Jumaat, 26 Mac 2010

bila kuasa beraja di hati

siapa yg tidak mahu kuasa?kerana kuasa lah mereka yg dulunya miskin menjadi kaya,yg di hina menjadi sanjungan,yg busuk menjadi wangi,yg kecil menjadi besar dan berkuasa dan yg benar menjadi pembohong..semuanya kerana kuasa..kuasa tidak mengenal siapa waima ibu bapa,anak yatim,anak tunggal, malah bangsa dan agama sendiripun boleh di lupakan semata2 kerana mengejar kuasa..kalau dulu hanyalah manusia biasa tetapi bila di angkat menjadi berkuasa terus melebarkan kuasa tanpa mengenal siapa kawan dan lawan kerana yg paling penting adalah kuasa..tidak kira parti mana sekalipun dalam tanah melayu ini,kuasa adalah tuhan di atas muka bumi ini jesteru itu tidak hairanlah mereka yg bergelar pemimpin sanggup berkerat rotan demi mengekalkan kuasa..sanggup menjadi penipu rakyat hanya kerana tamakkan kuasa..sanggup menjadi barua pada banga lain jugak kerana mengejar kuasa..malah lebih sadis lagi sanggup menggadaikan prinsip perjuangan demi semata2 dirinya ingin berkuasa..kerana kuasa segala benda yg mustahil dpt di zahirkan..kerana kuasa segala benda yg tiada dapat di adakan dan kerana kuasa jugalah hak milik sesebuah bangsa di lacurkan dgn sesenangnya asalkan matlamat utk mendapatkan kuasa berhasil...yg berkuasa terus cuba ingin mengekalkan kuasa dan yg ingin berkuasa terus mencuba berbagai cara utk menjadi penguasa..yang berkuasa dan mempunyai hak kata putus terus bersandiwara dgn  seribu satu janji dgn rakyat yang telah mengangkat mereka menjadi penguasa agar terus mengekalkan kuasa pada mereka yg akhirnya janji hanya tinggal cakap kosong semata2 apabila kuasa sudah di tangan..manakala yg ingin berkuasa berterusan mencuba berbagai helah dan lakonan dgn rakyat agar memberikan mereka kuasa hinggakan sanggup menjadi pengkhianat bangsa,agama dan negara dek kerana tidak mahu menunggu lama merasai nikmat berkuasa..semuanya adalah kerana mengejar kuasa hingga mereka2 ini yg telah di amanahkan menjadi pemimpin telah melupakan sama sekali tanggungjwb mereka kpd orang yg kena pimpin..hasilnya tetap sama shj...yg miskin terus menderita kemiskinan dan yg kaya terus meratah lahap kekayaan negara ini tanpa memikirkan ttg kesengsaraan rakyat yg kena pimpin..yang paling penting dan utama adalah mencari seberapa byk kekayaan selagi masih berkuasa..biarkanlah rakyat menentukan arah nasib mereka sendiri walaupun tgn rakyat inilah yg telah memberikan mereka kuasa..tidak hairanlah sekiranya masih kita dapati masih ramai lagi rakyat di luar sana khususnya rakyat berbangsa melayu islam masih lagi menderita kemiskinan walaupun berbagai janji di buat namun semuanya hanya janji didalam mimpi mereka shj..segala tindakan dan perancangan tidak seindah khabar malah lebih teruk lagi gagal menunaikan janji yg telah di buat semasa ingin mencari kuasa drpd rakyat..apakah pemimpin2 ini lupa ttg kuasa rakyat?apakah rakyat akan menghukum kelalaian kesemua pemimpin ini apabila tiba masanya kelak hanya kerana sesetengah pemimpin tersebut tidak menyedari betapa penting dan besarnya kuasa yg ada pada tangan si rakyat yg sepatutnya mereka menjadi pembelanya?atau kuasa rakyat ini hanyalah sebahagian mainan mimpi si pemimpin yg angkuh dan bongkak tanpa mempedulikan nasib rakyat yg menderita?yang pasti di dunia ini kuasa rakyat perlu dii hormati dan di akhirat kekuasaan Yang Maha Mencipta harus di renungi serta di insafi..wasslam

