Khamis, 25 Februari 2010
bila kuasa tiada lagi di tangan kita
amat cemas dan cukup mendebarkan hati setiap kali peristiwa2 yang tidak diduga akan berlaku dalam senario pada hari ni berlaku bahkan menjadi duri dalam daging kepada bangsa melayu khususnya..dalam PRU12 yg lepas,telah berlaku satu fenomena yang dikatakan sebagai tsunami politik tanahair dimana bangsa melayu telah beralih arah untuk tidak lagi bersama dengan kepimpinan BN yang pada masa itu masih lagi dipimpin oleh PM ke5 sehinggakan kerajaan yang dipimpin tidak lagi mendapat 2/3 kerusi dalam parlimen sekaligus menidakkan sebarang perubahan yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan dalam penggal ini..kebusukkan agenda politik oleh sesetengah pemimpin kerajaan telah membuka mata rakyat yang selama ini begitu setia kpd parti pemerintah sehinggakan dengan berani mereka telah memmberi kemenangan yang cukup besar kepada pembangkang dimana 5 buah negeri telah mereka rampas yang sekaligus telah memeranjatkan sekalian pimpinan parti pembangkang..keberanian mereka telah dibuktikan oleh kuasa rakyat ini dengan memberi kemenangan bukan shj kpd calon2 terkenal tetapi juga kpd calon2 yang tangkap muat yang tidak pernah erti politik sebelum ini tetapi kerana bencinya rakyat ini terhadap sesetengah pimpinan kerajaan tidak dapat di bendung lagi maka gerhana politik melanda pada sesetengah pemimpin pusat dek kerana kuasa rakyat..itulah kehebatan dan penangan kuasa yang ada rakyat hinggakan parti yang telah hampir 52tahun memerintah ini nyaris2 tenggelam dalam badai ombak politik yang mengganas tetapi dan sebetulnya tuhan masih lagi mahu memberi peluang kpd pimpinan yang ada skrg ini agar tidak lagi menjadi seperti pimpinan yg terus melupakan kuasa rakyat malah lebih rakus meniti kemewahan semata2 kerana akulah pemimpin yang hebat maka segalanya adalah hak aku!!itu fikir sesetengah pimpinan yg secara terang2 merompak harta rakyat hinggakan tiada lagi rasa kesabaran dlm setiap hati rakyat ini dan menghukum pimpinan ini dalam PRU12 yang lalu...kesannya cukup menggerunkan hinggakan si pemerintah sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi semata2 kerana menurut kata mereka yang bukan sebangsa dan seagama..ada di sesetengah tempat yang di tawan oleh parti pembangkang telah memainkan sentimen perkauman dgn cuba memberikan hak yg sama rata kpd bangsa yang dulunya pendatang dan sanggup menjadi penderhaka bukan saja kpd bangsa dan agamanya malah lebih teruk lagi sanggup utk menderhaka kepada satu2 nya pembela terakhir bangsa melayu dan agama islam dlm negara ini iaitu institusi beraja..mereka lupa asal usul dan adat sopan bangsa dan agama mereka semata2 kuasa telah ada dlm genggaman hingga sanggup melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan betul tanpa mereka melihat kiri dan kanan akan kesannya kepada generasi mereka kelak...kerana cuba menjaga hati bangsa yang bukan seagama,dengan begitu mudah pimpinan ini memberikan ruang yang cukup luas kpd mereka utk bermaharajalela dan bertindak mengikut kehendak naluri mereka yang tidak pernah kenal erti berterima kasih kpd bangsa yg dulunya memberi seribu erti kesenangan tatkala mereka2 ini hanyalah pedagang...beruntungnya negeri2 melayu yang mempunyai sultan di mana perlantikan seorang menteri besar adalah berlandaskan kpd undang2 tubuh negeri yang noktahnya tetap menyatakan hanya orang melayu beragama islam shj yang layak menjadi seorang menteri besar..maka terpaksalah bangsa pendatang ini akur dgn kehendak tersebut walapun mungkin dlm hati mereka sejuta rasa kemarahan timbul..apapun mereka ini tetap menjadi pemain utama di belakang tabir hinggakan si menteri besar ini sendiri tergamak menodai dan mengkhianati bangsanya dengan memberikan hak yang sama rata terhadap bangsa pendatang ini semata2 kerana terlalu kemaruk kuasa dan terkejut tidak terkira dgn pangkat dan gelaran terbesar negeri..namun ajal dan jodoh adalah di tangan tuhan walau mcmana sekalipun kita berusaha uttk mengelakkannya namun Yang Berkuasa Tetap Berkuasa atas segalanya..tatkala sedang enak di buai mimpi indah tiba2 takdir menentukan jodohnnya sebagai yang paling berkuasa jatuh ketangan orang lain dek kerana takdir tuhan untuk memberi peluang sekali lagi kpd parti yg dulunya menjadi pembangkang utk terus menunaikan amanah dan tanggngjwb demi kesejahteraan rakyatnya serta demi keutuhan agama