Khamis, 18 Februari 2010

UMNO dan PAS saudara sebangsa seagama

inilah hakikat yg sebenarnya ttg 2 parti terbesar orang melayu ini..satu bangsa satu agama satu adat budaya tapi berlainan mimpi kerana kerakusan berparti semata2 kuasa..kalaulah PAS mengatakan bahawa partinya memperjuangkan islam maka UMNO juga berhak mengatakan benda yg sama..kalau UMNO mengatakan bahawa partinya membela agama islam maka PAS juga berhak mengatakan benda yg sama juga..Presiden UMNO dan PAS adalah pemimpin melayu islam..begitu juga dengan timbalan presiden dan naib2 nya serta majlis tertingginya juga terdiri drpd mereka yg melayu beragama islam..bila orang umno berpuasa maka orang pas pun berpuasa..bila orang pas sembahyang 5 waktu sehari semlm begitu juga orang umno cuma yg tinggal sembahyang siapa yg diterima oleh Allah Taala tiada siapa pun boleh mendabik dada mengatakan bahawa sembahyang akulah yg diterima kerana hanya Allah Taala shj yg dapat menilainya..cuma yg pasti kedua ahli parti ini akan gembira apabila tibanya saat berbuka puasa dan apabila syawal menjelang tiba..banyak lagi ciri2 serupa yg ada pada kedua parti ini yg jelas menunjukkan bahawa mereka adalah saudara sebangsa seagama..alangkah indahnya mimpi walau disiang hari seandainya kedua parti ini senada dan sepakat dlm menjadi kuasa pemerintah yg sekaligus menjadikan generasi melayu islam akan tetap utuh terpelihara hak dan keistimewaannya  tanpa diganggu gugat oleh mereka2 yg ingin melihat melayu islam ini berpecah dan berbalah sesama sendiri demi kelangsungan politik jahat mereka ini..tiada salah kedua pemimpin parti ini menghulurkan salam perpaduan waima siapa yg terlebih dahulu memberikan salam kerana yg paling penting adalah masa depan agama,bangsa dan tanahair terpelihara dan dlm masa yg sama tidak melupakan ttg hak2 bangsa lain yg menetap di tanah melayu ini..yg pasti generasi yg akan datang akan mengucapakn terima kasih kpd pemimpin2 kedua parti ini yg luhur jiwanya seandainya kerajaan perpaduan ataupun kerjasama termeterai di antara kedua parti ini sebelum maut menjelang tiba hingga bibit2 perpaduan dan kerjasama ini tinggal mimpi dlm mimpi yg akhirnya merugikan umat melayu islam sendiri dlm tanah melayunya..buangkanlah segala hasad dengki dan sombong didlm diri pemimpin2 agar rasa prasangka akan bertukar menjadi berita gembira apabila berlakunya perjanjian kerjasama sesama parti terbesar ini hingga menyebabkan mereka2 yg ingin memecahbelah  akan terduduk dan terdiam kerana agenda mereka tidak kesampaian..renunglah mata anak2 kecil melayu islam yg ada pada hari ini bila setiap kali kita bersua lebih2 lagi yg masih lagi ada tali  pusatnya ttg nasib dan masa depan mereka seandainya kuasa politik yg ada pada hari ini terlepas kedlm tangan mereka2 tidak mengenal erti belas kasihan...jgnlah kera dihutan kita susukan semata2 berkepentingan diri hingga menyebabkan anak2 dirumah mati  kelaparan dan kehausan...bilakah kita akan kecapi haruman kasturi sebagai penebus maruah agama bangsa dan tanahair?...wassalam