Ahad, 31 Januari 2010

Pemudaku UMNO

Kehebatan dan kelantangan pemuda sejak dua menjak ini semakin hari semakin sendu..sayap kanan pd parti yg di gelarkan dulu bagaikan tinggal hnya nama shj..pembela,pendesak,pembawa obor suara rakyat sudah tiada lg dlm kamus jati diri pemuda ku..yg  hnya ada adalah laporan2 polis apabila ada perkara2 yg tidak menepati citarasa kepimpinan hinggakan balai polis pun mungkin kalau ada mulut mcm kita dh muntah tgk gelagat barisan pimpinan pemuda yg bagaikan kemaruk publisiti tnpa ada sedikitpun rasa ingin menyokong dan menambahbaik organisasi kepimpinan pemuda..di mana2 bukan saja di negeri ku darulnaim,pemuda umno bagaikan hilang arah perjuangannya..aku terlalu impikan kepimpinan pemuda pembela agama,bangsa dan tanahair yg bukan saja mewakili suara umno malah mewakili suara rakyat dimana pemudaku ini yg lantang,berani dan terbuka dlm memberi idea,suara dan sumbangan bersama kepimpinan negara demi utk kebaikan rakyat kerana rakyatlah kepimpinan BN masih lagi mengekalkan kuasanya.
Hilangkanlah segala benda yg tidak baik dlm diri setiap diri pemimpin pemuda agar keikhlasan dan kejujuran yg dulunya menjadi milik pemudaumno terus tersemat dan bersemadi didlm barisan kepimpinan pemuda generasi millenium ini.apabila hati dan jiwa setiap pemimpin pemuda itu terarah  kpd keikhlasan dan kejujuran nescaya sinar kegemilangan pemuda akan kembali menggegar persada politik tanahair yg seterusnya akan menjadi kebaikan kpd parti utk memilih pemimpin negara apabila tiba masanya kelak.jadilah pembela dan pembawa suara rakyat agar kita akan dikenang sebagai pejuang negara seperti jaafar albar,sang singa pemuda umno pd zaman kegemilangannya.inilah yg di nanti2kan oleh sekalian rakyat khususnya ahli pemuda umno utk melihat sang pembela rakyat dari barisan pelapis di lahirkan agar rakyat mudah menumpang tuah dan mmeberikan harapan pd kehidupan mereka.jgnlah hnya tunggu pemimpin wahid malaysia saja beria2 mahu melakukan yg terbaik sedangkan anak buahnya masih lg terkapai2 mencari rentak kehendak rakyat.