rintihan melayu di tanah sendiri

apakah benar nasib bangsaku melayu islam di bumi sendiri akan berkubur sealiran dgn masa? bangsaku melayu akan terpinggir sedikit demi sedikit kerana pimpinannnya terlalu menjaga hati bangsa2 lain?benarkah hak2 keistimewaan bangsaku melayu bagaikan telur dihujung tanduk?harus bagaimana lagi bangsa melayu di tanah melayu ini memperjuangkan nasib bangsanya?bila bersuara ttg hak2 melayu maka di katakan melayu itu bersifat perkauman?bila bertegang urat mempertahankan hak2 yg telah sedia ada maka di katakan melayu itu tidak menjaga hati bangsa2 lain di tanah ini?harus bagaimana lagi caranya bagi bangsa melayu ini utk mempertahankan hak2 nya?kecut perut bila memikirkan ttg nasib anak2 bangsa melayu islam kelak lebih lagi kuasa melayu islam tidak lagi di pegang oleh bangsa sendiri..pedih hati bila memikirkan ttg sikap pemimpin melayu yg sanggup berbalah sesama sendiri hingga membiarkan bangsa2 lain bertepuk tgn melihat gelagat sang pemimpin melayu yg sanggup melakukan apa juga tindakan semata2 utk mendapatkan kuasa lalu menikam dari belakang lagaknya pada bangsa sendiri sehingga tidak mampu lagi pemimpin melayu itu mempertahankan nasib bangsanya..sesetengah pemimpin melayu islam yg di konon islamnya lebih berhak pula sangup bersekongkol dgn bangsa2 yg bermatian2 menolak islam di tanah melayu ini..sanggup menjilat ludah semata2 kerana kuasa yg dulunya sedikit tetapi membalas dendam yg masih lagi membara sanggup pemimpin islam ini mengubah pandangan dgn menghulurkan salam persahabatan dgn bangsa yg agamanya bukan islam daripada berpakat dan berkongsi idea dan kuasa dgn saudaranya yg seagama dan sebangsa..pemimpin melayu islam yg islamnya di katakan tidak islam pula sanggup berbelanja boros demi meletakkaan jenama negara ini gah di persada dunia drpd berbelanja demi kebaikan rakyatnya yg masih lagi menadah hujan di langit dan menharapkan api pellita di kala malam yg rata nasibnya adalah sebahagian besarnya drpd bangsa melayunya sendiri..apakah pemimpin2 melayu pada hari ini hanya gah pada perkataan drpd perbuatan yg akhirnya masih lagi kita melihat ketirisan dlm membela nasib bangsa melayu yg berterusan walaupun umum mengetahui ttg kekayaan yg di kecapi oleh negara melayu ini?..apakah pemimpin2 melayu ini hanya tahu berkata2 tanpa mempedulikan hasilnya dlm menentukan nasib bangsa mereka kelak?apakah juga mereka akan pergi meninggalkan alam dunia ini dgn senyuman melihat nasib bangsa dan agamanya terjamin ataupun pergi dgn seribu penyesalan apabila di soal oleh malaikat2 di dunia lain kelak pabila nasib bangsa melayu dan agama islam terus di tindas secara berterusan?apakah tiada rasa dalam hati pemimpin2 melayu ini utk melihat bangsanya terus menjadi bangsa yg gah dlm tanahnya sendiri dgn islam sebagai pedoman bagi membaik pulih segala kerosakan demi memperkuatkan melayu islamnya sendiri?atau pemimpin2 melayu islam ini lebih rela menjual maruah perjuangan semata2 kuasa yg hanya pinjaman ini?berapa lamakah lagi kita mahu melihat dan menunggu pemimpin2 ulung yg tidak takut utk berkata benar demi bangsanya melayu dan agamanya islam di tanah sendiri kerana jika terlambat padahnya hanya Tuhan saja yg tahu nasib yg bakal menimpa anak cucu cicit melayu islam di tanah melayu ini..aku lagi tidak sanggup utk melihat kelak nasib anak2 bangsaku merempat,mengemis,menjadi bangsa asing dlm negara tumpah darahnya ini..mengalirlah kersani agar bisa pemimpin2 ini  berdiri sebagai pahlawan demi bangsanya melayu islam walaupun hnya dgn sepuluh helai daun sirih...wassalam