Jumaat, 26 Mac 2010
bila kuasa beraja di hati
siapa yg tidak mahu kuasa?kerana kuasa lah mereka yg dulunya miskin menjadi kaya,yg di hina menjadi sanjungan,yg busuk menjadi wangi,yg kecil menjadi besar dan berkuasa dan yg benar menjadi pembohong..semuanya kerana kuasa..kuasa tidak mengenal siapa waima ibu bapa,anak yatim,anak tunggal, malah bangsa dan agama sendiripun boleh di lupakan semata2 kerana mengejar kuasa..kalau dulu hanyalah manusia biasa tetapi bila di angkat menjadi berkuasa terus melebarkan kuasa tanpa mengenal siapa kawan dan lawan kerana yg paling penting adalah kuasa..tidak kira parti mana sekalipun dalam tanah melayu ini,kuasa adalah tuhan di atas muka bumi ini jesteru itu tidak hairanlah mereka yg bergelar pemimpin sanggup berkerat rotan demi mengekalkan kuasa..sanggup menjadi penipu rakyat hanya kerana tamakkan kuasa..sanggup menjadi barua pada banga lain jugak kerana mengejar kuasa..malah lebih sadis lagi sanggup menggadaikan prinsip perjuangan demi semata2 dirinya ingin berkuasa..kerana kuasa segala benda yg mustahil dpt di zahirkan..kerana kuasa segala benda yg tiada dapat di adakan dan kerana kuasa jugalah hak milik sesebuah bangsa di lacurkan dgn sesenangnya asalkan matlamat utk mendapatkan kuasa berhasil...yg berkuasa terus cuba ingin mengekalkan kuasa dan yg ingin berkuasa terus mencuba berbagai cara utk menjadi penguasa..yang berkuasa dan mempunyai hak kata putus terus bersandiwara dgn seribu satu janji dgn rakyat yang telah mengangkat mereka menjadi penguasa agar terus mengekalkan kuasa pada mereka yg akhirnya janji hanya tinggal cakap kosong semata2 apabila kuasa sudah di tangan..manakala yg ingin berkuasa berterusan mencuba berbagai helah dan lakonan dgn rakyat agar memberikan mereka kuasa hinggakan sanggup menjadi pengkhianat bangsa,agama dan negara dek kerana tidak mahu menunggu lama merasai nikmat berkuasa..semuanya adalah kerana mengejar kuasa hingga mereka2 ini yg telah di amanahkan menjadi pemimpin telah melupakan sama sekali tanggungjwb mereka kpd orang yg kena pimpin..hasilnya tetap sama shj...yg miskin terus menderita kemiskinan dan yg kaya terus meratah lahap kekayaan negara ini tanpa memikirkan ttg kesengsaraan rakyat yg kena pimpin..yang paling penting dan utama adalah mencari seberapa byk kekayaan selagi masih berkuasa..biarkanlah rakyat menentukan arah nasib mereka sendiri walaupun tgn rakyat inilah yg telah memberikan mereka kuasa..tidak hairanlah sekiranya masih kita dapati masih ramai lagi rakyat di luar sana khususnya rakyat berbangsa melayu islam masih lagi menderita kemiskinan walaupun berbagai janji di buat namun semuanya hanya janji didalam mimpi mereka shj..segala tindakan dan perancangan tidak seindah khabar malah lebih teruk lagi gagal menunaikan janji yg telah di buat semasa ingin mencari kuasa drpd rakyat..apakah pemimpin2 ini lupa ttg kuasa rakyat?apakah rakyat akan menghukum kelalaian kesemua pemimpin ini apabila tiba masanya kelak hanya kerana sesetengah pemimpin tersebut tidak menyedari betapa penting dan besarnya kuasa yg ada pada tangan si rakyat yg sepatutnya mereka menjadi pembelanya?atau kuasa rakyat ini hanyalah sebahagian mainan mimpi si pemimpin yg angkuh dan bongkak tanpa mempedulikan nasib rakyat yg menderita?yang pasti di dunia ini kuasa rakyat perlu dii hormati dan di akhirat kekuasaan Yang Maha Mencipta harus di renungi serta di insafi..wasslam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan