Ahad, 14 November 2010

Tidak Salah Apa Yang Di Kata

Semangat cinta dan sayang pada ibu pertiwi terlalu banyak maknanya yang kita boleh huraikan dalam maksud yg berbeza-beza..Ada yang sayang pada ibu pertiwi sehingga sanggup mengerah seluruh tenaganya bahkan menggadaikan nyawanya dalam menjaga keamanan agar negara senantiasa berada dalam keadaan aman damai tanpa di ganggu gugat oleh anasir2 luar yang sememangnya tidak pernah puas untuk menjajah secara langsung ataupun tidak sesebuah negara lebih2 lagi yang tidak bergantung hayat mereka pada anasir2 luar ini..Ada juga yang sayangkan ibu pertiwinya dengan mencuba sedaya upaya mampu untuk mengharumkan nama negaranya dalam peta dunia dengan berusaha dengan gigih sehingga mendapat kecemerlangan yang membuahkan hasil yang cukup hebat apabila lagu kebangsaan di mainkan dalam sesebuah majlis atau pertandingan yang mereka sertai sekaligus mengangkat martabat negaranya.
Dalam sehari dua ini kita telah dikejutkan oleh kenyataan drpd menteri pertahanan iaitu Dato Seri Zahid Hamidi(DSZH) bahawa semangat patriotisma dikalangan bangsa cina dan india terlalu jauh jika nak dibandingkan dengan bangsa melayu..Dan itulah hakikatnya yang perlu seluruh rakyat dalam negara ini sedari bahawa apa yang perkatakan oleh DSZH adalah benar walaupun terlalu pahit untuk bangsa2 ini menerimanya lantas kita dapat melihat arus kebangkitan yang cuba menidakkan kenyataan benar ini apabila ketua2 parti kompenan mahupun pakatan membidas kenyataan ini dengan membuat gesaan agar DSZH segera meminta maaf seterusnya menerangkan kepada rakyat akan maksud yang tersirat..Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa sememangnya kebenaran itu lah yang cuba di lontarkan oleh menteri pertahanan ini yang kita semua sudah maklum akan sifat terus terang dan keberanian yang ada pada beliau semenjak menjawat jawatan sebagai pemangku Ketua Pemuda UMNO sehinggalah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tidak ragu2 untuk membawa kebenaran biarpun diri akan terpalit lumpur tetapi demi menegakkan kebenaran maka semua itu diredah dengan penuh semangat walaupun berbagai makian diterima..
Yang lebih mengaum tentulah ketua2 parti bukan dari bangsa melayu yang merasakan bahawa satu penghinaan kepada bangsa mereka dan kita semua telah maklum akan tindakan balas ini kerana memang cukup pantang bagi pimpinan melayu menyentuh tentang bangsa2 ini seolah2 merekalah yang menjadi tuan kepada tanah melayu ini..Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal begitulah juga yang berlaku kepada ketua2 bangsa ini yang mendesak agar DSZH meminta maaf kepada seluruh bangsa mereka sedangkan jika kita menilai dengan lebih rasional maka sudah tentu kenyataan tersebut adalah satu fakta yang tidak boleh di buat2 apatah lagi kesan yang akan timbul apabila kenyataan begini di keluarkan adalah cukup hebat..Kesemua ini ditelan oleh DSZH dengan tetap memberikan kenyataan dalam parlimen walaupun beliau sedari implikasinya tetapi berpegang kepada pepatah bahawa berkata benarlah walaupun ianya pahit maka DSZH meredahnya dengan kapasiti beliau sebagai orang yang menjaga hal ketenteraan..Pandang dan lihatlah sekeliling kita bangsa manakah yang paling banyak menyertai kerjaya tentera,polis dan mana2 kerjaya yang beruniform kalau bukan daripada bangsa melayu?Apakah kerana bangsa melayu ini jenis yang suka makan gaji sehingga mereka tidak memilih kerja asalkan dapat menikmati gaji pada tiap hujung bulan tanpa perlu banyak berfikir atau bangsa melayu ini sudah ada semangat pertiwi yang cukup tinggi untuk membela dan mendaulatkan negara ini?Mengapa bangsa2 lain tidak memilih kerjaya ini?Adakah kerana gajinya yang murah atau kerana mereka sememangnya hanya ingin membolot kuasa ekonomi tanpa mempedulikan tentang aspek sayangkan negara ini?Atau kerana mereka lebih suka melihat bangsa melayu ini sahaja yang bermatian2 melawan anasir2 jahat dan hanya menunggu untuk waktu yang sesuai menguasai negara ini secara tidak betul?Mengapa ketua2 bangsa ini marah tidak tentu pasal sedangkan mereka sendiri tahu hakikat sebenar bangsa mereka terhadap bidang2 ini?Sebagaimana marahnya mereka ini apabila subjek sejarah akan dijadikan kertas yang wajib lulus dalam peperiksaan SPM serta fakta peristiwa 1969 yang telah menghuru-harakan negara ini begitulah yang seterusnya akan terjadi apabila mereka di usik sedangkan sekiranya tuan punya tanah ini di usik malah di hina oleh mereka, tiada sedikitpun pernah mereka ambil tahu untuk menjaga perasaan yang membara didalam dada..Apa yang sangat pasti hanya bangsa melayu sahaja yang perlu menjaga hati bangsa2 lain di tanah ini sedangkan mereka tidak pernah berbuat demikian untuk kita..Jadi benarlah apa yang telah DSZH katakan bahawa semangat patriotik dari kalangan bangsa2 lain dalam negara ini terhadap bidang ketenteraan dan beruniform amat rendah..Wassalam