Kelantan darulnaim dh masuk lebih 20thn di perintah oleh pimpinan pas.bukannya kuat sgt pemuda pas ini tapi mereka pandai memalu gendang bercampur irama serunai tarian silat yg akhirnya membuat rakyat sekaliannya hanyut dibuai merdu lunak mereka walapun sebenarnya hnya irama dari kaset shj.dlm masa yg sama juga ,pemuda umno bagaikan hilang arah tujuan untuk mengembalikan kepercayaan khsnya golongan muda utk menyokong perjuangan  mereka.pimpinan pemuda seolah2 tidak apa dgn sindrom ini kerana mungkin bg mereka apabila tiba masa pilihanraya baru mereka nak menggerakkan jentera yg ada sedangkan pada masa tersebut golongan muda ini sudah masuk jerat pemuda pas.yg ada pada masa itu hanyalah hardcore yg setia pada parti shj bertungkus lumus memperkenalkan jenama umno ini pada golongan muda sedangkan jenama ini sudah lebih 50thn menjadi peneraju negara.apakah pimpinanku hilang arah?hilang taring kepimpinannya?atau lebih suka bermegah dgn kemewahan yg diberi oleh allah taala pd mereka semenjak menjadi pemimpin pemuda?lebih suka menunjuk2 kpd sekalian rakyat jelata sifat2 korporat mereka hinggakan rakyat takut utk dekat dgn mereka?atau suka turun pdg bersama rakyat tapi masih lagi mengekalkan identiti korporat hingga program seperti membersih kubur pun memakai baju kemeja dgn kasut hitam berkilat hingga menimbulkan senyum sinis rakyat bawahan?yg nyata gambar mereka memegang cangkul atau sabit semasa program cuci kubur mesti di paparkan dlm akhbar harian seperti sinar yg cukup laris jualannya di darul naim ini walaupun memakai kemeja dgn kasut berkilat.seolah2 mereka ni lupa yg rakyat ini memerhati akan tindak tanduk keikhlasan mereka.terlalu byk kepincangan yg berlaku tapi tetap boleh di perbaiki tetapi itulah pemuda umno.sedar atau tidak mereka masih berperangai seolah2 tidak mengapa parti yg mereka dokong ini kalah bila tiap kali pilihanraya sdangkan ada dikalangan mereka yg ikhlas berjuang dan mahu melihat kemenangan akhirnya menjadi milik umno setelah terlepas pada tahun 1990 kpd pas.rasa tanggngjwb pada amanah yg diberikan kpd mereka sebagai pemimpin pemuda bahagian bagaikan seperti tiada harga sedangkan merekalah barisan pemimpin muda yg akan menggantikan pimpinan utama bahagian kelak.bermewah tidak mengapa tetapi biarlah bertempat..berkokok tidak mengapa tapi biarlah pada masa yg betul..yg paling penting adalah menarik golongan muda kelantan ini yg akan menjadi penentu kemenangan pada pilihanraya kelak bersama dgn parti keramat UMNO ini.kita lemah tidak mengapa asalkan kita sedar dan cepat menampung kelemahan itu kerana pemuda umno masih belum trlambat utk bangkit mengemudi kecemerlangan demi meraih kemenangan yg berterusan.Ayuh Pemudaku!!!

