Selasa, 24 Ogos 2010
Sekiranya benar maka jangan simpan pemimpin sebegini
UMNO ini parti unggul dan keramat kepada orang melayu islam dlm tanah melayu ini...siapa pun tidak boleh nafikan hal ini waima selepas ini akan terus mengekalkan kuasanya sebagai parti majoriti dlm kerajaan mahupun menjadi lipatan sejarah sekiranya tersungkur dlm PRU13 kelak..kekuatan parti bergantung bukan sahaja kepada barisan kepimpinannya malah sebahagian besarnya adalah penyokong tulen yg tidak berbelah bahagi setianya demi utk parti ini..sekiranya parti ini kuat maka tidak mustahil utk UMNO terus mengekalkan kuasanya demi kesinambungan sebuah perjuangan demi agama bangsa dan tanahair..kepimpinan UMNO menjadi role model yg cukup penting bukan sahaja kepada para pengikut mereka tetapi juga kepada khalayak..jesteru itu utk menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah apatah lagi menjadi pemimpin kepada sebuah parti yg paling unggul dlm dunia ini..setiap mereka yang diangkat utk menjadi pemimpin mestilah mempunyai kekuatan diri serta auranya disamping roh perjuangan parti yg tersemat dlm diri agar kesetiaan dan prinsip perjuangan pimpinan dahulu terus dikekalkan demi parti yg telah begitu byk jasanya kepada bangsa melayu islam dlm negara ini..seorang pemimpin yg penuh amanah dan tanggungjwb terhadap partinya bererti mereka wajib utk menunaikan amanah yang telah diberi dgn penuh keikhlasan demi parti dan bukan hanya menjadi pemimpin boneka yg sekadar memegang jawatan tersebut tanpa melakukan apa2 apabila kuasa berada ditangan utk kebaikan parti dan pengikutnya..selain roh perjuangan UMNO perlu ada dlm diri setiap pemimpin UMNO,mereka juga harus berpegang pada ajaran agama islam yg menjadi tunjang kearah kebaikan dengan mengikut apa yang telah diperintah oleh Allah dan Rasulnya dan meninggalkan segala larangannya..kerana itu bukan mudah utk menjadi seorang pemimpin UMNO yang senantiasa menjadi perhatian dan buah mulut rakyat sekiranya terjadi perkara2 yg tidak menyenangkan apatah lagi perkara yang ditegah agama dilakukan oleh seorang pemimpin UMNO..sehari dua ini gempar kisah seorang ketua bahagian di negeri kelantan yg kisah skandal seksnya dgn seorang puteri dlm bahagiannnya tersebar pantas umpama ribut taufan namun sehingga kini masih lagi menjadi misteri siapa gerangannya tetapi berdasarkan segala bukti yang ada sudah pasti akan menjadi satu tamparan yg cukup hebat kepada pimpinan negeri apatah lagi pusat sekiranya perkara ini bukan rekaan..dan sekiranya ianya betul maka jalan terbaik adalah dengan tidak melindungi individu ini kerana kelak padahnya UMNO yang akan menanggungnya..jgn lagi menyimpan ketua sebegini yg bukan sahaja menjadikan imej parti terjejas terus malah lebih buruk akan mengundang persepsi yg cukup negatif rakyat terhadap UMNO sekiranya orang2 sebegini mendapat pembelaan..sebenarnya pihak pimpinan atasan di putrajya seharusnya menilai akan sebahagian ketua bahagian di kelantan ini yang rata ritinya menjadi liabiliti kepada parti hinggakan sehingga kini UMNO masih lagi gagal menawan kembali kelantan walau pihak pimpinan atasan pusat telah melakukan byk perkara demi hasrat utk melihat kelantan kembali kepada UMNO..sebagai seorang ahli parti sudah pasti saya mahu melihat barisan kepimpinan kelantan yg bukan sahaj ikhlas dan jujur tetapi dpt menunjukkn contoh tauladan yg baik bukan shj kepada ahli parti tetapi juga kepada rakyat dlm bahagian dan negeri agar cita2 selama lebih 20 tahun UMNO menawan kelantan akan tercapai..wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)