Selasa, 9 Februari 2010

Cah Keting versi UMNO dan PAS

isu cah keting kembali hangat sejak akhir2 ini kerana kini isunya bukan saja melanda parti keramat ku UMNO sahaja sejak sekian lama bahkan badai ini telah melanda di dlm parti PAS..dalam UMNO cah keting khasnya di kelantan tk dpt tidak sudah sinonim malah menjadi duri dlm daging kpd parti lebih2 lagi menjelang pemilihan bahagian apalagi dlm pilihanraya umum mahupun kecil..sifat hasad dengki,tidak menerima kelebihan orang lain,tidak mahu berundur biarpun diri seperti daging masak di mata rakyat malah masih lagi agah dgn jawatan yg di pegang selaku ketua umno bahagian,wanita,pemuda mahupun puteri..akhirnya apabila sampai masa pengumuman senarai calon2 maka yg makan hati bagaikan gunung berapi yg meletus marahnya apabila tidak dipilih sebagai calon..berlakulah episod kerat mengerat atau cah keting agar mereka yg terpilih sebagai calon parti kalah dlm pilihanraya kerana rasa tidak puas kerana diri seolah2 dipinggirkan padahal parti sudah  memberi peluang bukan sekali malah berkali2 sebagai calon sebelumnya tetapi masih gagal membuktikan kebolehan malah kelebihan yg ada utk kemenangan parti..lebih teruk lagi kekalahan yg di alami apabila berdepan dgn calon lawan yg nyata pada pandangan zahir bukan lawan sebenar..sifat muhasabah kpd diri sendiri akan kelemahan dan kelebihan yg ada pada diri pemimpin masih lagi tidak di praktikkan sehinggalah kekalahan demi kekalahan yg di alami memberi impak yg cukup besar kpd kekalahan parti dlm setiap pilihanraya..alangkah indahnya sekiranya pemimpin2 yg ada mempunyai sifat muhasabah dan memandang diri sendiri dari semasa ke semasa agar kelemahan diri akan di ganti dgn kelebihan yg boleh memberi manafaat kpd parti utk berhadapan dgn parti lawan..andainya segala kelebihan yg ada masih lagi gagal menampung kelemahan yg ada maka berilah peluang kpd org lain utk menjadi calon parti dgn penuh rasa ikhlas dan redha bukan memberi tetapi dlm masa yg sama menjadi seperti seolah2 api dlm sekam yg menunggu masa utk meletup..UMNO adalah parti yg kuat tetapi selagi cah keting masih lagi beraja dlm hati setiap pemimpin maka jgn lah bermimpi utk meraih kemenangan khasnya di kelantan kerana kekalahan sebenarnya adalah dari UMNO itu sendiri sedangkan PAS bukanlah parti yg kuat tetapi pandai mencari ruang dlm jelaga kemarahan para pemimpin UMNO yg akhirnya meraih kemenangan besar khususnya dlm PRU12 yg lepas yg mengakibatkan UMNO mempunyai 6 kerusi shj dlm sidang dun dan 2 kerusi parlimen..itupun dari parlimen Gua Musang yg di ketuai oleh anak raja yg cukup disayangi oleh sekalian rakyat dlm bahagiannya hingga kini tidak pernah kalah semenjak mewakili parlimennya..persepsi pertama apabila tiap kali pilihanraya berlaku ialah UMNO sudah pasti menang 1 kerusi iaitu kerusi Ku Li..mengapa dan kenapa beliau sehingga kini masih lagi selesa dgn kemenangannya sudah tentunya kerana beliau masih lagi di sayangi oleh pengundinya..bukan sekadar indah kabar dari rupa tetapi rakyatnya pandai menilai seolah2 jauhari kenal manikamnya..tetapi org sehebat beliau selalu dipinggirkan kebolehannya kerana adanya sifat2 yg tidak elok dlm diri pimpinan atasan padahal beliaulah orgnya yg menjadi master mind sewaktu UMNO dpt merampas negeri kelantan drpd Pas..beliaulah org yg paling berguna kpd umno kelantan masa kini utk  kembali memenangi kerusi dun dlm PRU13 kelak..apapun terpulanglah kpd pimpinan utama utk menilai Ku Li dlm pimpinan negeri kerana sebagai ahli parti sudah ternyata Ku Li taat pada prlembagaan parti dan tahu susur galur dan kerenah politik negeri..tepuk dada tanya selera..
berbalik kpd Pas yg kini hebat di landa badai kepimpinan negeri mahupun pusat sejak akhir2 ini sekali lg dikejutkan dgn isu cah keting dlm pemilihan pimpinan mereka..terkejut beruk sekaliam rakyat kerana akhirnya kudis yg dulunya dilemparkan kpd UMNO kini sudah menjalar dlm Pas hinggakan pimpinan pening kepala dgn gejala yg tidak sihat ini sekaligus menenggelamkan sifat ukhuwah dan musyawarah yg selama ini menjadi kebanggaan kpd mereka..tetapi itu dulu sebelum mereka merasa dpt merasa kuasa menjadi kuasa besar kerana sebelumnya mereka hnya mampu menawan negeri2 pantai timur shj tetapi PRU12 lepas memeranjatkan mereka seolah2 terkena kejutan elektrik bervoltan besar ttg kuasa yg sebenarnya..hati yg dulunya luhur dlm perjuangan kini bertukar menjadi perjuangan dlm mengejar kebendaan dek kerana kuasa yg di miliki..masing2 menyimpan impian utk menjadi lebih ke depan dlm parti hingga perkara yg dulunya cukup hina bagi mereka kini menjadi alat utk meraih kemenangan dan jawatan..akhirnya tiada lagi sifat2 pemimpin islam dlm diri sesetengah drpd mereka bahkan dlm benak otak mereka sudah terancang dgn benda2 mewah dunia..cah keting menjadi cara yg paling afdhal dlm perancangan mereka utk menduduki jawatan2 utama dlm parti..kesudahannya byk timbul benda2 yg dulunya selalu di persoalkan oleh kepimpinan mereka kpd Umno kini menjalar kpd parti mereka sendiri..pepatah melayu ada mengatakan ibarat dulang paku serpih,mengata org padahal dia yg lebih...wasslam