Ahad, 30 Januari 2011

Bersatu Demi Keamanan Dan Kekuatan

Sifat bangsa melayu islam yang terlalu bertolak ansur kadangkala amat merugikan.Kerugian yang di tanggung bukan sahaja melibatkan sesetengah perkara yang remah tapi kini kepada perkara-perkara yang boleh di anggap induk kepada teras negara ini.Contoh yang baru saja berlaku ialah dalam peristiwa buku Interlok yang kini terpaksa pihak berwajib memotong sebahagian perkataan yang dikatakan boleh mengguris hati sebuah bangsa di dalam negara ini sedangkan pada hakikatnya ianya adalah sesuatu yang biasa kita dengar setiap hari sejak dari dahulu lagi.Tetapi kerana akhir-akhir ini kerapuhan yang amat ketara bangsa melayu dalam perpaduannya telah digunakan sepenuhnya oleh mereka yang berkepentingan untuk menjadikan isu ini sebagai isu nasional hingga menggegarkan seketika keamanan negara ini dengan kejadian tunjuk perasaan beberapa kerat mereka yang telah di upah untuk mengadakan demontrasi menolak buku tersebut daripada terus di guna pakai sebagai buku rujukan bagi sistem persekolahan.
Bangsa melayu yang terkenal dengan adab dan sopannya serta disusuli dengan kekuatan tiang sendi agama islam sebagai pegangan bangsa melayu telah menjadikan sifat-sifat terpuji memang tiada tolak bandingnya jika hendak di bandingkan dengan mana-mana bangsa di dunia ini.Amalan tradisi melayu serta kekuatan islam tu sendiri yang senantiasa harum sepanjang zaman telah melengkapkan satu pakej yg cukup sempurna bagi bangsa melayu islam di negara ini untuk menunjukkan sifat tersebut.Lantaran itulah sejak dari pemerintahan melayu melaka hingga sekarang,bangsa melayu islam di puji sebagai bangsa yang selalu menggalakkan perdamaian meskipun terpaksa memendam rasa kecewa namun demi untuk keamanan maka walau pahit sekalipun di telan lumat oleh bangsa ini.
Hasilnya sedikit demi sedikit segala kekayaan dan keistimewaan bangsa melayu islam ini semakin terhakis dek kerana terlalu menjaga hati mereka yang dulunya hanya ingin menumpang tuah kekayaan tanah ini.Segala apa yang di pinta mereka pasti akan sedaya upaya bangsa melayu islam ini cuba untuk memenuhi kehendak asalkan keamanan dan kedamaian negara ini terjamin.Si pendatang pula semakin angkuh dan berlagak kerana merasakan mereka semakin hari semakin menjadi kuasa penentu dan pencatur pada parti-parti yang di anggap mewakili kaum melayu islam.Semakin banyak ragam dan karenah yang terpaksa di layan gara-gara kerapuhan perpaduan dalam bangsa melayu islam sehingga kini.Bagaikan tiada lagi titik noktah untuk melihat perpaduan sesama bangsa dan agama dalam erti permuafakatan melayu islam kerana masing-masing cuba untuk menjadi hero walaupun ada yang terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang selama ini menjadi dokongan mereka.
Ibarat orang mengantuk di hulurkan bantal maka begitulah juga yang telah terjadi kepada parti-parti terbesar umat melayu islam ini apabila mereka dengan mudah digula-gulakan dengan muslihat yang cukup tersirat maknanya oleh tangan-tangan pendatang yang semakin tidak sabar untuk menakluk negara ini selepas lebih 53 tahun merdeka.Mereka sanggup menggadai dan menjual maruah bangsa dan agama bahkan lebih dajal lagi menggunakan segenap peluang yang ada untuk memastikan hasrat menakluk bersama dengan tangan-tangan ini dapat  menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat ini hinggakan menggunakan agama sebagai senjata utama dalam mencapai cita-cita mereka.Keretakan yang semakin ketara dalam perpaduan melayu islam  dapat di hidu oleh anasir-anasir luar yang selama ini begitu teruja untuk menikmati keistimewaan dan kelebihan dalam negara ini dengan cara mencatur permainan yang pada kacamata kasarnya tidak mampu di olah oleh bangsa melayu islam ini.
Mereka dengan mudah menggunakan beberapa kerat nama-nama pimpinan melayu islam yang terlalu teruja untuk menjadi pemerintah yang sanggup melalukan apa sahaja asalkan niat utama terlaksana walaupun terpaksa memejam mata dan memekakkan telinga tetapi demi untuk berkuasa maka mereka sanggup untuk menghalalkan segala cara.Seolah-olah kini perpaduan melayu islam telah tiada di mata mereka kerana begitu terkasima dan teruja untuk menjadi orang yang berkuasa walaupun hakikatnya adalah badut boneka mata.Generasi muda dengan mudah pula termakan hasutan daripada agen-agen mereka kerana terlalu percaya dan mudah sgt terpedaya dengan raut muka yang gemerlap bagaikan permata yang di sebaliknya adalah berpura-pura.Dengan segala kemajuan dan teknologi terkini,generasi melayu islam terus terpesona dan hanyut tanpa mereka sedari segala gerak geri dan perlakuan mereka di perhati dengan penuh minat oleh tangan-tangan luar yang hanya menunggu saat dan ketika untuk menakluk negara.Mereka kini lupa akan segala yang mereka kecapi ini adalah hasil perjuangan dan penat lelah para pejuang melayu islam dahulu yang sanggup menggadai segalanya demi untuk terus melihat anak cucu cicit mereka tetap menjadi tuan kepada tanah ini
Keringat peluh yang menitis dan darah pahlawan yang mengalir kini bagaikan sudah di lupakan oleh generasi muda  gara-gara sejarah dahulu tidak lagi di anggap sebagai siraman semangat mereka.Mereka lebih teruja dan lebih berbangga untuk menjadikan diri mereka lari daripada kelompok melayu islam yang menjadi tanda pengenalan mereka.Lebih menyayat hati apabila mereka lebih terarah untuk menjadi pengikut kepada parti yang jelas menolak perpaduan dan yang paling ketara golongan muda melayu islam kini seolah-olah tidak peduli tentang erti secalit undi yang bakal menentukan warisan mereka akan hidup sama seperti mereka pada hari ni atau sebaliknya.Mereka lupa dengan segala yang mereka ada ini dengan sejuta keselesaan dan keamanan adalah hasil garapan pimpinan negara yang tidak pernah berputus asa untuk melindungi aset-aset negara ini daripada terlepas kepada mereka yang tidak pasti matlamatnya.Mereka seolah-olah ingin hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa di sedari warisan mereka akan datang akan merasai beban yang lebih menghimpit kehidupan.
Segala yang ada dengan kita sekarang mesti kita pertahankan habis-habisan demi sebuah keamanan dan kedamaian.Walaupun terpaksa sekali lagi mengalirkan darah sekalipun kita mesti pertahankan hak-hak kita demi untuk generasi masa hadapan.Melayu islam jangan sesekali gah menjadi juara penderhaka  hanya kerana kemanisan sekelip mata yang di hidang kerana resepi bukan daripada kita yang akhirnya menjadikan kita merempat dan menagih simpati di tanah sendiri.Genggamlah bara api hingga jadi arang walau sudah pasti tangan melecur kerana yang penting melayu islam mesti bersatu hati dalam apa juga keadaan demi masa hadapan anak-anak kita yang akan menakhoda zaman...wassalam

