Selasa, 28 Disember 2010

2011-Rakyat Bakal Menterjemah

Pertukaran beberapa kerusi perhubungan negeri yang berlaku beberapa hari lepas terus menjadikan persoalan tentang tarikh pilihanraya umum semakin hangat di perkatakan oleh arus perdana khususnya media walaupun di nafikan sekeras-kerasnya oleh barisan kepimpinan dengan mengatakan bahawa perkara pertukaran ini adalah perkara yang senantiasa berlaku.Namun rakyat sebahagian besarnya pada hari ini tidak lagi mungkin mudah tertipu kerana mereka seolah-olah sudah dapat menduga akan apa yang akan berlaku dalam masa 18 bulan ini selepas beberapa penangguhan pemilihan dalam parti khasnya dalam kompenan Barisan Nasional.Penangguhan yang telah berlaku memberi reaksi yang cukup nyata bahawa PRU13 semakin dekat walaupun berbagai telahan di buat dengan ada yang menyatakan bahawa paling awal PRU13 adalah pada Mac 2011
 Penggantungan empat orang ahli parlimen daripada pembangkang juga seolah-olah di sifatkan sebagai rancangan paling besar telah di lakukan oleh pihak kerajaan walaupun kalau di lihat secara lebih berhemah bahawa pergantungan mereka ini adalah kerana kesalahan yang telah dilakukan di parlimen yang menjadi institusi keadilan bagi rakyat sehingga memaksa Yang Di Pertua menggunakan seluruh kuasanya agar institusi ini terus terjaga tanpa dapat di ganggu gugat oleh permainan jahat segelintir pembangkang yang seolah-olah tidak pernah berpuas hati selagi kuasa tidak dapat mereka gapai.Dan akhirnya ketua pembangkang bersama 3 ahli parlimena yang lain telah di gantung selama 6 bulan yang mengundang berbagai reaksi bahawa pilihanraya semakin hampir dengan pihak pembangkang menuduh bahawa konspirasi ini adalah di rancang agar majoriti 2/3 memihak kepada pihak kerajaan yang memerintah agar perancangan persempadanan semula dapat di lakukan apabila parlimen bersidang kelak yang pada kacamata pembangkang akan memberi kelebihan kepada parti yang memerintah utk terus mengekalkan kuasanya apabila PRU13 menjelma kelak.
Disebalik serangan bertali arus pembangkang terhadap kepimpinan Dato Seri Najib, 1Malaysia terus gah di perkatakan oleh sebahagian rakyat hinggakan ada kerajaan negeri yang di perintah oleh pihak pembangkang melarang menggunakan logo tersebut kerana cukup khuatir kesannya kepada sekalian rakyat yang melihat akan kembali mengundi BN apabila jenama ini ada di segenap pelusuk negeri dan semakin terkenal hingga dapat mengubah persepsi rakyat yang pada mulanya amat janggal dan merasakan bahawa jenama ini adalah retorik semata-mata.Namun kesungguhan dan keikhlasan pihak kerajaan dalam menjadikan 1Malaysia ini adalah lambang perpaduan yang paling utuh hasil perpaduan yang di warisi secara turun temurun semenjak kemerdekaan pada tahun 1957 terus mencetus fenomena luar biasa daripada kalangan rakyat yang cukup teruja dengan segala keperluan yang mendahulukan rakyat dalam setiap aspek walaupun ada beberapa program pembangunan yang di rancang kerajaan tidak di nafikan seolah-olah tidak banyak memberi impak besar kepada rakyat yang berpendapatan sederhana apalagi rakyat yang masih lagi tergolong dalam taraf hidup kemiskinan yang masih lagi memerlukan pertimbangan yang paling adil daripada pihak kerajaan agar golongan ini tidak akan terlepas pandang apabila sesuatu rancangan raksasa hendak di laksanakan.
Ini kerana rakyat yang akhirnya akan mengadili pemerintah apabila tiba masanya kelak iaitu apabila PRU tiba.Pada masa itu,hayat yang berhormat seolah-olah berada dalam saat yg paling genting apalagi bagi mereka yang memegang jawatan besar dalam kerajaan kerana segalanya bergantung kepada secalit undi daripada rakyat yang mereka hargai ataupu  tidak selama ini.Jika rakyat kawasan mereka itu merasakan diri mereka di hargai oleh pimpinan sebelum pilihanraya menjelang maka sudah pasti rakyat akan terus memberi undi kepercayaan dengan mengekalkan kemenangan kepada si calon namun jika sebaliknya maka bahanalah yang akan menimpa iaitu kekalahan yang akan mengakhiri riwayat seorang pemimpin ataupun akan di sambung dengan talian hayat yang masih ada pada mereka walaupun setelah kalah!Bila kekalahan menimpa barulah pemimpin itu sedar bahawa jawatan dan gelaran ini adalah pinjaman sementara sahaja kerana yang berkuasa untuk menentukan semuanya ini adalah rakyat yang berada di kawasan mereka.Jika sebelum ini mereka yang bergelar yang berhormat ini di hormati oleh rakyat kerana kemenangannya tetapi selepas kekalahannya tiada lagi rasa hormat rakyat kepada mereka ini gara-gara ketika mereka mempunyai jawatan dan gelaran tidak pernah mengambil berat hal rakyat bahkan untuk memunculkan diri bersama rakyat amat payah sama sekali.Akhirnya yang menghukum kembali mereka ini menjadi orang biasa juga adalah rakyat dengan tidak lagi memberikan undi semasa pilihanraya.
Mungkin belum terlambat kepada Yang Berhormat utk menjadi Yang Berkhidmat kepada rakyat mereka kerana jangkamasa yang masih ada akan dapat mengubat semula luka-luka di hati rakyat namun kesemuanya bergantung kepada kebijaksanaan si polan tersebut kerana rakyat pada hari ini dengan kuasa penentu di tangan pengundi muda tidak boleh di tipu dengan sesenang-senangnya.Mereka ini sudah tahu gerak bibir dan memek muka si pelakon yang berada di depan mereka samada pelakon yang melakonkan watak seorang pemimpin ini adalah benar-benar menghayati watak tersebut atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga untuk menjadi pelakon bagi rakyat.Ingatlah bahawa rakyat jelata yang menjadi penentu kepada hayat seorang ahli politik samada daripada parti yang memerintah mahupun pembangkang.Jawatan adalah amanah rakyat kepada seorang pemimpin tersebut untuk menjadi suara kepada mereka agar hak-hak mereka sebagai rakyat akan terus terpelihara dan bukan sebagai jambatan untuk seseorang itu terus mengaut keuntungan demi diri dan kroninya hasil daripada kesusahan rakyatnya.Jadilah seorang khalifah yang sayangkan rakyatnya dan dalam masa sama tidak pernah lupa untuk kehidupan kedua di akhirat kelak yang akan menjadikan mereka itu sebagai khalifah yang mulia sebagaimana khalifah-khalifah islam selepas kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad SAW..wassalam

Isnin, 20 Disember 2010

Siapa Pilihan Rakyat? Yang Berhormat atau Yang Berkhidmat

Penangguhan pemilihan parti yg bermula daripada parti terbesar orang melayu iaitu parti UMNO telah menyebabkan ungkapan PRU13 semakin galak di perkatakan..Kerana dominasi yang ada pada parti umno ini biasanya mempunyai sebab-sebab yg tertentu sehingga MT UMNO telah sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan sehingga ke 18 bulan..Desas desus tersebar pantas dan persepsi ttg perkhabaran pilihanraya umum bakal berlangsung dalam tempoh tersebut tidak dapat lagi di bendung di perkatakan samada di kedai2 kopi bermula dari kawasan bandar hinggalah kampung
Selepas itu pengangguhan parti2 lain dalam kompenan BN bagaikan mengekori sang dominasi apabila satu demi satu pennangguhan terjadi..Sudah amat jelas bahawa pilihanraya semakin dekat dan yang paling awal diperkatakan adalah dalam bulan mac 2011 ini dan yang paling lewat adalah pada penggal ke2 tahun 2012..Masing2 kini bersiap sedia mengukuhkan perpaduan dalam parti sebelum mereka berarak keluar turun padang bagi menemui rakyat yang akan menjadi penentu kepada siapa yang akan menjadi pemerintah apabila PRU13 berlaku kelak..Parti UMNO yang menjadi majoriti dalam kompenan BN sudah pasti akan bermatian2 mempertahankan kemenangan mereka sejak dahulu lagi sementara pakatan rakyat yg di ketuai oleh PKR mula menconggak untuk menawan putrajaya setelah kemenangan luar biasa mereka pada PRU12 lalu.
Apa yang menjadi pasti kepada kemenangan pada setiap parti yang bertanding selain drpd usaha keras pimpinan mereka dalam merapati dan mendekatkan diri kepada rakyat dengan turun ke padang adalah calon.Calon memainkan peranan paling utama setiap kali tibanya pilihanraya kerana itulah senjata terakhir setiap parti dan kerana itulah setiap parti yang bertanding pada kali ini cukup berhati2 dalam soal pemilihan calon2 mereka.Jika tersalah pilih calon maka sudah pasti akan kecundang dalam pertandingan nanti lebih-lebih jika bakal calon yang bertanding mempunyai persepsi yang cukup memualkan rakyat dalam kawasannya.Trend terkini memperlihatkan bahawa kemenangan satu2 parti yang bertanding adalah daripada soal calon kerana apa yang penting bagi rakyat dalam kawasan tersebut adalah calon yang benar2 bersih dan tidak mempunyai rekod yang buruk selain mesra rakyat serta mudah didekati agar rakyat dapat merasakan kehadiran seseorang yang bakal menjadi Yang Berkhidmat kepada mereka selepas pilihanraya akan terlaksana.
Pengundi yang ada pada masa ini adalah pengundi baru yang  bukan sahaja pintar malah akan cukup mengenali si calon yang bakal mewakili mereka supaya mereka tidak lagi boleh di perbodohkan dengan janji janji manis sebelum pilihanraya sebagaimana yang di alami oleh sebahagian besar orang tua mereka sebelum ini.Dengan peningkatan pengundi baru yang di dominasi oleh golongan muda sudah pasti satu cabaran yang amat besar kepada setiap parti yang akan bertanding kerana golongan ini adalah golongan yang berfikiran terbuka sesuai dengan dunia kini yang tiada batas persempadan bagi mereka.Segala maklumat samada benar atau tidak menjelma di depan mata mereka apabila mereka menghendaki untuk mengetahui setiap butiran sesuatu perkara yang berlaku.Golongan ini akan cukup berhati2 dalam memilih siapa yang akan menawan hati mereka dengan melihat dari setiap aspek termasuklah dalam soal calon samada di mata mereka ini si calon akan dapat menjadi pemimpin kepada mereka khususnya dalam kawasan.
Boleh kita katakan bahawa golongan muda ini sudah mempunyai pilihan mereka yang tersendiri dan apabila tiba saatnya kelak sudah pasti mereka akan mengundi calon yang parti yang mereka mahukan.Mereka kini seolah2 tidak lagi peduli soal parti yang bertanding tetapi mereka kini lebih mengutamakan siapa calon yang bakal berkhidmat kepada mereka.Mereka tidak mahu calon yang hanya ingin menjadi Yang Berhormat yang hanya akan menjelmakan diri mereka hanya sesekali dalam kawasan sedangkan seluruh rakyat dalam kawasan tersebut telah memberikan kemenangan kepada si calon semata-mata untuk memberi perkhidmatan yang paling baik kepada pengundi sebagai balasan mereka memberikan kemenangan semasa pilihanraya.Golongan ini tahu bahawa seseorang itu tidak akan menjadi Yang Berkhidmat sekiranya mereka kalah dan inilah antara tumpuan golongan pengundi muda semasa proses pilihanraya yang akan berlaku untuk melihat segala kriteria yang ada pada parti dan calon tersebut.Pengundi muda adalah penentu kepada kemenangan sesebuah parti dalam PRU13 kelak maka pihak yang bertanding mesti berhati2 dalam menabur janji dan dalam memilih calon mereka.
Tidak kira samada UMNO dan kompenannya mahupun PKR dan pakatannya kerana pilihanraya pada kali ini adalah penentu kepada parti yang bertanding disebabkan adanya pengundi muda yang sedang menunggu dan melihat akan segala2 yang parti2 yang bakal bertanding ini lakukan.Mereka tidak lagi boleh di tipu dengan sewenang2nya bahkan mereka pasti akan menghukum kelalaian dan kerakusan yang pada pandangan mereka akan merosakkan kehidupan yang semakin mencabar kepada mereka.Apapun saya mendoakan yang terbaik kepada parti keramat orang melayu iaitu UMNO untuk melihat dan berani melakukan perubahan khususnya dalam pemilihan calon demi kesinambungan kemenangan  yang berterusan...wassalam

