Khamis, 17 Februari 2011

Berubah Atau Rebah!

Rasanya sudah berbuih nasihat yang keluar daripada Presiden Umno yang juga Pengerusi BN tentang ungkapan Berubah Atau Rebah ini kepada seluruh warga kompenan BN khususnya kepada pimpinan UMNO.Namun semuanya ibarat masuk telinga kanan dan dalam masa yang sama juga terus laju keluar telinga kiri.Bagaikan tiada apa-apa pedoman yang diberikan oleh memanda terhadap anak buahnya tapi itulah hakikat bahawa sebahagian besar barisan kepimpinan dalam BN ini seolah-olah acuh tidak acuh terhadap teguran dan ingatan ini.

Entah apa jembalang tanah yang menghalang pimpinan ini untuk akur dan mengikut amanat Dato Seri Najib(DSN) agar semua kelemahan diri pimpinan tersebut dapat di perbetulkan sebelum segalanya terlambat.Tetapi itulah realitinya bagi sebahagian besar pimpinan khasnya daripada parti Umno yang masih lagi seolah-olah bebal dan kebal serta pekak telinganya apabila masing-masing turun ke bahagian terus bertapa tanpa melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat kepada parti terbesar orang melayu ini.

Mungkin juga mereka merasakan sindrom tidak mengapa dan boleh berdamping serta bertemu mata dengan rakyat apabila saat-saat pilihanraya tiba masih lagi kebal dalam benak mereka.Sedangkan sindrom inilah yang menjadi onak dalam duri kepada parti apabila tibanya musim pilihanraya tapi masih lagi di amalkan seperti amalan wajib sabann hari yang berganti bulan hingga bertemu kembali pilihanraya.Mungkin juga mereka merasakan kemenangan demi kemenangan yang di raih BN dalam PRK yang masih ada 2 lagi PRK yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi telah mencetuskan fenomena selamat bagi mereka hinggakan tabiat lama terus di kekalkan yang pastinya akan membawa padah pada parti pada PRU13 nanti.

Pergolakan yang masih lagi berlaku dalam kepimpinan bahagian juga dan sehingga kini masih belum reda malah bertambah panas dan hangat juga merupakan salah satu faktor kepada rebahnya calon masing-masing dalam pilihanraya kelak.Kepentingan diri dan kroni masih lagi di utamakan dan menjadi tunjang kepada diri hingga keutamaan kepada parti di ketepikan sebegitu sahaja.Parti tidak lagi menjadi keperluan paling utama dalam perjuangan mereka tetapi berubah kepada hawa nafsu semata-mata.Mereka sanggup untuk membunuh sesama sendiri dalam parti agar legasi mereka dapat bertahan walaupun dalam masa sama semangat kekitaan sesama ahli amat-amat di perlukan apalagi dalam saat yang amat genting ini.

Cukupulah apa yang berlaku pada PRU12 yang lalu di jadikan sebagai pengajaran kepada pimpinan Umno dan BN.Kegagalan mempertahankan majoriti cemerlang dalam PRU11 kerana faktor-faktor kepentingan diri dan juga tidak cakna kepada keadaan semasa mood rakyat bukan sahaja telah meranapkan sama sekali impian untuk merampas negeri kelantan yang telah 4 penggal di tawan pembangkang malah meluluhkan jiwa pimpinan utama kompenan BN apabila 4 lagi negeri telah di tawan termasuklah negeri yang paling maju iaitu selangor.Semuanya kerana silap percaturan malah dan kerana sikap sesetengah pimpinan bahagian yang masih lagi tidak mahu berubah demi untuk kejayaan parti.

Hargailah segala penat lelah jentera parti khususnya semangat kerja daripada ahli untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya.Juga dengarilah segala nasihat dan panduan daripada Presiden parti yang tidak jemu-jemu untuk menyedarkan kepada anak buahnya agar berubah dan berubah demi untuk kemenangan dalam PRU13 yang kini mula menampakkan dirinya.Amatilah dengan penuh kejujuran setiap tingkah laku kita sebagai pemimpin dan senantiasa bermuhasabah agar kepimpinan kita akan di hargai oleh rakyat dalam bahagian masing-masing demi untuk mengelakkan daripada rebah tersungkur apabila tiba hari penghakiman.."Tanam Pinang Rapat-Rapat..Agar Puyuh Tak Dapat Lari..Presiden Parti Asyik Mengingat..Tapi Anak Buah Buat Pekak Dan Tuli"..Sebelum rebah...berubahlah wahai pimpinanku demi untuk menjamin kedaulatan dan keamanan tanah ini..wassalam