mereka sedar bahawa segalanya adalah kuasa Allah Taala dalam menentukan keputusan walaupun sehebat mana perancangan hambaNya..Ayat2 suci al-quran menjadi bahan umpanan terhebat dalam alaf ini dengan memberikan peluang kepada orang2 kafir yang tidak pernah tahu erti utk menggunakannya atas dasar persahabatan dalam pakatan mereka sedangkan kita sudah terlalu maklum bahawa bukan mudah utk kita sebagai umat islam menggunakan ayat2 suci ini apatah lagi penggunaan ini kepada mereka2 yang jelas kafir..Namun atas dasar mengejar kuasa maka segalanya boleh bagi pendokong parti islam ini hinggakan sebahagian besar penyokong2 mereka terlalu angkuh seperti istilah bapa borek anak rintik..Perhatikanlah penyokong2 parti yang kononnya islam ini dimana2 sahaja tempat mereka berkumpul khususnya apabila ada ceramah mahupun debat di adakan sudah pasti kita sendiri cukup loya melihat akan ketaksuban mereka ini terhadap para penceramah mereka hinggakan mereka ini terlupa bahawa parti yang mereka sokong ini adalah parti yang berimejkan islam dan sewajibnya bagi mereka sebagai penyokong menjaga tata susila sebagai penyokong islam!..tapi semuanya hanyalah sandiwara bagi mereka ini kerana para pimpinan mereka sendiri cukup mudah menjatuhkan kepada saudara seislam mereka sebagai kafir apabila UMNO menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC dalam membentuk kompenan BN gara2 tragedi 1969..Segala apa jua yang terjalin dalam kompenan ini adalah haram tetapi itu dahulu kerana kini parti islam yang pimpinannya masih lagi gah sebagai presidennya telah pun menukar istilah kafir tersebut dengan menyatakan kerjasama mereka dengan DAP adalah atas dasar seperti perjanjian hudaibiyah..Sungguh mudah dan senang mereka ini membuat pusingan U utk menggaburi pemikiran penyokong2 mereka agar impian mereka utk meraih kuasa akan berterusan sehingga berjaya menawan putrajaya akan tercapai lantas terkeluar drpd mulut pemimpin utama mereka bahawa jikalau dengan berkawan dengan syaitan sekalipun di bolehkan sekiranya memberi keuntungan kepada mereka..Alangkah sedihnya jikalau penyelewengan ini berterusan kerana ia akan merosakkan akidah lebih2 lagi akidah generasi baru yang bakal menjadi pemimpin negara..Sebagai seorang yang mendapat pendidkan islam yang sempurna biarpun ada antara kita tidak memegang segulung ijazah sebagai namun sebahagian besar kita masih boleh lagi menilai Siapa Sebenarnya Yang Lebih Islam?..Islam tidak hanya di ukur dari kuatnya laungan takbir dan juga imej luaran sahaja tapi mengamalkannya yang paling penting kerana yang membezakan seorang islam adalah amalannya..Ungkapan lama yang berbunyi "jangan menilai buku dengan melihat dari kulit luarnya kadangkala tepat sekali...Sebelum terlambat sama2 lah kita merenung demi masa depan generasi kita..wassalam
Isnin, 8 November 2010
Sudah Tiba Masanya
Kekalahan teruk dalam PRK Galas memberi tamparan yang cukup hebat terhadap kepimpinan Pas Kelantan khususnya biar tidak sedikit pun menganggu gugat kerusi kerajaan negeri tetapi kesannya terhadap parti ini cukup terasa..Sebagaimana biasa seluruh pendokong dan penyokong parti ini telah menyalahkan SPR kerana kononnya berat sebelah dan senantiasa mengikut telunjuk kerajaan pusat berbanding dengan ketelusan mereka dalam mana2 pilihanraya serta meletakkan kekalahan parti mereka ini adalah kerana tipu muslihat pihak BN yang menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada bagi meraih kemenangan yg cukup bergaya pada 4 Nov lalu..Parti Islam Semborono ini terutamanya barisan kepimpinan mereka lupa bahawa yang menjadi kuasa pemutus dalam mana2 pilihanraya adalah di tangan pengundi yang menjadi tuah atau bala kepada mana2 parti yang bertanding..Tuah jika parti tersebut memenangi pilihanraya dan bala apabila kecundang apalagi dengan majoriti yang besar sebagaimana yang terjadi di Galas
Dalam PRK Galas yang lalu kita dapat melihat akan kesungguhan pimpinan PR untuk menpertahankan kerusi ini biarpun tidak boleh mengubah apa2 keputusan dalam pemerintahan negeri tetapi dari segi rasionalnya kerusi Galas ini menjadi titik tolak atau nadi yang amat penting kepada PR khasnya Pas Kelantan dalam meneruskan segala apa yang telah dirancang seterusnya membantutkan gagasan 1Malaysia yang telah dicanangkan oleh YAB Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan juga presiden UMNO..Kesemua pimpinan utama PR turun ke padang termasuklah mursyidul am Pas yang cukup letih minda dan tenaganya gara2 terlalu lama diguna pakai sebagai senjata utama parti ini dalam meraih kemenangan sehingga kekal parti