Sabtu, 11 Disember 2010

titah untuk peringatan

Hak-hak istimewa orang melayu dengan konsep ketuanan melayu kini kembali bergema.Sultan-sultan kini mula bertitah untuk mengingatkan kepada sekalian jelata bahawa hak-hak ini dan konsep inilah yang telah membawa kemakmuran dan keamanan sejak sekian lama.Sebagai denyut nadi dan payung kepada agama islam dan bangsa melayu di tanah ini,para sultan mengambil inisiatif dan jalan yang paling baik iaitu pada hari baru islam atau lebih di kenali sebagai ma`al hijrah dengan mengingatkan kepada rakyat khususnya bangsa melayu itu sendiri akan hal ini kerana khuatir jika lambat di tegur sudah pasti bahana yang lebih celaka akan menimpa negara apatah lagi nasib bangsa yang semakin dipermainkan oleh sesetengah daripada mereka yang lupa dan cuba memadamkan sejarah tanah melayu ini
Agama islam kini menjadi mainan utama pihak-pihak terbabit sebagai senjata utama mereka meraih kuasa. Ia menimbulkan rasa yang amat tidak di senangi oleh para sultan yang bertakhta kerana sebagai peneraju utama kepada agama islam ini sudah tentu mereka akan membuat teguran berdasarkan pengamatan dan situasi semasa yang berlaku  dan tidak  hanya untuk sekadar suka-suka.Amanah yang di pegang selaku kunci utama agama islam di tanah ini membuatkan mereka terpaksa bersuara meskipun ada kalangan rakyat akan mempersoalkan kewajaran tersebut namun demi untuk melihat islam tidak sewenang-wenangnya di permainkan maka suara para sultan ini amat di perlukan sebelum nasi menjadi bubur
Segolongan mereka yang cerdik pandai dan amat fasih dan faham ttg bahasa al quran ini telah menjadikan agama seolah2 cara untuk mereka mendapatkan kuasa dengan membuat pentafsiran-pentafsiran yg telah membawa kepada penyelewengan akidah yang teruk di kalangan umat islam malaysia hinggakan agama ini di permainkan sesuka hati oleh mereka-mereka yang tidak faham tentang ajaran islam ini atau lebih kita kenali sebagai orang bukan islam.Selama ini bahasa al quran ini cukup terbela dan terpelihara drpd anasir-anasir seprti ini namun dengan kemunculan ulamak berkonsepkan kuasa ini telah membuatkan agama islam kini tidak lagi di hormati hinggakan telah menjatuhkan imej islam di kacamata agama2 lain di negara ini.Lebih teruk mereka memberi restu dan mengatakan bahawa apa yang telah dilakukan oleh sesetengah orang bukan islam yang menggunakan ayat al quran itu sebagai tanda mereka ingin mengenali islam dengan lebih mendalam hinggakan berlaku penyalahgunaan pentafsiran oleh orang bukan islam ini terhadap ayat al quran tersebut.Islam dan segala yang ada didalamnya kini seolah2 cukup murah untuk di mainkan oleh orang bukan islam gara2 adanya ulamak yang rakus untuk mengejar kuasa dalam memastikan hasrat mereka terlaksana dalam PRU13 kelak.Mereka sanggup bersekongkol dalam apa sahaja keadaan dan sanggup memberi pentafsiran apa sahaja asalkan berjaya mengalih perhatian penyokong-penyokong khasnya fanatik mereka agar terus berada bersama mereka meskipun terpaksa mengadaikan maruah dan prinsip perjuangan
Dikalangan bangsa melayu juga ada yang ingin menjadi petualang dan khianat kepada bangsa sendiri gara-gara kemaruk kuasa hinggakan kalangan mereka sanggup untuk membuang raja dan bangsa.Mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk melihat sejarah yang tidak mungkin di ubah sampai bila-bila tetapi keinginan nafsu mereka untuk merebut kuasa terlalu tinggi hinggakan sanggup menjadi alat boneka kepada segelintir rakyat yang ingin melihat perpecahan dan perpaduan dalam bangsa melayu.Mereka ini di sajikan dengan sejuta mimpi indah oleh perosak negara ini demi memastikan hasrat mereka dapat ditunaikan.Konsep ketuanan melayu telah mereka lemparkan jauh-jauh dalam misi perjuangan mereka sejajar dengan janji-janji yang telah mereka sepakati sesama mereka.Mereka seolah2 tidak lagi mahu mengaku ttg hak-hak bangsa melayu ini malah dengan angkuh ingin meranapkan nasib anak bangsa apabila sanggup untuk melantik kalangan bukan melayu menerajui pimpinan sekiranya kuasa mereka dapat di nyatakan kelak.Alangkah dangkalnya bila melayu malu untuk mengaku melayu sedangkan selama ini mereka ini mendapat kekayaan dan sejuta nikmat hasil daripada diri mereka yang beridentitikan bangsa melayu.Mereka jadi lupa dan tidak mengenal jasa kepada negara yang tercinta ini apabila menolak konsep dan hak melayu
 Mereka lupa bahawa tanah ini di bangunkan oleh para pejuang yang bertungkus lumus hingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan segala apa yang ada di tanah ini daripada terlepas ke tangan mereka2 yang ingin menjual negara.Mereka juga lupa bahawa tanah ini mempunyai pemegang kunci kepada bangsa dan agama yang akan bersuara sekiranya keadaan memaksa.Ketaksuban mereka untuk melihat parti-parti mereka ini menjadi kuasa pemerintah tidak dapat lagi di bendung apabila menjanjikan segala benda yang jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.Mereka sanggup menderhaka kepada raja malah lebih rakus ingin membuang nama melayu dalam kamus sejarah negara seolah2 mereka tidak pernah meminta daripada nama sebagai bangsa melayu
Sebelum segalanya terlambat..wajarlah bagi kita semua khususnya anak bangsa melayu islam mengambil pedoman dan pengajaran daripda titah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang nasib bangsa melayu dan agama islam yang semakin di perlekehkan.Jangan kita menunggu sehingga nasi menjadi bubur baru kita nak mula membuka mata tatkala kuasa tiada lagi di tangan.Sesal dahulu pendapatan adalah lebih baik daripada sesal kemudian yang tiada gunanya lagi...wassalam

Selasa, 30 November 2010

Sayangilah Keamanan Ini

Bertuah sungguh kerana kita di lahirkan dalam sebuah negara yang bukan saja cukup harmoni dalam kepelbagaian agama kaum dan budaya bahkan kedamaian yang kita kecapi hari ini menjadikan negara ini sebagai negara yang paling seronok di lawati oleh pelancong2 asing kerana keyakinan mereka untuk melawati dan merasai sendiri keharmonian kaum yang tiada terdapat di negara lain.Keamanan yang di kecapi ini bukannya mudah untuk di laksanakan seandainya bangsa2 yang ada tidak menghormati antara satu sama lain dan seringkali mencari sebab musabab untuk menjurus ke arah nama perpecahan seterusnya melahirkan rusuhan yang mampu menghilangkan keamanan yang di kecapi.
Sesuatu yang cukup susah pada mulanya di sangkakan oleh penjajah british semasa rombongan menuntut kemerdekaan datang ke negara mereka kerana pada anggapan mereka bahawa akan sia2lah sahaja kedatangan rombongan tersebut hasil daripada tekaan bahawa tanah melayu tidak mampu merdeka di sebabkan oleh berbagai bangsa dan agama yang ada pada masa tersebut yang mungkin membantutkan hasrat kemerdekaan yang sememangnya amat di sukai oleh penjajah british ini.Namun kesabaran dan dugaan serta pengorbanan para pemimpin negara dan juga rakyat tanah melayu pada masa itu telah di jawab dengan persetujuan oleh pihak british dgn memberikan kemerdekaan penuh kepada tanah melayu apabila mereka sama sekali tidak menduga bahawa permuafakatan yang di capai oleh wakil2 bangsa tersebut semasa dalam pelayaran tersebut telah membuatkan mereka akhirnya bersetuju dengan cadangan dan pandangan pimpinan kemerdekaan tersebut dan hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957,laungan merdeka telah menyemarak dan membuatkan seluruh rakyat tanah melayu merasa amat terharu dan bangga kerana berjaya melepaskan diri dari belenggu penjajahan yang sekian lama amat di tunggu oleh sekalian jelata.
Hari berganti hari dan minggu berganti bulan serta tahun akhirnya kini sudah 53 tahun negara ini mencapai kemerdekaan dengan merangkak sedikit demi sedikit keluar dari kepompong kemiskinan hingga menjadikan negara ini berjaya di gelar sebagai negara yang membangun dengan cukup pantas berbanding dengan umur kemerdekaannya yang hanya boleh di ibarat setahun jagung hingga jauh meninggalkan negara2 jiran  yang telah lama mengecap nikmat kemerdekaan.Keamanan dan kedamaian negara ini begitu di cemburui oleh negara2 jiran sehinggakan negara kita telah menjadi banyak contoh kepada negara2 lain yg membangun hasil dari kerjasama rakyat jelata dan juga pimpinan negara dalam mengolah dan mengatur langkah menjadikan malaysia gah di persada dunia.Kepimpinan negara yang silih berganti terus menunjukkan komitmen yg cukup tinggi untuk memajukan pertiwi dengan merencanakan pelbagai program dan agenda untuk meneruskan kesinambungan para pimpinan terdahulu.Kini negara telah berperdanakan menterikan yang ke 6 dengan YAB Dato Seri Haji Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak yang juga anak kepada perdana menteri Malaysia yang ke 2 terus meneruskan legasi perjuangan ayahandanya dengan dasar-dasar yang bakal menjadikan negara ini terus memacu sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Namun begitu keamanan yang ada ini seringkali di ganggu gugat bukan sahaja oleh anasir2 luar yang jahat malah yang lebih tragis lagi apabila ada kalangan anak bangsa yang sanggup menjadi petualang untuk menghancurkan negara ini dengan bermuka-muka kepada rakyat malah lebih jahat lagi apabila mereka kini semakin lantang untuk mengusir keluar konsep yang berlandaskan perlembagaan yang ada.Lebih teruk mereka ini berani mencabar kuasa raja-raja melayu dengan menyatakan bahawa konsep ketuanan melayu tidak lagi boleh diguna pakai oleh zaman ini kerana jauh ketinggalan zaman.Mereka cuba menutup sejarah negara dengan tidak lagi berpegang pada prinsip rukun negara yang di amalkan sekian lama bahkan cuba untuk menggantikan konsep ini dengan dasar liberal yang berpaksikan untuk menjadikan negara ini sebuah republik.Keamanan yang di kecapi apatah lagi dengan perseimbangan konsep pembahagian adil kepada bangsa2 di negara ini akan lenyap sekiranya mereka menjadi kuasa pemerintah kelak kerana sudah terang lagi bersuluh matlamat mereka ini menjadi semakin jelas setiap hari dengan mengapi-apikan bahawa konsep ketuanan ini lemah dan tidak lagi boleh di terima pakai.Konsep sama rata menjadi agenda utama para petualang ini dengan mewar2 kan bahawa setiap bangsa mesti menerima sama rata hasil setiap apa juga perkara dan kekayaan dalam negara ini sekaligus menjadikan hubungan kaum yg cukup aman ini bergelora dan membangkitkan rasa ketidakpuasan hati dalam diri setiap bangsa dalam negara.
Ingatlah jika rakyat negara ini terus memberi muka kepada para petualang ini sudah pasti segala keamanan,kedamaian dan kebahagiaan yang selama ini di kecapi dengan penuh nikmat akan tiada bahkan menjadikan suasana huru hara yang tiada penamatnya.Yang lebih pasti adalah hak2 orang melayu dan peribumi pasti luput dan akan menjadikan bangsa melayu mungkin sebagai pengemis dalam tanah tumpah sendiri kerana kedhaifan sebahagian besar rakyat yang mudah termakan pujuk rayu para petualang ini.Jagalah kedamaian ini untuk generasi masa hadapan agar mereka akan terus mengenang segala apa juga tindakan kita pada hari ini dalam terus menjadikan negara ini kekal dalam keadaan aman dan sejahtera...wassalam

Isnin, 29 November 2010

Mereka Yang Kurang Belajar Sejarah

Rasanya sudah terlalu melampau apabila presiden boneka yang memang cukup setia pada kehebatan suaminya hingga mengatakan bahawa si suaminya itu adalah anugerah tuhan kepada rakyat malaysia ini untuk menjadi pemimpin mereka telah mencetuskan sejuta rasa kemarahan kepada bangsa melayu di tanah ini dengan membuat kenyataan yang cukup-cukup menjadikan diri dan kawanannnya sebagai petualang kepada bangsa melayu.Merelakan untuk menghapuskan Ketuanan Melayu semasa partinya bersidang dalam sehari dua ini telah menimbulkan rasa yang cukup gembira khasnya kepada mereka-mereka yang sememangnya menunggu untuk melihat keberanian yang di bangkitkan oleh bangsa melayu itu sendiri berdasarkan pada jenama melayu
Mereka seolah2 telah memenangi hati orang-orang melayu  yang gila kuasa ini untuk membenci konsep ketuanan ini yang sekian lama cukup mereka bersabar kerana ketidakmampuan mereka mengubah persepsi sebegini lebih2 lagi konsep ini menyentuh kedaulatan raja-raja melayu yang menjadi payung agama dan bangsa ini.Sebenarnya inillah yang amat paling ditakuti oleh mereka yang bergelar cauvinis kerana faktor raja-raja melayu lah yang menjadikan mereka seolah2 bagaikan kera sumbang akibat tidak berdaya untuk mengalih pandangan umum apabila berkait rapat dengan institusi raja.Mereka tahu bahawa orang melayu cukup hormat pada raja-raja mereka sebelum mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang dan itulah kelemahan ketara cauvivis ini hingga mengkaburkan hasrat mereka untuk melihat tanah ini menjadi seperti tanah di seberang sana yang di gelar republik
Hasilnya kini orang melayu sendiri yang berkokok bagai nk rak supaya konsep ini dihapuskan sama sekali tanpa mereka yang lupa identiti bangsa ini mengetahui bahawa keceluparan mereka ini menyentuh institusi raja-raja berlembagaan yang menjadi denyut nadi kepada agama islam dan bangsa melayu.Kerakusan sesetengah melayu lupa daratan ini sehingga sanggup bersekongkol dengan mata-mata republik telah menjadikan suasana politik menjadi cukup panas dan begitu bergelora apabila mereka sanggup melakukan apa juga cara asalkan matlamat tercapai.Mereka ini tidak lagi berbangga dengan identiti bangsa kerana kata mereka konsep sebeginilah yyang menjadikan negara ini kian mundur dan telah menjejaskan hubungan kaum yang selama ini cukup kukuh terbina hasil ketidakadilan dalam sistem yang berkonsepkan ketuanan ini.
Mereka sebenarnya sudah mula lupa diri apabila kekayaan yang mereka raih hasil drpd konsep ini telah menjadikan mereka lupa asal usul dan susur galur sejarah yang di bina oleh pejuang2 melayu semenjak kedatangan kuasa asing yang pernah menjadi penjajah kepada tanah ini.Mereka menyalak seolah2 hasil kekayaan yang ada pada mereka adalah hasil usaha sendiri tanpa ada bantuan daripada konsep bermuafakatan berbagai bangsa yang telah termaktub dalam perlembagaan yang bersaksikan raja-raja melayu sebagai kuasa terakhir menjadi pelindung kepada hak dan keistimewaaan orang asal tanah ini.Mereka juga lupa bahawa tanpa ada darah bangsa melayu yang mengalir dalam diri mereka tidak mungkin mereka akan mendapat keistimewaan2 yang wajib di berikan kepada seorang yang berbangsa melayu apatah lagi dalam soal yang melibatkan kepentingan agama bangsa dan negara.Malahan mereka malu untuk mengaku sebagai melayu gara- mereka terpesona dengan helah dan tipu daya bangsa cauvinis yang cukup mengujakan mereka untuk merintis ke arah konsep republik yang selama ini amat di nanti oleh si cauvinis ini dengan menjadikan melayu itu sendiri sebagai kepala haprak dalam menhapuskan konsep ketuanan ini.
Kalau tidak kerana konsep sebegini sudah tentu anak2 melayu masa kini dan sudah pasti yang akan datang akan menerima kesusahan kerana keistimewaaan yang selama ini dinikmati oleh ibu bapa mereka terdahulu telah tiada dihapuskan oleg bangsa sendiri.Sudah pasti juga kita akan dapat melihat negeri2 yang bersultan akan menerima seorang menteri besar yang bukan lagi berbangsa melayu islam sebagaimana hari ni sekiranya kita terus membiarkan petualang2 ini terus di beri muka hasil lembut lidah mereka menabur janji manis kepada rakyat apatah lagi menjelang pilihanraya.Sewajarnya mereka yang menjadi petualang bangsa dan agama patut di ajar kerana merekalah yang sebenarnya yang merompak kedamaian tanah ini yang cukup tenteram di duduki oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang agama,bangsa dan adat budaya sehingga menjadikan tanah melayu ini terkenal seantero dunia sebagaimana terkenalnya negara jepun dan cina yang begitu berbangga rakyat mereka dengan identiti bangsa.
Rakyat tanah ini hendaklah menilai dengan lebih wajar dan lebih terbuka ttg konsep ketuanan melayu ini yang sebenarnya cukup baik untuk terus digunakan oleh pihak kerajaan kerana keadilan yang dilaungkann oleh petualang2 ini sebenarnya sudah pun berakar umbi semenjak sekian lama dengan termaktubnya perlembagaan negara semenjak lebih daripada 53 tahun dahulu.Berpandukan kepada rukun negara yang meliputi kesemua aspek rohani dan jasmani pada sesebuah negara telah menjadikan tanah ini terus mencapai kecemerlangan hasil daripada kepandaian dan kebijaksanaan pemerintah berlandaskan konsep perlembagaan yang sama rata dan adil pembahagiannya.Jika masih kedengaran cakap2 tentang ketidaksempurnaan perlembagaan ini khususnya menyentuh pasal 152 dan 153 adalah cakap2 mereka yang tidak pernah bersyukur akan segala apa yang mereka telah kecapi sehingga menjadikan mereka daripada si miskin menjadi orang kaya.Bahkan menjadikan mereka sebagai bangsa melayu yang berjaya dengan memegang jawatan2 tinggi dalam sektor kerajaan mahupun swasta ini adalah hasil konsep yang telah diguna pakai sekian lama.
Janganlah kita malu nak mengaku diri sebagai melayu kerana langit yang kita junjung dan bumi yang kita pijak sekarang ini adalah melayu sehingga dipanggil sejak dahulu sebagai tanah melayu.Jika bangsa di luar sana begitu gah dan bangga dengan identiti bangsa dan tanahair mereka, kenapa tidak kita yang begitu mulia dilahirkan sebagai melayu yang beragama islam yang cukup terkenal dengan adab sopan dan tatasusilanya.Jangan lagi kita menerima idea komunis yang begitu cauvinis sehingga menjadikan kita sanggup menjual negara hanya semata2 terhibur dengan sang penglipur lara yang cukup pandai menyusun kata untuk mereka sebuah cerita yang hanyalah dongengan semata-mata...Belajarlah daripada sejarah agar kita selamanya terus menjalani kehidupan yang berlandaskan keamanan dan kedamaian dengan memberi sepenuh cinta kita kepada tanahair yang tercinta ini dengan menolak anasir-anasir  jahat yang cuba memporak perandakan kegemilngan yang kita kecapi ini..Wassalam