Sabtu, 30 Januari 2010

Ketereh mesti terus unggul bukan tunggu jadi tunggul!!!!

UMNO Bahagian Ketereh adalah salah satu daripada 14 bahagian UMNO di kelantan darulnaim.bahagian yg cukup popular bukan saja di persada politik negeri malah persada nasional level.dulu dan hingga kini bila sebut saja ketereh maka yg tergambar buah ketereh yg isinya di luar yg sedap di makan dgn collek maupun dibuat kerabu.bila sebut saja dtg dari umno bahagian ketereh maka terpacul dari mulut yg bertanya dua nama pimpinan tertinggi bahagian iaitu Tok Wa(Tan Sri Annuar Musa) dan Tok Aji Alwi(Datuk Hj Alwi).Nama kedua2nya begitu sinonim dlm bahagian kami sebagai peneraju UMNO yg tetap teguh bersama dengan kepimpinan SATU MALAYSIA sekarang walaupun sebelum ini cukup dikenali sebagai anak buah kepimpinan ISLAM HADHARI.garapandan pengalaman keduanya cukup menguntungkan sekalian ahli umno ketereh malah rakyat ketereh amnya kerana telah terbukti kehebatan dan kepandaian mereka berdua ini malah keberkesanan kepada negara dimana tok wa pernah menjadi menteri kabinet semasa zaman PM ke4 iaitu menerajui kem.luarbandar dan kem.belia dan sukan.hasilnya cukup hebat dimana kalau masih lg ingat sukan komanwel di adakan semasa tok wa menjadi menteri belia dan sukan.kehebatan dan kepakaran beliau bersama dgn anak buahnya berjaya membuahkan hasil yg cukup cemerlang semasa temasya tersebut berlangsung.begitu juga semasa menjadi menteri luarbandar dimana beliau berjaya membina dan mengubah kehidupan penduduk luarbandar yg miskin menjadi lebih baik dari sebelumnya walaupun ada sedikit kes yg mengaitkan dgn namanya tetapi tetap menjadi sebutan akan jasanya dalam dan luar negeri.kehebatan dan kepintaran tok wa sekali lg terbukti dgn mengapalai acara sukan yg paling di minati atas muka bumi ini iaitu bolasepak.beliau di lantik menerajui KAFA dan dlm masayg cukup singkat berjaya membawa imej pasukan kelantan menjadi pasukan yg harus diberi perhatian.teka teki dan tanggapan terhadap kehebatan tok wa dlm mengemudi pasukan gomo kelate gomo atau lebih terkenal dgn gelaran the red warriors(TRW) berjaya di buktikan apabila TRW berjaya kefinal piala FA dan juga piala malaysia walaupun tidak menjadi juara tetapi sudah pun mencipta sejarahnya yg tersendiri.peminat kelantan yg terkenal dgn fanatik,perangai gila2 nakal tetapi setia menjadi aset yg cukup bernilai.rata2 org bercakap ttg bolasepak kelantan.hebat sungguh penangan ketua bahagian saya apabila diberi tugas.Begitu juga dgn kepetahan dan kehebatan tok aji alwi semasa beliau menjadi ahli parlimen ketereh tahun 2004 dimana berjaya mengangkat nama ketereh didlm parlimen sebagai MP yg mempunyai input dan output yg cukup di segani oleh pimpinan kerajaan mahupun pembangkang.siapa yg tidak kenal dgn mulut laser hj alwi dlm parlimen setiap kali perbahasan berlaku.tiap hujah di patah dgn senyum sinis oleh tok aji alwi hingga kdg2 menteri sendiri pun terkedu dgn kepintaran dan kehebatan beliau.semasa era islam hadhari,tok aji alwi telah di beri kepercayaan oleh PM ke5 untuk menjadi ketua setiausaha politik(setpol) kpd perdana menteri dimana beliau berjaya menjadi hulubalang bagi pak lah walaupun rezeki tok aji hanya sementara shj.biasalah senario politik malaysiayg kdg redup dan kdg sirnanya tiada biasa di duga.apapun begitu tok aji alwi telah di lantik menjadi ketua pembangkang dlm dun kelantan thn 2008 hingga kini,tempat yg penggal sebelumnya di isi oleh sang penakluk iaitu ketua bahagiannya malah sahabat karibnya iaitu tokwa.penangan sebagai ketua pembangkang walaupun di gelar oleh sesetengah pihak sebagai enam jahanam terhadap adun2 bn tetapi jahanam itu jugalah yg byk jasanya kpd rakyat kelantan.peruntukkan kpd rakyat kelantan tidak pernah putus malah melimpah hingga menimbulkan kedengkian bukan saja pada kerajaan negeri pas darul islam di mulut ini hatta pada negeri2 lain di malaysia ini.kehebatan pemimpin dari ketereh ini sepatutnya terus diwarisi oleh pimpinan pelapis yg ada kerana warisan darah semangat juang utk agama,bangsa dan tanahair ini harus disambung agar barisan kepimipnan yg baru akan menjadi lebih hebat dan gah sejajar dgn pengaruh dan kehebatan kedua2 pemimpin yg hingga kini masih lagi tiada tolak bandingnya.ketereh mesti terus unggul melahirkan pemimpinnyal kerana selamanya buahnya tetap luarbiasa pandangannya dan tidak hanya menunggu menjadi tunggul yg semakin reput di makan anai2 yg sudah pasti menghilangkan kebisaan ketereh..berubahlah wahai pemimpinan ku demi untuk rakyatmu dan jgn menunggu rakyat merubahkan kita hingga UMNO rebah di ketereh dlm PRU ke13 nanti..wassalam

