Jumaat, 26 Februari 2010
maulidur rasul,ku li yg setia dgn UMNO
semlm berlangsung dgn penuh meriah di segenap ceruk sambutan bagi meraikan kelahiran Nabi akhir zaman yg menjadi contoh paling baik bg umat manusia khususnya bagi orang melayu beragama islam dlm negara ini..baginda mempunyai sifat2 yang tidak boleh dibandingkan dgn mana2 manusia sehingga hari kiamat kelak disamping maksum dari melakukan salah dan dosa..dgn kelebihan seperti itu,baginda masih lagi memohon ampun dan maaf kepada Allah Taala biarpun baginda tahu ttg kenabian akhir baginda..tidak seperti sesetengah mereka2 yang kononnya gah dgn ilmu yg tidak terkira di dada hinggakan begitu taksub menjadikan dirinya dipuja oleh khalayak yg terkasima dgn aura dan ilmu islamnya ini kerana2 imej yg dibawa oleh partinya yang berlandaskan perjuangan islam..setiap patah kata mahupun kenyataan yg keluar daripadanya dirinya menjadi satu perintah yg tidak dpt tidak harus di muktamadkan oleh penyokongnya dan pemimpinp partinya gara2 beliaulah yg lebih tahu dan lebih byk asam garam dlm membawa kekuatan partinya ini sehingga lupa akan siapa yang lebih tahu dan lebih hebat..setiap daripada kita yg dijadikan oleh Allah Taala adalah hambanya yg tidak lain dan tidak bukan hanyalah utk menyambah kepadaNya.."sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia ini kecuali utk mereka menyembahku"..sifat manusia yg lupa dan lalai apabila diberi kekuasaan dunia ini membuatkan mereka menjadi ego dan bongkak hinggakan ketaksuban pemimpin ini melampui batasan hadnya kerana si pemimpin ini terlupa utk berpesan2 kpd pengikutnya agar tidak taksub kpd dirinya kerana dirinya juga adalah hamba kpd Allah Taala..apabila khalifah Abu Bakar As Sidiq di angkat sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Baginda Muhammad SAW,antara perkara utama yg beliau berpesan kpd pengikutnya adalah tidak taksub kepadanya dirinya dan mentaati perintahnya jika perintahnya adalah berlandaskan suruhan Allah dan Rasulnya dan jgn sekali2 mentaati perintahnya seandainya perintahnya bertentangan dgn Allah dan Rasulnya..inilah sifat terpuji yang diperlukan oleh setiap pemimpin islam agar mereka sedar bahawa kuasa yang ada dlm tgn mereka ini hanyalah pinjaman sementara shj dan bukan kekal selamanya..yang ruginya adalah apabila mereka ini yg kononnya berpaksikan perjuangan islam tidak mampu utk berpesan2 ttg perkara sebegini kpd penyokong mereka kerana mereka akan merasa lebih hebat dan membuka dada seandainya mereka di puja bagaikan raja sedangkan mereka adalah hamba sahaya shj..yg lebih hebat apabila kenyataan2 yg di keluarkan oleh pimpinan ini yg sanggup mengatakan apa shj asalkan niat mereka utk memperoleh kuasa terlaksana dgn mejadikan agama sebagai sandaran utama utk menarik perhatian rakyat sehinggakan terkeluar kenyataan2 yg amat bercanggah dengan agama islam itu sendiri...rakyat yg jahil ttg agama ini sudah tentu merasa seronok dan gembira apabila mendengar kenyataan2 yg membuatkan hati mereka aman walaupun sebahagian mereka tidak pernah cukup utk melakukan perkara2 wajib dlm menjadikan diri mereka sebagai seorang islam apatah lagi perkara2 sunat asalkan menjadi dan menyokong parti yg kononnya berlandaskan islam sudah cukup utk menjamin mereka ke syurga...alangkah kejinya mereka2 ini yg sanggup menghalalkan apa saja demi melaksanakan cita2 politik mereka walaupun sanggup utk berkata nista dan mengeji sesama saudara seagama.."tidak beriman seorang kamu sehingga dia kasih kpd saudaranya sebagaimana dia kasih kpd dirinya sendiri"...bukankah hadis ini dgn jelas menegaskan ttg konsep keimanan seseorang itu dlm kacamata islam?..berbalik kpd Ku Li yg sudah sebati dalam perjuangannya bersama UMNO walaupun masih lagi ramai pimpinan yg meragui keikhlasannya tambah2 lagi dgn kenyatan berani beliau dlm isu royalti atau ehsan minyak yg di anggap bertentangan dgn kerajaan sedangkan pada hakikatnya mungkin beliau ingin memberikan isyarat kpd pimpinan atasan agar lebih baik berkata benar walaupun berkata benar itu akan menjadi benda pahit pd pimpinan kerajaan nanum kepahitan itulah sebenarnya ubat yg paling mujarab khususnya jika kita inginkan rakyat bersama2 semula dgn kepimpinan negara dlm PRU13 kelak apatah lagi kini dengan barisan yg dipimpin oleh anak kepada PM ke2 yg begitu hebat dgn gelaran Bapa Pembangunan..sebagai pengasas dan bekas pengerusi Petronas tentunya Ku li lebih mengetahui dan memahami ttg isi kandungan perjanjian di antara Petronas sebagai wakil kerajaan dgn negeri2 melayu dan beliau cuba utk menterjemahkan kpd khalayak ttg perjanjian ini agar rakyat akan terbela nasib mereka dgn hasil minyak yg ada dlm perairan negara ini..tidak dpt kita ragui ttg kehebatan Petronas ini hingga mengaut berbilion keuntungan setiap tahun dan menjadi penyumbang terbesar pada negara sejak penubuhannya tetapi kita juga tidak dapat nafikan rakyat kita masih lagi terabai dan masih ada lagi di sesetengah tempat khasnya kawasan pendalaman dimana rakyat masih lagi bercahayakan lilin dan bersumberkan air telaga yg kdgkala berbau dan berwarna tatkala musim hujan dtg melambai..mungkin juga kerana berasa ingin menabur bakti dan membuat pahala di kala umur masih lagi ada ini,Ku Li sanggup berkerat rotan dan berhaluan tidak senada dgn pimpinan atasan apabila beliau dapati segala kekayaan hasil dari sumber alam ini kpd negara tidak mengalir kpd mereka yg sepatutnya hinggakan masih kedengaran kini ttg isu kemiskinan luar bandar yg tidak mampu lagi beliau dengar..rakyat yg selama ini menjadi penyokong setia kerajaan masih lagi terumbang ambing kehidupan mereka malah masih ada lagi kalangan anak2 mereka yg keciciran dlm sistem pelajaran yg menjadi pintu utama bagi mereka utk keluar dari belenggu kemiskinan sedangkan jika di hitung dgn kekayaan yg di perolehi oleh hasill minyak ini sudah cukup utk membawa seluruh rakyat negara ini berada dlm keadaan selesa menempuh kehidupan harian mereka...malangnya kekayaan yg ada sudah dipergunakan sepenuhnya oleh sesetengah pimpinan yg tidak bertanggungjwb hinggakan tergamak menodai kekayaan ini demi utk kepentingan diri dan kroni shj..mungkin inilah yg membuatkan seorang yg boleh di katakan negarawan seperti Ku Li ini menjadi tidak senang duduk selagi hayat masih lagi di kandung...sebolehnya mungkin juga beliau ingin melihat taraf kehidupan rakyat negara ini menjadi lebih baik lagi dgn tiada lagi kedengaran perkara2 yg menyakitkan telinga utk mendengarnya apabila kekayaan ini di kongsi sama rata dan bukan utk individu2 tertentu shj..Ku Li saja yg tahu apa yg ada dlm benaknya dan apa yg beliau telah dan akan lakukan hanya beliau saja yg tahu..pengalaman dan ketokohan anak raja berdarah rakyat ini telah lama terserlah cuma rezekinya tiada utk menjadi peneraju utama negara namun semua ni tidak sama sekali mematahkan semangat beliau utk menabur bakti dan jasa kpd rakyat negara ini dgn segala kelebihan yg telah Allah Taala kurniakan kepadanya..buktinya sehingga kini,parlimen Gua Musang tetap teguh rakyatnya memilih Ku Li sebagai wakil rakyat mereka kerana orang Gua Musang lebih tahu antara pimpinan kaca dgn permata..sekiranya pimpinan UMNO pusat ingin melihat kemenangan PRU13 di kelantan ini,maka yg paling layak menjadi kemudinya adalah YB Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yg kini menjadi sebutan seluruh rakyat kelantan bukan kerana gelaran tengkunya tetapi kerana keikhlasan dan kejujurannya dlm isu rakyat yg telah menenggelamkan pimpinan kerajaan negeri dek kerana seorang ahli UMNO yg berjiwa rakyat...cerdiknya Ku Li ...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)