Rabu, 17 November 2010

Korban CINTA (Dunia Demi Akhirat)

Hari raya korban atau lebih sinonim dengan panggilan  raya haji  disambut dengan cukup meriah seluruh negara pada hari ini yang jatuh pada 17 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah..Suasana lebih meriah terasa di kampung2 halaman terutamanya di negeri2 pantai timur khasnya negeri Kelantan yang sememangnya menjadi tradisi hari raya haji ini lebih meriah drpd raya puasa..Seboleh2nya anak2 perantauan akan cuba kembali ke desa mereka untuk memeriahkan sambutan korban yang bagaikan menjadi satu upacara yang ditunggu2 bukan sahaja oleh pengembala lembu atau kambing yang sudahh pasti "sold out"ternakan korban mereka tetapi oleh mereka2 yang melakukan ibadah korban pada tahun ini..
Pengorbanan yang dilakukan oleh mereka2 ini dengan penuh ikhlas sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda apatah lagi daging2 korban ini wajib disedekahkan kepada fakir2 miskin yang tiada kemampuan untuk mereka melakukan ibadah ini dan hanya melalui konsep sebegini sahajalah fakir2 miskin dapat berkongsi rasa kegembiraan dengan mereka yang melakukan korban..Sesungguhnya ibadat korban ini berlaku sebagai menguji rasa keimanan dan ketaqwaaan hamba Allah yang bernama Ibrahim dan anaknya ismail dalam kehidupan mereka apabila telah diwahyukan kepada si ayah agar menyembelih anaknya sebagai tanda keimanan mereka terhadap Allah Taala..Tiada yang paling sedih dan paling menyayat hati seorang ayah apabila terpaksa melakukan ibadah pengorbanan dengan menyembelih anaknya namun kesemua itu disambut dengan penuh keredhaan dan penuh rasa tawaddu` si ayah kepada suruhan tuhannya..Tambahan pula dalam masa yang sama si anak dengan hati yang penuh tenang dan berlapang dada menerima ketentuan terhadap dirinya malah memberi keyakinan kepada ayahnya agar menyempurnakan segala perintah Allah Taala sebagai bukti keimanan mereka..Ternyata semangat drpd si anak sendiri telah mengukuhkan lagi hasrat si ayah sehinggalah tiba masanya apabila dengan penuh tenang dan redha atas ketentuan Ilahi maka Nabi Ibrahim telah menyempurnakan korban dengan melakukan ke atas anaknya yang paling di kasihi iaitu Nabi Ismail..Kuasa Allah Taala melebihi segala2nya dan dengan kekuasaannya di saat Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya maka telah ditukar ganti Nabi Ismail dengan seekor kibas dan sehingga ke hari ini menjadi ikutan umat islam di seluruh dunia tentang ibadat korban ini..
Itulah sebesar2 pengorbanan oleh seorang hamba terhadap tuhanNya dan sehingga ke saat ini ianya menjadi detik penting dan pengajaran yang sangat mendalam kepada umat islam dari sisi erti pengorbanan..Dari satu sudut yang lain pula kita kadangkala terpaksa melakukan pengorbanan bukan sahaja terhadap agama malah terhadap bangsa dan tanahair..Tanda rasa pengorbanan terhadap agama bangsa dan tanahair malah diri sendiri ini boleh dijayakan dengan berbagai2 cara yang sememangnya sudah pasti tidak akan menyalahi dari sudut akidah seorang islam..Di kalangan kita ada yang terpaksa mengorbankan nyawa mereka demi ibu pertiwi sehingga membawa mereka jauh di perbatasan untuk menjaga keselamatan negara drpd diganggu gugat oleh anasir2 luar yang tidak sihat seterusnya mencetuskan suasana huru hara dalam negara yang aman damai ini..Mereka sanggup dibawa kemana sahaja dalam membawa panji2 negara dengan merelakan nyawa mereka sebagai galang ganti meskipun mereka mengetahui akan risiko yang terpaksa ditanggung lebih2 lagi jika sesuatu yang tidak diduga berlaku sudah pasti keluarga mereka akan kehilangan tempat utk bergantung harap namun demi pengorbanan untuk negara kesemua itu diredah oleh mereka tanpa ada sedikitpun wajah2 kerisauan kerana mereka cukup percaya bahawa ajal maut adalah di tangan tuhan waima di antartika mereka mungkin akan menjadi mayat..Tetapi itulah pengorbanan kalangan kita yang bergelar perajurit dan juga mana2 anggota beruniform yang sudah melafazkan ikrar taat setia mereka disaat mereka menjadi pahlawan negara..Janganlah kita memandang remeh atau hina kerjaya anggota beruniform ini kerana nilai kesetiaan dan ketaatan mereka terhadap panji2 negara dan Yang Di Pertuan Agong tidak berbelah bagi malah memberikan nyawa sebagai galang ganti demi ibu pertiwi
Ada juga kalangan kita yang melakukan pergorbanan demi kebahagiaan seorang insan yang mereka sayang agar kehidupan mereka senantiasa dalam keadaan yang menyenangkan meskipun diri terpaksa menahan derita sengsara..Itulah pengorbanan ibu bapa terhadap anak2 mereka yang sanggup meredah pahit maung kehidupan demi memastikan anak2 mereka mendapat apa yang sewajarnya terutamanya dalam pendidikan..Pengorbanan yang tidak mampu dijual beli ini adalah pengorbanan hakiki demi memastikan kegemilangan anak2 mereka agar  kehidupan perit dan penuh dengan onak dan  liku yang mereka telah  lalui ini tidak akan berlaku pada anak2 mereka apabila anak2 mendapat pendidikan yang sempurna sehingga mereka menjadi orang yang berguna bukan sahaja kepada kedua ibu bapanya malah kepada agama bangsa dan negaranya..Nilai pengorbanan kedua ibu bapa ini tidak sedikitpun mereka meminta agar dibalas kelak kerana bagi mereka sudah memadai seandainya anak2 mereka dapat menghayati perit jerih ini dengan mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya seterusnya mendoakan kepada mereka drpd ayat2 suci al quran sebagai sedekah apabila mereka sudah tiada...Tiada yang lebih bernilai bagi seorang ibu dan bapa dengan meninggalkan anak2 yang soleh yang menyuburkan suasana yang cukup aman tatkala mereka berhadapan dengan malaikat2 Allah atas segala apa yang mereka lakukan semasa di dunia
Begitu juga nilai pengorbanan seorang suami kepada isterinya dan seorang isteri kepada suaminya demi memastikan nilai2 hidup berterusan tanpa ada kekecamukan yang berlaku pada alam rumahtangga mereka..Pengorbanan yang kadangkala hanya mereka yang memikulnya sahaja yang tahu akan beban dan tanggungjawab ini adalah sesuatu yang cukup kritikal untuk mereka yang diluar sana memahaminya..Senyuman menjadi suatu lakonan yang amat berkesan tatkala kesedihan melanda namun semangat yang tabah dalam diri seorang suami@isteri telah menjadikan lakonan tersebut berjaya dan amat berjaya tanpa dapat dihidu oleh mereka2 yang melihat kepada sifat penzahiran sedangkan hakikatnya perit yang melanda seolah2 nyawa mereka di cabut apatah lagi saat2 keduanya memerlukan antara satu sama lain..Ternyata pengorbanan adalah sesuatu yang sudah menjadi resam hidup kita apatah lagi kita yang beragama islam dimana setiap dugaan dan cabaran yang melanda dalam kehidupan kita adalah salah satu drpd cara Yang Maha Kuasa untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kita supaya kita senantiasa ingat bahawa Dia lah Yang Maha menentukan atas segala kejadian walau sehebat manapun perancangan hambaNya..Pengorbanan ini akan berlaku bukan sahaja kepada mereka yang bergelar ibu bapa,anak2 tetapi  pada mereka2 yang terpilih utntuk melaksanakan tuntutan pengorbanan samada dari yang sekecil hinggalah sebesarnya sebagai tanda menyusuri kehidupan atas nama hamba kepada Penciptanya..Qada` dan Qadar adalah perkara yang wajib umat islam tu terima dan beriman kepadanya..Jika kita memahami dan menghayati erti setiap pengorbanan yang kita lakukan tanpa sedari atau tidak maka sudah tentu perjalanan hidup kita akan bersatu dengan cahaya keimanan yang tidak mampu untuk kita beli kerana sesungguhnya cahaya keimanan akan terus mengelilingi kita sekiranya kita redha atas setiap apa yang berlaku dan percaya ada hikmah di sebaliknya.."berkorban apa saja..harta atau pun nyawa..itulah kasih mesra..sejati dan mulia" lirik drpd lagu arwah Tan Sri P Ramlee amat tepat sekali jika kita hayati dengan mendalam.. Sesungguhnya Tuhan menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia"..Wassalam

