Rabu, 27 Oktober 2010
Kononnya lah
Khalifah Umar Abdul Aziz terkenal dgn kewarakkannya dan juga sifat sederhananya..sifat terpuji beliau menjadi lambang seorang pemimpin dari dunia islam yang tiada tolok tandingnya sehingga sekarang ini kerana itu beliau senantiasa menjadi contoh ikutan bagi para pejuang yang ingin menjadi pemimpin dan yang paling menyayat hati apabila seorang yg berjiwa ultra kiasu atau cauvinis beria2 utk mengikut contoh khalifah ini dalam pentadbirannya..tidak ke hairan bin ajaib bagi kita khususnya di tanah melayu ini apabila seorang yang mempunyai jiwa seperti yang saya sebutkan tadi di atas dan masih lagi dan akan terus kekal sebagai seorang kafir beria2 utk meniru kepimpinan ini? pernah ke terfikir pada kita khasnya kepada orang2 melayu islam dan islam di tanah ini mengapa dan kenapa sang ultra kiasu ini begitu beria2 sekali dengan kenyataan beliau? bagi saya sudah tentu ada udang di sebalik batu atau lebih tepat lagi ia akan menjadi bagai api dlm sekam terutama sekali kepada mereka2 yang terlalu percaya pada janji2 seorang cauvinis ini apalagi dgn adanya pengkhianat melayu islam seiring dengan perancangannya utk memerintah tanah ini..yang lebih ngilu lagi apabila ada kalangan orang melayu islam yang pegangan agamanya kuat tiba2 menjadi pudar apabila turut terkasima dengan ayat2 cinta sang penasihat ini yang memainkan peranan utama sebagai orang tengah kepada pakatan yang boleh di panggil sebagai Pakatan Rosak(PR)sehinggakan kuasa yang ada selama ini oleh parti islam ini seolah2 bagaikan hanya gah pada nama shj sedangkan yang memiliki kuasa dlm pakatan ini terletak pada tangan seorang penasihat dimana partinya sendiri kucar kacir semasa pemilihan ranting dan cabang baru2 ini..sebab itu boleh di katakan bahawa pakatan ini adalah pakatan rosak sebb ketua kepada pakatan ni sudah rosak akhlaknya apalagi partinya..Berbalik kepada kesungguhan ketua menteri ini yang mendapat pujian yang melangit tinggi drpd part2 pakatannnya kerana ingin mencontohi pemerintahan khalifah umar abdul aziz sehinggakan sanggup seorang ketua kerajaan negeri yang partinya kononnya memperjuangkan islam dengan hanya bersandarkan slogan dari dulunya Membangun Bersama Islam dan kini bertukar kepada Islam Untuk Semua terbang ke negara yang menjadi bapa kepada parti berasaskan perkauman ini walapun tahap keuzuran beliau amat2 merunsingkan tetapi kerana terlalu ingin melihat sebuah parti yang majoritinya drpd bangsa melayu dan agama islam ini tumbang khususnya pada PRU13 ini maka beliau seolah2 lupa bahawa parti yang menjadi pakatannya itulah yang sehingga kini tetap tidak mengubah pendiriannya yang menolak sebuah negara islam di tanah melayu ini..Semua orang sudah maklum bahawa parti yang diterajui oleh anak beranak ini yang boleh di panggil juga Dasar Anak Pelampau ini sifat cauvinisnya ataupun ultra kiasunya cukup tinggi sehinggakan mereka menjadi kurang ajar terutamanya dalam perlantikan seorang menteri besar di perak selepas PRU12 lalu apabila mereka dengan angkuh menyuarakan hasrat untuk melantik seorang menteri besar dari kalangan mereka(DAP) walaupun telah mengetahui bahawa undang2 tubuh kerajaan negeri perak tidak memungkinkan seorang yang berbangsa selain daripada melayu dan beragama selain drpd islam menjadi menteri besar..disinilah terletakknya kuasa seorang raja yang menjadi denyut nadi dan payung kepada bangsa melayu dan agama islam sehinggakan mereka2 ini terkedu kerana terpaksa mengikut tuan punya negeri tersebut..Inilah untungnya seorang yang bangsanya melayu dan agamanya islam..jesteru itu kita sebagai bangsa melayu islam semestinya berbanggsa dengan bangsa dan agama kita kerana tanpa kedua2 faktor ini nescaya tidak mungkin negeri kelantan dan kedah akan bermenteri besar dgn orang yang ada sekarang..Jarum sudah mereka cucuk utk memberi gambaran kepada rakyat negara ini khususnya kepada bangsa melayu islam bahawa mereka2 ini(DAP) boleh menerima sesiapa shj utk menjadi kawan mereka tetapi di sebaliknya tiada siapa yang tahu kerana kucing tidak pernah menolak ikan..Seandainya ada di kalangan kita (melayu islam) yang masih lagi percaya dengan segala tipu muslihat parti ini maka rujuklah orang melayu di seberang tambak johor sana sebagai bukti tanda kemesraan mereka terhadap bangsa melayu..Segalanya mungkin bagi mereka2 ini kerana mereka tidak pernah mengenal dosa dan pahala dalam matlamat mereka utk menjajah dan menjarah setiap inci bumi tanah melayu ini kerana impian mereka utk melihat kermbalinya bapa mereka( singapura) kembali bercantum menjadi malaysia baru tidak pernah padam malah semakin galak apatah lagi adanya pengkhianat2 negara yang sanggup bermuka2 demi meraiih kuasa..Matlamat menghalalkan cara sudah menjadi sinonim kepada parti2 pakatan rosak ini kerana apa yang lebih penting bagi mereka ialah kuasa dan putrajaya..Sebagai seorang yang waras dan juga berbangga dengan identiti bangsa dan agamanya,saya menyeru rakan2 di luar sana agar membuat kajian yang lebih teliti dengan segala sikap hipokrit yang ada pada pakatan rosak ini kerana yang rugi bukan kita tetapi anak2 generasi kita yang akan datang..janganlah membiarkan mereka melukut di tepi gantang gara2 kelalaian kita dalam mengenal jauhari dan manikam...Salam Semangat Melayu Islam daripada saya...Wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)