Sabtu, 9 Oktober 2010

Ku Li Vs Nik Aziz

YAM Ku Li dah apun menyatakan persetujuan untuk menjadi Pengarah PRK D45 setelah beliau sendiri mengesahkannya dan ini telah melenyapkan cakap2 bahawa Ku Li tidak akan bersetuju menerimanya..Cakap2 seperti terutamanya drpd pihak Pas adalah satu muslihat untuk mengkucar-kacirkan pihak Umno khususnya Umno Kelantan agar mereka tidak akan berdepan dengan nama yg cukup gah dlm persada politik tanahair apalagi dalam negeri dan bahagiannya sendiri..Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi Pas terutamanya melalui Mursyidul Am Pas YAB Dato Menteri Besar ttg alasan2 yg diberikan berkenaan ttg perlantikan pengarah dan calon Umno hinggakan beliau telah ditempelak dengan kenyataan sinis agar tidak menjaga tepi kain parti lawan..Ini kerana tok guru itu sendiri sudahpun dapat merasai bahang kekalahan sekiranya Ku Li menjadi jeneral dalam PRK ini kerana jeneral ini bukan sebarang jeneral yg boleh dijatuhkan dengan mudah malah mungkin akan menjadi medan tempur yg paling senang untuk jeneral ini memenanginya kerana selok belok tempat dan rakyat sudah lama berada dalam pandangan dan pemerhatiannya..Hasilnya pihak Pas menjadi teramat cukup kalut kerana bukan calang2 orang yg akan mereka berdepan apatah lagi sekiranya Ku Li bersetuju menjadi calon bagi dun Galas ini hinggakan satu solat hajat untuk menentukan calon akan dibuat demi memastikan kemenangan 646 undi pada 2008 dapat dipertahankan..Saya sendiri cukup tersentuh bukan pada golongan ini yg amat kalut dalam menentukan calon mereka tapi apabila melihat ketibaan YAM Ku Li dsambut dengan penuh penghormatan semasa tiba di KLIA mlm semlm seolah2 aura kehebatan manusia yang byk pengalaman yg dalam sepak terajang politik negara ini telah kembali semula utk menentukan kemenangan dan hala tuju perjalanan terutamanya pada pilihanraya kecil ini..Pucuk pimpinan parti sendiri telah membuat keputusan yg amat tepat apabila bersetuju untuk memberikan kebebasan kepada Ku Li dalam menentukan sendiri corak beliau apalagi dalam soal pemilihan calon..Dun Galas bukanlah sesuatu yg susah pada Ku Li dan jentera parti dalam bahagian Gua Musang kerana kekalahan pada tahun 2008 adalah kerana beberapa faktor yg tidak sedikit pun meningkatkan kekuatan Pas terutamanya dalam mengembangkan pengaruhnya di gua musang..Faktor inilah yang menjadi sebab musabab mengapa kekalutan dapat kita lihat terjadi pada pihak PAS yg masih terkial2 mencari rentaknya bagi menghadapi bala jentera yg dketuai oleh anak raja berdarah rakyat ini..Walaupun ada beberapa pemerhati politik yg kebanyakkanya kelahiran dari pembangkang yg mempersoalkan kekuatan Ku Li kini di gua musang kerana mengikut pada faktor undi yg semakin menurun tiap kali pilihanraya kata mereka terhadap Ku Li namun bagi setiap apapun pertandingan dalam pilihanraya ,kemenangan walaupun dengan satu undi tetap juga kemenangan apalagi majoriti yg Ku Li dapat tidak pernah kurang dari seribu undi  walaupun dalam tragedi tsunami politik 2008 lalu telah memberikan impak yg cukup hebat pada sebahagian besar bahagian Umno di seluruh negara apalagi di kelantan namun anak raja ini terus gagah utk memperolehi majoriti yg cukup selesa bagi mengekalkan kemenangannya dalam setiap pilihanraya..Bagi saya pihak Pas tidak perlu bersusah payah untuk mencari calon di Galas kerana orang yang paling layak utk diletakkan sebagai calon adalah MB kelantan itu sendiri namun soalnya apakah sanggup tok guru ini menerima cabaran ini sekiranya ada pihak2 yg ingin mencalonkan beliau?atau tok guru ini akan melarikan diri dgn memberi berbagai2 alasan  agar tidak terpalit lumpur dimuka sekiranya KU Li sendiri menjadi calon Bn kali ini?Saya akan amat teruja sekiranya tok guru ini bersedia untuk menjadi calon demi untuk melihat kekuatan beliau khasnya pada rakyat negeri kelantan semakin meningkat atau sebaliknya ..Yang pasti pucuk pimpinan Pas khasnya Kelantan tidak ak memperjudikan nasib menteri besar ini di Galas kerana jawapan sudah ada iaitu tersungkur(kata pendeta azmin) @kalah..kalau kalah dengan majoriti kurang drpd tahun 2008 maka akan menjadi penguat semangat tetapi tetap kalah juga namanya namun yang paling penting kesannya adalah kepada parti islam itu sendiri kerana semua sudah maklum bahawa parti ini adalah parti tok guru ini..jika tok guru ini kalah maka kalahlah parti ini..kenapa saya katakan begitu?anda diluar boleh fikirkannya sendiri..sebagaimana kata  Ku Li mlm semlm apabila ditanya ttg isu2 dari pihak Pas "kalu dok  dengar apa yg Pas kata gak tok jadi kijo la kita jawabnya" wassalam