Selasa, 25 Januari 2011

Jangan Bermain Api

Kadangkala kita sebagai manusia lupa bahawa semua yang terjadi dalam kehidupan kita telah di takdirkan dan mempunyai hikmah di sebaliknya.Persetujuan semasa kita di alam roh telah membawa kita ke alam dunia hingga kita lupa betapa lemahnya kita sebagai makhluk ciptaanNya di atas muka bumi ini.Tetapi sifatnya manusia yang mempunyai darah hitam di dalam tubuhnya di tambah dengan hasutan iblis dan syaitan yang akan berterusan menghasut anak-anak adam ini sehingga hari kiamat telah menjadikan manusia sebahagiannya berjaya mereka pesongkan dan menjadi pemyembah tuhan selain Allah Taala.
Apatah lagi umat islam yang senantiasa menjadi buruan utama iblis dan syaitan ini untuk menganggu-gugat keimanan mereka terhadap Allah dan Rasulnya dan mengajak umat islam utk berlaku syirik dan jahat tidak sepertimana suruhan daripada Pencipta dan UtusanNya.Lantas semakin hari semakin kita dapati ramai di antara mereka umat islam kini yang begitu mudah terpesong kerana bisikan-bisikan jahat iblis dan syaitan yang semakin bermaharajalela.Mereka yang kuat agamanya tetapi membawa banyak penyelewengan akidah kini muncul bagaikan tumbuhnya kulat selepas hujan kerana keadaan semasa yang ingin terjadi sebegitu.Hasilnya kita dapati terlalu banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam pandangan islam kini telah pun berlaku dan semakin bertambah hari ke hari.Persepsi masyarakat khususnya umat islam yang memandang mulia martabat terhadap mereka-mereka yang tinggi ilmu agamanya telah di gunakan sepenuhnya oleh sebahagian besar daripada merekka untuk menarik perhatian masyarakat umat islam menyokong dan mendokong apa jua yang mereka lakukan walhal sudah terang bahawa segala yang di lakukan adalah salah sama sekali pada pandangan agama.
Namun kesemua itu bagaikan hilang di tiup angin kerana kepandaian golongan ini mengaburi pemikiran penyokong dan pendokong dengan berbagai gaya tafsiran yang boleh berubah mengikut peredaran masa sedangkan al quran dan al hadis akan kekal segala isi nya hingga hari kiamat.Kerakusan golongan ini terhadap makna kuasa semakin kuat apabila sanggup untuk bersekongkol dengan golongan yang tidak sebangsa malah seagama untuk menghapus atau mengalahkan golongan yang seagama dan sebangsa dengan mereka demi untuk mencapai matlamat mereka.Senjata agama di jadikan sebagai umpan terbesar bagi mereka untuk meraih perhatian dan sokongan rakyat dalam memastikan agenda untuk mengalahkan saudara seagama sebangsa mereka tercapai.Tiada lagi kemanisan iman dan ihsan dalam diri mereka yang layak di panggil pewaris nabi bahkan raut muka mereka tidak lagi mampu menzahirkan ketenangan agama yg di amalkan gara-gara ketaksuban mereka dalam mengejar impian hingga sanggup menghalalkan apa juga cara asalkan niat dan agenda mereka cepat terlaksana.
Mereka sanggup untuk terus bermain dengan pentafsiran-pentafsiran yang akhirnya akan merugikan umat islam dan bangsa melayu di negara ini lebih-lebih lagi untuk generasi muda yang akan menjadi pelapis pimpinan negara.Mereka sanggup untuk terus bermukah gara-gara merasakan kuasa semakin hampir di gapai hinggakan ada sebahagian mereka tidak lagi menjunjung tinggi kedaulatan negara malah semakin berani mencabar dan memperkosa keamanan yang dulunya cukup terpelihara.Mereka bagaikan dajal terus memporak-perandakan kedamaian dan keamanan dalam negara ini dengan seribu satu muslihat agar keutamaan mereka menakluk menjadi realiti.
Sampai bilakah kita harus sebegini?menjadi pengkhianat kepada agama,bangsa dan tanahair sendiri kerana ketamakkan yang bertakhta di hati?Apakah kita sanggup melihat agama,bangsa dan tanahair yg kita cintai musnah gara-gara kelalaian sendiri?Apakah kita mampu dan tenang untuk meninggalkan legasi kita dengan suasana dan keadaan yang penuh porak peranda?Apakah kita mampu untuk menjanjikan ketenangan dan kedamaian kepada warisan kita sekiranya kuasa tidak lagi berada di tangan?Apakah kita cukup pasti mereka yang bukan seagama dan sebangsa akan membela dan menjunjung tradisi apabila kita sendiri menyerahkan kuasa kepada mereka?Kalau kita tidak pasti maka jangan bermain dengan api yang pasti akan membakar segala janji...wassalam

Ahad, 23 Januari 2011

Damaikanlah Antara Dua Parti

Ada sesetengah melayu islam di malaysia bila di ajukan persoalan-persoalan tentang perdamaian maka cuping telinga mereka cepat sangat menjadi panas.Panasnya pulak semacam lahar gunung merapi yang baru-baru ini memuntahkan kepanasannya setelah sekian lama menyepi.

Malah ada antara mereka sengaja mencari alasan yang tak munasabah kerana nak melarikan diri drpd berdamai sedangkan islam telah mengajak umatnya untuk berdamai dan membina kekuatan ummah melalui perdamaian.Apatah lagi dalam negara ini yang berbilang bangsa dan agama serta adat-adat tradisinya yang memerlukan konsep sebegini demi untuk melihat secara berterusan kekuatan melayu islam terus kukuh dan dihormati.

Tonggak kekuatan melayu islam adalah daripada dua parti terbesar iaitu UMNO dan PAS sementara PKR hanyalah sebahagian daripada parti yang menumpang nasib untung daripada PR yang tidak pernah sebulu dalam persamaan ideologi mereka yang sehingga kini masih lagi kekal misteri konsep pakatan mereka walaupun pihak pakatan beria2 mengatakan bahawa konsep mereka telah di terima oleh kesemua pimpinan PR.

UMNO dan PAS adalah suara melayu islam tulen dalam terus memperjuangkan nasib agama dan bangsa dari dulu sehingga sekarang cuma bezanya mereka bukan daripada kompenan atau pakatan yang sama malah kedua parti ini seringkali bertelagah khususnya dalam menidakkan kelebihan dan kelemahan masing-masing.Mereka sebolehnya cuba untuk mengatakan bahawa parti merekalah yang paling baik dan patut menjadi pilihan orang melayu islam sedangkan jika mereka bergabung sudah pasti satu konsep perkongsian kuasa yang cukup mantap dan padu dalam mentadbir negara ini akan dapat mereka sajikan kepada rakyat malaysia.

Kekuatan kedua parti ini dalam bidang masing-masing cukup terbukti hebat tetapi sayangnya sehingga hari ini kedua parti ini masih terus dengan nada angkuh dan bongkak serta tidak mahu bertolak ansur bila persoalan untuk melihat konsep kerajaan perpaduan di timbulkan.Lebih malang apabila parti yang bertunjangkan islam ini telah memberikan alasan peristiwa lampau parti mereka sebagai pengajaran bagi pimpinan utama parti ini seolah-olah luka yang tak mungkin akan sembuh biar pun untuk beberapa puluh tahun lagi.Sifat angkuh dan sombong mereka ternyata lari daripada konsep islam yang begitu menitik-beratkan tentang konsep persaudaraan sesama saudara islam.

Dalam pada masa yang sama juga harus di akui bahawa ada tangan-tangan ghaib begitu cuak dan sangsi yang sebolehnya tidak mahu melihat konsep perpaduan terjadi apabila UMNO menghulurkan tangan perpaduan kerana mereka tidak mahu melihat pergabungan kuasa melayu islam akan menjadikan agenda tersirat mereka terhadap negara ini akan  menjadi sia-sia.

Dan sehingga saat ini mereka amat gembira kerana usaha untuk melihat penggabungan parti-parti melayu islam masih lagi samar dan terlalu jauh untuk di meterai gara-gara sesetengah sikap pimpinan kedua parti melayu islam ini yang masih lagi berlagak sebagai jaguh tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku kelak pada generasi melayu islam.Mereka terus melalak mengatakan bahawa parti merekalah yang paling berhak dan paling berwibawa hingga menimbulkan rasa yang tidak aman khususnya kepada nasib dan masa depan generasi baru melayu islam kerana pimpinan mereka masih lagi bertelagah sedangkan dalam masa yang sama nasib agama dan bangsa semakin hari semakin tercalar maruahnya.

Kecelaruan ini telah memberi keuntungan yang tidak ternilai kepada mereka yang begitu beragenda untuk menguasai negara ini apabila tiba saatnya setelah mereka menguasai kek ekonomi sejak dari dulu lagi untuk terus bertapak kukuh sebagai kuasa politik dari hari ke hari.

Yang rugi adalah generasi baru melayu islam sekiranya masih lagi tiada noktah untuk melihat konsep perpaduan kedua parti utama melayu islam ini bergabung dan seterusnya membawa untung nasib agama dan bangsa gah selamanya.Kerana yang cukup pasti ialah apabila kuasa politik negara ini berpindah tangan kepada mereka yang bukan agamanya islam dan bangsanya melayu maka seribu satu kedajalan akan berlaku kepada nasib bangsa  melayu dan agama islam.Sebelum terlambat berusahalah wahai para pimpinanku melayu islam untuk menjadikan konsep perpaduan  ini sebagai kenyataan kerana keamanan dan kemakmuran negara ini terletak dalam tangan anda demi generasi baru melayu islam..maka damaikanlah antara dua parti ...wassalam

Rabu, 19 Januari 2011

Mampukah Lagi Melayu Islam Itu Tersenyum?

Semakin hari semakin banyak ragam orang-orang melayu yang tidak kering idea untuk memanaskan suhu politik tanahair.Yang lama berkuasa terus rakus menunjukkan taringnya manakala yang baru mengenal kuasa semakin haloba menurut kata nafsu mereka.Bagaikan tiada lagi unsur-unsur kemelayuan dan keagamaan dalam diri setiap melayu yang di angkat rakyatnya untuk menjadi pemimpin dan seterusnya memikul amanah yang paling berat di atas dunia ini iaitu menjadi khalifah.
Orang-orang melayu kini semakin hilang rasa malunya malah menjadi semakin berlagak serta angkuh bahkan keegoan yang melangit tingi dalam diri mereka telah menjadikan mereka ini menjadi kurang ajar bukan sahaja kepada bangsa mereka sendiri tetapi kini sanggup untuk menyembah derhaka kepada penjaga bangsa dan agama.Sebahagian pimpinan melayu islam ini seolah-olah bagaikan di pisahkan oleh petala-petala langit dan bumi yang menzahirkan diri masing-masing untuk terus bertelagah sesama sendiri hingga akhirnya merugikan generasi baru.Mereka menjadikan medan poliltik yang kini bebas tanpa had dan sempadan sebagai medan utama menunjukkan kekuatan masing-masing malah berjanji dengan sejuta keistimewaan hingga sanggup untuk memperbodohkan diri mereka sendiri dengan menjadi tali barut mahupun kuda tunggangan orang lain.
Seolah-olah kini langit melayu bagaikan menjadi tanda nama sahaja kerana melayu-melayunya kini asyik bercakaran dan saling ingin menunjukkan kejantanan tanpa lebih utama untuk menghitung nasib rakyat melayu yang semakin di heret oleh kancah mainan seribu satu dusta.Mereka lebih rela melihat rakyatnya tidak tentu arah dengan sesekali memberikan kata-kata puitis sebagai penyedap bicara agar perhatian rakyat terhadap kehidupan mereka menjadi tidak ketara.Tiada rugi diri mereka sebagai pimpinan rakyat kerana masing-masing sudah pasti ada harta berjuta walaupun rakyat mereka terus melara memikirkan untung nasib seharian sebelum mereka menutup mata.Tetapi ingatkah mereka sebagai khalifah akan dosa dan azab sengsara gara-gara berlaku durja terhadap jelata?Atau mampukah mereka menebus dosa dengan memberikan ribuan juta ringgit kepada jelata kerana nyawa di hujung senja?Setinggi manakah nilai sebuah bangsa dan agama bagi mereka-mereka yang berbuat dusta?
Jangan akhirnya membiarkan melayu islam terus merenung duka berpanjangan gara-gara kita sebagai pimpinan terus bermaharajalela mencurah asid demi kekenyangan perut kita dan kroni kerana melayu islam perlu tersenyum bangga dengan pemimpin mereka yang berhati waja.Sanggup melepaskan dunia kerana rakyatnya..sanggup menjadi hamba kerana rakyatnya..sanggup melakukan apa sahaja kerana rakyatnya..kerana rakyatnya lah yang telah mengangkatnya menjadi mulia.Kemuliaan akan  kekal selamanya andai pimpinan mereka terus berusaha menjadikan melayu islam itu terus mengukir senyum walaupun sesekali di sepak terajang kerana keikhlasan mereka yang bernama pemimpin..wassalam

