Sabtu, 6 November 2010
Penangan Orang Lama
Penangan orang lama memang menjadi!!..begitulah sosek2 kedengaran dari warung2 kopi mahupun dalam ofis kerajaan serta swasta tentang kehebatan YBM Ku Li dalam menggalas kemenangan yg cukup besar dan bererti bukan sahaja kepada UMNO dan BN tetapi kepada sekumpulan manusia yang sememangnya cukup yakin akan kebolehan Ku Li sejak dulu sehingga kini..Bukan sahaja merampas kembali kerusi Galas tetapi majoriti yang melebihi 1000 undi sudah cukup membuka mata sekalian rakyat jelata khasnya para pimpinan Pakatan Rosak agar lebih berhati2 dan bermuhasabah apabila berdepan dengan orang lama dalam UMNO ini..Strategi yang cukup berkesan adalah peranan utama kepada kemenangan ini dengan Ku Li sendiri menjadi pengarah PRK ini kerana sememangnya semua pimpinan atasan parti sudah sedia maklum akan kekuatan Ku Li dalam bahagian Gua Musang(GM) yang akhirnya sebulat suara memberi kelebihan yang tidak pernah terfikir oleh pihak Pas khususnya apabila dengan penuh bermaruah dan rendah diri YBM Ku Li telah bersetuju utk menjadi jeneral bagi dun galas ini..Berbagai kecaman dan adu damba di mainkan oleh pihak pembangkang agar Ku Li tidak bersetuju utk menggalas harapan parti tetapi sayangnya harapan mereka ini utk melihat Ku Li menolak permintaan drpd MT UMNO tidak kesampaian gara2 kecetekan pimpinan pembangkang dalam menilai Ku Li yang sanggup berkorban demi UMNO..Sejarah telah byk mencatatkan bahawa perjuangan Ku Li terhadap parti keramat ini tiada noktahnya hinggakan jikalau ada yang masih lagi ingat sehingga kini bangunan UMNO yang berdiri megah didalam kawasan segitiga emas adalah hasil usaha beliau semasa menjadi bendahari UMNO..Dari situlah sejarah perjuangan beliau terhadap umno tiada titik noktahnya walaupun terpaksa menubuhkan parti S46 gara2 umno di haramkan tetapi utk memulihkan imej parti beliau telah berkorban jiwa dan raga agar parti terbesar orang melayu ini terus kekal selamanya dan terbukti kesetiaan Ku Li kepada umno cukup tinggi apabila menghulurkan salam persaudaraan dengan membubarkan S46 dan kembali kepada UMNO..Di sebalik kekalutan pihak pembangkang yang merasakan cemas dan debar yang amat sangat apabila sang jeneral ini mula menyusun langkah merampas kerusi drpd Pas ini,Ku Li terus menterjemahkan misi dan visinya kepada penduduk GM lebih2 lagi kepada para pengundi Galas yang semakin mual dan jeluak(muntoh)dengan perangai berpura2 parti yang membawa imej islam sedangkan habuk pun tarak malah lebih byk menabur janji2 manis terutamanya kepada penduduk orang asli di pendalaman..Segala usaha dan ikhtiar sudah lagi tidak mampu pihak Pas dan rakan2nya lakukan kerana mereka sendiri mengakui akan kehebatan Ku Li yang menjadi tulang belakang kepada Galas..Tidak perlu kepada ceramah umum utk menarik perhatian pengundi bahkan cukup dengan bergerak dari rumah ke rumah atau lebih tepat lagi terus kepada hati pengundi yang di amalkan oleh jentera BN hasil drpd strategi Ku Li kerana beliau lebih tahu ttg rakyat dalam jajahan takluknya..Hasilnya cukup mengkagumkan dengan peningkatan jumlah pengundi beralih kepada UMNO dan BN yang menyedarkan pimipinan PR bahawa mereka rupanya tidak sekuat yang dilaungkan sebagaimana ceramah2 umum mereka semasa pilihanraya ini..Mereka juga sedar bahawa kesetiaan Ku Li kepada parti keramatnya tidak boleh dijual beli bahkan kesengsaraan yang amat sangat apabila mengetahui anak raja ini yang menggapalai jentera dan seterusnya memberikan kemenangan yang cukup bermaruah serta bergaya kepada UMNO..Ku Li cukup tahu membezakan antara hak parti dan rakyat kelantan serta cukup tahu ttg susur galur politik negara khasnya dalam negeri serendah sekebun bunga ini..Ada yang percaya seandainya diberikan amanah kepada Ku Li utk menjadi Pengerusi UMNO negeri nescaya tersedak pimpinan PAS dan tidak tidur malam kerana keupayaan dan kelebihan Ku Li dari kacamata rakyat kelantan tiada tandingannya..ibarat barang lama tetapi mahal harganya begitulah juga YBM Ku Li yang terlalu bernilai bagi UMNO...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)