kehebatan pemimpin dari bahagian ketereh semenjak

ku li,nik aziz dan tok pa

sekali lg sosek2 ttg royalti minyak bergema segenap kelantan mahupun luar.ku li sudah memberi penjelasan ttg hak rakyat kelantan.bagi beliau kelantan berhak dpt royalti minyak sebagaimana termaktub dlm perjanjian.ku li mungkin lebih tahu ttg semua ini kerana beliau yg merangka perjanjian dan mengasaskan petronas sehingga kini menjadi syarikat gergasi dunia dlm bidang minyak dan gas.namun ku li akur sebarang persetujuan mesti mendapat lampu hijau daripada kerajaan pusat kerana kelantan adalah negeri dalam negara malaysia.tetapi ku li yakin kerajaan pusat akan lebih berlaku adil sekarang kerana khalifah utama malaysia sekarang ini adalah anak kepada bekas ketuanya dulu yg kini menjadi ketuanya sekarang.ku li yakin sifat yg diwarisi daripada bekas ketuanya akan tetap ada dalam diri perdana menteri satu malaysia ini.jesteru itu ku li tidak gentar untuk bersama2 dengan rakyat kelantan dalam hal ini kerana ku li yakin akan kejujuran dan keikhlasan Dato Seri Najib(DSN) dalam hal royalti ini.DSN juga pada hemat saya tidak akan mengambil tindakan disiplin ke atas ku li kerana ku li berjuang untuk rakyat kelantan bukan atas kapasitinya sebagai pemimpin umno dan sebagainya.sebab itu hanya beliau saja yg berucap ttg perkara ini beberapa mlm yg lepas.DSN lebih mengetahui ttg ku li dalam banyak perkara dan tahu ttg kehebatan ku li dalam bidang ekonomi dari dulu hingga kini,kebijaksanaan ku li dalam situasi politik dan kematangan sebagai orang lama dalam permainan politik.DSN sudah tentu akan mendahulukan kepentingan rakyatnya kerana itulah slogan DSN yg amat popular.dalam hal ini,usahlah diragui keikhlasan dan kejujuran DSN kerana dari air muka dan riak wajah perdana menteri ke6 ini sudah cukup menggambarkan ketenangan dan kemenangan tetap menjadi milik rakyat daripada beliau.kerana itu rakyat kelantan tidak harus merasa prejudis yg amat sgt terhadap presiden saya ini kerana saya cukup yakin DSN akan memberikan hak kepada rakyat mengikut terma dan syarat dlm perlembagaan.mungkin royalti ini akan diberikan kepada rakyat kelantan bukan melalui kerajaan negeri(pas)atau jppk(umno) tetapi sebaliknya di serahkan kepada satu jawatankuasa khas dlm mengendalikan duit royalti ini agar lebih telus,lebih adil dan lebih merakyat sebagaimana saranan ku li di mana beliau sanggup menjadi penghubung antara kerajaan pusat dgn negeri.sebagai ahli parti yg setia,saya menyokong seandainya presiden saya melantik ku li sebagai peneraju kpd jawatankuasa khas ini kerana ku li mempunyai hubungan yg baik dgn pemimpin negeri dan istana serta di percayai rakyat kelantan.DSN tidak akan rugi kerana beliau akan lebih disayangi rakyat khususnya rakyat kelantan,nik aziz tidak akan sakit hati cuma sakit mata dan tok pa akan tersenyum walau sedikit pahit tetapi yg paling penting adalah UMNO tetap menjadi JUARA RAKYAT sebagaimana slogan RAKYAT DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN...Hidup Melayu!!!Hidup UMNO!!!

