hari ini lagi sekali riuh rendah sosek2 ttg royalti minyak kelantan.ku li dah bagitahu ttg perjanjian yg telah dibuat oleh petronas dengan negeri2 di malaysia berkenaan hal royalti minyak.ku li lebih tahu kerana beliaulah pengasas kpd penubuhan syarikat yg kini menjadi salah satu gergasi dunia dalam bidang petrolium.beliau tahu ttg terma dan syarat yg telah di buat kerana beliau salah seorang yg merangka perjanjian itu.bagi beliau cukup mudah sifirnya jika kelantan berhak ke atas royalti minyak tersebut maka kerajaan persekutuan beri saja pada yg berhak.jelas sudah terang lg bersuluh bahawa menurut ku li ,kelantan berhak katanya terhadap royalti minyak tersebut.namun begitu beliau juga akur bahawa sebarang persetujuan mesti mendapat perkenan persekutuan yg menjadi negara bagi kelantan samada hendak beri mengikut kata royalti atau ehsan.yang paling penting ialah rakyat kelantan mendapat menafaatnya dalam royalti ini.ku li begitu yakin bahawa anak kepada bekas ketuanya dulu yang kini menjadi ketuanya sekarang akan berlaku adil kepadanya dan juga rakyat kelantan sebagaimana ayahandanya dulu yang terkenal dengan gelaran bapa pembangunan akan menunaikan janji-janji sebagai seorang khalifah yg utama di malaysia yang mewarisi kebijaksanaan dan keikhlasan TUN ABDUL RAZAK.pemimpin satu malaysia ini di yakini akan memberi hak kepada rakyat kelantan sebagaimana termaktub dlm perlembagaan dan beliau lebih faham dan arif ttg ku li drpd pemimpin2 lain kerana ku li pernah menjadi orang kepercayaan bapanya hingga dilantik sebagai menteri kewangan pada pemerintahan ayahandanya yang sekaligus menjadi orang melayu pertama memegang jawatan tersebut.Dato Seri Najib(DSN)juga tahu ttg kehebatan dan kebijaksanaan ku li dalam bidang ekonomi dari dulu hingga kini dan tahu ttg kelebihan anak raja ini dalam situasi politik malaysia khasnya kelantan.semua org meneka yg ku li akan kena disiplin parti atas keberanian beliau berucap ttg royalti minyak beberapa mlm yg lepas tetapi hati kecik yg kudus ini tetap berpegang dan yakin bahawa DSN tidak akan berbuat demikian kerana DSN adalah perdana menteri satu malaysia yg mahu rakyatnya di dahulukan sementelah pancapaian tetap beliau utamakan.rakyat kelantan adalah rakyat DSN juga maka tidak perlu bimbang dgn desas desus yg berbau kerugian pada kelantan cuma mungkin royalti akan diberikan bukan kpd kerajaan negeri(pas) atau kepada jppk(umno) tetapi kpd jawatankuasa khas sebagaimana ku li katakan yang mana akan mengendalikannya secara lebih adil,lebih telus dan lebih merakyatkan sebagaimana DSN mahukan.orang paling layak menjadi penghubung antara pusat dan negeri adalah ku li kerana beliau dilihat lebih merakyat,berpengalaman,mempunyai hubungan yg baik dgn pemimpin negeri bahkan istana serta kebolehan yg masih lagi berguna kpd kerajaan DSN dan rakyat kelantan.sebagai ahli umno yg setia,saya menyokong jika presiden saya yg jujur dan ikhlas demi rakytat ini melantik ku li sebagai peneraju kpd jawatankuasa khas ini.DSN tidak rugi malah akan lebih di sayangi rakyat khususnya kelantanese,Nik Aziz tidak sakit hati tetapi sakit mata sikit,Tokpa akan senyum yg ada sikit pahit dan yg paling penting UMNO tetap jadi jaguh dan JUARA RAKYAT!!maka tepatlah slogan satu malaysia ` RAKYAT DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan