Jumaat, 5 November 2010

Galas-Kemenangan Yang Cukup Bermaruah

Dengan majoriti 1190 undi cukup mengembalikan maruah kompenan BN khasnya UMNO Kelantan yang selama ini mencari rentak kemenangan selepas kekalahan tipis di MU lalu..Segalanya terbukti di Galas apabila dengan kerjasama yang cukup padu dari semua jentera parti ditambah dengan persefahaman yang cukup kuat antara Ku Li dengan pimpinan BN telah menjadikan Galas sebagai tapak yang paling kukuh untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kelantan terhadap UMNO yang telah lebih daripada 20tahun menjadi parti pembangkang di kelantan..Kemenangan ini bagaikan kemenangan antara yang hak dan batil kerana sikap senohong Parti Islam Semborono telah menjadi racun pada parti mereka sendiri di mana akhirnya ikan gelama yang mereka berikan kepada rakyat rupanya selama ini adalah hasil curi yang telah memakan diri mereka di Galas..Orang Asal GM(Gua Musang)telah di janji dengan berbagai2 umpan terutamanya ttg hak tanah mereka yang telah gondong di tebas oleh tauke2 anak emas pimpinan parti kerajaan negeri kelantan dengan berwajahkan nama yang cukup manis di dengar tapi senak untuk di pandang..Nama yang manis di dengar kerana program Ladang Rakyat di perkenalkan semata2 utk mengabui perhatian rakyat kelantan akan tetapi mereka lupa ttg betapa senaknya mata apabila melihat pemandangan yang cukup2 menyedihkan hasil drpd penggondolan tanah yang berleluasa tanpa had kerana sikap rakus sesetengah pimpinan parti ini yang tidak pernah berhenti untuk mencari kekayaan hasil drpd kuasa yang mereka ada selama lebih 20 tahun ini..Tambah menyedihkan lagi apabila orang2 asal ini telah di ugut tidak akan lagi di berikan tanah sekiranya mereka ini tidak mengundi parti islam ini atau lebih tepat kalahnya parti mereka khasnya dlm PRK N45 ini sedangkan tanah2 yang telah diluluskan kepada tauke2 ini adalah tanah orang2 asal..Betapa kejamnya sikap pimpinan ini di sebalik senyuman manis2 pahit yang hanya mereka gunakan sebagai penyamaran seolah2 seperti si penyamun tarbus dlm filem ali baba bujang lapok yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan kuasa yang ada dapat di pertahankan sehingga byk penyelewengan akidah telah berlaku semenjak parti ni menjadi kerajaan negeri..Terbukti bahawa kebenaran dan kepalsuan akan terhidang di depan mata rakyat kelantan apabila Allah Taala menghendakinya dgn Galas telah menjadi bukti bahawa selama ini sudah terlalu lama rakyat kelantan khususnya penyokong2 parti islam semborono ini dimomok dengan berbagai2 cerita dongeng dan pentafsiran yang berbagai drpd al quran dan hadis semata2 kuasa!..Rakyat Galas telah memilih masa dan ketika yang tepat untuk memberi petunjuk juga panduan kepada seluruh rakyat negeri kelantan bahawa pembohongan Parti Islam Semborono ini dengan di pacu oleh pimpinan Pakatan Rosak tidak akan terus kekal lama kerana peningkatan yang cukup luar biasa dari sokongan pengundi pada 4 Nov lalu kepada Umno dan BN amat begitu ketara sehinggakan YAB Dato MB Kelantan telah mengajak para penyokong dan pendokong parti ini agar bersabar dan menerima kekalahan besar ini tetapi dalam hati beliau dan pengikutnya hanya tuhan yang tahu betapa mungkin pedih yang mencucuk ulam hati kerana segala janji2 manis mereka kini sudah lagi tidak laku di jual bahkan telah di tolak mentah2 umpama ikan gelama yang terkena minyak di lautan..Bukan sahaja kalah dengan majoriti yang besar bahkan terpalit pulak dengan insiden dimana pemberian wang yang boleh di anggap sebagai rasuah pilihanraya begitu jelas pada khalayak umum dengan gambar MB kelantan memberikan wang yang pada anggapan beliau sebagai wang saguhati kepada orang asal yang telah memeluk agama islam tetapi dalam saat2 genting seperti ini perkataan wang saguhati telah menjadi wang rasuah kerana saat dan ketikanya amat tidak kena..Begitulah apabila tuhan menghendaki sesuatu perkara itu terjadi sudah pasti akan terjadi walau secermat mana sekalipun hambanya rancangkan..Dalam kes ini maruah seorang yang berilmu tinggi telah tercalit seolah2 bagaikan manusia biasa sahaja yang kosong tanpa ilmunya hanya kerana kuasa!!..Matlamat menghalalkan cara demi tujuan mereka ini telah menjadi sindrom yang tidak sepatutnya terjadi kepada pimpinan yang kononnya menjadikan islam sebagai lambang parti bahkan boleh diibaratkan parti ini sama seperti pepatah yang berbunyi "ilmu yang tidak di amalkan adalah seperti pokok yang yang tidak berbuah"..sepatutnya parti islam ini menunjukkan contoh tauladan yang baik tapi sayangnya sebahagian besar pimpinann mahupun penyokong mereka hanya gah pada laungan takbir dan penzahiran sahaja sedangkan mereka gagal untuk menghayati setiap laungan  dan seni tersebut bahkan seolah2 mereka ini kosong jiwanya dengan alunan syahdu ayat2 suci al quran dan al hadis yang sepatutnya menjadi penawar paling mujarab kepada mereka yang beria2 melaungkan islam..Ketaksuban mereka cukup ketara apabila pimpinan ini telah melanggar janji utk tidak mencemarkan isu2 peribadi terhadap Pengarah PRK Galas iaitu YBM Ku Li di mana saat2 akhir hari sebelum proses pengundian berjalan,mereka telah menuduh yang bukan2 terhadap anak raja berdarah rakyat ini sebagai tanda terdesak mereka untuk mengalih perhatian rakyat galas dari terus memberi sokongan kepada Ku Li..Namun semua tuduhan ini tidak diberi perhatian oleh pimpinan BN terutamanya Ku Li kerana bagi beliau yang paling penting ialah rakyat GM khasnya di galas lebih kenal jauhari daripada manikam dan terbukti betapa kerendahan diri seorang pemimpin besar seperti YBM Ku Li dengan kemenangan yang cukup besar UMNO dan BN disaat2 serangan peribadi terhadap beliau di lontarkan..Kalau di ikutkan dengan kesemua pimpinan utama Pakatan Rosak(PR) ini turun ke Galas sepanjang tempoh berkempen sudah pasti kemenangan besar kepada calon parti ni tetapi akhirnya yang hak telah muncul sebagai pemenang biarpun pelbagai caci dan maki dilemparkan kepada jentera BN..ini kerana kita sebagai umat islam yang menghayati sepenuhnya agama islam dan bukan hanya menggunakannya sebagai loncatan kuasa utk mengaburi rakyat wajib percaya kepada qada dan qadar serta tidak putus asa utk berikhtiar di samping menunjukkan contoh tauladan yang baik sesuai dengan nama seorang islam yang benar2 beriman denganNya.."apabila Dia menghendaki sesuatu itu terjadi maka jadilah ia"...wassalam