antara ku li,nik aziz dan tok pa

hari ini lagi sekali riuh rendah sosek2 ttg royalti minyak kelantan.ku li dah bagitahu ttg perjanjian yg telah dibuat oleh petronas dengan negeri2 di malaysia berkenaan hal royalti minyak.ku li lebih tahu kerana beliaulah pengasas kpd penubuhan syarikat yg kini menjadi salah satu gergasi dunia dalam bidang petrolium.beliau tahu ttg terma dan syarat yg telah di buat kerana beliau salah seorang yg merangka perjanjian itu.bagi beliau cukup mudah sifirnya jika kelantan berhak ke atas royalti minyak tersebut maka kerajaan persekutuan beri saja pada yg berhak.jelas sudah terang lg bersuluh bahawa menurut ku li ,kelantan berhak katanya terhadap royalti minyak tersebut.namun begitu beliau juga akur bahawa sebarang persetujuan mesti mendapat perkenan persekutuan yg menjadi negara bagi kelantan samada hendak beri mengikut kata royalti atau ehsan.yang paling penting ialah rakyat kelantan mendapat menafaatnya dalam royalti ini.ku li begitu yakin bahawa anak kepada bekas ketuanya dulu yang kini menjadi ketuanya sekarang akan berlaku adil kepadanya dan juga rakyat kelantan sebagaimana ayahandanya dulu yang terkenal dengan gelaran bapa pembangunan akan menunaikan janji-janji sebagai seorang khalifah yg utama di malaysia yang mewarisi kebijaksanaan dan keikhlasan TUN ABDUL RAZAK.pemimpin satu malaysia ini di yakini akan memberi hak kepada rakyat kelantan sebagaimana termaktub dlm perlembagaan dan beliau lebih faham dan arif ttg ku li drpd pemimpin2 lain kerana ku li pernah menjadi orang kepercayaan bapanya hingga dilantik sebagai menteri kewangan pada pemerintahan ayahandanya yang sekaligus menjadi orang melayu pertama memegang jawatan tersebut.Dato Seri Najib(DSN)juga tahu ttg kehebatan dan kebijaksanaan ku li dalam bidang ekonomi dari dulu hingga kini dan tahu ttg kelebihan anak raja ini dalam situasi politik malaysia khasnya kelantan.semua org meneka yg ku li akan kena disiplin parti atas keberanian beliau berucap ttg royalti minyak beberapa mlm yg lepas tetapi hati kecik yg kudus ini tetap berpegang dan yakin bahawa DSN tidak akan berbuat demikian kerana DSN adalah perdana menteri satu malaysia yg mahu rakyatnya di dahulukan sementelah pancapaian tetap beliau utamakan.rakyat kelantan adalah rakyat DSN juga maka tidak perlu bimbang dgn desas desus yg berbau kerugian pada kelantan cuma mungkin royalti akan diberikan bukan kpd kerajaan negeri(pas) atau kepada jppk(umno) tetapi kpd jawatankuasa khas sebagaimana ku li katakan yang mana akan mengendalikannya secara lebih adil,lebih telus dan lebih merakyatkan sebagaimana DSN mahukan.orang paling layak menjadi penghubung antara pusat dan negeri adalah ku li kerana beliau dilihat lebih merakyat,berpengalaman,mempunyai hubungan yg baik dgn pemimpin negeri bahkan istana serta kebolehan yg masih lagi berguna kpd kerajaan DSN dan rakyat kelantan.sebagai ahli umno yg setia,saya menyokong jika presiden saya yg jujur dan ikhlas demi rakytat ini melantik ku li sebagai peneraju kpd jawatankuasa khas ini.DSN tidak rugi malah akan lebih di sayangi rakyat khususnya kelantanese,Nik Aziz tidak sakit hati tetapi sakit mata sikit,Tokpa akan senyum yg ada sikit pahit dan yg paling penting UMNO tetap jadi jaguh dan JUARA RAKYAT!!maka tepatlah slogan satu malaysia ` RAKYAT DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.

Khamis, 28 Januari 2010

royalti bg anak kelantan

riuh rendah serata negara bicara hal royalti ni..aku anak negara malaysia yg di lahirkan di negeri cik siti wan kembang yg gah dgn kaum hawanya yg gigih dan cekal berniaga di segenap ceruk negeri turut terkena tempias permata hitam anugerah Allah Taala ini.Aku anak negeri kelantan yg sudah lebih 20 thn di bawah pemerintahan kerajaan Pas kdg rasa pelik bin hairan dgn sikap segelintir pemimpin negeri yg beria2 mahukan royalti ini sedangkan semasa awal pemerintahan tidak timbul perkara ini hatta pada awal penggalian tahun 2005 pun tiada kedengaran.Tetapi dalam setahun ini terlalu byk perkara berbangkit dgn perkara ini hinggakan riuh rendah serata negeri.Perkara yg bermain di benakku ini adalah kenapa dan mengapa pimpinan negeri beria2 sgt mahukan royalti ini ?apakah kerajaan negeri tiada duit dari hasil mahsul negeri yg sekarang seolah jd botak kawasan hutan2 yg ada atau terlalu tertekan dgn saman 800juta yg memungkinkan kerajaan negeri muflis?apa akan jd kiranya benar kena muflis?apakah benar royalti ada?apakah benar kelantan berhak menerimanya?jika benar bawa shj ke muka pengadilan pada pandangan cetek ku ini lg bagus tapi hingga kini masih lagi tertangguh2.Pas pula kalau benar apa di kata sudah tentu tidak menunggu lama utk ke muka pengadilan bg mendapatkan hak tetapi masih lagi tiada keputusan yg akhirnya menyatakan biarlah rakyat yg menentukan..mainan apakah ini?sandiwara politik semusim atau sekadar mahu mengalihkan perhatian rakyat kelantan drpd membicarakan penyelewengan dan kacau bilau yg berlaku dlm kerajaan negeri?Dulu Umno dituduh mengamalkan kroni dlm pemerintahan hingga telanjang bulat sesetengah pemimpinnya tetapi kini kroni ada dlm Pas jgk..sama jgk perangainya sebab pemimpin pas pun manusia biasa jugak..kata dulang paku serpih,kata org dia yg lebih..Nah sekarang terbukti Pas adalah parti manusia biasa shj bukan islam itu Pas dan Pas itu islam...
cakap tk serupa bikin sebagaimana firman Allah Taala ttg org2 seperti ini byk di dalam Al-quran.Akhirnya rakyat kelantan di seleweng akidah mereka kerana sesetengah pemimpin yg berilmu ini lebih condong kpd dunia(kuasa) yg membuat mereka terlupa merekalah khalifah bagi rakyat kelantan.Membangun Bersama Islam,Bersama Perjuangan Ulamak dan sekarang Islam Untuk Semua sudah cukup menggambarkan telatah lucu pejuang2 yg kononnya membawa obor islam.Bila pimpinan pun ada watak lucu apa lagi penyokong.Tak kira samada ceramah atau forum,yg biasa menjadi masalah adalah penyokong yg kononnya islam ini sedangkan perangai yg ditunjuk jelas menggambarkan bukan penyokong islam yg penuh dgn kata2 cerca dan perangai yg teruk.Ini adalah kenyataan yg benar.
Berbalik pada royalti minyak kelantan pula bg pandangan saya jika benar ada tiada salah kerajaan pusat memberi hak kpd kelantan sebagaimana yg termaktub tetapi adakah akan adil pembahagian kpd rakyat kelantan jika diberi hak samada kerajaan negeri atau jppk sebagai wakil ? Berbeza pendapat tentu sudah ada..masing2 punya pandangan tersendiri yg akhirnya tiada kesudahannya.Yang paling elok dan paling baik adalah Perdana Menteri dgn kuasanya terus bagi duit royalti kpd pelajar2 sekolah yg berumur 6thn hingga tingkatan 6 yg terdiri drpd anak kelantan.Habis cerita dan tutup buku masalah ini..siapapun tk boleh kata apa..Selesai la hok balloh tu!!!

