" pada bonda tercinta...pada ayah yang rela berkorban..mohon keampunan dosa-dosa yang ku lakukan"..Cukup jelas bait lagu dendangan jamal abdillah ini menggambarkan betapa kita sebagai anak-anak kepada kedua orang tua wajib menghargai setiap titik keringat ibu bapa kerana pengorbanan mereka penuh dengan cinta dan rela dalam mendidik dan membesarkan kita dari sekecil tapak tangan sehinggalah kita dewasa.
Bagi mereka yang cukup menghargai semasa mereka masih ada maka beruntunglah mereka kerana syurga seorang anak terletak pada kaki ibu bapanya sementara mereka yang lalai serta leka sehingga melupakan kedua mereka maka masih sempat untuk menjenguk meminta ampun dan maaf kepada mereka apatah lagi pada hari raya kerana sememangnya mereka menunggu kedatangan anak-anak mereka untuk beraya meskipun anak-anak mereka pernah menyakiti hati mereka.
Kita juga adalah ibu bapa kepada anak-anak kita maka sudah pasti kita juga merasai apa yang ibu bapa kita rasai.Senyuman dan hilai tawa keriangan anak-anak bagaikan madu dan dengkuran tidur nyenyan mereka kerana keletihan setelah seharian bermain bagaikan lagu yang menjadikan bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar dari hari ke hari.Itulah nilai anak-anak dari kacamata ibu bapa.Tidak ternilai harganya
Sesungguhnya percayalah bahawa tiada sesaat kebencian dalam diri ibu bapa terhadap anak-anak mereka kerana syurga dan penawar dalam hidup mereka adalah hilai tawa anak-anak mereka dalam menceriakan kehidupan mereka ketika masih lagi bernyawa.Hargailah kedua orang tua ketika mereka masih ada dengan sepenuhnya dan berdoalah untuk kemuliaan roh mereka ketika mereka sudah tiada.
Syawal yang bakal tiba ini marilah kita bersama-sama memuliakan ibu bapa dengan sepenuh daya kita kerana percayalah apabila ketiadaan mereka kelak maka sudah pasti segala kemesraan dalam kemuliaan ini akan terus menjengah memori kenangan kita tiap kali lebaran tiba.Saat itu sudah pasti bergenang kelopok mata kita dengan airmata kerinduan dan esak tangis kita akan menjadi lagu syahdu pagi syawal apabila teringatkan mereka.
Sebelum mereka meninggalkan kita maka hargailah mereka kerana yang merasai sedih serta sayunya berhari raya tanpa kedua ibu bapanya adalah mereka yang terlebih dahulu kehilangan kedua ibu bapanya.Ingatlah walau sebesar mana pun pangkat kita..sehebat manapun karisma kita..se gah mana pun gelaran kita serta sekaya pun kita maka selagi kita derhaka dan tidak memohon keampunan daripada ibu bapa kita jadilah kita orang yang celaka dan hina di sisi Allah Yang Maha Kuasa.Bermohon ampunlah dengan mereka semasa masih lagi dapat kita peluk cium mereka ..wassalam