bangsa dan negaranya..dan sehingga kini selagi negeri2 yang telah dirampas oleh mereka2 yang tidak pernah berterima kasih kpd kaum melayu dan peribumi ini tidak berjaya ditawan,maka hati aku dan juga sebahagian besar mereka yg senada dgn aku akan gundah gulana pada setiap detik kerana bimbangnya kami adalah bertempat..bila ekonomi diberikan dgn sewenangnya kpd mereka,jgnlah pula kuasa politik yg ada pada kita ini juga hendak di gadaikan hanya semata2 mereka ini di anggap lebih baik dan lebih bersikap adil sedangkan jika kita meneliti disebaliknya maka akan terkejut gajahlah kita ditipu oleh sandiwara parti politik yang terus terang menentang penubuhan negara islam di bumi melayu islam ini tetapi masih lagi berpura2 ber ikon kan seorang pemerintah islam yang ulung..jgnlah kerana ingin mencontohi khalifah umar abdul aziz maka kita rela dilelong seperti cerita 3 abdul ..wahai bangsaku melayu islam....sedar2 lah dgn skrip palsu ini...renungilah mata bening anak2 mu agar kamu akan tahu tujuan kamu di ciptakan berbilang bangsa dan agama serta kenapa kafir itu juga ada berbagai peringkat hukumannya ..."untuk kamu agama kamu,untukku agamaku"...wassalam
kuasa rakyat
mungkin sudah tiba masanya presiden UMNO selaku PM mengubah dengan secara berani barisan sesetengah pimpinan di semua bahagian agar mereka2 yang hanya angguk dan faham apa yg telah diperkatakan dihadapan DS Najib(DSN) tetapi masih lagi degil dan tidak faham2 akan kehendak presiden digantikan dengan mereka2 yg betul2 jujur dan ikhlas utk sama2 membantu DSN samada dlm mentadbir kerajaan mahupun parti UMNO sehingga mengembalikan semula keyakinan rakyat sekalian terhadap kepimpinan kerajaan dan seterusnya memberikan sepenuh sokongan dlm PRU 13 nanti...tetapi sehingga kini seolah2 apa yg DSN inginkan dari setiap pimpinan bahagian utk bersama2 mengembalikan keyakinan rakyat hanya tinggal impian shj..masih terdapat byk lagi pemimpin bahagian yg leka dan lalai serta ego dgn rakyat dlm bahagian mereka sehinggakan utk berjumpa dengan pimpinan ini amat susah apatah lagi utk rakyat mengadu nasib mereka agar dapat disampaikan segala keluhan mereka kpd pihak pimpinan atasan menjadi impian dlm mimpi mereka setiap kali mereka melelapkan mata shj..alangkah ruginya DSN sekiranya terus memberikan kepercayaan kpd sesetengah pimpinan yg bukan saja tidak lagi diterima oleh rakyat dlm kawasan masing2 bahkan menjadi liabiliti kpd parti khususnya UMNO yg akhirnya menidakkan kemenangan yang di cari oleh DSN..mungkin ada di antara mereka yg sudah patut meletak jawatan ataupun memberi laluan kpd pimpinan baru dlm bahagian masing2 agar parti UMNO terus menjadi parti yang berterusan menjadi pembela kpd agama bangsa dan negara khususnya bagi umat melayu islam dlm negara ini..jgnlah disebabkan merasa masih lagi hebat dan mempunyai wang yg banyak maka pimpinan ini masih lagi agah malah liat utk melepaskan jawatan mereka kerana sayangkan jawatan tersebut walaupun sebahagian besar rakyat mereka sudah tidak lagi menoleh muka kpd pimpinan tersebut..dan seandainya dicalonkan sebagai calon PRU kelak maka natijahnya adalah parti UMNO itu sendiri yang akan menanggungnya..bukan sahaja drpd parti UMNO ini bahkan semua parti kompenan BN seharusnya menyedari ttg ketidakpuasan hati rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang lebih2 lagi kpd pemimpin yang mereka harapkan utk menolong mereka tetapi tidak mengotakan janji sebagaimana yang di taburkan semasa pilihanraya yg lalu yang mendorong rakyat ini utk tidak laagi mengundi kalangan pimpinan BN ini kerana sudah berkerat rotan dan mual dengan gelagat pimpinan ini dengan janji yang tidak pernah dikotakan..janganlah hanya menjadi pak angguk sahaja didepan perdana menteri semata2 hanya mahu menjaga jawatan mahupun pangkat yg dipegang tetapi bila kembali kedalam bahagian masing2 mulalah berperangai lama kembali seolah2 masuk telinga kanan tetapi keluar telinga kiri segala apa yang telah di tuturkan oleh perdana menteri kpd mereka..masih lagi sempat utk setiap pimpinan ini mengubah persepsi rakyat ini agar keyakinan mereka kembali dan seterusnya kejayaan yang cemerlang pada kompenan BN ini dlm PRU13 kelak..kepada pimpinan yang masih lagi ego dan sombong diri dengan kemewahan dunia ingatlah apabila tiba masanya kelak rakyat kita pasti akan menghukum dgn kuasa mereka ..wassalam
BN perlu berubah dengan segera!!