ini menjadi kerajaan negeri selama 4 penggal semenjak menguasai pada tahun 1990 semasa APU menjadi kuasa mutlak apabila merampas kesemua kerusi parlimen dan dun di kelantan..Kesungguhan parti ini menggunakan sepenuhnya tok guru ini memang di tunggu2 oleh pihak BN kerana sudah pasti beliau akan berdepan dengan nama yang tidak boleh dipandang enteng oleh parti ini kerana BN telah meletakkan Ku Li sebagai jeneral bagi PRK Galas dan hasilnya cukup lumayan apabila pulangan yang berlipat ganda telah diraih oleh BN dengan strategi yang cukup berkesan di ambil oleh Ku Li yang seterusnya menambah kekalutan dan rasa tidak puas hati kepada pihak Pas..Pelbagai hamburan dan kata2 nista dapat dilihat bukan sahaja di kedai2 kopi kepunyaan penyokong mereka bahkan juga dalam media massa serta dalam internet yang bukan sahaja merendahkan martabat mereka ini sebagai penyokong parti yang membawa imej islam malah menjelakkan sesiapa juga yang mendengar kerana rasa ketidakpuasan hati atas kekalahan di Galas..Sikap dan sifat mereka seolah2 boleh diibaratkan sebagai tidak membawa imej islam bahkan seperti mereka yang cukup jahil dalam membezakan dosa dan pahala dengan sewenang2nya melemparkan kata2 keji yg meloyakan telinga mendengar..Tidak sedikitpun antara mereka yang menerima kekalahan ini dgn penuh redha bahkan berterusan menyalahkan pihak yang memenangi pilihanraya ini walaupun pada hakikatnya kekalahan parti ini adalah kerana faktor2 yang pihak mereka sendiri sudah boleh menjangkanya..Selain faktor YBM Ku Li sebagai faktor utama kepada kekalahan besar mereka,terdapat juga faktor drpd pihak parti pas itu sendiri yang mana faktor utamanya datang drpd tok guru yang menjadi idola kepada mereka..Seakan seperti memberi petanda kejatuhan parti ini di Galas apabila tok guru ini sanggup utk mencemar dirinya memberi wang selepas mengislamkan orang asal di salah sebuah perkampungan orang asal tersebut dengan dihadiri oleh calon mereka yang jelas menjadikan wang tersebut sebagai rasuah pilihanraya..Jenama diri sebagai tok guru semakin merosot pada kacamata rakyat kelantan kerana terlalu lama berada diatas puncak takhta kekuasaan sehingga lupa diri dan lupa utk berpesan2 kepada penyokong agar menerima setiap yang menimpa sebagai ujian perjalanan sebagai hamba Allah..Sifat tidak berpesan2 inilah juga yang telah menjadikan beliau seolah2 terlepas drpd melakukan salah silap dari kacamata penyokong parti islam ini sehinggakan setiap patah perkataan yang keluar drpd mulut beliau di anggap sebagai kata pemutus sebagaimana yang telah terjadi kepada timbalan presiden parti itu sendiri yang telah di beri amaran agar meletakkan semua jawatan yang dipegang hanya kerana ingin melihat perpaduan sesama melayu islam dalam negara ini..Sudah pasti maruah timbalan ini tercalar dengan amaran keras daripada tok guru ini sehinggakan beliau telah dilarang utk dtg semasa PRK Manik Urai gara2 perselisihan faham dalam isu tersebut..Namun kesemuanya ditelan walaupun pahit utk diterima oleh sebilangan penyokong parti islam ini kerana jenama tok guru ini cukup2 keramat bagi mereka sehinggakan sandal@selipar tok guru ini dicuri kerana di anggap tuan punyanya seorang yang keramat..Inilah yang akhirnya menjadikan sebahagian besar penyokong parti ini mula tertanya2 akan kemuliaan seorang tok guru dengan ilmu yang penuh di dadanya tetapi gagal mengamalkannya bahkan memberi begitu byk pentafsiran yang cukup mengelirukan sehinggakan sanggup berjabat tangan dengan DAP yang jelas menolak islam drpd duduk bersama dengan UMNO yang jelas agamanya islam..Bahananya mula terasa di Manik Urai apabila Pas mempertahankan kerusi dengan majoriti yang tipis dan kekalahan di Galas adalah petanda yang cukup jelas bahawa sudah tiba masanya tok guru ini berundur kerana rakyat sudah melihat akan segala2nya yang serba tak kena apabila tok guru ini bersuara..Jikalau hendak menunggu pimpinan parti ini mendesak tok guru berundur jawabnya tak kesampaian lah kerana semua sudah maklum bahawa parti ini adalah parti tok guru..Barangsiapa yang melanggar tok guru padah pasti menimpa!!kalau masih tak percaya silalah menjadi hang jebat yang sanggup menderhaka demi keadilan tetapi soalnya siapalah yang berani drpd pimpinan parti ini kerana selagi masih bernyawa selagi itulah jenama ini kena pertahankan walaupun amat pahit..Rakyat jugalah sebagai penentu memaksa tok guru ini berundur..Yang cukup jelas drpd kekalahan pas ini ialah semangat yang berkobar2 parti UMNO meneruskan kegemilangan sehingga merampas kembali Kelantan..wassalam

Langgan:
Catatan (Atom)