Agama Islam adalah agama rasmi dalam negara ini yang telah termaktub dalam perlembagaan dan seharusnya wajar difahami oleh mereka2 yang dulunya pendatang sebagaimana wajib ke atas mereka memahami tentang hak2 melayu,raja2nya dan juga hak2 lain sebagaimana termaktub dalam perlembagaan..Jadi kepada mereka2 yang di luar sana yang kemaruk sangat ingin mengubah segala dasar2 yang telah ada walaupun ada antara mereka ini beria2 mengatakan seandainya berjaya menawan putrajaya sekaligus menjadi pemerintah dalam negara segala yang termaktub akan terus terpelihara hendaklah berfikir banyak kali kerana masih ada lagi umat melayu islam di negara ini yang pandai menilai setiap kata2 yang dihamburkan sebagai manisan penyedap kata oleh mereka2 ini..Lidah tidak bertulang menjadi ingatan dan pedoman pada umat melayu islam dan mereka2 ini akan senantiasa berwaspada akan segala tindak tanduk bangsa2 pendatang ini yang kini menjadi ikon palsu sebahagian lagi melayu islam yang rakus mengejar matlamat..
Kosmetik adalah perkataan yang selalu diguna pakai oleh kaum hawa yang bermakna alat perhiasan bagi mereka pada alaf ini yang terlalu byk jenamanya dari hari ke hari hinggakan jadi pening lalat sesetengah kaum ini dalam memilih jenama mana yang padan dgn PH mereka agar segala seri pada wajah mereka akan bertambah seterusnya menjadikan kaum adam terpingga2 gara2 terpesona dengan kecantikan yang mereka zahirkan walaupun ramai kalangan suami yang muncung mulut mereka akibat kerenah isteri yang ingin nampak cantik dengan kulit muka yang halus sehalus kulit bayi tapi mengosongkan poket mereka yang selama ini terisi tetapi kerana sayangkan isteri maka si suami pejamkan mata sahaja..
Kini islam pula menjadi kosmetik kerana jenama islam amat luas pengaruhnya..Dari segi pemakaian sehinggalah kepada parti politik yang telah menggunakan sepenuhnya jenama ini sebagai alat utk menggaburi pandangan umum seterusnya menawan hati kepada sesiapa juga yang melihatnya..
Kalangan kita pada hari ini terlalu rendah menilai islam kerana kejahilan mereka dalam membezakan antara islam yang sebenar dan islam kosmetik hinggakan kita melihat pada hari ini khususnya pada muda mudi yang cara pemakaian mereka boleh di anggap sebagai menutup tetapi sebenarnya berbogel..Tidak hairanlah kiranya gejala sosial terus berleluasa kerana kegagalan anak muda zaman ini yang mengawal tingkah laku mereka seterusnya jurang menjadi agak luas dalam konteks pemahaman islam mereka..Kegagalan mereka ini bukanlah sebab kegagalan ibu bapa,pendidik mahupun pemerintah tetapi ketewasan mereka dalam memegang prinsip jati diri sebagai seorang islam kerana yang paling penting bagi umat islam adalah akidah mereka...Kiranya akidah mereka terseleweng maka natijahnya amat buruk terutama kepada generasi baru yang dunia mereka kini tiada had persempadan yang boleh menyekat mereka sebagaimana generasi dulu2..Walau di mana dan dengan siapa pun kita berkawan hatta dengan kaki dadah,kaki mabuk malah kaki pukul hinggakan kaki kafir sekalipun seandainya akidah kita kuat sudah pasti kita akan memenangi keadaan namun seboleh2nya kita hendaklah menghindari kawan2 yang seperti itu kerana kesannya akan mudah terpalit sama
Tidak kira samada kita ini adalah daripada kalangan mereka yang berstatus tinggi atau tidak,islam hanya di bezakan oleh amalan mereka kepada Allah Taala kerana itulah yang menjadi aset penting kepada umat islam apabila dihidupkan kembali utk kali kedua selepas kematian mereka..Amalan yang lebih baik adalah amalan yang hanya kita dengan Pencipta sahaja yang tahu dan tidak menunjuk2 kepada umum sebagaimana byk yang berlaku pada hari ini..Khalifah2 islam dahulu sebolehnya berusaha utk menyembunyikan kebaikan mereka dan sebolehnya utk hidup secara lebih sederhana malah lebih dhaif kehidupan mereka demi semata2 rakyatnya..Mereka sanggup utk tidak bermewah2 apatah lagi utk menjaga kepentingan diri sendiri kerana ketebalan islam yang ada diri mereka yang menggalakkan agar lebih mengutamakan kebajikan rakyat yang sekaligus menjadikan mereka sebagai pemimpin agung pada zaman mereka..Berbeza dengan pimpinan yang ada pada hari ini dimana kehidupan mereka lebih mementingkan alas perut dan kroni tidak kira dari parti mana sekalipun kerana jelas kini segala ajaran islam telah tiada pada sebahagian besar mereka dan hanya menjadi kosmetik..Mereka gagal utk menjadi contoh yang baik pada rakyat yang melihat gara2 sifat tamak yang bermaharajalela dalam diri mereka hinggakan kehidupan rakyat menjadi cukup terbiar kerana kegagalan mereka dalam menjadikan islam sebagai prinsip dalam pemerintahan mereka..Bertambah malang apabila ada parti yang jelas menggunakan islam sebagai topeng mereka dalam meraih undi dan simpati rakyat kerana merasakan kekuatan agamalah yang akan menjadikan parti mereka berkuasa selama yang boleh sehingga mencapai matlamat yang mereka inginkan..Mereka dengan mudah memperbodohkan rakyat dengan imei islam pada diri mereka hinggakan terkasima sekalian yang menyokong mereka kerana kegagalan mereka membezakan antara islam sebenar dan islam kosmetik yang ada pada parti ini..Hasilnya cukup menakjubkan apabila parti ini terus menerus meraih kemenangan di negeri kelantan dan menjadi pemerintah selama lebih daripada 20 tahun..Kemenangan yang rakyat berikan ini telah dipergunakan dengan sepenuhnya oleh sebahagian besar pimpinan utama mereka dalam meraih kekayaaan ghaib kerana mereka bijak utk menyembunyikan sekaligus terus memberikan mereka ini kedudukan yg cukup selesa kerana kedhaifan rakyat yang menyokong parti ini yang terlalu dahagakan jenama islam..Lebih teruk apabila parti ini sanggup menjilat ludah sendiri apabila sanggup bekerjasama dengan parti yang dulunya cukup hebat dikecam sebagai parti orang kafir dengan menghulurkan tangan DAP semata2 utk melihat parti yang seagama dan sebangsa dengannya jatuh tanpa memikirkan kesan utk masa hadapan..Ternyata kebijaksanaan pimpinan parti ini dalam menjelaskan isu2 yang berbangkit berdasarkan pentafsiran yang menyeleweng telah berjaya menambat hati para penyokong mereka kerana kehandalan pimpinan ini dalam bidang al quran dan al hadis yang di pergunakan sebagai alat utama parti mereka..Yang penting bagi mereka adalah mempertahankan kuasa yang ada walau mcmana sekalipun hatta terpaksa berlutut dan merayu serta bersandiwara melalui fatwa2 sesat dengan rakyat agar mengundi mereka..Disinilah perlunya kepada sebahagian besar penyokong parti ini bermuhasabah dengan melihat dengan lebih jelas apakah parti bulan ini akan terus menjanjikan bintang disisinya atau hanya mengerhanakan masa depan mereka khasnya masa depan generasi islam dengan menjadikan islam hanya sebagai kosmetik...Kita masih boleh berubah utk mengubah sejarah yang telah terpalit seribu lara gara2 ketaksuban yang keterlaluan ini dengan tidak lagi memberi sokongan kepada parti kosmetik ini..Wassalam