Bertuah sungguh kerana kita di lahirkan dalam sebuah negara yang bukan saja cukup harmoni dalam kepelbagaian agama kaum dan budaya bahkan kedamaian yang kita kecapi hari ini menjadikan negara ini sebagai negara yang paling seronok di lawati oleh pelancong2 asing kerana keyakinan mereka untuk melawati dan merasai sendiri keharmonian kaum yang tiada terdapat di negara lain.Keamanan yang di kecapi ini bukannya mudah untuk di laksanakan seandainya bangsa2 yang ada tidak menghormati antara satu sama lain dan seringkali mencari sebab musabab untuk menjurus ke arah nama perpecahan seterusnya melahirkan rusuhan yang mampu menghilangkan keamanan yang di kecapi.
Sesuatu yang cukup susah pada mulanya di sangkakan oleh penjajah british semasa rombongan menuntut kemerdekaan datang ke negara mereka kerana pada anggapan mereka bahawa akan sia2lah sahaja kedatangan rombongan tersebut hasil daripada tekaan bahawa tanah melayu tidak mampu merdeka di sebabkan oleh berbagai bangsa dan agama yang ada pada masa tersebut yang mungkin membantutkan hasrat kemerdekaan yang sememangnya amat di sukai oleh penjajah british ini.Namun kesabaran dan dugaan serta pengorbanan para pemimpin negara dan juga rakyat tanah melayu pada masa itu telah di jawab dengan persetujuan oleh pihak british dgn memberikan kemerdekaan penuh kepada tanah melayu apabila mereka sama sekali tidak menduga bahawa permuafakatan yang di capai oleh wakil2 bangsa tersebut semasa dalam pelayaran tersebut telah membuatkan mereka akhirnya bersetuju dengan cadangan dan pandangan pimpinan kemerdekaan tersebut dan hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957,laungan merdeka telah menyemarak dan membuatkan seluruh rakyat tanah melayu merasa amat terharu dan bangga kerana berjaya melepaskan diri dari belenggu penjajahan yang sekian lama amat di tunggu oleh sekalian jelata.
Hari berganti hari dan minggu berganti bulan serta tahun akhirnya kini sudah 53 tahun negara ini mencapai kemerdekaan dengan merangkak sedikit demi sedikit keluar dari kepompong kemiskinan hingga menjadikan negara ini berjaya di gelar sebagai negara yang membangun dengan cukup pantas berbanding dengan umur kemerdekaannya yang hanya boleh di ibarat setahun jagung hingga jauh meninggalkan negara2 jiran yang telah lama mengecap nikmat kemerdekaan.Keamanan dan kedamaian negara ini begitu di cemburui oleh negara2 jiran sehinggakan negara kita telah menjadi banyak contoh kepada negara2 lain yg membangun hasil dari kerjasama rakyat jelata dan juga pimpinan negara dalam mengolah dan mengatur langkah menjadikan malaysia gah di persada dunia.Kepimpinan negara yang silih berganti terus menunjukkan komitmen yg cukup tinggi untuk memajukan pertiwi dengan merencanakan pelbagai program dan agenda untuk meneruskan kesinambungan para pimpinan terdahulu.Kini negara telah berperdanakan menterikan yang ke 6 dengan YAB Dato Seri Haji Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak yang juga anak kepada perdana menteri Malaysia yang ke 2 terus meneruskan legasi perjuangan ayahandanya dengan dasar-dasar yang bakal menjadikan negara ini terus memacu sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Namun begitu keamanan yang ada ini seringkali di ganggu gugat bukan sahaja oleh anasir2 luar yang jahat malah yang lebih tragis lagi apabila ada kalangan anak bangsa yang sanggup menjadi petualang untuk menghancurkan negara ini dengan bermuka-muka kepada rakyat malah lebih jahat lagi apabila mereka kini semakin lantang untuk mengusir keluar konsep yang berlandaskan perlembagaan yang ada.Lebih teruk mereka ini berani mencabar kuasa raja-raja melayu dengan menyatakan bahawa konsep ketuanan melayu tidak lagi boleh diguna pakai oleh zaman ini kerana jauh ketinggalan zaman.Mereka cuba menutup sejarah negara dengan tidak lagi berpegang pada prinsip rukun negara yang di amalkan sekian lama bahkan cuba untuk menggantikan konsep ini dengan dasar liberal yang berpaksikan untuk menjadikan negara ini sebuah republik.Keamanan yang di kecapi apatah lagi dengan perseimbangan konsep pembahagian adil kepada bangsa2 di negara ini akan lenyap sekiranya mereka menjadi kuasa pemerintah kelak kerana sudah terang lagi bersuluh matlamat mereka ini menjadi semakin jelas setiap hari dengan mengapi-apikan bahawa konsep ketuanan ini lemah dan tidak lagi boleh di terima pakai.Konsep sama rata menjadi agenda utama para petualang ini dengan mewar2 kan bahawa setiap bangsa mesti menerima sama rata hasil setiap apa juga perkara dan kekayaan dalam negara ini sekaligus menjadikan hubungan kaum yg cukup aman ini bergelora dan membangkitkan rasa ketidakpuasan hati dalam diri setiap bangsa dalam negara.
Ingatlah jika rakyat negara ini terus memberi muka kepada para petualang ini sudah pasti segala keamanan,kedamaian dan kebahagiaan yang selama ini di kecapi dengan penuh nikmat akan tiada bahkan menjadikan suasana huru hara yang tiada penamatnya.Yang lebih pasti adalah hak2 orang melayu dan peribumi pasti luput dan akan menjadikan bangsa melayu mungkin sebagai pengemis dalam tanah tumpah sendiri kerana kedhaifan sebahagian besar rakyat yang mudah termakan pujuk rayu para petualang ini.Jagalah kedamaian ini untuk generasi masa hadapan agar mereka akan terus mengenang segala apa juga tindakan kita pada hari ini dalam terus menjadikan negara ini kekal dalam keadaan aman dan sejahtera...wassalam