Rabu, 27 Januari 2010

bangkit dan sedarlah wahai melayu!!!

melayu itu sopan adabnya tapi sopannya bertempat..jika di jolok salah tempat maka adabnya jadi kurang ajar!melayu itu lembut bangsanya tapi lembutnya bertempat..jika di jolok salah tempat maka lembutnya bisa jd ammarah yang sukar di duga...melayu itu manis senyumnya tapi senyum manisnya bertempat..jika di jolok salah tempat maka manis senyumnya bisa mencuka jadinya...melayu itu tahan sabar sifatnya tapi sabarnya ada batas..jika di jolok salah tempat maka sabarnya hilang tanpa batasan...melayu itu baik hatinya tapi baik hatinya juga bertempat..jika di jolok salah tempat maka baik hatinya bisa jadi racun terlalu bisa...jgn kerana kuasa dan harta maka melayu itu sanggup mengorbankan maruah agamanya!!!...jgn kerana kuasa dan harta maka melayu itu sanggup menjual pendiriannya!!..jgn kerana kuasa dan harta maka melayu itu sanggup menjual negaranya!!!...jgn kerana kuasa dan harta maka melayu itu sanggup menghalalkan darah saudaranya!!..jgn kerana kuasa dan harta maka melayu itu sanggup derhaka kdp rajanya!!..ingatlah wahai bangsaku melayu islam...kedamaian,ketenangan,keharmonian ini kita pinjam dari generasi bangsa melayu yg akan datang...bangkitlah!!sedarlah!! wahai saudaraku melayu islam!!!!demi anak cucu cicit kita...demi sebuah perjuangan agama dan bangsa..demi sebuah negara yang berdaulat

bangkitlah PEMUDA UMNO!!!

kdg aku termenung memikir apa akan jadi pada nasib bangsaku melayu..merenung mata anak lelakiku buat aku menitis airmata dan sebak menyelubungi diri..tertanya2 apakah senyuman kegembiraan anak ini akan berkekalan hingga anak ini menjadi bapa?Pemudaku lesu,membatu,membisu seolah bertapa didalam gua..rancak,hebat,gah dengan deruman kereta mewah tanpa memikirkan apakah yang sang rakyat mahukan daripadanya?tiada lagi ngauman singa pemuda umno sehebat jaafar albar yang membela tradisi pemudanya..bangkitlah wahai pemuda ku demi maruah agamamu,,bangsamu dan tanahairmu!!sedarlah dari ulikan mimpi indah..berusahalah merubah pandangan rakyat bwhanmu untuk menyintai parti keramat umno ini..jgn sesekali membiarkan mereka menagih jasamu hingga akhirnya menjahanamkan partimu dan menjadi nasi bubur...berubah lah,bangkitlah!!

SEDARLAH!!!

akhir2 ini terlalu banyak sandiwara yg melibatkan ttg maruah agama islam melayu..bagaikan satu pesta seolah2 melayu islam tiada lagi beradab,tiada lagi kesopanannya hingga di pandang sinis oleh bangsa dan agama lain dgn penuh kesukaan..sanggup menggadai maruah agama dan bangsa demi kepentingan politik..bercakap tak serupa bikin hingga jadi mainan ayat2 al-quran semata2 kerana kuasa..satu ketika aku pada awal 90an dpt aku lihat Pas begitu hebat dgn perjuangannya dlm menegakkan islam dibumi melayu ini tetapi kuasa yg mengelilingi parti ini membuat pemimpin dan pendokongnya lalai dan kemaruk kuasa hingga mereka lupa diri dan sanggup bersekongkol dgn parti yg dulunya adalah haram pada mereka..aku bersyukur kerana memilih UMNO sebagai wadah perjuangan kerana dari dulu hingga kini hanya UMNO yg membela agamaku,bangsaku dan tanahairku biarpun aku akui ada segelintir pemimpinmya yg tidak ada dlm landasan jujur tetapi pemimpin utamaku tetap ku akui keikhlasannya..pemimpin numbor one kata org putih yg tk jemu2 bekerja dlm mengembalikan kepercayaan rakyat kpd parti yg di pimpinya..cuma sesekali rasa kecewa dtg bila melihat ada pimpinan parti masih lagi berperangai lama yg mendabik dada dgn rakyat yg menjadi jatuh bgn pimpinan ..Sedarlah!!