Sabtu, 27 Februari 2010
bila si jahil berlagak alim
agak janggal bila seorang yg masih lagi mentah apatah lagi tidak mengetahui ttg kehebatann seorang negarawan itu berlagak lebih negarawan semata2 kerana ingin mencari nama yg telah pudar kerana impian si mentah utk menggapai pelangi indah hnya umpama mimpi dlm mimpi...itulah akibatnya jika si mentah mendapat tempat dan jawatan kerana kuasa yg ada adalah pinjaman memanda sndiri yg akhirnya menjadikan si mentah ini terkedu dan terpaku apabila jawatan yg sepatutnya menjadi hak wajib bagi dirinya tiba2 ghaib walhal sudah ada di depan mata..benarlah kata pepatah jgn di sangka guruh di langit maka hujan akan turun..begitulah nasib si mentah ini yg semakin lama semakin bisu lantaran hukuman atas dirinya yg telah byk memporakperandakan negara sewaktu namanya di puncak tatkalau kuasa masih di tgn..ketika itu apa saja yg berlaku dan akan berlaku pasti akan melintas dahulu kpdnya hinggakan percakapannya menjadi arahan yg tidak dapat tidak mesti di patuhi..jika engkar maka natijahnya pasti teruk..semua ingin bersama dengan si mentah ini hinggakan ada yang sanggup mencium tgn seperti pemimpin yg telah byk jasanya kepada rakyat walhal habuk pun tarak malah makin mengkayakan diri dan kroninya hinggakan menjadi nanah yg cukup memualkan bukan saja pada rakyat yg memerhati gelagat si mentah dan kuncu2nya ini malah sebahagian besar pimpinan partinya..lagak dan gayanya shj sudah cukup utk menunjukkan kpd sekalian rakyat ketika itu bahawa akulah yg akan menjadi sang penakluk muda sekaligus mencipta sejarah tersendiri sebagai memanda termuda..segala urusan dan rancangan di atur dgn cukup teliti hinggakan menyesakkan nafas mereka yg ada di sekeliling tapi kerana si mentah ini begitu lahap dlm mengejar kekayaan dan nama ditambah lagi gelaran yg ada padanya maka senyap sunyilah jadi mereka walaupun dlm hati hanya tuhan saja yg tahu betapa mereka begitu mual dan amat benci dgn kelakuan si mentah ini...rancangan yg disusun rapi membuahkan hasil pertamanya apabila menjadi tempat pertama dlm persaingan menjadi jaguh muda sekaligus menafikan hak mereka yg lebih berbakat pemimpin pada kacamata rakyat..perasaan gah dan ego bukan kepalang menguasai dirinya serta kunco2nya kerana telah berjaya melangkah setapak kehadapan dlm merealisasikan hasrat utamanya itu...namun panas tidak sampai ke petang kerana tiba2 hujan turun di tengahari apabila mendapati dirinya seolah2 menjadi seperti tunggul kayu sahaja sedangkan mereka yg dikalahkannya mendapat temapt dlm barisan kepimpinan pusat..lemah longlailah semua hulubalangnya kerana impian utk melihat si jeneral mentah ini mendapat tempat dlm kerajaan tidak tercapai malah tidak dilayan permintaan hulubalang2 yg cuba meminta jawatan kerajaan drpd memanda baru yg telah lama menghidu nanah ini..terpaku dan terloponglah si mentah ini utk menunjukkan taringnya sekali lagi hinggakan suaranya begitu jarang kedengaran berkokok apatah lgi utk melihat kelibat tubuh btgnya yg sebeluum ini hampir tiap hari menghiasi dlm dada akhbar maupun dlm siaran tv tempatan..berterbanganlah hulubalang2nya kerana si jeneral sudah tidak dpt lagi memberi tempat berteduh seperti sebelumnya lalu mula mencari jeneral yg baru..itulah akibat bila si mentah menunjukkan kehebatan kerana menumpang tuah orang dan bukan kerana tuah dirinya sendiri..setelah lama membisu dan jrg2 mengeluarkan kenyataan tiba2 si mentah ini berkokok tanpa melihat siapa yg di kejutkannya..berkokoklah si mentah ini dgn mengatakan bahawa orang tua ini cuba berlagak sebagai hero rakyat disebabkan percanggahan pendapat yg berlaku di antara orang tua ini dgn pimpinan atasan sedangkan orang tua yg byk jasa dan pengalaman inilah yg telah menjadikan syarikat yg di asaskannya dulu menjadi penyelamat kpd byk harta dan aset negara..tapi dek kerana jahilnya si mentah ini dlm mengenang kembali jasa2 orang tua yg berdarah kuning ini maka terhamburlah kata2 yg bukan saja menjengkelkan mereka2 yg tahu ttg kehebatan dan sejarah orang tua ini malah menjadikan si mentah ini lebih di benci kerana seperti tidak pernah tahu sejarah...orang tua ini lah yg byk jasanya kpd negara dan partinya hinggakan sanggup memberikan tanah kpd parti yg mana si mentah ini menjadi jeneral muda dan menjadi tradisi tahunan utk ahli parti berhimpun dan berbahas ttg hak2 agama,bangsa dan tanahair..malah orang tua ini jugalah yg telah merangka draf dan menjadi pengasas dan pengerusi pertama kpd satu2nya syarikat yg paling byk pendapatan tahunannya dlm negara ini..sudah tentu orang tua ini ingin memperlihatkan kebenaran kpd rakyat khasnya rakyat di mana orang ini berasal...tidak salah utk menyatakan kebenaran yg mutlak semata2 kerana ingin melihat rakyat dpt sama2 merasai hasilnya drpd memburu kekayaan utk diri sendiri..jgn kerana mulut maka badan kita binasa kerana percayalah jika kebenaran itu ada maka lambat laun akan terbongkar juga walau sehebat manapun kita menyimpan dan menyembunyikan fakta yg sebenar..wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)