riuh rendah serata negara bicara hal royalti ni..aku anak negara malaysia yg di lahirkan di negeri cik siti wan kembang yg gah dgn kaum hawanya yg gigih dan cekal berniaga di segenap ceruk negeri turut terkena tempias permata hitam anugerah Allah Taala ini.Aku anak negeri kelantan yg sudah lebih 20 thn di bawah pemerintahan kerajaan Pas kdg rasa pelik bin hairan dgn sikap segelintir pemimpin negeri yg beria2 mahukan royalti ini sedangkan semasa awal pemerintahan tidak timbul perkara ini hatta pada awal penggalian tahun 2005 pun tiada kedengaran.Tetapi dalam setahun ini terlalu byk perkara berbangkit dgn perkara ini hinggakan riuh rendah serata negeri.Perkara yg bermain di benakku ini adalah kenapa dan mengapa pimpinan negeri beria2 sgt mahukan royalti ini ?apakah kerajaan negeri tiada duit dari hasil mahsul negeri yg sekarang seolah jd botak kawasan hutan2 yg ada atau terlalu tertekan dgn saman 800juta yg memungkinkan kerajaan negeri muflis?apa akan jd kiranya benar kena muflis?apakah benar royalti ada?apakah benar kelantan berhak menerimanya?jika benar bawa shj ke muka pengadilan pada pandangan cetek ku ini lg bagus tapi hingga kini masih lagi tertangguh2.Pas pula kalau benar apa di kata sudah tentu tidak menunggu lama utk ke muka pengadilan bg mendapatkan hak tetapi masih lagi tiada keputusan yg akhirnya menyatakan biarlah rakyat yg menentukan..mainan apakah ini?sandiwara politik semusim atau sekadar mahu mengalihkan perhatian rakyat kelantan drpd membicarakan penyelewengan dan kacau bilau yg berlaku dlm kerajaan negeri?Dulu Umno dituduh mengamalkan kroni dlm pemerintahan hingga telanjang bulat sesetengah pemimpinnya tetapi kini kroni ada dlm Pas jgk..sama jgk perangainya sebab pemimpin pas pun manusia biasa jugak..kata dulang paku serpih,kata org dia yg lebih..Nah sekarang terbukti Pas adalah parti manusia biasa shj bukan islam itu Pas dan Pas itu islam...
cakap tk serupa bikin sebagaimana firman Allah Taala ttg org2 seperti ini byk di dalam Al-quran.Akhirnya rakyat kelantan di seleweng akidah mereka kerana sesetengah pemimpin yg berilmu ini lebih condong kpd dunia(kuasa) yg membuat mereka terlupa merekalah khalifah bagi rakyat kelantan.Membangun Bersama Islam,Bersama Perjuangan Ulamak dan sekarang Islam Untuk Semua sudah cukup menggambarkan telatah lucu pejuang2 yg kononnya membawa obor islam.Bila pimpinan pun ada watak lucu apa lagi penyokong.Tak kira samada ceramah atau forum,yg biasa menjadi masalah adalah penyokong yg kononnya islam ini sedangkan perangai yg ditunjuk jelas menggambarkan bukan penyokong islam yg penuh dgn kata2 cerca dan perangai yg teruk.Ini adalah kenyataan yg benar.
Berbalik pada royalti minyak kelantan pula bg pandangan saya jika benar ada tiada salah kerajaan pusat memberi hak kpd kelantan sebagaimana yg termaktub tetapi adakah akan adil pembahagian kpd rakyat kelantan jika diberi hak samada kerajaan negeri atau jppk sebagai wakil ? Berbeza pendapat tentu sudah ada..masing2 punya pandangan tersendiri yg akhirnya tiada kesudahannya.Yang paling elok dan paling baik adalah Perdana Menteri dgn kuasanya terus bagi duit royalti kpd pelajar2 sekolah yg berumur 6thn hingga tingkatan 6 yg terdiri drpd anak kelantan.Habis cerita dan tutup buku masalah ini..siapapun tk boleh kata apa..Selesai la hok balloh tu!!!