Sabtu, 30 Januari 2010
ku li,nik aziz dan tok pa
sekali lg sosek2 ttg royalti minyak bergema segenap kelantan mahupun luar.ku li sudah memberi penjelasan ttg hak rakyat kelantan.bagi beliau kelantan berhak dpt royalti minyak sebagaimana termaktub dlm perjanjian.ku li mungkin lebih tahu ttg semua ini kerana beliau yg merangka perjanjian dan mengasaskan petronas sehingga kini menjadi syarikat gergasi dunia dlm bidang minyak dan gas.namun ku li akur sebarang persetujuan mesti mendapat lampu hijau daripada kerajaan pusat kerana kelantan adalah negeri dalam negara malaysia.tetapi ku li yakin kerajaan pusat akan lebih berlaku adil sekarang kerana khalifah utama malaysia sekarang ini adalah anak kepada bekas ketuanya dulu yg kini menjadi ketuanya sekarang.ku li yakin sifat yg diwarisi daripada bekas ketuanya akan tetap ada dalam diri perdana menteri satu malaysia ini.jesteru itu ku li tidak gentar untuk bersama2 dengan rakyat kelantan dalam hal ini kerana ku li yakin akan kejujuran dan keikhlasan Dato Seri Najib(DSN) dalam hal royalti ini.DSN juga pada hemat saya tidak akan mengambil tindakan disiplin ke atas ku li kerana ku li berjuang untuk rakyat kelantan bukan atas kapasitinya sebagai pemimpin umno dan sebagainya.sebab itu hanya beliau saja yg berucap ttg perkara ini beberapa mlm yg lepas.DSN lebih mengetahui ttg ku li dalam banyak perkara dan tahu ttg kehebatan ku li dalam bidang ekonomi dari dulu hingga kini,kebijaksanaan ku li dalam situasi politik dan kematangan sebagai orang lama dalam permainan politik.DSN sudah tentu akan mendahulukan kepentingan rakyatnya kerana itulah slogan DSN yg amat popular.dalam hal ini,usahlah diragui keikhlasan dan kejujuran DSN kerana dari air muka dan riak wajah perdana menteri ke6 ini sudah cukup menggambarkan ketenangan dan kemenangan tetap menjadi milik rakyat daripada beliau.kerana itu rakyat kelantan tidak harus merasa prejudis yg amat sgt terhadap presiden saya ini kerana saya cukup yakin DSN akan memberikan hak kepada rakyat mengikut terma dan syarat dlm perlembagaan.mungkin royalti ini akan diberikan kepada rakyat kelantan bukan melalui kerajaan negeri(pas)atau jppk(umno) tetapi sebaliknya di serahkan kepada satu jawatankuasa khas dlm mengendalikan duit royalti ini agar lebih telus,lebih adil dan lebih merakyat sebagaimana saranan ku li di mana beliau sanggup menjadi penghubung antara kerajaan pusat dgn negeri.sebagai ahli parti yg setia,saya menyokong seandainya presiden saya melantik ku li sebagai peneraju kpd jawatankuasa khas ini kerana ku li mempunyai hubungan yg baik dgn pemimpin negeri dan istana serta di percayai rakyat kelantan.DSN tidak akan rugi kerana beliau akan lebih disayangi rakyat khususnya rakyat kelantan,nik aziz tidak akan sakit hati cuma sakit mata dan tok pa akan tersenyum walau sedikit pahit tetapi yg paling penting adalah UMNO tetap menjadi JUARA RAKYAT sebagaimana slogan RAKYAT DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN...Hidup Melayu!!!Hidup UMNO!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan