Jumaat, 16 April 2010
Janganlah terlalu murah hati wahai melayu
Cukup sedih dan memang amat2 sedih bila memikirkan ttg nasib bangsa,agama dalam tanahair sendiri sejak akhir2 ini..akibat terlalu menjaga hati bangsa lain maka bangsa dan agama sendiri kena jadi korban..apakah adil perbuatan sebegini dlm konteks menjaga keharmonian semua bangsa hingga anak sendiri mati kelaparan?apakah mereka yg tellah di lantik sebagai pemimpin dlm menjaga amanah sebagai khalifah terlalu terdesak utk mendapatkan sokongan hingga semua perlu di pertimbangkan hanya semata2 kepentingan politik?sekarang ni sudah ada bangsa lain yg berani menyaman Al sultan yg menjadi payung agama islam dan bangsa melayu hanya kerana kelemahan undang2 dlm menyekat dari benda2 yg memalukan ini berlaku..sepatutnya tidak terjadi dan tidak akan terjadi seorang yg dulunya hanyalah anak kpd bangsa yg mendatang ini menyaman tuan punya tanahair ini tetapi malangnya setiap episod ini di biarkan berlanjutan sehingga menjadi gurauan khalayak umum hingga tiada lagi rasa hormat bangsa pendatang ini bagaikan terhadap institusi beraja..mereka bagaikan berpesta apabila tiada undang2 yg boleh menyekat kemaraan mereka dlm usaha menjatuhkan maruah sebuah bangsa dan juga agama..Sultan adalah payung utama kpd agama islam dan bangsa melayu kita dan akan kekal selamanya selagi hayat di kandung badan namun kesemua ini akan lenyap dan hanya akan tinggal memoir sekiranya tiada langkah drastik yg di lakukan oleh pihak pimpinan khususnya yang menjaga hal ehwal undang2 dlm menguatkuasakan hal2 sebegini agar tidak akan berulang lagi..betapa rendahnya martabat seorang Sultan yg menjadi simbol kedaulatan negara,agama dan bangsa di tanah melayu ini sekiranya hal ini berterusan menjadi satu agenda politik utk jangkamasa yg panjang..buatlah sesuatu agar simbol ini terus di pertahankan bukan utk kemegahan semata2 tetapi yg lebih utama adalah utk terus menjaga bangsa dan agama yg telah menjadi keresmian bg tanah melayu ini..begitu juga kaitannya dgn hal ehwal agama islam yg kini terus di perjuangkan oleh sebilangan orang2 pendatang ini dlm usaha mereka utk menyamaratakan hak2 agama mereka dgn agama rasmi ini sehinggakan hampir2 berjaya usaha dan niat mereka dlm misi tersebut tetapi kuasa Allah Taala tetap melebihi segalanya..ketika waktu hampir utk mereka yg jahat ini utk mencapai kemenangan maka dengan kuasaNya seluruh mufti dan mereka yg layak di gelar pewaris nabi telah sebulat suara membantah keputusan Kabinet yg telah bersetuju utk menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama yg sama sekali telah menidakkan kuasa sultan dan juga agama islam sebagai agama rasmi negara melayu ini..tersentak dgn bantahan ini maka sebulat suara seluruh mufti yg mewakili suara penganut agama rasmi ni telah mengadakan muzakarah dgn pihak terbabit agar jawatankuasa ini di tukar namanya dan tidak boleh langsung menyentuh hal2 yg membabitkan agama islam dan penganutnya..lega rasanya bila mendengar khabar sebegini kerana masih ada lagi mereka2 yg di beri kekuatan utk mmpertahankan agama islam ini dari terus di lanyak hunyai oleh mereka yg terlalu menjaga kepentingan politik..ingatlah kamu wahai pemimpin melayu islam sesungguhnya yg akan merasai derita,sengsara,pahit maung dlm meneruskan hidup dlm negara yg berbilang bangsa,agama dan adat adalah mereka2 yg di gelar sebagai rakyat bukannya pemimpin kerana rakyat hidupnya adalah kasi pagi makan pagi bukan seperti sesetengah pemimpin yg tidak akan habis harta mereka walaupun dengan 7 keturunan memakannya..dalam kita mencari kuasa dan menjaga kepentingan politk,janganlah sesekali meletakkan martabat Sultan,Agama dan Bangsa terlalu murah dlm pandangan kawan2 sepolitikmu..ingatlah Islam yg kita lihat kini adalah seperti zaman sebelum,sesudah,semasa,selepas kehancuran,kemusnahan dan kebangkitan kerana inilah himpunan di akhir zaman...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)