Pilihanraya Umum ke13 (PRU13) bila-bila masa akan berlaku cuma tarikhnya sahaja yang belum pasti tetapi orang numbor satu negara iaitu YB Perdana Menteri telah banyak kali memberi gambaran bahawa kemungkinan besar PRU akan berlaku dengan lebih cepat.Semakin lama semakin rancak isu ini diperkatakan malah suara daripada pembangkang juga seakan-akan seirama apabila mereka sendiri sudah merasakan bahangnya semakin dekat.Apalagi kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pakatan pembangkang dalam PRK sudah cukup mencemaskan kewibawaan mereka pada kacamata rakyat gara-gara terlalu banyak isu yang diperbincangkan oleh rakyat yang melanda pakatan mereka.
Semua sudah maklum apabila berlakunya pilihanraya samada umum atau kecil maka sudah pasti soal calon menjadi topik paling hangat pada sesebuah parti kerana calonlah yang akhirnya akan membawa jenama sesebuah parti yang bertanding setelah sekian lama mereka berkempen.Kerana itu kita dapati setiap parti yang bertanding seboleh-bolehnya akan memilih calon yang bukan sahaja berkelayakan pada pandangan parti tapi yang lebih penting adalah mampu untuk menjadi wakil parti kepada rakyat dan merasa bersama sendiri denyut nadi rakyat.
UMNO juga tidak dapat lari daripada memilih calon-calon mereka untuk bertanding dalam PRU13 ini.Parti terbesar orang melayu ini dilihat semakin hari semakin mendapat perhatian rakyat dengan berpresidenkan anak seorang bekas perdana menteri iaitu YB Dato Seri Najib (DSN)yang cukup mengetahui dan memahami kehendak rakyat bawahannya apabila mulai mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Badawi..Berbagai cara DSN gabung dan praktikkan agar segala kehendak dan denyut nadi rakyatnya dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.Ini adalah untuk mengembalikan semula kekuatan kepada Umno dan BN selepas kekalahan yang cukup memilukan pada tahun 2008.
Akhirnya dari hari ke hari keyakinan rakyat bertambah dengan kepimpinan DSN yang di bantu oleh para menteri kabinetnya serta kementerian yang berada dalam kerajaan untuk mengotakan segala kata agar janji-janji yang diberi kepada rakyat dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.Walaupun masih ada lagi kelemahan yang ketara terutamanya dalam segi pelaksanaan tetapi kesungguhan dan komitmen DSN terhadap rakyat dan negaranya cukup-cukup menjadikan beliau kini sebagai semakin mendapat tempat dalam hati rakyat.
Kesannya dapat dilihat apabila kemenangan demi kemenangan diraih oleh Umno dan BN dalam pilihanraya kecil yang dengan majoriti yang cukup selesa berbanding pada tahun 2008.Namun begitu kemenangan yang diraih dalam PRK bukanlah ukuran sebenar kekuatan BN kerana yang paling dikehendaki oleh Pakatan Pembangkang atau lebih terkenal dengan Pakatan Rakyat(PR) adalah pada PRU13 kelak.Impian meninggi mereka untuk menawan putrajaya bukanlah omong-omong kosong kerana kesungguhan mereka untuk terus meraih undi rakyat dapat dilihat sehingga kini walaupun salah sebuah parti pakatan mereka kini dilanda isu yang cukup hebat dan besar sekali tamparan.Sekiranya benar segala apa yang telah dipertontonkan kepada khalayak tentang video berkenaan sudah pasti kegelisahan melanda pakatan mereka terutamanya kepada parti yang mana pimpinannya yang cukup hebat membela pemimpin parti yang dilanda isu berkenaan.
Kita amat mengharapkan agar pemilihan calon-calon BN akan sepertimana yang telah diperkatakan oleh DSN semasa ucapan beliau di Perhimpunan UMNO tatkala beliau menjadi Presiden UMNO setelah peralihan kuasa di meterai.Bagi kita yang berada dibawah cukup teruja dengan segala kata dan janji DSN yang mengatakan bahawa calon BN tidak seharusnya diberikan kepada mereka yang punya jawatan tinggi dalam parti@bahagian tetapi akan diberi keutamaan kepada mereka yang menjadi kesukaan@pilihan utama rakyat dalam kawasan masing-masing kerana yang penting adalah kemenangan kepada parti.Kalau dilihat pada kriteria calon-calon pada PRK yang lepas jelas bahawa DSN telah mengotakan sebahagian janjinya namun yang paling besar sudah pasti tentang calon untuk PRU13.
Kita juga mengharapkan pimpinan tertinggi UMNOdan BN akan memilih calon yang betul kerana PRU13 adalah cukup penting kepada barisan kepimpinan negara untuk meraih 2/3 suara majoriti dalam parlimen disamping merampas kembali negeri-negeri yang jatuh kepada pembangkang dalam tsunami 2008 lalu.Jangan kerana si polan tersebut adalah nama besar dalam negara,negeri atau bahagian maka tetap menjadikan mereka ini sebagai pilihan calon wajib sedangkan sebahagian besar mereka ini sudah menjadi liabiliti kepada parti dan perlu ditukar ganti.Ini adalah untuk mengelakkan parti tidak terpalit dengan isu-isu mereka kerana yang penting adalah kemenangan kepada parti kerana pimpinan pasti akan bertukar ganti sedangkan parti keramat ini kekal dan tiada galang gantinya.
Semoga ungkapan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan menjadi realiti yang hakiki dan selamanya menjadi petunjuk prestasi kepada kerajaan hari ini bagi membuktikan betapa keikhlasan dan kecaknaan barisan kepimpinan Umno dan BN terhadap rakyat dalam negara yang tercinta ini tidak perlu dipertikaikan sehingga ke akhirnya..wassalam