Konsep perlembagaan negara yang di asaskan oleh pimpinan terdahulu telah meletakkan nasib bangsa melayu dan kaum bumiputera dan agama islam di tanah melayu ini kepada Raja@Sultan untuk negeri-negeri yang mempunyai sultan manakala bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan maka kuasa ini terletak pada Yang Di Pertuan Agong.Begitulah konsep perlembagaan yang telah menjadi nadi kejayaan tanah melayu ini sehinggakan menjadi cukup terkenal di mata dunia
Namun kesemua ini bagaikan tidak bererti lagi kepada segolongan anak bangsa sendiri yang kini semakin hari semakin berani berlaku biadap terhadap pemegang kunci ini.Rasa hormat terhadap institusi ini bagaikan tidak lagi menjadi perhatian golongan ini yang sanggup untuk menderhaka kepada raja-raja mereka kerana terlalu rakus ingin berkuasa.Mereka sanggup melakukan apa sahaja waima mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja bisa mengguris hati institusi berkenaan malah lebih teruk lagi telah mengajak rakyat yang bersama mereka untuk sama-sama menjadi penderhaka.
Seolah-olah kini mereka tidak lagi memandang tinggi raja-raja melayu kerana terlalu taksub dengan konsep ketuanan rakyat yang di laung-laungkan oleh pimpinan mereka yang terdiri daripada anak melayu.Bagi mereka konsep ketuanan melayu ini tidak lagi boleh dipakai kerana ia menggambarkan seolah-olah melayu itu adalah tuan pada tanah ini sedangkan itulah hakikat yang perlu diterima oleh golongan penderhaka ini dan juga mereka yang tidak berbangsa melayu dan bukan bumiputera.Hakikat melayulah tuan kepada tanah melayu ini bagaikan menjadi duri dendam yang amat kuat dalam diri perderhaka ini dan juga diri bangsa yang dulunya pendatang.Walaupun tidak dinafikan ada juga bangsa pendatang ini yang memahami hakikat ini namun segolongan lagi tetap mempertahankan konsep malaysia malaysian agar agihan sama rata menjadi kenyataan apabila impian untuk menakluk putrajaya menjadi kenyataan.
Keceluparan golongan melayu derhaka ini sampai kemuncaknya selepas peristiwa di perak 2 tahun yang lalu merebak kepada pentadbiran seorang anak melayu yang dilahirkan dari konsep DEB tetapi menjadi lupa gara-gara ketaksuban untuk menjadi pemerintah.Keceluparan ini bertambah apatah lagi ada tangan-tangan ghaib yang berada dibelakang anak melayu ini yang begitu gembira kerana agenda mereka yang selama ini cukup mereka takuti iaitu untuk menderhaka kepada raja-raja melayu kini telah terlaksana.Mereka cukup seronok melihat anak bangsa melayu sendiri yang sanggup menjadi penderhaka dan sudah pasti jika ada sebarang perkara yang tidak di ingini maka mereka yang cauvinis ini akan terlepas.Mereka tidak mahu di anggap sebagai dalang sebagaimana 1969 yang telah menjadikan riak kebangkitan bangsa melayu untuk menentang parti mereka.Mereka tidak lagi mahu menjadi panglima perang tetapi lebih suka menjadi pencatur yang paling berkuasa apabila impian untuk menggapai putrajaya menjadi kenyataan.
Apa lagi yang akan tinggal kepada bangsa melayu jika institusi ini terus di hina dan di permainkan?Apakah kita sebagai rakyat jelata tidak memikirkan tentang hati dan perasaan raja-raja ini yang menyedari mereka kini tidak lagi di hormati?Apakah titah mereka yang hanya sesekali kedengaran ini tidak lagi laku?Apakah kita sanggup untuk melihat raja-raja kita ini terusir sebagaimana raja melayu yang ada di negeri jiran yang kini gah dengan panggilan republik?Apakah kita tidak pernah memikirkan betapa malunya maruah seorang pemerintah negeri di perlakukan gara-gara ketaksuban berpolitik yang mempunyai seribu satu agenda jahat yang tersembunyi?
Raja-Raja adalah denyut nadi bangsa melayu dan agama islam.Jika terusik dan di usik sesuka hati sudah pasti bahana yang bakal menimpa mereka yang berani mengusik kerana selagi ada insititusi ini selagi itulah bangsa melayu yang masih lagi sayangkan raja-rajanya akan melakukan apa sahaja mempertahankan hak-hak yang telah termaktub hingga titisan darah yang terakhir.Jika ingin melihat sekali lagi tanah ini di sirami dengan air merah teruskanlah niat untuk mencabar wahai penderhaka kerana di mana bumi di pijak di situ langit di junjung..jika penderhaka-penderhaka tidak berganjak..sudah pasti mereka akan di hitung!!...wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan