Penggal baru persekolahan baru bermula dengan lebih kurang 500 orang murid tahun satu mula memasuki alam persekolahan yang menjadi tapak asas kepada sebuah kehidupan untuk masa depan mereka kelak.Pelbagai ragam dapat kita lihat samada menyaksikan sendiri ataupun yang tersiar dalam berita nasional.Ada yang gembira bukan kepalang..ada yang menangis tak henti-henti..ada yang ketawa memanjang...ada yang takut.Peristiwa ini akan kekal teguh dalam ingatan para ibu bapa yang menghantar anak2 mereka sehingga akhir hayat mereka.Dan sudah pasti memori ini akan menjadi bahan usikan apabila anak2 ini menjadi dewasa dan menjadi kebanggaan keluarga sebagai pelengkap kepada sebuah keluarga yang harmoni.
Tetapi apa yang paling penting adalah betapa semua perasaaan ini tidak akan terjadi sekiranya tanahair tercinta ini berada dalam keadaan huru hara.Sudah pasti memori di atas akan hanya teori sahaja lebih2 lagi apabila negara berada dalam situasi peperangan sebagaimana yang berlaku di negara islam yang lain seperti di Palestin,Afghanistan serta beberapa buah negara lagi yang bukan sahaja impian para ibu bapa untuk melihat pembelajaran anak2 mereka tidak terencat malah untuk melihat sebuah sekolah yang serba lengkap seperti yang kerajaaan kita sediakan pada hari ini utk rakyat malaysia pun masih lagi samar.Jika adapun bangunan persekolahan mereka adalah seperti sebuah kediaman yang cukup bersesak-sesak anak2 murid untuk belajar.Dengan kekurangan kelengkapan dan sistem pembelajaran yang tidak teratur ditambah dengan situsi yang senantiasa berada dalam kancah peperangan tidak mungkin akan menjanjikan keharmonian kepada anak2 mereka untuk belajar dengan penuh ketenangan.Rasa cemas bukan sahaja akan bermain dalam benak otak para ibu bapa malah para guru yang mana kehidupan harian mereka diibaratkan sebagai menunggu ajal sahaja kerana serangan2 mahupun lontaran bom sudah pasti akan menjadikan persekolahan harian mereka berada dalam keadaan yang paling mencemaskan
Kita di Malaysia amat2 beruntung kerana masih lagi berada dalam keadaan yang aman damai tanpa disajikan dengan bedilan peluru dan bom sebagai santapan seharian hinggakan negara ini adalah destinasi yang paling wajib bukan sahaja di lawati oleh pelancong asing malah menjadi tempat idaman mereka yang ingin mencari kediaman kedua selepas negara kelahiran mereka.Sifat toleransi sesama kaum dan perasaan yang saling menghormati masih lagi utuh dan menjadi kunci sekian lama walaupun ada kedengaran suara-suara dangkal yang cuba untuk meniupkan sentimen perkauman yang sekaligus mencetuskan rasa kurang senang dikalangan bangsa yang berbagai ini namun kesemua ini dapat di pintas dengan kecekapan pemerintah yang di bantu oleh penjawat2 awam yang menjaga keselamatan negara khususnya.
Namun kesemua keamanan yang di kecapi ini sudah pasti tidak akan berkekalan sekiranya rakyat dalam negara ini lebih suka untuk memilih perjuangan yang lari daripada sifat2 keamanan dan banyak mencetuskan rasa tidak senang hati daripada memilih perjuangan yang sudah terbukti mampu menjaga bukan saja keamanan malah kebajikan seluruh rakyatnya.Sekiranya rakyat negara ini mudah dimomok dengan bait2 indah puisi sang pembangkang yang cuba untuk menghancurkan negara ini dengan terus menerus menjanjikan seribu satu impian yang hanya manis di bibir maka sudah pasti keamanan yang di kecapi selama lebih daripada 53 tahun ini akan tamat dek kerana janji kosong sang penakluk.Kalau selama ini negara ini cukup makmur dengan berpaksikan kepada keluhuran perlembagaan yang sedia ada dengan ketuanya masih lagi seorang melayu islam maka apakah keamanan ini akan berterusan sekiranya ketua negara menjadi milik mereka yang bangsa dan agamanya berlainan?apakah rakyat di luar sana yang begitu ingin mencuba pemerintah baru yang digelar pakatan rakyat ini benar2 yakin bahawa nasib mereka akan lebih terbela daripada kerajaan yang ada sekarang?apakah rakyat yang ingin sangat merasa pembaharuan kerajaan ini benar2 yakin kerajaan PR ini akan mengotakan janji mereka yang kadangkala karut utk akal fikirkan?Nasib anak bangsa melayu islam sudah pastinya akan lebih merana sekiranya rakyat khasnya bangsa melayu islam ini memilih untuk berketuakan mereka yang bukan seagama dan sebangsa kerana jika berdasarkan pada fakta yang ada pada hari ini,kita akan dapat melihat betapa kerusi-kerusi melayu islam kini cukup tergugat dan bila2 masa sahaja kerusi2 yang dimiliki oleh bangsa lain akan menandingi dan seterusnya menjadi majoriti dalam dewan rakyat sekiranya perpaduan sesama melayu islam ini terus berada dalam kesamaran.
Kekalkanlah keamanan dan kedamaian tanah ini demi generasi kita yang akan datang.Jangan bila nasi sudah menjadi bubur baru kita sedar apabila tali kuasa berada di tangan orang asing.Kerana yang nyata pasti hayat melayu islam di malaysia ini bergantung kepada kuasa politik semata-mata.Tanpa kuasa ini maka bertempiaranlah melayu islam ini bagaikan pendatang dalam negaranya sendiri...wassalam