Ahad, 7 November 2010
Kebangkitan yang di tungu-tungu
UMNO kelantan kini mengorak langkah yang cukup padu sekiranya momentum kemenangan di Galas terus diperkemaskan sehingga tibanya PRU13 yang akan berlaku bila2 masa shj dari sekarang iaitu dalam masa 2thn dari sekarang mungkin terjadi..Kemenangan di Galas memang amat di tungu2 oleh seluruh ahli Umno dan juga jentera BN di kelantan kerana mood pengundilah yang paling penting utk melihat sejauh mana rakyat menerima konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib (DSN)setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Badawi..Perubahan mendadak yang juga telah di lakukan oleh DSN selaku presiden Umno juga telah byk mengalih perhatian rakyat utk mula memandang kembali kepada kompenan BN yang diketuai oleh UMNO dengan konsep yang lebih terbuka dan lebih berani hanya semata2 DSN ingin melihat kekuatan kembali kpd parti melayu terbesar ini terutamanya menjelang PRU13 nnti..Hasilnya cukup memberangsangkan apabila satu demi satu kemenangan bermula di Hulu Selangor sehingga pada malam 4nov lalu mendapat 2 kemenangan terbesar seolah2 pukulan KO kepada parti pembangkang yang di ketuai oleh DAP..Pas selamanya akan menjadi parti ke3 apabila pakatan ini termeterai dengan satu lambang kelak kerana parti Pas ni lebih rela maruah mereka di perkotak katik oleh Anwar Ibrahim yang muncul sebagai perunding utama kepada penggabungan parti2 ini..Kekuatan Pas dengan sendirinya menjadi pudar serinya apabila parti ini bergabung kerana ideologi yang selama ini cukup padu mereka pertahankan sehinga muncul sebagai parti kedua terbesar bagi orang melayu berkecamuk dengan konsep berlainan daripada parti2 pakatan terutamanya DAP yang semakin hari semakin manggak(ego) dengan sokongan pengundi cina kepada mereka..Namun kesemua itu tidak pernah memadamkan hasrat DSN utk melihat BN kembali menjadi parti pilihan utama rakyat malaysia dengan idea2 berkonsepkan gagasan 1Malaysianya yang kini semakin diterima oleh rakyat khususnya orang cina dan india..Ketakutan mereka kini semakin pudar hari ke hari apabila DSN sendiri tidak jemu2 utk menterjemahkan visinya kepada seluruh rakyat agar menerima dengan baik perlaksanaan gagasan ini..Dalam diam rakyat mula bersetuju dan mula tersenyum lebar apabila gagasan ini bukan shj lebih adil malah lebih bersifat kemenangan pada semua bangsa di malaysia ini tanpa ada sedikitpun jurang perbezaan antara bangsa2 di malaysia ini..Hasilnya cukup jelas apabila PRK Galas dan Batu Sapi menjadi medan kemenangan terbesar kepada BN setelah melalui kemuraman pada PRK yang lepas dengan rakyat mulai kembali menyokong dasar2 yang diperkenalkan oleh BN..Setiap janji yang di kata akan di kota kerana DSN adalah pemimpin yang cukup terbuka orangnya sehinggakan setiap apa saja rungutan daripada rakyat sebolehnya beliau akan cuba laksanakan sekiranya benar2 perlu utk terus memacu kehebatan negara ini..Umno khususnya pimpinan di bahagian seharusnya menjadikan kemenangan di Galas sebagai pemacu kepada sebuah perjuangan utk merampas kembali kerusi2 yang kalah pada PRU12 lalu dengan lebih bersikap terbuka samada utk diri dan bahagian agar segala rungutan dan kehendak rakyat dlm bahagian dapat di dengar dengan jelas dan tidak hanya sekadar melepas batuk di tangga apabila sesuatu program di laksanakan..Pimpinan bahagian juga seharusnya meletakkan kepentingan parti mendahului diri sendiri agar parti akan kembali kukuh dan diterima kembali oleh rakyat dengan sanggup mengorbankan apa sahaja termasuk jawatan2 yang dipegang sekiranya mesej jelas daripada rakyat yang inginkan perubahan di terima..Nescaya jika ini berlalu dengan sikap pengobanan terbesar yang dilakukan oleh pimpinan bahagian maka tidak mustahil bukan sahaja kerusi parlimen 2/3 dapat UMNO dan BN raih dalam PRU13 malah kemungkinan besar kesemua 5 buah negeri yang dirampas oleh pembangkang dapat di tawan kembali..Siapa antara kita yang sanggup membela perbalahan dan juga penipuan atas nama kebenaran?Yang pasti kebenaran pasti muncul lambat laun..HIDUP UMNO!!HIDUP ISLAM!!..wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)