AKU masih sama seperti dulu..terus berjuang tanpa mengenal rasa putus asa untuk mempertahankan agenda 3 perkara yang di sertai bersama rukun yang 5..Agenda agama,bangsa dan tanahair menjadi pusat pada perjuanganku sementara rukun yang lima iaitu rukun negara dan rukun islam menjadi pelengkap yang begitu teguh di belakangnya..
2008 merupakan tahun yang amat pedih bagiku kerana kehilangan beberapa negeri ke tangan pembangkang kerana tsunami politik yang bukan ditakdirkan tapi di rencanakan gara-gara kerakusan segelintir manusia yang baru mengenal kuasa untuk mencuba perisa yang mendebarkan dada sehingga hampir2 tumbang kerajaan sedia ada kerana sikap buruk manusia yang asyik mengejar kuasa.
Namun nasib masih menyebelahi ku kerana mungkin masih ada lagi sebilangan mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka hingga di berikan peluang kedua untuk mereka menebus dosa terhadap rakyat jelata..Tapi masihkah ada sebutir mutiara yang bukan hanya gah di persada malah sinarnya yang cukup mempersona mampu untuk menarik jelata bersama-sama pertahankan negara?Atau mutiara akan menjadi semakin redup cahayanya kerana gilanya sang peneroka untuk terus menerus menzalimi jelatanya akibat tidak mendengar kata hingga ranap segala-gala dalam sekelip mata ke tangan mereka yang semakin teruja untuk berkuasa?
Masih mampukah mutiara untuk kekal bercahaya menjadi penyuluh setiap jiwa yang bergantung harap kepadanya tatkala gelombang ke2 semakin tiba pada hujungnya dengan seribu macam sandiwara dari sang penglipur lara yang semakin sedap mengolah cerita hingga menikam jiwa setiap babak ceritanya? bagi aku kesemuanya akan di hadapi walau sehebat tsunami yang telah meragut ribuan nyawa kerana janji ku tetap tiada nilai gantinya.
DIA pula asyik menabur cerita yang semakin mempersona kerana pakatan mereka semakin berjaya katanya.Dulu dia hanya keseorangan sahaja menjaja cerita untuk membutakan jelata tanpa perlu memikir padahnya terhadap negara yang kini akhirnya semakin hampir di jaja kerana kerakusan dia dgn pakatannya.
Dia cukup bersahaja dalam berkata-kata apalagi membuat dusta hingga menjadi kebanggaan penyokongnya tiap kali menjelma menampakkan wajahnya.Kawan pakatannya pula semakin luas senyumannya kerana dia dah menjadi semakin alpa menurut kehendak mereka hingga tiada lagi rasa sayang kepada saudara seagama dan sebangsanya.Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan niat terlaksana walaupun dia terpaksa mengalah pada bukan tempatnya.
Dia lebih rela bersalam dengan mereka yang bukan seagama dan sebangsa dan menolak perpaduan demi keutuhan negara.Katanya dia semakin kuat kuasanya tanpa dia sedari ada rencana di belakangnya untuk memperkudakan dia sementara mereka belum mendapat kuasa.Dia lebih rela melacurkan agama kerana baginya mereka semakin menghampiri agamanya sedangkan mereka hanya mempergunakan sahaja kerana dia lebih mengetahui hukumnya.Akhirnya agama dia di permainkan mereka kerana dia merelakan dan mengatakan kesemuanya adalah demi kebenaran semata.
Apakah dia akan kembali sebelum menutup mata dan sebelum kuasa di rampas mereka?Atau dia akan terus bersama pakatannya demi menjahanamkan negara serta jelata apabila kuasa tiada lagi di tangan kita?Semoga dia akan cepat sedar dari lena.
KAMU pula semakin tiada arahnya kerana kamu tidak perlu kepada aku dan dia.Bagi kamu semuanya cukup meloya hinggakan melihat kami seperti melihat orang tanpa kepala.Sedangkan kamu berada kerana kami berdua yang setiap hari bermasam muka untuk melihat kamu gembira.Kamu juga seperti kami berdua yang punya agama dan bangsa yang sama dalam tanahair tercinta.
Kamu menjadi semakin dewasa hingga lupa tanggungjawab pada negara yang akan terlepas ke tangan mereka yang durjana.Kamu lebih suka dgn hilai ketawa diselang seli tangisan gembira tanpa kamu mengetahui duka yang bakal menimpa yang akan menghirup segala udara.Kamu lebih rela untuk hidup berjaya daripada bersama pertahankan negara dengan secalit undi yang cukup berharga sebagai anak bangsa.
Kamu bagaikan cukup terpesona dengan kenikmatan dunia yang sementara sedangkan negara semakin sengsara kerana anak bangsanya hanyut entah kemana apabila di tagih khidmat mereka.Kamu bagaikan tidak apa sekiranya negara bertukar kuasa kepada bangsa yang dulunya tidak punya apa-apa kerana kamu mahu hidup bergembira selamanya.
Ingatlah anak bangsa bahawa antara AKU,DIA dan KAMU adalah bersaudara.Kita berada dalam satu tanah yang merdeka berbumbungkan langit udara kebebasan hasil keringat pejuang terdahulu.Tidakkah boleh kita bersama-sama demi pertahankan negara untuk generasi kita yang bakal tiba?Tiada salah untuk bersama jika agama menjadi ikatan pada kita bertiga kerana itulah suruhan Allah dan Rasulnya...wassalam