Selasa, 29 Jun 2010

kuasa yg ada gunalah sebaik2nya

siapa yg tidak mahukan kuasa?usahkan ahli politik tapi orang yg makan gaji pun ingin merasai apa itu kuasa..kerana kuasa lah seseorang itu akan di hormati..kerana kuasalah seseorang itu akan mendapat apa yg di inginkannya samada secara sedar atau tidak ..samada secara halal atau tidak ...semua itu tidak penting kerana apa yg paling penting ialah kuasa..dengan kuasa lah maka secara sedar atau tidak bangsa melayu kian terhakis kekuasaannya kerana terlalu menjaga hati bangsa lain sedangkan mereka tidak pernah atau endah dgn perasaan bangsa melayu..yg paling sadis bila ada sesetengah pemimpin melayu sanggup duduk bersama menyokong apa juga permintaan atau mainan bangsa lain drpd duduk semeja sesama bangsa seagama membincangkan ttg keperluan dan juga kepentingan anak bangsa sendiri..sayang sekali kepada mereka yg punyai kuasa tetapi hanya pandai berkata2 malah menuduh mereka yg memperjuangkan nasib bangsa sebagai penyibuk sedangkan kalau di amati dan diteliti dgn halus terserlah bahawa mereka yg punyai kuasa ini dan pandai berkata2 sebenarnya habuk pun tarak dlm prinsip perjuangan mereka terhadap bangsa melayu..bila diberi kuasa sebagaimana yg diinginkan maka seribu satu program di canangkan tetapi hasilnya hanya seolah2 melepas batuk di tangga..begitulah sikap sesetengah pimpinan kononnya bakal pelapis negara dlm menggalas tanggungjwb mereka apabila di amanahkan sebagai ketua pada sebuah pertubuhan samada peringkat pusat,negeri mahupun bahagian@kawasan..kalau melihat pada bentuk gaya dan perwatakan seolah2 merekalah yg bakal menggalas tanggungjwb dgn penuh ikhlas dlm memartabatkan agenda perjuangan bangsa melayu,agama islam dgn mengikut perlembagaan yg telah lebih 50tahun diguna pakai tetapi sayang seribu kali sayang kerana rupa2nya sesetengah pemimpin pelapis ini lebih suka mengumpul kekayaan peribadi sehingga meenjadi jutawan segera biarpun sebelum ini mereka hanyalah budak cabuk shj tetapi dgn kuasa yg ada maka berkejaranlah mereka ini utk mengaut seberapa byk kekayaan semasa kuasa masih ditangan sehinggakan segala kata dan janji utk meletakkan agenda bangsa sebagai agenda utama tidak pernah terkota malah hanya tinggal kenangan semlm shj..tidak salah mencari rezeki utk keluarga tetapi biarlah berpada2 dan tidak melupakan orang2 di sekeliling kita yg masih byk lagi harus di bantu..yg paling aneh apabila orang lain yg menjolok sarang bangsa,mereka ini bukan mahu menghalang dan melawan malah menyokong hinggakan pimpinan veteran yg menegur kelantangan bangsa lain dlm menidakkan hak2 melayu dianggap sebagai jaguh kampung yg telah ketinggalan zaman sedangkan mereka inilah yg tidakk pernah putus asa dlm mempertahankan hak dan kepentingan orang melayu terutamanya semasa saat2 sebegini di mana bangsa lain secara sedar atai tidak semakin ingin menyahkan kuasa melayu dari persada politik negara dgn menyusun rapi perancangan2 secara halus..sayangnya mereka yg menyelar tindakan pemimpin seperti datuk ibrahim ali ali dlm mempertahankan hak2 melayu ini tidak pernah ingin menoleh ke belakang dlm mengkaji sejarah kerana mungkin keadaan mereka yg sudah cukup kaya dan selesa hinggakan 7 keturunan mereka tidak akan merasai keperitan hidup sebagai orang miskin..sepatutnya mereka bersyukur kerana masih lagi ada pemimpin seperti tokhim yg tidak pernah mengenal penat dlm memprertahankan nasib bangsanya biar di hujani dgn sejuta gelaran terhadap dirinya..ibarat mencurah air ke daun keladi begitu juga lah yg terjadi pada sesetengah pemimpin muda ini yg hanya pandai menyalak tetapi jika di ukur pada kehebatan mereka sebagai pemimpin utama maka akan terserlah kelemahan mereka dlm apa juga isu lebih2 lagi dlm melibatkan hal2 yg berkaitan ttg bangsa agama...yg lebih ketara ialah kelemhana mereka2 ini selaku pimpinan utama dlm mengajak golongan muda utk bersama2 dgn mereka sehingga  golongan muda ini yg akan menjadi penentu kemenangan dlm PRU13 kelak turut sama berjuang dgn menjadi ahli atau pendokong utama parti..sayangnya segala program yg di canangkan hanya tinggal kata2 shj sehingakan ramai golongn ini tidak lagi mahu bersama dgn parti pemerintah dek kerana ramai pemimpin muda tidak cakna terhadap keperluan semasa mereka kerana terlalu asyik mengaut kekayaan hinggakan orang yg menegur  dan membela bangsa di anggap sebagai tidak berguna malah di hina tanpa mereka ini sepatutnya mempelajari ilmu drpd mereka yg berdarah pejuang ulung ini..saya mengucapkan tahniah atas keberanian yg tidak pernah putus kepada TOKHIM ....semoga Allah Taala memanjangkan umur beliau utk terus berdiri sebagai pejuang bangsa agama dan negara...wassalm