Selasa, 30 Mac 2010
Pemimpin UMNO angkuh sombong?
UMNO merupakan parti yg telah byk jasanya kpd bangsa melayu sejak lebih dari 52thn..semua harus mengakuinya betapa hebatnya parti yg bertunjangkan semangat bangsa ini dan akan kekal dlm lipatan sejarah kita..mmg pahit utk ditelan lebih2 lagi mereka2 yg mmg menongkah arus dgn parti keramat ini terutamanya parti Pas yg berasal dari UMNO dan kini PKR yg juga keluar dari perut UMNO..kesemua pemimpin pembangkang ini sedaya mampu ingin melenyapkan sejarah yg telah tercipta dgn bercita2 ingin menumbangkan parti keramat ini dlm PRU13 kelak hasil dari kemenangan luar biasa yg tidak diduga sama sekali oleh pakatan pmbangkang hingga membutakan hati para pemimpin ini pabila kuasa tidak di duga berada dlm genggaman..ghairahnya mereka dlm ingin menguasai tanah melayu ini hinggakan beberapa kerat pemimpin melayu islam yg dulunya berpegang teguh pd prinsip hingga tidak bisa hatta nyamuk menggigit pendirian mereka sanggup meleraikan ikatan kepercayaan mereka selama ini hanya kerana kemaruk utk berkuasa..hasilnya adalah indah sementara shj apabila seorang demi seorang wakil rakyat mereka keluar utk menjadi wakil bebas mahupun utk menyokong parti yg menguasai kerajaan kerana mereka2 ini mula menyedari madah berhelah para pemimpin utama ini dlm memesongkan fikiran mereka hinggakan hampir2 mereka menjual bukan shj maruah malah lebih tragik lagi menjual negara..satu demi satu pembohongan para pemimpin utama pembangkang ini terkeluar dgn sendirinya semata2 Allah Taala ingin memberi peluang kpd para pemimpin kerajaan ini lebih2 lagi kpd pimpinan melayu islam yg mengungguli kabinet utk lebih insaf dan berhati mulia demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat kesemuanya..hampir2 shj menjadi sejarah kisah parti keramat ini hanyalah kerana tangan rakyat yg paling berkuasa apabila tiba detik yg di gelar hari mengundi hinggakan tidak senang duduk para pemimpin yg dulunya gah dan hebat berkereta,berumah,bercakap besar kpd rakyat tatkala kuasa ada di tangan..namun apabila tiba masanya rakyat pula yg menjadi raja maka berdegup kencanglah hati pemimpin2 tersebut kerana nyawa mereka berada dlm tgn si rakyat yg selama ini menjadi bahan herdikan dan juga mainan bagi mereka dahulu hinggakan janji yg di tabur hanya tinggal janji palsu..lumrahnya manusia selalu lupa dan lalai walaupun byk bentuk peringatan dan amaran di datangkan kpd mereka agar lebih berhati2 begitu jugalah dgn pemimpin2 UMNO yg tidak pernah sedar dan insaf ttg kekuasaan rakyat hinggakan mereka masih lagi khayal dan angkuh dgn tingkah laku yg memualkan rakyat utk mendekati apalagi utk meluahkan rintihan mereka kpd pemimpin trsebut..hanya sebilangan kecil shj pemimpin UMNO ini yg ingin berubah dan memperbaiki kelemahan mereka terhadap rakyat dalam apa juga bentuk agar rakyat kembali mendekati mereka dan UMNO seterusnya menghakis tanggapan salah yg ada dlm diri rakyat terhadap kepimpinan negara sedangkan masih ramai lagi pemimpin UMNO ini yg degil dan masih lagi di buai rasa seronok dgn anugerah tuhan pada mereka serta mendabik dada bahawa tiada siapa yg dapat menyisihkan mereka walaupun hayat politik mereka seolah2 bagai telor di hujung tannduk shj..hasilnya usahkan utk mendengar luahan dan rintihan para pengundi malah utk berjumpa dan bersua mata terlalu payah seolah2 mereka ini bagaikan perdana menteri lagaknya jadual kesibukan mereka..dan jikalau ada kesempatan utk berjumpa dgn rakyat sekalipun hanya kata2 mereka shj yg kedengaran memberi hujah dan kata kpd rakyat sebelum sempat rakyat ini meluahkan rintihan mereka kpd pemimpin tersebut..alangkah angkuh dan sombongnya manusia yg telah di angkat menjadi pemimpin hasil tgn rakyat ini mengundi mereka terhadap pengundinya hanya kerana masih memikirkan bahawa akulah pemimpin yg tiada galang ganti dan punyai kehebatan yg tersendiri serta tiada siapa yg mampu menandingi dan mengatasi aku sebagai pemimpin..andai ada yg ingin menandingi si pemimpin dan barisannya yg angkuh dan sombong ini pasti akan di siat2 semasa pemilihan di adakan bagii memastikan dinasti mereka terus berada di puncak..akhirnya bila tiba masa rakyat bersuara kelihatan bermuram durja pemimpin2 angkuh ini kerana kalah dan terus kalah tetapi mereka2 ini hanya muram durja sementara shj kerana yg lebih penting adalah mengekalkan kuasa mereka dlm bahagian masing2 drpd memikirkan ttg kebajikan dan kebahagiaan hidup rakyat yg semakin hari semakin menderita kerana rintihan2 mereka tidak di dengari dan hilang bagaikan daun kering di tiup angin..pemimpin melayu islam seharusnya mencuba utk menganjurkan perkara2 yg mendatangkan kebaikan walaupun belum mampu melaksanakannya serta mencegah kemungkaran walaupun belum mampu menghentikannya..di antara kejayaan akhirat ialah kekal tanpa pupus..kaya tanpa miskin..hormat tanpa hina dan bahagia tanpa duka..inillah anugerah Tuhan kepada pemimpin@orang yang beriman...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)