Jumaat, 14 Januari 2011

Semoleknya 60 Tahun Bukan 75 Tahun

Tabung Haji merupakan tempat bakal para jemaah haji menyimpan wang mereka untuk merealisasikan hasrat utama dalam hidup mereka iaitu untuk menunaikan fardhu haji bagi melengkapkan rukun islam yang ke lima.Sehingga kini hampir berbilion ringgit telah disimpan kedalam tabung haji hasil dari kecekalan dan sifat jimat cermat para pendepositnya walaupun beberapa tahun yang lalu kita di kejutkan dengan penyalahgunaan kuasa oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dalam mengenal pasti pelaburan hingga mengakibatkan kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa di tanggung oleh para pendeposit.
Tetapi kesemua itu dapat di kembalikan semula hasil daripada sifat kecaknaan dan sifat amanah serta  tanggungjawab para pegawai tabung haji yang bertungkus lumus memastikan wang yang kebanyakkan daripada bakal jemaah haji ini adalah orang-orang kampung dapat imbuhan yang setimpal sebagaimana gigihnya para pendeposit mengumpul duit mereka.Hasilnya pihak tabung haji baru-baru ini telah mengumumkan pemberian bonus yang mencecah angka bilion ringgit utk diagihkan kepada para pendepositnya sehingga menutup byk mulut yang selama ini tidak pernah puas dengan pencapaian tabung haji yang boleh dianggap sangat cemerlang dalam setahun dua ini.Bagaikan mendapat durian runtuh para pendeposit apabila mendengar khabar gembira ini tatkala kehidupan harian mereka yang semakin hari semakin tinggi kosnya.
Cuma apa yang masih lagi menjadi pertanyaan ialah kenapa yang layak tanpa perlu menunggu panjang adalah tidak dari golongan  warga emas atau pesara yang berumur 60 tahun ke atas ?sepatutnya mereka inilah yang perlu secara automatik untuk menunaikan haji setelah cukup akaun mereka bagi membolehkan menunaikan rukun islam yang lima ini kerana mereka yang berumur semacam ini sangat kuat perasaan mereka untuk mengerjakan ibadat haji.Apakah kerana trend semasa yang mana kebanyakkan para jemaah haji sekarang adalah drpd golongan muda yang boleh membayar dengan hanya beberapa kali sahaja kedalam akaun mereka bagi membolehkan menunaikan haji maka warga yang berumur 60 tahun ke atas ini dipaksa untuk menunggu giliran sehingga kadang2 tempohnya amat panjang hinggakan usia mereka menjangkau angka 70an.Tidakkah pernah terfikir dan terlintas dalam fikiran mereka yang menguatkuasakan undang2 ini perasaan warga emas ini yang terpaksa menahan sabar tahun demi tahun sedangkan pada hakikatnya merekalah yang patut diutamakan sesuai dengan umur mereka yang semakin lanjut.Berilah keutamaan kepada orang-orang tua kerana mengikut sifirnya mereka tidak akan lama untuk terus  menjadi penghuni dunia ini
Tetapi jika senario ini terus berlaku dan tiada tindakan susulan  daripada pihak tabung haji sendiri khususnya menteri di jpm yang mengawal selia tabung haji ini untuk mengubah dasar seperti di atas maka sudah pasti ramai warga tua yang hanya mampu mengeluh nasib mereka yang dirasakan semakin jauh untuk mengerjakan haji gara2 ketidakcaknaan pihak terbabit dalam memastikan sistem menunggu ini di ubah bagi membolehkan warga tua ini secara automatik dapat mengerjakan haji apabila simpanan mereka sudah cukup.Kerana apabila usia 60an adalah usia getir bagi setiap manusia kerana ketika di usia sebegini ramai yang telah di jemput untuk menemui pencipta mereka meskipun kita wajib percaya ajal maut di tangan tuhan.
Semoga sistem penggiliran ini dapat di ubah agar para warga tua tidaklah terasa tekanan yang amat sangat gara-gara terpaksa menunggu lama giliran mereka untuk menjejak kaki ke tanah haram seterusnya mencapai impian mereka untuk melaksanakan rukun islam ke 5 sebelum menutup mata mereka buat selamanya..wassalam

Jumaat, 7 Januari 2011

Jangan Mencabar!!

Konsep perlembagaan negara yang di asaskan oleh pimpinan terdahulu telah meletakkan nasib bangsa melayu dan kaum bumiputera dan agama islam di tanah melayu ini kepada Raja@Sultan untuk negeri-negeri yang mempunyai sultan manakala bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan maka kuasa ini terletak pada Yang Di Pertuan Agong.Begitulah konsep perlembagaan yang telah menjadi nadi kejayaan tanah melayu ini sehinggakan menjadi cukup terkenal di mata dunia
Namun kesemua ini bagaikan tidak bererti lagi kepada segolongan anak bangsa sendiri yang kini semakin hari semakin berani berlaku biadap terhadap pemegang kunci ini.Rasa hormat terhadap institusi ini bagaikan tidak lagi menjadi perhatian golongan ini yang sanggup untuk menderhaka kepada raja-raja mereka kerana terlalu rakus ingin berkuasa.Mereka sanggup melakukan apa sahaja waima mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja bisa mengguris hati institusi berkenaan malah lebih teruk lagi telah mengajak rakyat yang bersama mereka untuk sama-sama menjadi penderhaka.
Seolah-olah kini mereka tidak lagi memandang tinggi raja-raja melayu kerana terlalu taksub dengan konsep ketuanan rakyat yang di laung-laungkan oleh pimpinan mereka yang terdiri daripada anak melayu.Bagi mereka konsep ketuanan melayu ini tidak lagi boleh dipakai kerana ia menggambarkan seolah-olah melayu itu adalah tuan pada tanah ini sedangkan itulah hakikat yang perlu diterima oleh golongan penderhaka ini dan juga mereka yang tidak berbangsa melayu dan bukan bumiputera.Hakikat melayulah tuan kepada tanah melayu ini bagaikan menjadi duri dendam yang amat kuat dalam diri perderhaka ini dan juga diri bangsa yang dulunya pendatang.Walaupun tidak dinafikan ada juga bangsa pendatang ini yang memahami hakikat ini namun segolongan lagi tetap mempertahankan konsep malaysia malaysian agar agihan sama rata menjadi kenyataan apabila impian untuk menakluk putrajaya menjadi kenyataan.
Keceluparan golongan melayu derhaka ini sampai kemuncaknya selepas peristiwa di perak 2 tahun yang lalu merebak kepada pentadbiran seorang anak melayu yang dilahirkan dari konsep DEB  tetapi menjadi lupa gara-gara ketaksuban untuk menjadi pemerintah.Keceluparan ini bertambah apatah lagi ada tangan-tangan ghaib yang berada dibelakang anak melayu ini yang begitu gembira kerana agenda mereka yang selama ini cukup mereka takuti iaitu untuk menderhaka kepada raja-raja melayu kini telah terlaksana.Mereka cukup seronok melihat anak bangsa melayu sendiri yang sanggup menjadi penderhaka dan sudah pasti jika ada sebarang perkara yang tidak di ingini maka mereka yang cauvinis ini akan terlepas.Mereka tidak mahu di anggap sebagai dalang sebagaimana 1969 yang telah menjadikan riak kebangkitan bangsa melayu untuk menentang parti mereka.Mereka tidak lagi mahu menjadi panglima perang tetapi lebih suka menjadi pencatur yang paling berkuasa apabila impian untuk menggapai putrajaya menjadi kenyataan.
Apa lagi yang akan tinggal kepada bangsa melayu jika institusi ini terus di hina dan di permainkan?Apakah kita sebagai rakyat jelata tidak memikirkan tentang hati dan perasaan raja-raja ini yang menyedari mereka kini tidak lagi di hormati?Apakah titah mereka yang hanya sesekali kedengaran ini tidak lagi laku?Apakah kita sanggup untuk melihat raja-raja kita ini terusir sebagaimana raja melayu yang ada di negeri jiran yang kini gah dengan panggilan republik?Apakah kita tidak pernah memikirkan betapa malunya maruah  seorang pemerintah negeri di perlakukan gara-gara ketaksuban berpolitik yang mempunyai seribu satu agenda jahat yang tersembunyi?
Raja-Raja adalah denyut nadi bangsa melayu dan agama islam.Jika terusik dan di usik sesuka hati sudah pasti bahana yang bakal menimpa mereka yang berani mengusik kerana selagi ada insititusi ini selagi itulah bangsa melayu yang masih lagi sayangkan raja-rajanya akan melakukan apa sahaja mempertahankan hak-hak yang telah termaktub hingga titisan darah yang terakhir.Jika ingin melihat sekali lagi tanah ini di sirami dengan air merah teruskanlah niat untuk mencabar wahai penderhaka kerana di mana bumi di pijak di situ langit di junjung..jika penderhaka-penderhaka tidak berganjak..sudah pasti mereka akan di hitung!!...wassalam

Ahad, 2 Januari 2011

Damainya Tanahairku

Penggal baru persekolahan baru bermula dengan lebih kurang 500 orang murid tahun satu mula memasuki alam persekolahan yang menjadi tapak asas kepada sebuah kehidupan untuk masa depan mereka kelak.Pelbagai ragam dapat kita lihat samada menyaksikan sendiri ataupun yang tersiar dalam berita nasional.Ada yang gembira bukan kepalang..ada yang menangis tak henti-henti..ada yang ketawa memanjang...ada yang takut.Peristiwa ini akan kekal teguh dalam ingatan para ibu bapa yang menghantar anak2 mereka sehingga akhir hayat mereka.Dan sudah pasti memori ini akan menjadi bahan usikan apabila anak2 ini menjadi dewasa dan menjadi kebanggaan keluarga sebagai pelengkap kepada sebuah keluarga yang harmoni.
Tetapi apa yang paling penting adalah betapa semua perasaaan ini tidak akan terjadi sekiranya tanahair tercinta ini berada dalam keadaan huru hara.Sudah pasti memori di atas akan hanya teori sahaja lebih2 lagi apabila negara berada dalam situasi peperangan sebagaimana yang berlaku di negara islam yang lain seperti di Palestin,Afghanistan serta beberapa buah negara lagi yang bukan sahaja impian para ibu bapa untuk melihat pembelajaran anak2 mereka tidak terencat malah untuk melihat sebuah sekolah yang serba lengkap seperti yang kerajaaan kita sediakan pada hari ini utk rakyat malaysia pun masih lagi samar.Jika adapun bangunan persekolahan mereka adalah seperti sebuah kediaman yang cukup bersesak-sesak anak2 murid untuk belajar.Dengan kekurangan kelengkapan dan sistem pembelajaran yang tidak teratur ditambah dengan situsi yang senantiasa berada dalam  kancah peperangan tidak mungkin akan menjanjikan keharmonian kepada anak2 mereka untuk belajar dengan penuh ketenangan.Rasa cemas bukan sahaja akan bermain dalam benak otak para ibu bapa malah para guru yang mana kehidupan harian mereka diibaratkan sebagai menunggu ajal sahaja kerana serangan2 mahupun lontaran bom sudah pasti akan menjadikan persekolahan harian mereka berada dalam keadaan yang paling mencemaskan
Kita di Malaysia amat2 beruntung kerana masih lagi berada dalam keadaan yang aman damai tanpa disajikan dengan bedilan peluru dan bom sebagai santapan seharian hinggakan negara ini adalah destinasi yang paling wajib bukan sahaja di lawati oleh pelancong asing malah menjadi tempat idaman mereka yang ingin mencari kediaman kedua selepas negara kelahiran mereka.Sifat toleransi sesama kaum dan perasaan yang saling menghormati masih lagi utuh dan menjadi kunci sekian lama walaupun ada kedengaran suara-suara dangkal yang cuba untuk meniupkan sentimen perkauman yang sekaligus mencetuskan rasa kurang senang dikalangan bangsa yang berbagai ini namun kesemua ini dapat di pintas dengan kecekapan pemerintah yang di bantu oleh penjawat2 awam yang menjaga keselamatan negara khususnya.
Namun kesemua keamanan yang di kecapi ini sudah pasti tidak akan berkekalan sekiranya rakyat dalam negara ini lebih suka untuk memilih perjuangan yang lari daripada sifat2 keamanan dan banyak mencetuskan rasa tidak senang hati daripada memilih perjuangan yang sudah terbukti mampu menjaga bukan saja keamanan malah kebajikan seluruh rakyatnya.Sekiranya rakyat negara ini mudah dimomok dengan bait2 indah puisi sang pembangkang yang cuba untuk menghancurkan negara ini dengan terus menerus menjanjikan seribu satu impian yang hanya manis di bibir maka sudah pasti keamanan yang di kecapi selama lebih daripada 53 tahun ini akan tamat dek kerana janji kosong sang penakluk.Kalau selama ini negara ini cukup makmur dengan berpaksikan kepada keluhuran perlembagaan yang sedia ada dengan ketuanya masih lagi seorang melayu islam maka apakah keamanan ini akan berterusan sekiranya ketua negara menjadi milik mereka yang bangsa dan agamanya berlainan?apakah rakyat di luar sana yang begitu ingin mencuba pemerintah baru yang digelar pakatan rakyat ini benar2 yakin bahawa nasib mereka akan lebih terbela daripada kerajaan yang ada sekarang?apakah rakyat yang ingin sangat merasa pembaharuan kerajaan ini benar2 yakin kerajaan PR ini akan mengotakan janji mereka yang kadangkala karut utk akal fikirkan?Nasib anak bangsa melayu islam sudah pastinya akan lebih merana sekiranya rakyat khasnya bangsa melayu islam ini memilih untuk berketuakan mereka yang bukan seagama dan sebangsa kerana jika berdasarkan pada fakta yang ada pada hari ini,kita akan dapat melihat betapa kerusi-kerusi melayu islam kini cukup tergugat dan bila2 masa sahaja kerusi2 yang dimiliki oleh bangsa lain akan menandingi dan seterusnya menjadi majoriti dalam dewan rakyat sekiranya perpaduan sesama melayu islam ini terus berada dalam kesamaran.
Kekalkanlah keamanan dan kedamaian tanah ini demi generasi kita yang akan datang.Jangan bila nasi sudah menjadi bubur baru kita sedar apabila tali kuasa berada di tangan orang asing.Kerana yang nyata pasti hayat melayu islam di malaysia ini bergantung kepada kuasa politik semata-mata.Tanpa kuasa ini maka bertempiaranlah melayu islam ini bagaikan pendatang dalam negaranya sendiri...wassalam

Sabtu, 1 Januari 2011

Perjuangan Tetap Di Teruskan

Menutup tirai 2010 dengan kejayaan memberangsangkan pasukan Harimau Malaya dengan muncul sebagai juara Piala Suzuki buat kali pertama setelah menunggu 14tahun untuk mengucup piala tersebut.Kali terakhir adalah pada tahun 1996 apabila skuad yang diketuai oleh zainal abidin hassan selaku penyerang terbilang pada masa itu tewas kepada thailand 1-0.Setelah itu pasukan negara terus menerus di himpit kekecewaan sehinggalah sinar kejayaaan yang bermula pada sukan sea lalu mula membuahkan hasil.Skuad kendalian Rajagopal mula menunjukkan prestasi yg cukup menyakinkan sehingga berjaya membolot pingat emas.Tenaga muda yang di masukkan hampir 100% kedalam skuad kebangsaan berjaya mencuri perhatian seluruh penyokong hinggalah kemuncaknya pada malam 29hb disember apabila Harimau Malaya berjaya meranapkan jutaan penyokong tuan rumah samada yang berada di Gelora mahupun yang menonton di kaca televisyen dengan menewaskan timnas Indonesia dengan kelebihan jaringan semasa perlawanan akhir pertama di bukit jalil pada 26hb lepas.
Tirai 2011 yang baru saja memunculkan dirinya dengan tarikh yang sangat cantik iaitu 1111 seolah-olah bagaikan petanda kejayaan akan terus berdendang kepada sesiapa juga yang tidak pernah mengenal erti putus asa.Itulah yang telah di buktikan oleh bolasepak negara yang tidak pernah jemu untuk meraih kejayaan kerana bolasepak merupakan denyut nadi sukan pada mana-mana negara.Perjuangan bagi parti-parti juga sudah bermula apabila Dun Tenang di Johor akan mengadakan PRK pada 30hb ini setelah kematian adunnnya kerana sakit.Pihak BN yang di ketuai oleh UMNO akan memastikan kemenangan ini dapat di kekalkan agar rentak kecemerlangan dapat di teruskan dalam PRK setelah kemenangan terakhir di raih di Galas dan Batu Sapi.Namun kemenangan di Tenang ini adalah sebenarnya kemuncak kepada sokongan 1Malaysia yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri kerana di dun inilah watak sebenar pengundi akan dapat di lihat.Dengan pengundi cina yang ada 39% didalam dun ini sudah tentu akan memberi seribu makna bukan sahaja kepada kompenan BN bahkan kepada PR yang di ketuai oleh PKR yang sedaya upaya ingin mengagalkan rentetan kejayaan yang di raih oleh BN.Samada pengundi cina mula mengalih perhatian mereka dengan memberikan undi utk calon BN akan terjawab pada malam 30hb ini.MCA yang di ketuai oleh presidennya apatah lagi dalam jajahan takluk dr chua soi lek sendiri akan cuba membuktikan kepada kompenan mereka bahawa bangsa cina kini telah mula memberikan semula sokongan kepada parti yang terbesar bagi orang cina.Kerana semua sudah maklum bahawa MCA dan Gerakan telah ditolak mentah2 oleh pengundi mereka semasa PRU12 lalu yang menyaksikan hampir kesemua kerusi dun dan parlimen mereka tewas kepada lawan masing2 yang menyebabkan kerajaan BN kehilangan 2/3 majoriti setelah dengan senang mencapai majoriti lebih drpd 2/3 pada PRU11.Sekiranya kemenangan tidak berpihak kepada BN maka sudah pasti satu tanda yg cukup jelas akan kelihatan dimana sudah pasti pengundi cina kini tidak lagi menoleh kepada parti kompenan BN yang akan memungkinkan seribu satu keadaan yang cukup bahaya akan melanda parti pemerintah apabila PRU13 akan mula memunculkan dirinya.Jika UMNO sudah semakin berjaya untuk menarik kembali perhatian bangsa melayu untuk mula menyokong mereka kembali tetapi parti kompenan mereka masih lagi terkial-kial mencari rentak bagi meraih simpati pengundi bangsa mereka sendiri.Jika MCA dan Gerakan khususnya gagal untuk meraih sokongan bangsa cina kepada mereka maka apakah yang akan melanda BN? siapa yang rugi dan dalam masa sama mendapat untung dalam bahana kecelakaan yang menimpa BN kiranya kalah dalam PRU13 kelak?
Seolah-olah kini UMNO bersendirian untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan para pengundi terhahap kompenan BN sedangkan kompenan yang lain masih lagi tidur dan seolah0olah mengambil sikap sambil lewa khususnya MCA dan Gerakan yang kita ketahui adalah punca kepada kegagalan meraih 2/3 dalam dewan rakyat bagi BN disamping beberapa isu yang datang daripada kem umno sendiri yang cukup2 memulakan pengundi yang menolak kehadiran BN hingga tsunami politik berlaku pada 2008.UMNO kini tidak lagi boleh menoleh ke belakang untuk mengharapkan kepada bantuan parti kompenan mereka kerana yang pasti jika parti terbesar orang melayu ini kalah maka sudah pasti padah akan menimpa nasib anakk generasi melayu islam pada masa hadapan tatkala generasi melayu islam kini cukup merasakan keselesaan hasil drpd perjuangan nenek moyang terdahulu yang bermatian untuk mempertahankan tanah ini.Rasa selesa inilah yang menyebabkan generasi melayu islam terus dibuai oleh mimpi2 indah dan lebih sadis lagi apabila mereka mudah dimomokkan dengan agendan mereka2 yang mempunyai dua wajah yang ingin mengheret mereka ke lembah durja.
Tiada persefahaman yang berlaku sesama parti melayu juga bagaikan petanda bahawa bangsa melayu bakal sekali di jajah kerana masing2 terlalu ego dan bongkak malah terlalu degil untuk berkompromi demi kekuatan bangsa dan agama.Seolah kini tiada lagi unsur-unsur islam pada diri masing2 yang mengaku islam tetapi kini mereka lebih suka untuk melihat saudara mereka di sembelih bagaikan saudara2 arab melihat saudara palestine nya di ratah dan di jarah oleh yahudi.Masing2 berkokok bahawa merekalah yang paling hebat dan paling baik sedangkan dalam masa yang sama ada tangan2 asing yang bertepuk tangan apabila melihat keadaan satu bangsa yang dulunya cukup teguh dan kuat prinsipnya dalam mempertahankan tanahair ini tellah mula meleraikan ikatan tali hanya kerana terlalu tamak dan haloba kepada kuasa.Mereka mula menyusuk jarum2 halus agar gendang kebencian akan terus bermain dalam diri pimpinan melayu islam masing2 agar kelibat mereka seolah2 tidak kelihatan sebagai perencananya kerana mereka ini sedar jika mereka yang berada di saf hadapan sudah pasti bangsa melayu islam ini akan bergabung untuk menentang mereka sebagaimana yang telah mereka alami pada tragedi 1969.
Kepada parti-parti yang berakar umbikan kepada melayu islam berhati-hatilah dengan sandiwara manusia yang hanya manis di bibir ini.Begitu juga kepada sekalian melayu islam di tanah ini agar lebih berwaspada dengan mainan halus sang pendatang yang tidak pernah putus asa untuk menjarah tanah melayu ini dan seterusnya menjadi tuan baru tanah ini..berwaspadalah wahai anak-anak bangsaku agar dirimu tidak akan hanya di ulit mimpi indah gara-gara terkasima dengan madah yang penuh berhelah mereka yang bernama pendatang!...Perjuangan untuk membela agama bangsa dan tanahair tetap diteruksan tanpa menjejaskan semangat kekitaan yang telah lama di tanam.. wassalam