Ahad, 14 November 2010

Tidak Salah Apa Yang Di Kata

Semangat cinta dan sayang pada ibu pertiwi terlalu banyak maknanya yang kita boleh huraikan dalam maksud yg berbeza-beza..Ada yang sayang pada ibu pertiwi sehingga sanggup mengerah seluruh tenaganya bahkan menggadaikan nyawanya dalam menjaga keamanan agar negara senantiasa berada dalam keadaan aman damai tanpa di ganggu gugat oleh anasir2 luar yang sememangnya tidak pernah puas untuk menjajah secara langsung ataupun tidak sesebuah negara lebih2 lagi yang tidak bergantung hayat mereka pada anasir2 luar ini..Ada juga yang sayangkan ibu pertiwinya dengan mencuba sedaya upaya mampu untuk mengharumkan nama negaranya dalam peta dunia dengan berusaha dengan gigih sehingga mendapat kecemerlangan yang membuahkan hasil yang cukup hebat apabila lagu kebangsaan di mainkan dalam sesebuah majlis atau pertandingan yang mereka sertai sekaligus mengangkat martabat negaranya.
Dalam sehari dua ini kita telah dikejutkan oleh kenyataan drpd menteri pertahanan iaitu Dato Seri Zahid Hamidi(DSZH) bahawa semangat patriotisma dikalangan bangsa cina dan india terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan bangsa melayu..Dan itulah hakikatnya yang perlu seluruh rakyat dalam negara ini sedari bahawa apa yang perkatakan oleh DSZH adalah benar walaupun terlalu pahit untuk bangsa2 ini menerimanya lantas kita dapat melihat arus kebangkitan yang cuba menidakkan kenyataan benar ini apabila ketua2 parti kompenan mahupun pakatan membidas kenyataan ini dengan membuat gesaan agar DSZH segera meminta maaf seterusnya menerangkan kepada rakyat akan maksud yang tersirat..Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa sememangnya kebenaran itu lah yang cuba di lontarkan oleh menteri pertahanan ini yang kita semua sudah maklum akan sifat terus terang dan keberanian yang ada pada beliau semenjak menjawat jawatan sebagai pemangku Ketua Pemuda UMNO sehinggalah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tidak ragu2 untuk membawa kebenaran biarpun diri akan terpalit lumpur tetapi demi menegakkan kebenaran maka semua itu diredah dengan penuh semangat walaupun berbagai makian diterima..
Yang lebih mengaum tentulah ketua2 parti bukan dari bangsa melayu yang merasakan bahawa satu penghinaan kepada bangsa mereka dan kita semua telah maklum akan tindakan balas ini kerana memang cukup pantang bagi pimpinan melayu menyentuh tentang bangsa2 ini seolah2 merekalah yang menjadi tuan kepada tanah melayu ini..Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal begitulah juga yang berlaku kepada ketua2 bangsa ini yang mendesak agar DSZH meminta maaf kepada seluruh bangsa mereka sedangkan jika kita menilai dengan lebih rasional maka sudah tentu kenyataan tersebut adalah satu fakta yang tidak boleh di buat2 apatah lagi kesan yang akan timbul apabila kenyataan begini di keluarkan adalah cukup hebat..Kesemua ini ditelan oleh DSZH dengan tetap memberikan kenyataan dalam parlimen walaupun beliau sedari implikasinya tetapi berpegang kepada pepatah bahawa berkata benarlah walaupun ianya pahit maka DSZH meredahnya dengan kapasiti beliau sebagai orang yang menjaga hal ketenteraan..Pandang dan lihatlah sekeliling kita bangsa manakah yang paling banyak menyertai kerjaya tentera,polis dan mana2 kerjaya yang beruniform kalau bukan daripada bangsa melayu?Apakah kerana bangsa melayu ini jenis yang suka makan gaji sehingga mereka tidak memilih kerja asalkan dapat menikmati gaji pada tiap hujung bulan tanpa perlu banyak berfikir atau bangsa melayu ini sudah ada semangat pertiwi yang cukup tinggi untuk membela dan mendaulatkan negara ini?Mengapa bangsa2 lain tidak memilih kerjaya ini?Adakah kerana gajinya yang murah atau kerana mereka sememangnya hanya ingin membolot kuasa ekonomi tanpa mempedulikan tentang aspek sayangkan negara ini?Atau kerana mereka lebih suka melihat bangsa melayu ini sahaja yang bermatian2 melawan anasir2 jahat dan hanya menunggu untuk waktu yang sesuai menguasai negara ini secara tidak betul?Mengapa ketua2 bangsa ini marah tidak tentu pasal sedangkan mereka sendiri tahu hakikat sebenar bangsa mereka terhadap bidang2 ini?Sebagaimana marahnya mereka ini apabila subjek sejarah akan dijadikan kertas yang wajib lulus dalam peperiksaan SPM serta fakta peristiwa 1969 yang telah menghuru-harakan negara ini begitulah yang seterusnya akan terjadi apabila mereka di usik sedangkan sekiranya tuan punya tanah ini di usik malah di hina oleh mereka, tiada sedikitpun pernah mereka ambil tahu untuk menjaga perasaan yang membara didalam dada..Apa yang sangat pasti hanya bangsa melayu sahaja yang perlu menjaga hati bangsa2 lain di tanah ini sedangkan mereka tidak pernah berbuat demikian untuk kita..Jadi benarlah apa yang telah DSZH katakan bahawa semangat patriotik dari kalangan bangsa2 lain dalam negara ini terhadap bidang ketenteraan dan beruniform amat rendah..Wassalam

Jumaat, 12 November 2010

5A-Janganlah Terlepas Pandang

Seramai 48 ribu murid telah mendapat 5A dalam UPSR yang baru sahaja di umumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran yang baru menjawat jawatan tersebut dan hasil keputusan ni cukup memberangsangkan bahkan dikatakan cukup cemerlang berbanding tahun2 sebelumnya..Kejayaan ini adalah drpd usaha gigih dan tidak putus asa warga pendidik dalam memastikan pendidikan generasi baru ini terus berterusan sehingga menghasilkan keputusan2 yang cemerlang bukan sahaja dalam pendidikan rendah bahkan menengah yang menjadi kepada asas murid dan pelajar ini menjejakkan kaki ke menara gading yang menjadi impian setiap mereka yang ingin merasai kehidupan kampus seterusnya menggenggam segulung izajah sebagai tanda kecemerlangan mereka dalam bidang akademik..Tahniah kepada seluruh warga pendidik dalam negara yang bertuah ini semoga mereka akan mendapat balasan yang amat setimpal dari Allah Taala kelak hasil keluhuran dan keikhlasan mereka dalam memberi tenaga kerja yang cukup berkesan dalam menghasilkan generasi pelapis kepada tampuk kepimpinan negara satu hati nanti.
Walaupun begitu drpd 48 ribu murid yang mendapat 5A tersebut hanya lebih kurang 10% sahaja atau kurang drpd 5 ribu murid akan memasuki sekolah berasrama penuh yang sememangnya amat di nantikan oleh murid2 tahun enam ini apabila mereka menerjah ke alam menengah kerana berbagai kemudahan yang telah tersedia di samping kalangan guru mereka bergred A.Dengan kesemua kelebihan inilah yang menyebabkan bukan sahaja 5 murid bahkan kesemua drpd mereka berkeinginan untuk mendiami sekolah asrama penuh tersebut lebih2 lagi ibu bapa yang terlalu ingin melihat kecemerlangan yang berterusan anak2 mereka ini dapat diraih.Apatah lagi ibu bapa yang sememangnya boleh dianggap sebagai keluarga yang berkemampuan untuk memberikan apa sahaja keinginan anak2 mereka hasil drpd jawatan yang telah mereka sandang samada sebagai guru dan bidang profesional lain yang menjadikan diri mereka tidak lagi dianggap sebagai keluarga dibawah paras kemiskinan..Sudah pasti keinginan yang meluap2 utk melihat anak2 mereka yang mendapat keputusan cemerlang ini dapat memasuki sekolah asrama penuh tidak dapat lagi mampu dibendung dan hasilnya berbagai cara dan usaha mereka akan cuba laksanakan demi ke arah itu kerana seolah2 akan menjadi satu kebanggaan mereka apabila ditanya akan kemanakah perginya anak2 yang cemerlang itu meneruskan persekolahan mereka selepas upsr dan jawapan sekolah berasrama penuh adalah penutup kepada persoalan tadi dengan rasa bangga yang amat sangat kerana genetik mereka bukan calang2 orang.
Tetapi bagaimana pula dengan anak2 golongan paras miskin yang juga mendapat keputusan yang sama cemerlang dengan anak2 mereka yang kehidupan cukup mewah tersebut akan berada?Yang pasti mereka juga berkeinginan untuk menjejak kaki ke sekolah asrama penuh tersebut kerana kejayaan cemerlang yang telah terhasil drpd kesungguhan dan kegigihan mereka walaupun dengan keadaan kewangan yang meruncing keluarga mereka namun kesemua itu telah mereka redah demi untuk membela nasib keluarga dengan memberikan hadiah kecemerlangan dalam peperiksaan kepada ibu bapa mereka yang tidak pernah mengenal jemu dalam memberikan pendidikan yang terbaik bagi anak2 mereka sebagaimana anak2 mereka yang berada.Apakah semangat mereka ini akan luntur dan padam apabila mereka tidak terpilih memasuki sekolah asrama penuh tersebut gara2 kemiskinan mereka ataupun kerana subjudis dalam menentukan siapa yang layak mendapat kemudahan tersebut?Apalah daya ibu bapa yang kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi dan petang untuk memastikan anak2 mereka ini dapat mamasuki sekolah tersebut berbanding dengan ibu bapa mereka yang berkali2 ganda mempunyai sumber kewangan ini melainkan mereka hanya mampu berdoa dan pasrah terhadap ketentuan Ilahi samada anak2 mereka ini berjaya atau tidak mendiami sekolah asrama ini..Inilah hakikat kenyataan hidup sebahagian besar golongan keluarga yang berpendapatan taraf miskin terhadap kesinambungan anak2 mereka yang cemerlang.Sekiranya kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Pelajaran terlepas pandang akan kepintaran anak2 pintar dari keluarga miskin ini maka percayalah akan lebih banyak lagi kes2 seperti yang telah berlaku kepada seorang pelajar agama di kelantan yang mendapat keputusan yang cukup cemerlang namun kehidupan keluarganya seolah2 tiada pembelaan daripada agensi2 kerajaan mahupun pusat yang terlepas pandang akan perkara2 sebegini..Samada ianya kelalaian dari pusat atau negeri semuanya adalah sama sahaja kerana sepatutnya mereka ini lebih cakna dan lebih mengenal pasti akan kebolehan dan kepintaran anak2 dari keluarga miskin ini agar kejadian seperti pelajar tersebut tidak akan terjadi dan terjadi lagi untuk masa2 hadapan.
Berilah peluang atau kelebihan ini lebih kepada anak2 yang mana kehidupan keluarga mereka yang tidak pernah kenal erti kemewahan malah lebih sadis lagi apabila makanan yang disediakan oleh ibu bapa mereka terpaksa dicatu setiap hari gara2 kemiskinan yang melanda keluarga.Jangan hanya bersikap mementingkan diri sahaja terutamanya kepada golongan yang hidupnya sudah cukup sempurna kehidupan mereka dengan memberikan tempat yang sepatutnya diberikan kepada anak2 golongan miskin ini agar mereka tidak akan tewas dalam meredah onak duri liku2 sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang anak.Kepada ibu bapa yang berdudukan tinggi dan mewah cubalah bertoleransi dan tunduklah ke bumi melihat kehidupan keluarga yang tidak seindah mimpi mereka.Semoga pihak yang terbabit lebih melihat tentang aspek2 ini sebagai rujukan utama dalam memastikan anak2 pintar ini tidak lagi terlepas pandang dan lebih memberikan peluang kepada mereka  disebabkan isu kemiskinan ini adalah soal yang paling penting kerana kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran..Wassalam

Khamis, 11 November 2010

Islam Kosmetik

Agama Islam adalah agama rasmi dalam negara ini yang telah termaktub dalam perlembagaan dan seharusnya wajar difahami oleh mereka2 yang dulunya pendatang sebagaimana wajib ke atas mereka memahami tentang hak2 melayu,raja2nya dan juga hak2 lain sebagaimana termaktub dalam perlembagaan..Jadi kepada mereka2 yang di luar sana yang kemaruk sangat ingin mengubah segala dasar2 yang telah ada walaupun ada antara mereka ini beria2 mengatakan seandainya berjaya menawan putrajaya sekaligus menjadi pemerintah dalam negara segala yang termaktub akan terus terpelihara hendaklah berfikir banyak kali kerana masih ada lagi umat melayu islam di negara ini yang pandai menilai setiap kata2 yang dihamburkan sebagai manisan penyedap kata oleh mereka2 ini..Lidah tidak bertulang menjadi ingatan dan pedoman pada umat melayu islam dan mereka2 ini akan senantiasa berwaspada akan segala tindak tanduk bangsa2 pendatang ini yang kini menjadi ikon palsu sebahagian lagi melayu islam yang rakus mengejar matlamat..
Kosmetik adalah perkataan yang selalu diguna pakai oleh kaum hawa yang bermakna alat perhiasan bagi mereka pada alaf ini yang terlalu byk jenamanya dari hari ke hari hinggakan jadi pening lalat sesetengah kaum ini dalam memilih jenama mana yang padan dgn PH mereka agar segala seri pada wajah mereka akan bertambah seterusnya menjadikan kaum adam terpingga2 gara2 terpesona dengan kecantikan yang mereka zahirkan walaupun ramai kalangan suami yang muncung mulut mereka akibat kerenah isteri yang ingin nampak cantik dengan kulit muka yang halus sehalus kulit bayi tapi mengosongkan poket mereka yang selama ini terisi tetapi kerana sayangkan isteri maka si suami pejamkan mata sahaja..
Kini islam pula menjadi kosmetik kerana jenama islam amat luas pengaruhnya..Dari segi pemakaian sehinggalah kepada parti politik yang telah menggunakan sepenuhnya jenama ini sebagai alat utk menggaburi pandangan umum seterusnya menawan hati kepada sesiapa juga yang melihatnya..
Kalangan kita pada hari ini terlalu rendah menilai islam kerana kejahilan mereka dalam membezakan antara islam yang sebenar dan islam kosmetik hinggakan kita melihat pada hari ini khususnya pada muda mudi yang cara pemakaian mereka boleh di anggap sebagai menutup tetapi sebenarnya berbogel..Tidak hairanlah kiranya gejala sosial terus berleluasa kerana kegagalan anak muda zaman ini yang mengawal tingkah laku mereka seterusnya jurang menjadi agak luas dalam konteks pemahaman islam mereka..Kegagalan mereka ini bukanlah sebab kegagalan ibu bapa,pendidik mahupun pemerintah tetapi ketewasan mereka dalam memegang prinsip jati diri sebagai seorang islam kerana yang paling penting bagi umat islam adalah akidah mereka...Kiranya akidah mereka terseleweng maka natijahnya amat buruk terutama kepada generasi baru yang dunia mereka kini tiada had persempadan yang boleh menyekat mereka sebagaimana generasi dulu2..Walau di mana dan dengan siapa pun kita berkawan hatta dengan kaki dadah,kaki mabuk malah kaki pukul hinggakan kaki kafir sekalipun seandainya akidah kita kuat sudah pasti kita akan memenangi keadaan namun seboleh2nya kita hendaklah menghindari kawan2 yang seperti itu kerana kesannya akan mudah terpalit sama
Tidak kira samada kita ini adalah daripada kalangan mereka yang berstatus tinggi atau tidak,islam hanya di bezakan oleh amalan mereka kepada Allah Taala kerana itulah yang menjadi aset penting kepada umat islam apabila dihidupkan kembali utk kali kedua selepas kematian mereka..Amalan yang lebih baik adalah amalan yang hanya kita dengan Pencipta sahaja yang tahu dan tidak menunjuk2 kepada umum sebagaimana byk yang berlaku pada hari ini..Khalifah2 islam dahulu sebolehnya berusaha utk menyembunyikan kebaikan mereka dan sebolehnya utk hidup secara lebih sederhana malah lebih dhaif kehidupan mereka demi semata2 rakyatnya..Mereka sanggup utk tidak bermewah2 apatah lagi  utk menjaga kepentingan diri sendiri kerana ketebalan islam yang ada diri mereka yang menggalakkan agar lebih mengutamakan kebajikan rakyat yang sekaligus menjadikan mereka sebagai pemimpin agung pada zaman mereka..Berbeza dengan pimpinan yang ada pada hari ini dimana kehidupan mereka lebih mementingkan alas perut dan kroni tidak kira dari parti mana sekalipun kerana jelas kini segala ajaran islam telah tiada pada sebahagian besar mereka dan hanya menjadi kosmetik..Mereka gagal utk menjadi contoh yang baik pada rakyat yang melihat gara2 sifat tamak yang bermaharajalela dalam diri mereka hinggakan kehidupan rakyat menjadi cukup terbiar kerana kegagalan mereka dalam menjadikan islam sebagai prinsip dalam pemerintahan mereka..Bertambah malang apabila ada parti yang jelas menggunakan islam sebagai topeng mereka dalam meraih undi dan simpati rakyat kerana merasakan kekuatan agamalah yang akan menjadikan parti mereka berkuasa selama yang boleh sehingga mencapai matlamat yang mereka inginkan..Mereka dengan mudah memperbodohkan rakyat dengan imei islam pada diri mereka hinggakan terkasima sekalian yang menyokong mereka kerana kegagalan mereka membezakan antara islam sebenar dan islam kosmetik yang ada pada parti ini..Hasilnya cukup menakjubkan apabila parti ini terus menerus meraih kemenangan di  negeri kelantan dan menjadi pemerintah selama lebih daripada 20 tahun..Kemenangan yang rakyat berikan ini telah dipergunakan dengan sepenuhnya oleh sebahagian besar pimpinan utama mereka dalam meraih kekayaaan ghaib kerana mereka bijak utk menyembunyikan sekaligus terus memberikan mereka ini kedudukan yg cukup selesa kerana kedhaifan rakyat yang menyokong parti ini yang terlalu dahagakan jenama islam..Lebih teruk apabila parti ini sanggup menjilat ludah sendiri apabila sanggup bekerjasama dengan parti yang dulunya cukup hebat dikecam sebagai parti orang kafir dengan menghulurkan tangan DAP semata2 utk melihat parti yang seagama dan sebangsa dengannya jatuh tanpa memikirkan kesan utk masa hadapan..Ternyata kebijaksanaan pimpinan parti ini dalam menjelaskan isu2 yang berbangkit berdasarkan pentafsiran yang menyeleweng telah berjaya menambat hati para penyokong mereka kerana kehandalan pimpinan ini dalam bidang al quran dan al hadis yang di pergunakan sebagai alat utama parti mereka..Yang penting bagi mereka adalah mempertahankan kuasa yang ada walau mcmana sekalipun hatta terpaksa berlutut dan merayu serta bersandiwara melalui fatwa2 sesat dengan rakyat agar mengundi mereka..Disinilah perlunya kepada sebahagian besar penyokong parti  ini bermuhasabah dengan melihat dengan lebih jelas apakah parti bulan ini akan terus menjanjikan bintang disisinya atau hanya mengerhanakan masa depan mereka khasnya masa depan generasi islam dengan menjadikan islam hanya sebagai kosmetik...Kita masih boleh berubah utk mengubah sejarah yang telah terpalit seribu lara gara2 ketaksuban yang keterlaluan ini dengan tidak lagi memberi sokongan kepada parti kosmetik ini..Wassalam

Rabu, 10 November 2010

Lelaki Dan Airmata

Airmata sering di ungkapkan sebagai senjata utama bagi perempuan@wanita tatkala perasaan mereka berbaur dgn perlbagai nada..gembira dan lebih2 lagi duka..perasaan yang cukup mudah tersentuh adalah datangnya dari makhluk yang dicipta Allah Taala dari tulang rusuk kiri seorang lelaki..dengan airmata jugalah kadangkala kita byk mendengar ramai lelaki yang tewas kpd perempuan samada perempuan kerana cintanya,kasihnya malah kerana nafsunya..tetapi tidak semua mereka ini menggunakan airmata sebagai senjata kerana ada juga kalangan mereka yang tegas dan berjiwa kental dalam menghadapi cabaran dan liku2 kehidupan sebagai hamba kepada Penciptanya..
Tetapi lelaki dgn airmata terlalu kompleks maknanya..teramat sukar utk kita olahkan dengan penjelasan yang mudah kerana kepelbagaian corak cara perasaannya..Kita mungkin dapat melihat airmata seorang lelaki apabila ada kalangan keluarganya yang terdekat meninggal dunia kerana terlalu sedih dengan kepergian mereka hasil drpd pautan kasih yang sekian lama dan hanya kejadian2 seperti itulah sahaja kita dapat melihat menitisnya airmata lelaki tanpa mereka sedari..Amat jarang sekali kita mendengar lelaki menitis airmata sekerap perempuan kerana hati lelaki cukup kental@tabah sesuai dengan sifatnya sebaagai seorang pemimpin bagi sebuah kerajaan atau keluarga..Tetapi bagaimana pula anggapan kita jikalau seorang lelaki yang tidak mampu menahan kepedihan tatkala diri dan partinya dicerca dan dihina sedangkan segala yang termampu cuba di sediakan oleh parti lelaki ini demi untuk kepentingan rakyatnya sejajar dengan dirinya yang telah di angkat sebagai wakil kepada rakyat?Apakah mereka yang melihat jiwa lelaki ni yang begitu lasak orangnya dan begitu rapat dengan rakyat dlm takluknya hanya ingin  bersandiwara sebagaimana bersandiwaranya seorang tok guru yang menadah doa yang mendoakan musibah bagi saudaranya sendiri?Nada sebak beserta genangan airmata yang perlahan mengalir dari lelaki ini menginsafkan mereka yang mungkin menilai akan sebuah perjuangan yang belum selesai gara2 keceluparan mereka yang berlawanan parti dengan lelaki ini yang selama ini cukup bersabar dengan apa juga tohmahan dan lemparan kata2 kesat dan keji drpd parti yang kononnya memperjuangkan islam sebagai agenda utama mereka tetapi ternyata kesemua ini adalah sebagai kosmetik utk mengaburi pandangan khalayak khasnya rakyat kelantan yang terkenal dengan gelaran  negeri serambi mekah..Perasaan saling hormat menghormati sesama islam jelas sudah tiada dalam diri mereka yang berketayap putih dan berbush jaket ini kerana merasakan bahawa mereka lebih baik dan lebih mulia sedangkan hakikatnya merekalah yang sebenarnya manusia bertopengkan nafsu jesteru itu dengan mudah mereka mengatakan parti kepada saudara islamnya ini adalah parti najis yang hanya layak tempatnya dalam tandas..Dengan perwatakan bagaikan seorang lelaki yang alim dengan pemakaian yang bersih disertai dengan slogan parti yang senantiasa padanya jenama islam sepatutnya pimpinan parti ini lebih memberikan contoh yang terbaik kepada saudara islam mereka samada di dalam mahupun luar dewan bersidang tetapi sayangnya kesemuanya adalah kosmetik shj..Penyamaran parti ini semakin hari semakin jelas pada pandangan rakyat kelantan sehinggakan calon mereka tewas dengan majoriti yang luar biasa semasa PRK Galas yang lalu..
Sifat angkuh,ego,sombong dan sebagainya bagaikan sudah menjadi adat dalam parti mereka walaupun ada sebahagian pendokong dan penyokong mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan arah dan cara pimpinan mereka tetapi kerana gentarnya mereka ini apabila mendengar gelaran "tok guru " maka kepahitan yang mereka sedari dan alami terpaksa ditelan..Kata2 nista cukup mudah didengar drpd kalangan penyokong dan pimpinan mereka kerana mereka menganggap bahawa merekalah yang paling hebat,paling sempurna perjalanan mereka hinggakan kesempurnaan itu telah mereka pergunakan sepenuhnya dengan memperbodohkan rakyat sehingga habis segala madu2 yang ada dalam negeri kelantan ini menjadi hidangan mereka..Cacian dan kejian menjadi rutin mereka kerana sebahagian penyokong2 amat suka mendengar malah merasa amat bangga setiap kali nada kejian ini keluar drpd pimpinan mereka hinggakan laungan takbir dijadikan sebagai jambatan semangat utk pimpinan ini terus memaki hamun..
Akhirnya airmata seorang lelaki yang bernama Datuk Nazula selalu ADUN Paloh mengalir tanpa dipaksa atau di buat2 kerana cacian seorang saudara islamnya sendiri apabila dituduh oleh seorang ahli yang berhormat PAS bahawa parti Umno adalah najis dan tidak layak untuk berkhidmat kepada rakyat kelantan..Sebagai seorang pejuang rakyat yang senantiasa menghambakan dirinya kepada parti dan masa depan serta kesejahteraan rakyat lebih2 lagi dalam kawasannya sudah tentu rasa kepedihan yang selama ini ditanggung dengan cukup tabah dan sabar sudah pasti lama kelamaan tidak dapat di bendung apatah lagi apabila kesemua perkara yang telah dan akan dibuat oleh partinya telah dikatakan keji dan sebagainya..Dimanakah nilai seorang islam yang sanggup melakukan perbuatan sebegini terhadap seorang islam yang lain?Dimanakah islam yang selama ini menjadi tunjang perjuangan parti ini yang dilaung2kan?Dimanakah perginya pengajaran yang mereka2 ini(pimpinan PAS)ambil drpd al quran dan al hadis sebagai rujukan utama mereka?Apakah sandiwara mereka ini akan terus berterusan hasil jenama islam yang telah mereka pergunakan atau kalangan rakyat kelantan sudah bersedia untuk mengubah pemikiran terhadap parti kosmetik ini dan seterusnya menjadikan negeri ini sebagai negeri yang betul2 bercirikan serambi mekah dengan mengembalikannya semula kepada UMNO?Rakyat Galas sudah bersuara sebagaimana rakyat Paloh yang sudah lama bersuara dengan Datuk Zula sebagai jambatan  kukuh mereka sebagai bukti bahawa beliau adalah ciri2 kepada pemimpin yang cakna rakyat dan tidak seperti YB Pas yang hanya pandai memutar belit isu hingga berbelit2 tali perut mereka ini dengan kekayaan ghaib mereka..Rakyat Paloh sudah pasti marah dan berdukacita atas apa yang terjadi pada wakil mereka dan sudah pasti mereka tidak akan memberi undi kepada parti yang melawan Datuk Zula kesayangan mereka..Rakyat Paloh telah lama bersuara kerana mereka cukup kenal kaca dgn permata..Kepada seluruh rakyat kelantan ayuhlah bersuara demi generasi depan kita..Wassalam

Isnin, 8 November 2010

Siapa Lebih Islam?

Islam telah menggariskan batasan2 yang perlu dilakukan oleh penganutnya agar mereka senantiasa berada dalam keadaan yang lebih di hormati oleh masyarakat sekeliling agar agama islam ini terus bersinar sesuai dengan keagungannya..Islam telah membentuk kekuatan samada dari segi dalaman mahupun luaran kepada penganutnya dan sentiasa percaya kepada rukun islam dan iman yang disertai dengan rujukan hadis2 dari perawi2 yang sohih..Namun semenjak agama menjadi umpan besar sebuah parti kepada rakyat dalam negara ini dalam meraih kuasa kerana kelemahan daya pemikiran sebahagian besar masyarakat islam ini dalam membezakan islam yang sebenar hingga menyebabkab mereka mudah terjerumus dalam kancah yang dipanggil sebagai penyelewengan akidah..Akidah adalah pegangan yang harus ada pada setiap orang islam kerana tanpanya orang islam akan hanyut seolah2 kapal yg tiada kemudi..Percakaran sesama islam bukan perkara baru kerana ianya telah meletus selepas wafatnya Nabi SAW hinggakan berlaku begitu byk pertumpahan darah sesama sendiri gara2 adanya pentafsiran yang berbeda2 dalam menunjukkan kehandalan masing2 sehingga mereka ini mudah terjebak dalam arus kehinaan sebagai seorang islam..Malah lebih hebat lagi apabila adanya golongan yang berhujah bahawa apa yang mereka katakan adalah dari sumber al quran dan al hadis sehinggakan menimbulkan seribu satu persoalan yang boleh menjejaskan akidah umat islam.
Di Malaysia,trend ini telah mula menular apabila ada kalangan mereka yang kononnya berilmu telah menggunakan sepenuhnya segala ilmu yang mereka ada utk menarik perhatian rakyat khususnya mereka yang terlalu mendambakan sebuah negara islam walapun negara ini telahpun menjadi negara islam dengan menjadikan agama islam ini sebagai umpan yang paling besar utk mengalih perhatian rakyat menyokong mereka..Mereka ini berjaya mengumpan sebahagian rakyat yang pada anggapan mereka terlalu dahagakan sebuah kerajaan islam hinggakan sebuah negeri sehingga kini masih lagi diperintah oleh parti yang kononnya memperjuangkan islam hampir lebih drpd 20 tahun..Segala pentafsiran mereka berbeza dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa demi mengekalkan kuasa yang ada agar tidak terlepas sehingga sanggup menyatakan perkara yang tidak pernah masuk kedalam akal pemikiran seorang islam yang benar2 beriman dengan hari kiamat dengan menyatakan bahawa segala apa yang berlaku adalah perancangan manusia lebih2 lagi apabila berlaku kekalahan kepada parti mereka ini tanpa mereka sedar bahawa segalanya adalah kuasa Allah Taala dalam menentukan keputusan walaupun sehebat mana perancangan hambaNya..Ayat2 suci al-quran menjadi bahan umpanan terhebat dalam alaf ini dengan memberikan peluang kepada orang2 kafir yang tidak pernah tahu erti utk menggunakannya atas dasar persahabatan dalam pakatan mereka sedangkan kita sudah terlalu maklum bahawa bukan mudah utk kita sebagai umat islam menggunakan ayat2 suci ini apatah lagi penggunaan ini kepada mereka2 yang jelas kafir..Namun atas dasar mengejar kuasa maka segalanya boleh bagi pendokong parti islam ini hinggakan sebahagian besar penyokong2 mereka terlalu angkuh seperti istilah bapa borek anak rintik..Perhatikanlah penyokong2 parti yang kononnya islam ini dimana2 sahaja tempat mereka berkumpul khususnya apabila ada ceramah mahupun debat di adakan sudah pasti kita sendiri cukup loya melihat akan ketaksuban mereka ini terhadap para penceramah mereka hinggakan mereka ini terlupa bahawa parti yang mereka sokong ini adalah parti yang berimejkan islam dan sewajibnya bagi mereka sebagai penyokong menjaga tata susila sebagai penyokong islam!..tapi semuanya hanyalah sandiwara bagi mereka ini kerana para pimpinan mereka sendiri cukup mudah menjatuhkan  kepada saudara seislam mereka sebagai kafir apabila UMNO menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC dalam membentuk kompenan BN gara2 tragedi 1969..Segala apa jua yang terjalin dalam kompenan ini adalah haram tetapi itu dahulu kerana kini parti islam  yang pimpinannya masih lagi gah sebagai presidennya telah pun menukar istilah kafir tersebut dengan menyatakan kerjasama mereka dengan DAP adalah atas dasar seperti perjanjian hudaibiyah..Sungguh mudah dan senang mereka ini membuat pusingan U utk menggaburi pemikiran penyokong2 mereka agar impian mereka utk meraih kuasa akan berterusan sehingga berjaya menawan putrajaya akan tercapai lantas terkeluar drpd mulut pemimpin utama mereka bahawa jikalau dengan berkawan dengan syaitan sekalipun di bolehkan sekiranya memberi keuntungan kepada mereka..Alangkah sedihnya jikalau penyelewengan ini berterusan kerana ia akan merosakkan akidah lebih2 lagi akidah generasi baru yang bakal menjadi pemimpin negara..Sebagai seorang yang mendapat pendidkan islam yang sempurna biarpun ada antara kita tidak memegang segulung ijazah sebagai namun sebahagian besar kita masih boleh lagi menilai Siapa Sebenarnya Yang Lebih Islam?..Islam tidak hanya di ukur dari kuatnya laungan takbir dan juga imej luaran sahaja tapi mengamalkannya yang paling penting kerana yang membezakan seorang islam adalah amalannya..Ungkapan lama yang berbunyi "jangan menilai buku dengan melihat dari kulit luarnya kadangkala tepat sekali...Sebelum terlambat sama2 lah kita merenung demi masa depan generasi kita..wassalam