ramai diluar sana yg betul2 sayangkan UMNO,MCA dan MIC yg membentuk parti kompenan BN dari dulu sehingga sekarang..52 tahun sudah berlalu pimpinan kerajaan bn ini memerintah negara sehinggakan ada sesetengah pimpinan terlupa ttg tanggungjawab utama mereka dlm menjadi parti pemerintah ataupun menjadi pemimpin kpd parti yg dipimpin lalu membiarkan rakyat kawasan mereka menghukum mereka kerana kealpaan dan sifat lupa diri telah menjadi nanah dlm setiap pemimpin..tidak dinafikan ada sesetengah pemimpin yg betul2 jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah mereka terhadap rakyat tetapi hanya sebilangan kecil shj yg betul2 nawaitunya kerana takutkan akan balasan Allah Taala kpd setiap pemimpin yg gagal memimpin dirinya menjadi khalifah hinggakan rakyatnya terbiar mencari arah mereka sendiri..malangnya sikap ego dan terlalu mengejar kemewahan setelah kuasa diberikan kpd mereka oleh rakyat telah membutakan mata hati mereka utk melihat dan kembali mmbalas budi tangan rakyat yg telah mengangkat sang pemimpin ini drpd seorang yg biasa kpd seorang yg punya kuasa dek kerana kepercayaan rakyatnya agar nasib mereka akan terpelihara apabila sang calon ini menang dlm pilihanraya..tetapi ibaratkan harapkan pagar,pagar yg makan padi,begitulah juga yg terjadi pada sesetengah kawasan seluruh negara ini dimana pemimpin mereka terus menghilang bahkan utk berjumpa dgn mereka pun terlalu susah apabila si rakyat ini ingin berjumpa dan meminta pertolongan yg perlu sepertimana si pemimpin menabur janji manis mereka utk menolong tatkala kuasa masih lagi dipegang oleh tangan si rakyat ..begitulah juga nasib yg sama melanda pada si marhein ini di mana tempat hinggakan rasa percaya mereka kpd pimpinan BN ini menjadi semakin nipis dek kerana terlalu byk kekecewaaan yg melanda diri..tak kira waima pimpinan drpd UMNO,MCA atau MIC,mereka sebahagian besarnya terlalu mengejar kemewahan dan berkepenteingan diri sehinggakan menimbulkan rasa mual yg teramat sgt apabila nama pemimpin2 ini disebut ataupun kembali dicalonkan..apa yang rakyat mahukan adalah kata di kota dan janji di tunaikan agar kehidupan mereka sebagai raKyat biasa dpt menumpang tuah walau sedikit drpd pemimpin yg telah mereka berikan kuasa ini..rakyat sekalian menanti dan mengharap agar memanda menteri sekarang akan memilih mereka yg betul2 mempunyai semangat jiwa rakyat yg menebal dlm pemilihan calon bagi kompenan BN lebih2 lagi drpd UMNO dlm PRU13 nanti kerana masih ramai lagi yang mengharap agar kompenan BN kembali gah memacu kuasa rakyat dan memberikan seribu makna kegembiraan dlm hari mereka agar kehidupan mereka yg serba kekurangan akan sedikit membuak rasa kelebihan apabila pemimpin mereka begitu cakna akan kehidupan mereka..wahai pimpinanku,jadilah seperti lilin yg sanggup membakar diri sendiri semata2 untuk memberi dan menerangi mereka yg di sekelilingnya..tinggalkanlah jasa dan nama yg baik dlm ingatan rakyat agar selepas kita tiada di alam fana ini masih lagi mereka mengingati kita dek kerana keikhlasan dan kejujuran kita dlm menjalankan tanggngjwab kpd rakyat..wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)