Sudah Tiba Masanya

Kekalahan teruk dalam PRK Galas memberi tamparan yang cukup hebat terhadap kepimpinan Pas Kelantan khususnya biar tidak sedikit pun menganggu gugat kerusi kerajaan negeri tetapi kesannya terhadap parti ini cukup terasa..Sebagaimana biasa seluruh pendokong dan penyokong parti ini telah menyalahkan SPR kerana kononnya  berat sebelah dan senantiasa mengikut telunjuk kerajaan pusat berbanding dengan ketelusan mereka dalam mana2 pilihanraya serta meletakkan kekalahan parti mereka ini adalah kerana tipu muslihat pihak BN yang menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada bagi meraih kemenangan yg cukup bergaya pada 4 Nov lalu..Parti Islam Semborono ini terutamanya barisan kepimpinan mereka lupa bahawa yang menjadi kuasa pemutus dalam mana2 pilihanraya adalah di tangan pengundi yang menjadi tuah atau bala kepada mana2 parti yang bertanding..Tuah jika parti tersebut memenangi pilihanraya dan bala apabila kecundang apalagi dengan majoriti yang besar sebagaimana yang terjadi di Galas
Dalam PRK Galas yang lalu kita dapat melihat akan kesungguhan pimpinan PR untuk menpertahankan kerusi ini biarpun tidak boleh mengubah apa2 keputusan dalam pemerintahan negeri tetapi dari segi rasionalnya kerusi Galas ini menjadi titik tolak atau nadi yang amat penting kepada PR khasnya Pas Kelantan dalam meneruskan segala apa yang telah dirancang seterusnya membantutkan gagasan 1Malaysia yang telah dicanangkan oleh YAB Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan juga presiden UMNO..Kesemua pimpinan utama PR turun ke padang termasuklah mursyidul am Pas yang cukup letih minda dan tenaganya gara2 terlalu lama diguna pakai sebagai senjata utama parti ini dalam meraih kemenangan sehingga kekal parti ini menjadi kerajaan negeri selama 4 penggal semenjak menguasai pada tahun 1990 semasa APU menjadi kuasa mutlak apabila merampas kesemua kerusi parlimen dan dun di kelantan..Kesungguhan parti ini menggunakan sepenuhnya tok guru ini memang di tunggu2 oleh pihak BN kerana sudah pasti beliau akan berdepan dengan nama yang tidak boleh dipandang enteng oleh parti ini kerana BN telah meletakkan Ku Li sebagai jeneral bagi PRK Galas dan hasilnya cukup lumayan apabila pulangan yang berlipat ganda telah diraih oleh BN dengan strategi yang cukup berkesan di ambil oleh Ku Li yang seterusnya menambah kekalutan dan rasa tidak puas hati kepada pihak Pas..Pelbagai hamburan dan kata2 nista dapat dilihat bukan sahaja di kedai2 kopi kepunyaan penyokong mereka bahkan juga dalam media massa serta dalam internet yang bukan sahaja merendahkan martabat mereka ini sebagai penyokong  parti yang membawa imej islam malah menjelakkan sesiapa juga yang mendengar kerana rasa ketidakpuasan hati atas kekalahan di Galas..Sikap dan sifat mereka seolah2 boleh diibaratkan sebagai tidak membawa imej islam bahkan seperti mereka yang cukup jahil dalam membezakan dosa dan pahala dengan sewenang2nya melemparkan kata2 keji yg meloyakan telinga mendengar..Tidak sedikitpun antara mereka yang menerima kekalahan ini dgn penuh redha bahkan berterusan menyalahkan pihak yang memenangi pilihanraya ini walaupun pada hakikatnya kekalahan parti ini adalah kerana faktor2 yang pihak mereka sendiri sudah boleh menjangkanya..Selain faktor YBM Ku Li sebagai faktor utama kepada kekalahan besar mereka,terdapat juga faktor drpd pihak parti pas itu sendiri yang mana faktor utamanya datang drpd tok guru yang menjadi idola kepada mereka..Seakan seperti memberi petanda kejatuhan parti ini di Galas apabila tok guru ini sanggup utk mencemar dirinya memberi wang selepas mengislamkan orang asal di salah sebuah perkampungan orang asal tersebut dengan dihadiri oleh calon mereka yang jelas menjadikan wang tersebut sebagai rasuah pilihanraya..Jenama diri sebagai tok guru semakin merosot pada kacamata rakyat kelantan kerana terlalu lama berada diatas puncak takhta kekuasaan sehingga lupa diri dan lupa utk berpesan2 kepada penyokong agar menerima setiap yang menimpa sebagai ujian perjalanan sebagai hamba Allah..Sifat tidak berpesan2 inilah juga yang telah menjadikan beliau seolah2 terlepas drpd melakukan salah silap dari kacamata penyokong parti islam ini sehinggakan setiap patah perkataan yang keluar drpd mulut beliau di anggap sebagai kata pemutus sebagaimana yang telah terjadi kepada timbalan presiden parti itu sendiri yang telah di beri amaran agar meletakkan semua jawatan yang dipegang hanya kerana ingin melihat perpaduan sesama melayu islam dalam negara ini..Sudah pasti maruah timbalan ini tercalar dengan amaran keras daripada tok guru ini sehinggakan beliau telah dilarang utk dtg semasa PRK Manik Urai gara2 perselisihan faham dalam isu tersebut..Namun kesemuanya ditelan walaupun pahit utk diterima oleh sebilangan penyokong parti islam ini kerana jenama tok guru ini cukup2 keramat bagi mereka sehinggakan sandal@selipar tok guru ini dicuri kerana di anggap tuan punyanya seorang yang keramat..Inilah yang akhirnya menjadikan sebahagian besar penyokong parti ini mula tertanya2 akan kemuliaan seorang tok guru dengan ilmu yang penuh di dadanya tetapi gagal mengamalkannya bahkan memberi begitu byk pentafsiran yang cukup mengelirukan sehinggakan sanggup berjabat tangan dengan DAP yang jelas menolak islam drpd duduk bersama dengan UMNO yang jelas agamanya islam..Bahananya mula terasa di Manik Urai apabila Pas mempertahankan kerusi dengan majoriti yang tipis dan kekalahan di Galas adalah petanda yang cukup jelas bahawa sudah tiba masanya tok guru ini berundur kerana rakyat sudah melihat akan segala2nya yang serba tak kena apabila tok guru ini bersuara..Jikalau hendak menunggu pimpinan parti ini mendesak tok guru berundur jawabnya tak kesampaian lah kerana semua sudah maklum bahawa parti ini adalah parti tok guru..Barangsiapa yang melanggar tok guru padah pasti menimpa!!kalau masih tak percaya silalah menjadi hang jebat yang sanggup menderhaka demi keadilan tetapi soalnya siapalah yang berani drpd pimpinan parti ini kerana selagi masih bernyawa selagi itulah jenama ini kena pertahankan walaupun amat pahit..Rakyat jugalah sebagai penentu memaksa tok guru ini berundur..Yang cukup jelas drpd kekalahan pas ini ialah semangat yang berkobar2 parti UMNO meneruskan kegemilangan sehingga merampas kembali Kelantan..wassalam

Ahad, 7 November 2010

Kebangkitan yang di tungu-tungu

UMNO kelantan kini mengorak langkah yang cukup padu sekiranya momentum kemenangan di Galas terus diperkemaskan sehingga tibanya PRU13 yang akan berlaku bila2 masa shj dari sekarang iaitu dalam masa 2thn dari sekarang mungkin terjadi..Kemenangan di Galas memang amat di tungu2 oleh seluruh ahli Umno dan juga jentera BN di kelantan kerana mood pengundilah yang paling penting utk melihat sejauh mana rakyat menerima konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib (DSN)setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Badawi..Perubahan mendadak yang juga telah di lakukan oleh DSN selaku presiden Umno juga telah byk mengalih perhatian rakyat utk mula memandang kembali kepada kompenan BN yang diketuai oleh UMNO dengan konsep yang lebih terbuka dan lebih berani hanya semata2 DSN ingin melihat kekuatan kembali kpd parti melayu terbesar ini terutamanya menjelang PRU13 nnti..Hasilnya cukup memberangsangkan apabila satu demi satu kemenangan bermula di Hulu Selangor sehingga pada malam 4nov lalu mendapat 2 kemenangan terbesar seolah2 pukulan KO kepada parti pembangkang yang di ketuai oleh DAP..Pas selamanya akan menjadi parti ke3 apabila pakatan ini termeterai dengan satu lambang kelak kerana parti Pas ni lebih rela maruah mereka di perkotak katik oleh Anwar Ibrahim yang muncul sebagai perunding utama kepada penggabungan parti2 ini..Kekuatan Pas dengan sendirinya menjadi pudar serinya apabila parti ini bergabung kerana ideologi yang selama ini cukup padu mereka pertahankan sehinga muncul sebagai parti kedua terbesar bagi orang melayu berkecamuk dengan konsep berlainan daripada parti2 pakatan terutamanya DAP yang semakin hari semakin manggak(ego) dengan sokongan pengundi cina kepada mereka..Namun kesemua itu tidak pernah memadamkan hasrat DSN utk melihat BN kembali menjadi parti pilihan utama rakyat malaysia dengan idea2 berkonsepkan gagasan 1Malaysianya yang kini semakin diterima oleh rakyat khususnya orang cina dan india..Ketakutan mereka kini semakin pudar hari ke hari apabila DSN sendiri tidak jemu2 utk menterjemahkan visinya kepada seluruh rakyat agar menerima dengan baik perlaksanaan gagasan ini..Dalam diam rakyat mula bersetuju dan mula tersenyum lebar apabila gagasan ini bukan shj lebih adil malah lebih bersifat kemenangan pada semua bangsa di malaysia ini tanpa ada sedikitpun jurang perbezaan antara bangsa2 di malaysia ini..Hasilnya cukup jelas apabila PRK Galas dan Batu Sapi menjadi medan kemenangan terbesar kepada BN setelah melalui kemuraman pada PRK yang lepas dengan rakyat mulai kembali menyokong dasar2 yang diperkenalkan oleh BN..Setiap janji yang di kata akan di kota kerana DSN adalah pemimpin yang cukup terbuka orangnya sehinggakan setiap apa saja rungutan daripada rakyat sebolehnya beliau akan cuba laksanakan sekiranya benar2 perlu utk terus memacu kehebatan negara ini..Umno khususnya pimpinan di bahagian seharusnya menjadikan kemenangan di Galas sebagai pemacu kepada sebuah perjuangan utk merampas kembali kerusi2 yang kalah pada PRU12 lalu dengan lebih bersikap terbuka samada utk diri dan bahagian agar segala rungutan dan kehendak rakyat dlm bahagian dapat di dengar dengan jelas dan tidak hanya sekadar melepas batuk di tangga apabila sesuatu program di laksanakan..Pimpinan bahagian juga seharusnya meletakkan kepentingan parti mendahului diri sendiri agar parti akan kembali kukuh dan diterima kembali oleh rakyat dengan sanggup mengorbankan apa sahaja termasuk jawatan2 yang dipegang sekiranya mesej jelas daripada rakyat yang inginkan perubahan di terima..Nescaya jika ini berlalu dengan sikap pengobanan terbesar yang dilakukan oleh pimpinan bahagian maka tidak mustahil bukan sahaja kerusi parlimen 2/3 dapat UMNO dan BN raih dalam PRU13 malah kemungkinan besar kesemua 5 buah negeri yang dirampas oleh pembangkang dapat di tawan kembali..Siapa antara kita yang sanggup membela perbalahan dan juga penipuan atas nama kebenaran?Yang pasti kebenaran pasti muncul lambat laun..HIDUP UMNO!!HIDUP ISLAM!!..wassalam

Sabtu, 6 November 2010

Penangan Orang Lama

Penangan orang lama memang menjadi!!..begitulah sosek2 kedengaran dari warung2 kopi mahupun dalam ofis kerajaan serta swasta tentang kehebatan YBM Ku Li dalam menggalas kemenangan yg cukup besar dan bererti bukan sahaja kepada UMNO dan BN tetapi kepada sekumpulan manusia yang sememangnya cukup yakin akan kebolehan Ku Li sejak dulu sehingga kini..Bukan sahaja merampas kembali kerusi Galas tetapi majoriti yang melebihi 1000 undi sudah cukup membuka mata sekalian rakyat jelata khasnya para pimpinan Pakatan Rosak agar lebih berhati2 dan bermuhasabah apabila berdepan dengan orang lama dalam UMNO ini..Strategi yang cukup berkesan adalah peranan utama kepada kemenangan ini dengan Ku Li sendiri menjadi pengarah PRK ini kerana sememangnya semua pimpinan atasan parti sudah sedia maklum akan kekuatan Ku Li dalam bahagian Gua Musang(GM) yang akhirnya sebulat suara memberi kelebihan yang tidak pernah terfikir oleh pihak Pas khususnya apabila dengan penuh bermaruah dan rendah diri YBM Ku Li telah bersetuju utk menjadi jeneral bagi dun galas ini..Berbagai kecaman dan adu damba di mainkan oleh pihak pembangkang agar Ku Li tidak bersetuju utk menggalas  harapan parti tetapi sayangnya harapan mereka ini utk melihat Ku Li menolak permintaan drpd MT UMNO tidak kesampaian gara2 kecetekan pimpinan pembangkang dalam menilai Ku Li yang sanggup berkorban demi UMNO..Sejarah telah byk mencatatkan bahawa perjuangan Ku Li terhadap parti keramat ini tiada noktahnya hinggakan jikalau ada yang masih lagi ingat sehingga kini bangunan UMNO yang berdiri megah didalam kawasan segitiga emas adalah hasil usaha beliau semasa menjadi bendahari UMNO..Dari situlah sejarah perjuangan beliau terhadap umno tiada titik noktahnya walaupun terpaksa menubuhkan parti S46 gara2 umno di haramkan tetapi utk memulihkan imej parti beliau telah berkorban jiwa dan raga agar parti terbesar orang melayu ini terus kekal selamanya dan terbukti kesetiaan Ku Li kepada umno cukup tinggi apabila menghulurkan salam persaudaraan dengan membubarkan S46 dan kembali kepada UMNO..Di sebalik kekalutan pihak pembangkang yang merasakan cemas dan debar yang amat sangat apabila sang jeneral ini mula menyusun langkah merampas kerusi drpd Pas ini,Ku Li terus menterjemahkan misi dan visinya kepada penduduk GM lebih2 lagi kepada para pengundi Galas yang semakin mual dan jeluak(muntoh)dengan perangai berpura2 parti yang membawa imej islam sedangkan habuk pun tarak malah lebih byk menabur janji2 manis terutamanya kepada penduduk orang asli di pendalaman..Segala usaha dan ikhtiar sudah lagi tidak mampu pihak Pas dan rakan2nya lakukan kerana mereka sendiri mengakui akan kehebatan Ku Li yang menjadi tulang belakang kepada Galas..Tidak perlu kepada ceramah umum utk menarik perhatian pengundi bahkan cukup dengan bergerak dari rumah ke rumah atau lebih tepat lagi terus kepada hati pengundi yang di amalkan oleh jentera BN hasil drpd strategi Ku Li kerana beliau lebih tahu ttg rakyat dalam jajahan takluknya..Hasilnya cukup mengkagumkan dengan peningkatan jumlah pengundi beralih kepada UMNO dan BN yang menyedarkan pimipinan PR bahawa mereka rupanya tidak sekuat yang dilaungkan sebagaimana ceramah2 umum mereka semasa pilihanraya ini..Mereka juga sedar bahawa kesetiaan Ku Li kepada parti keramatnya tidak boleh dijual beli bahkan kesengsaraan yang amat sangat apabila mengetahui anak raja ini yang menggapalai jentera dan seterusnya memberikan kemenangan yang cukup bermaruah serta bergaya kepada UMNO..Ku Li  cukup tahu membezakan antara hak parti dan rakyat kelantan serta cukup tahu ttg susur galur politik negara khasnya dalam negeri serendah sekebun bunga ini..Ada yang percaya seandainya diberikan amanah kepada Ku Li utk menjadi Pengerusi UMNO negeri nescaya tersedak pimpinan PAS dan tidak tidur malam kerana keupayaan dan kelebihan Ku Li dari kacamata rakyat kelantan tiada tandingannya..ibarat barang lama tetapi mahal harganya begitulah juga YBM Ku Li yang terlalu bernilai bagi UMNO...wassalam

Jumaat, 5 November 2010

Galas-Kemenangan Yang Cukup Bermaruah

Dengan majoriti 1190 undi cukup mengembalikan maruah kompenan BN khasnya UMNO Kelantan yang selama ini mencari rentak kemenangan selepas kekalahan tipis di MU lalu..Segalanya terbukti di Galas apabila dengan kerjasama yang cukup padu dari semua jentera parti ditambah dengan persefahaman yang cukup kuat antara Ku Li dengan pimpinan BN telah menjadikan Galas sebagai tapak yang paling kukuh untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kelantan terhadap UMNO yang telah lebih daripada 20tahun menjadi parti pembangkang di kelantan..Kemenangan ini bagaikan kemenangan antara yang hak dan batil kerana sikap senohong Parti Islam Semborono telah menjadi racun pada parti mereka sendiri di mana akhirnya ikan gelama yang mereka berikan kepada rakyat rupanya selama ini adalah hasil curi yang telah memakan diri mereka di Galas..Orang Asal GM(Gua Musang)telah di janji dengan berbagai2 umpan terutamanya ttg hak tanah mereka yang telah gondong di tebas oleh tauke2 anak emas pimpinan parti kerajaan negeri kelantan dengan berwajahkan nama yang cukup manis di dengar tapi senak untuk di pandang..Nama yang manis di dengar kerana program Ladang Rakyat di perkenalkan semata2 utk mengabui perhatian rakyat kelantan akan tetapi mereka lupa ttg betapa senaknya mata apabila melihat pemandangan yang cukup2 menyedihkan hasil drpd penggondolan tanah yang berleluasa tanpa had kerana sikap rakus sesetengah pimpinan parti ini yang tidak pernah berhenti untuk mencari kekayaan hasil drpd kuasa yang mereka ada selama lebih 20 tahun ini..Tambah menyedihkan lagi apabila orang2 asal ini telah di ugut tidak akan lagi di berikan tanah sekiranya mereka ini tidak mengundi parti islam ini atau lebih tepat kalahnya parti mereka khasnya dlm PRK N45 ini sedangkan tanah2 yang telah diluluskan kepada tauke2 ini adalah tanah orang2 asal..Betapa kejamnya sikap pimpinan ini di sebalik senyuman manis2 pahit yang hanya mereka gunakan sebagai penyamaran seolah2 seperti si penyamun tarbus dlm filem ali baba bujang lapok yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan kuasa yang ada dapat di pertahankan sehingga byk penyelewengan akidah telah berlaku semenjak parti ni menjadi kerajaan negeri..Terbukti bahawa kebenaran dan kepalsuan akan terhidang di depan mata rakyat kelantan apabila Allah Taala menghendakinya dgn Galas telah menjadi bukti bahawa selama ini sudah terlalu lama rakyat kelantan khususnya penyokong2 parti islam semborono ini dimomok dengan berbagai2 cerita dongeng dan pentafsiran yang berbagai drpd al quran dan hadis semata2 kuasa!..Rakyat Galas telah memilih masa dan ketika yang tepat untuk memberi petunjuk juga panduan kepada seluruh rakyat negeri kelantan bahawa pembohongan Parti Islam Semborono ini dengan di pacu oleh pimpinan Pakatan Rosak tidak akan terus kekal lama kerana peningkatan yang cukup luar biasa dari sokongan pengundi pada 4 Nov lalu kepada Umno dan BN amat begitu ketara sehinggakan YAB Dato MB Kelantan telah mengajak para penyokong dan pendokong parti ini agar bersabar dan menerima kekalahan besar ini tetapi dalam hati beliau dan pengikutnya hanya tuhan yang tahu betapa mungkin pedih yang mencucuk ulam hati kerana segala janji2 manis mereka kini sudah lagi tidak laku di jual bahkan telah di tolak mentah2 umpama ikan gelama yang terkena minyak di lautan..Bukan sahaja kalah dengan majoriti yang besar bahkan terpalit pulak dengan insiden dimana pemberian wang yang boleh di anggap sebagai rasuah pilihanraya begitu jelas pada khalayak umum dengan gambar MB kelantan memberikan wang yang pada anggapan beliau sebagai wang saguhati kepada orang asal yang telah memeluk agama islam tetapi dalam saat2 genting seperti ini perkataan wang saguhati telah menjadi wang rasuah kerana saat dan ketikanya amat tidak kena..Begitulah apabila tuhan menghendaki sesuatu perkara itu terjadi sudah pasti akan terjadi walau secermat mana sekalipun hambanya rancangkan..Dalam kes ini maruah seorang yang berilmu tinggi telah tercalit seolah2 bagaikan manusia biasa sahaja yang kosong tanpa ilmunya hanya kerana kuasa!!..Matlamat menghalalkan cara demi tujuan mereka ini telah menjadi sindrom yang tidak sepatutnya terjadi kepada pimpinan yang kononnya menjadikan islam sebagai lambang parti bahkan boleh diibaratkan parti ini sama seperti pepatah yang berbunyi "ilmu yang tidak di amalkan adalah seperti pokok yang yang tidak berbuah"..sepatutnya parti islam ini menunjukkan contoh tauladan yang baik tapi sayangnya sebahagian besar pimpinann mahupun penyokong mereka hanya gah pada laungan takbir dan penzahiran sahaja sedangkan mereka gagal untuk menghayati setiap laungan  dan seni tersebut bahkan seolah2 mereka ini kosong jiwanya dengan alunan syahdu ayat2 suci al quran dan al hadis yang sepatutnya menjadi penawar paling mujarab kepada mereka yang beria2 melaungkan islam..Ketaksuban mereka cukup ketara apabila pimpinan ini telah melanggar janji utk tidak mencemarkan isu2 peribadi terhadap Pengarah PRK Galas iaitu YBM Ku Li di mana saat2 akhir hari sebelum proses pengundian berjalan,mereka telah menuduh yang bukan2 terhadap anak raja berdarah rakyat ini sebagai tanda terdesak mereka untuk mengalih perhatian rakyat galas dari terus memberi sokongan kepada Ku Li..Namun semua tuduhan ini tidak diberi perhatian oleh pimpinan BN terutamanya Ku Li kerana bagi beliau yang paling penting ialah rakyat GM khasnya di galas lebih kenal jauhari daripada manikam dan terbukti betapa kerendahan diri seorang pemimpin besar seperti YBM Ku Li dengan kemenangan yang cukup besar UMNO dan BN disaat2 serangan peribadi terhadap beliau di lontarkan..Kalau di ikutkan dengan kesemua pimpinan utama Pakatan Rosak(PR) ini turun ke Galas sepanjang tempoh berkempen sudah pasti kemenangan besar kepada calon parti ni tetapi akhirnya yang hak telah muncul sebagai pemenang biarpun pelbagai caci dan maki dilemparkan kepada jentera BN..ini kerana kita sebagai umat islam yang menghayati sepenuhnya agama islam dan bukan hanya menggunakannya sebagai loncatan kuasa utk mengaburi rakyat wajib percaya kepada qada dan qadar serta tidak putus asa utk berikhtiar di samping menunjukkan contoh tauladan yang baik sesuai dengan nama seorang islam yang benar2 beriman denganNya.."apabila Dia menghendaki sesuatu itu terjadi maka jadilah ia"...wassalam

Rabu, 27 Oktober 2010

Kononnya lah

Khalifah Umar Abdul Aziz terkenal dgn kewarakkannya dan juga sifat sederhananya..sifat terpuji beliau menjadi lambang seorang pemimpin dari dunia islam yang tiada tolok tandingnya sehingga sekarang ini kerana itu beliau senantiasa menjadi contoh ikutan bagi para pejuang yang ingin menjadi pemimpin dan yang paling menyayat hati apabila seorang yg berjiwa ultra kiasu atau cauvinis beria2 utk mengikut contoh khalifah ini dalam pentadbirannya..tidak ke hairan bin ajaib bagi kita khususnya di tanah melayu ini apabila seorang yang mempunyai jiwa seperti yang saya sebutkan tadi di atas dan masih lagi dan akan terus kekal sebagai seorang kafir beria2 utk meniru kepimpinan ini? pernah ke terfikir pada kita khasnya kepada orang2 melayu islam dan islam di tanah ini mengapa dan kenapa sang ultra kiasu ini begitu beria2 sekali dengan kenyataan beliau? bagi saya sudah tentu ada udang di sebalik batu atau lebih tepat lagi ia akan menjadi bagai api dlm sekam terutama sekali kepada mereka2 yang terlalu percaya pada janji2 seorang cauvinis ini apalagi dgn adanya pengkhianat melayu islam seiring dengan perancangannya utk memerintah tanah ini..yang lebih ngilu lagi apabila ada kalangan orang melayu islam yang pegangan agamanya kuat tiba2 menjadi pudar apabila turut terkasima dengan ayat2 cinta sang penasihat ini yang memainkan peranan utama sebagai orang tengah kepada pakatan yang boleh di panggil sebagai Pakatan Rosak(PR)sehinggakan kuasa yang ada selama ini oleh parti islam ini seolah2 bagaikan hanya gah pada nama shj sedangkan yang memiliki kuasa dlm pakatan ini terletak pada tangan seorang penasihat dimana partinya sendiri kucar kacir semasa pemilihan ranting dan cabang baru2 ini..sebab itu boleh di katakan bahawa pakatan ini adalah pakatan rosak sebb ketua kepada pakatan ni sudah rosak akhlaknya apalagi partinya..Berbalik kepada kesungguhan ketua menteri ini yang mendapat pujian yang melangit tinggi drpd part2 pakatannnya kerana ingin mencontohi pemerintahan khalifah umar abdul aziz sehinggakan sanggup seorang ketua kerajaan negeri yang partinya kononnya memperjuangkan islam dengan hanya bersandarkan slogan dari dulunya Membangun Bersama Islam dan kini bertukar kepada Islam Untuk Semua terbang ke negara yang menjadi bapa kepada parti berasaskan perkauman ini walapun tahap keuzuran beliau amat2 merunsingkan tetapi kerana terlalu ingin melihat sebuah parti yang majoritinya drpd bangsa melayu dan agama islam ini tumbang khususnya pada PRU13 ini maka beliau seolah2 lupa bahawa parti yang menjadi pakatannya itulah yang sehingga kini tetap tidak mengubah pendiriannya yang menolak sebuah negara islam di tanah melayu ini..Semua orang sudah maklum bahawa parti yang diterajui oleh anak beranak ini yang boleh di panggil juga Dasar Anak Pelampau ini sifat cauvinisnya ataupun ultra kiasunya cukup tinggi sehinggakan mereka menjadi kurang ajar terutamanya dalam perlantikan seorang menteri besar di perak selepas PRU12 lalu apabila mereka dengan angkuh menyuarakan hasrat untuk melantik seorang menteri besar dari kalangan mereka(DAP) walaupun telah mengetahui bahawa undang2 tubuh kerajaan negeri perak tidak memungkinkan seorang yang berbangsa selain daripada melayu dan beragama selain drpd islam menjadi menteri besar..disinilah terletakknya kuasa seorang raja yang menjadi denyut nadi dan payung kepada bangsa melayu dan agama islam sehinggakan mereka2 ini terkedu kerana terpaksa mengikut tuan punya negeri tersebut..Inilah untungnya seorang yang bangsanya melayu dan agamanya islam..jesteru itu kita sebagai bangsa melayu islam semestinya berbanggsa dengan bangsa dan agama kita kerana tanpa kedua2 faktor ini nescaya tidak mungkin negeri kelantan dan kedah akan bermenteri besar dgn orang yang ada sekarang..Jarum sudah mereka cucuk utk memberi gambaran kepada rakyat negara ini khususnya kepada bangsa melayu islam bahawa mereka2 ini(DAP) boleh menerima sesiapa shj utk menjadi kawan mereka tetapi di sebaliknya tiada siapa yang tahu kerana kucing tidak pernah menolak ikan..Seandainya ada di kalangan kita (melayu islam) yang masih lagi percaya dengan segala tipu muslihat parti ini maka rujuklah orang melayu di seberang tambak johor sana sebagai bukti tanda kemesraan mereka terhadap bangsa melayu..Segalanya mungkin bagi mereka2 ini kerana mereka tidak pernah mengenal dosa dan pahala dalam matlamat mereka utk menjajah dan menjarah setiap inci bumi tanah melayu ini kerana impian mereka utk melihat kermbalinya bapa mereka( singapura) kembali bercantum menjadi malaysia baru tidak pernah padam malah semakin galak apatah lagi adanya pengkhianat2 negara yang sanggup bermuka2 demi meraiih kuasa..Matlamat menghalalkan cara sudah menjadi sinonim kepada parti2 pakatan rosak ini kerana apa yang lebih penting bagi mereka ialah kuasa dan putrajaya..Sebagai seorang yang waras dan juga berbangga dengan identiti bangsa dan agamanya,saya menyeru rakan2 di luar sana agar membuat kajian yang lebih teliti dengan segala sikap hipokrit yang ada pada pakatan rosak ini kerana yang rugi bukan kita tetapi anak2 generasi kita yang akan datang..janganlah membiarkan mereka melukut di tepi gantang gara2 kelalaian kita dalam mengenal jauhari dan manikam...Salam Semangat Melayu Islam daripada saya...Wassalam

Isnin, 11 Oktober 2010

Belajarlah Melalui Sejarah

Ada sesetengah orang tidak mahu menoleh ke belakang kerana tidak mahu sejarah berulang lebih2 lagi sejarah pahit tetapi kadangkala kita perlu menoleh agar sejarah pahit yg telah terjadi akan menjadi pengajaran yang amat berguna dalam kehidupan kita meniti hari2 yang mendatang..Setiap drpd kita mempunyai sejarah yang tersendiri samada manis,pahit,lucu dan sedih kerana tanpa kesemua ini kita tidak akan belajar drpd kesilapan dimana munngkin kita akan terus melakukan kesilapan yang sama yang akhirnya akan memusnahkan impian dalam kehidupan kita..
Begitu juga kita belajar tentang sejarah yang telah terjadi dalam negara kita ini agar kesilapan2 lalu tidak akan berulang kerana setiap negara mempunyai sejarahnya yang tersendiri apalagi dalam negara yang mermpunyai etnik yang berbilang bangsa dan agama..Ada orang yang tak ingin mengaku kewujudan dan hakikat bahawa negara ini adalah seperti yang telah saya katakan tadi kerana mereka seolah2 tidak mahu mengakui peristiwa2 yang berlaku bermula drpd perjuangan dalam menentang melayan union sehinggalah membawa kepada kemerdekaan negara pada tahun 1957..Dan dalam masa mengisi kemerdekaan juga tercatit sejarah yang mematangkan rakyat dalam negara ini khususnya pimpinan kerajaan untuk memperbetulkan keadaan agar peristiwa2 ini tidak akan berulang untuk kali yang ke 2 yang sekaligus memberi nila-nilai kedamaian dan keamanan dalam negara ini sehinggalah kita terus mengecap nikmat kebebasan dari sebuah kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang dan pimpinan dahulu..Perit jerih mereka inilah yang menjadi sejarah yang besar kepada seluruh rakyat dalam negara ini agar terus menjaga nilai ini supaya tidak jatuh ke tangan bangsa asing yang semakin hari semakin ingin merebut kuasa politik dan hak orang melayu dan peribumi kerana merasakan tidak perlu lagi untuk golongan ini memelihara hak2 yang telah disepakati bersama oleh pimpinan bangsa2 terdahulu sebelum ini atas alasan era liberalisasi global..Perkongsian sama rata dikeluarkan oleh pimpinan bangsa asing sebagai asas kepada tujuan mereka untuk terus mendesak kerajaan dibawah pimpinan majoriti UMNO agar mengkaji semula kuota bumiputera sebanyak 30% dengan alasan yang lebih kukuh lagi iaitu bertujuan untuk mencapai kearah status negara yang berpendapatan tinggi..Begitu juga ada desakan daripada pimpinan sayap sebuah parti kompenan BN ini agar Perkara 153 juga dikaji semula kerana tidak kena pada peredaran masa sehinggakan golongan ini sanggup untuk menyangah segala apa jua dalam perkara asas kepada perjanjian bagi kontrak sosial ini yang telah menjadi kunci bagi semua rakyat dalam negara ini dalam menjalani kehidupan yang harmoni selama 53 tahun negara mencapai kemerdekaan..Ini kerana setiap negara mempunyai asasnya yang tersendiri dan tanah ini asasnya adalah tersiri daripada bangsa melayu dan bumiputera sebagai tuan punya kepada tanah melayu ini dan sudah pasti mereka mempunyai hak2 yang perlu sebagai tuan walaupun berlaku peredaran zaman..
Hakikat inilah yang perlu diakui oleh bangsa2 asing yang dulunya hanyalah ingin menumpang kek ekonomi yang ada dalam tanah ini tetapi mereka  ini  lupa untuk menoleh sejarah yang telah memberikan kepada mereka bukan sahaja sebagai tempat transit bagi mendapatkan kek ekonomi ini bahkan mereka telah menajdi tuan kepada ekonomi dinegara ini..Lebih mahal lagi adalah sifat luar biasa yang ada pada tuan punya tanah ini yang telah memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka2 ini secara percuma sebagai asas perjanjian supaya mereka ini akan lebih menghargai dan mengingati akan pengorbanan yang terbesar bangsa melayu dan bumiputera ini lakukan walaupun kemajuan demi kemajuan dikecapi dengan kekayaan hasil mahsul negara ini beralih tangan  hasil drpd lesen besar ini..Apakah yang akan berlaku sekiranya tuan tanah ini bangkit dan mula mempersoalkan hak2 yang telah mereka berikan ini kepada bangsa2 pendatang ini?Yang pasti tuan tanah ini akan dilabel sebagai pelampau@ekstrimis yang pada mereka sengaja mencetuskan ketegangan kaum dalam negara ini walaupun kumpulan ini hanyalah mempertahankan hak2 yang telah termaktub dalam perlembagaan tanpa menganggu gugat hak2 bangsa lain dalam negara ini..Inilah kesilapan terbesar para pimpinan pendatang ini kerana mereka hanyalah pandai untuk mendesak demi kepentingan mereka ini tanpa mempedulikan kepentingan bangsa tuan tanah ini sehinggakan desakan mereka ini telah dianggap wajar dan selaras dengan situasi sekarang..Disini saya ingin berkongsi persoalan yang bermain2 di benak bersama2 dengan pembaca yang budiman iaitu apakah akan terjadi sekiranya kuota ekonomi 30% dikaji atau lebih tepat lagi mereka ingin hapuskan?Apakah betul sekiranya saya katakan jika kita membiarkan kuota ini dikaji@dihapuskan maka kita dengan mudah telah menjual nilai2 kemerdekaan tanah ini secara langsung kerana sudah tiada apa lagi yang tinggal untuk kita sebagai tuan punya tanah ini untuk menikmati kek berbagai rasa yang ada dalam negara ini sebagai habuan pengorbanan paling besar nenek moyang kita berikan dahulu kepada bangsa2 asing ini..jika habuan ini sudah tiada kepada kita maka apakah kuasa akhir yang kita ada ini juga akan terjual sekiranya mereka2 ini kita terus biarkan menekan dan memeras ugut kita tanpa kita mengorak langkah untuk mengimbas semula sejarah lampau sebagai ubat mata kepada bangsa2 yang kini semakin rakus untuk menjajah dan menjarah setiap inci bumi melayu ini!!Saya tetap pertahankan sebagaimana tulisan2 saya sebelum ini kerana kita ada hak2 kita!!Pedulikan apa juga tohmahan dan tuduhan kerana kita adalah tuan punya tanah ini!!...Kepada mereka yang diluar sana yang buat2 lupa sejarah maka wajarlah mereka membeli buku sejarah negara ini agar mereka dapat menilai dengan hati yang terbuka dan tidak lagi berani mengungkit...wassalam

Sabtu, 9 Oktober 2010

Ku Li Vs Nik Aziz

YAM Ku Li dah apun menyatakan persetujuan untuk menjadi Pengarah PRK D45 setelah beliau sendiri mengesahkannya dan ini telah melenyapkan cakap2 bahawa Ku Li tidak akan bersetuju menerimanya..Cakap2 seperti terutamanya drpd pihak Pas adalah satu muslihat untuk mengkucar-kacirkan pihak Umno khususnya Umno Kelantan agar mereka tidak akan berdepan dengan nama yg cukup gah dlm persada politik tanahair apalagi dalam negeri dan bahagiannya sendiri..Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi Pas terutamanya melalui Mursyidul Am Pas YAB Dato Menteri Besar ttg alasan2 yg diberikan berkenaan ttg perlantikan pengarah dan calon Umno hinggakan beliau telah ditempelak dengan kenyataan sinis agar tidak menjaga tepi kain parti lawan..Ini kerana tok guru itu sendiri sudahpun dapat merasai bahang kekalahan sekiranya Ku Li menjadi jeneral dalam PRK ini kerana jeneral ini bukan sebarang jeneral yg boleh dijatuhkan dengan mudah malah mungkin akan menjadi medan tempur yg paling senang untuk jeneral ini memenanginya kerana selok belok tempat dan rakyat sudah lama berada dalam pandangan dan pemerhatiannya..Hasilnya pihak Pas menjadi teramat cukup kalut kerana bukan calang2 orang yg akan mereka berdepan apatah lagi sekiranya Ku Li bersetuju menjadi calon bagi dun Galas ini hinggakan satu solat hajat untuk menentukan calon akan dibuat demi memastikan kemenangan 646 undi pada 2008 dapat dipertahankan..Saya sendiri cukup tersentuh bukan pada golongan ini yg amat kalut dalam menentukan calon mereka tapi apabila melihat ketibaan YAM Ku Li dsambut dengan penuh penghormatan semasa tiba di KLIA mlm semlm seolah2 aura kehebatan manusia yang byk pengalaman yg dalam sepak terajang politik negara ini telah kembali semula utk menentukan kemenangan dan hala tuju perjalanan terutamanya pada pilihanraya kecil ini..Pucuk pimpinan parti sendiri telah membuat keputusan yg amat tepat apabila bersetuju untuk memberikan kebebasan kepada Ku Li dalam menentukan sendiri corak beliau apalagi dalam soal pemilihan calon..Dun Galas bukanlah sesuatu yg susah pada Ku Li dan jentera parti dalam bahagian Gua Musang kerana kekalahan pada tahun 2008 adalah kerana beberapa faktor yg tidak sedikit pun meningkatkan kekuatan Pas terutamanya dalam mengembangkan pengaruhnya di gua musang..Faktor inilah yang menjadi sebab musabab mengapa kekalutan dapat kita lihat terjadi pada pihak PAS yg masih terkial2 mencari rentaknya bagi menghadapi bala jentera yg dketuai oleh anak raja berdarah rakyat ini..Walaupun ada beberapa pemerhati politik yg kebanyakkanya kelahiran dari pembangkang yg mempersoalkan kekuatan Ku Li kini di gua musang kerana mengikut pada faktor undi yg semakin menurun tiap kali pilihanraya kata mereka terhadap Ku Li namun bagi setiap apapun pertandingan dalam pilihanraya ,kemenangan walaupun dengan satu undi tetap juga kemenangan apalagi majoriti yg Ku Li dapat tidak pernah kurang dari seribu undi  walaupun dalam tragedi tsunami politik 2008 lalu telah memberikan impak yg cukup hebat pada sebahagian besar bahagian Umno di seluruh negara apalagi di kelantan namun anak raja ini terus gagah utk memperolehi majoriti yg cukup selesa bagi mengekalkan kemenangannya dalam setiap pilihanraya..Bagi saya pihak Pas tidak perlu bersusah payah untuk mencari calon di Galas kerana orang yang paling layak utk diletakkan sebagai calon adalah MB kelantan itu sendiri namun soalnya apakah sanggup tok guru ini menerima cabaran ini sekiranya ada pihak2 yg ingin mencalonkan beliau?atau tok guru ini akan melarikan diri dgn memberi berbagai2 alasan  agar tidak terpalit lumpur dimuka sekiranya KU Li sendiri menjadi calon Bn kali ini?Saya akan amat teruja sekiranya tok guru ini bersedia untuk menjadi calon demi untuk melihat kekuatan beliau khasnya pada rakyat negeri kelantan semakin meningkat atau sebaliknya ..Yang pasti pucuk pimpinan Pas khasnya Kelantan tidak ak memperjudikan nasib menteri besar ini di Galas kerana jawapan sudah ada iaitu tersungkur(kata pendeta azmin) @kalah..kalau kalah dengan majoriti kurang drpd tahun 2008 maka akan menjadi penguat semangat tetapi tetap kalah juga namanya namun yang paling penting kesannya adalah kepada parti islam itu sendiri kerana semua sudah maklum bahawa parti ini adalah parti tok guru ini..jika tok guru ini kalah maka kalahlah parti ini..kenapa saya katakan begitu?anda diluar boleh fikirkannya sendiri..sebagaimana kata  Ku Li mlm semlm apabila ditanya ttg isu2 dari pihak Pas "kalu dok  dengar apa yg Pas kata gak tok jadi kijo la kita jawabnya" wassalam