Hak-hak istimewa orang melayu dengan konsep ketuanan melayu kini kembali bergema.Sultan-sultan kini mula bertitah untuk mengingatkan kepada sekalian jelata bahawa hak-hak ini dan konsep inilah yang telah membawa kemakmuran dan keamanan sejak sekian lama.Sebagai denyut nadi dan payung kepada agama islam dan bangsa melayu di tanah ini,para sultan mengambil inisiatif dan jalan yang paling baik iaitu pada hari baru islam atau lebih di kenali sebagai ma`al hijrah dengan mengingatkan kepada rakyat khususnya bangsa melayu itu sendiri akan hal ini kerana khuatir jika lambat di tegur sudah pasti bahana yang lebih celaka akan menimpa negara apatah lagi nasib bangsa yang semakin dipermainkan oleh sesetengah daripada mereka yang lupa dan cuba memadamkan sejarah tanah melayu ini
Agama islam kini menjadi mainan utama pihak-pihak terbabit sebagai senjata utama mereka meraih kuasa. Ia menimbulkan rasa yang amat tidak di senangi oleh para sultan yang bertakhta kerana sebagai peneraju utama kepada agama islam ini sudah tentu mereka akan membuat teguran berdasarkan pengamatan dan situasi semasa yang berlaku dan tidak hanya untuk sekadar suka-suka.Amanah yang di pegang selaku kunci utama agama islam di tanah ini membuatkan mereka terpaksa bersuara meskipun ada kalangan rakyat akan mempersoalkan kewajaran tersebut namun demi untuk melihat islam tidak sewenang-wenangnya di permainkan maka suara para sultan ini amat di perlukan sebelum nasi menjadi bubur
Segolongan mereka yang cerdik pandai dan amat fasih dan faham ttg bahasa al quran ini telah menjadikan agama seolah2 cara untuk mereka mendapatkan kuasa dengan membuat pentafsiran-pentafsiran yg telah membawa kepada penyelewengan akidah yang teruk di kalangan umat islam malaysia hinggakan agama ini di permainkan sesuka hati oleh mereka-mereka yang tidak faham tentang ajaran islam ini atau lebih kita kenali sebagai orang bukan islam.Selama ini bahasa al quran ini cukup terbela dan terpelihara drpd anasir-anasir seprti ini namun dengan kemunculan ulamak berkonsepkan kuasa ini telah membuatkan agama islam kini tidak lagi di hormati hinggakan telah menjatuhkan imej islam di kacamata agama2 lain di negara ini.Lebih teruk mereka memberi restu dan mengatakan bahawa apa yang telah dilakukan oleh sesetengah orang bukan islam yang menggunakan ayat al quran itu sebagai tanda mereka ingin mengenali islam dengan lebih mendalam hinggakan berlaku penyalahgunaan pentafsiran oleh orang bukan islam ini terhadap ayat al quran tersebut.Islam dan segala yang ada didalamnya kini seolah2 cukup murah untuk di mainkan oleh orang bukan islam gara2 adanya ulamak yang rakus untuk mengejar kuasa dalam memastikan hasrat mereka terlaksana dalam PRU13 kelak.Mereka sanggup bersekongkol dalam apa sahaja keadaan dan sanggup memberi pentafsiran apa sahaja asalkan berjaya mengalih perhatian penyokong-penyokong khasnya fanatik mereka agar terus berada bersama mereka meskipun terpaksa mengadaikan maruah dan prinsip perjuangan
Dikalangan bangsa melayu juga ada yang ingin menjadi petualang dan khianat kepada bangsa sendiri gara-gara kemaruk kuasa hinggakan kalangan mereka sanggup untuk membuang raja dan bangsa.Mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk melihat sejarah yang tidak mungkin di ubah sampai bila-bila tetapi keinginan nafsu mereka untuk merebut kuasa terlalu tinggi hinggakan sanggup menjadi alat boneka kepada segelintir rakyat yang ingin melihat perpecahan dan perpaduan dalam bangsa melayu.Mereka ini di sajikan dengan sejuta mimpi indah oleh perosak negara ini demi memastikan hasrat mereka dapat ditunaikan.Konsep ketuanan melayu telah mereka lemparkan jauh-jauh dalam misi perjuangan mereka sejajar dengan janji-janji yang telah mereka sepakati sesama mereka.Mereka seolah2 tidak lagi mahu mengaku ttg hak-hak bangsa melayu ini malah dengan angkuh ingin meranapkan nasib anak bangsa apabila sanggup untuk melantik kalangan bukan melayu menerajui pimpinan sekiranya kuasa mereka dapat di nyatakan kelak.Alangkah dangkalnya bila melayu malu untuk mengaku melayu sedangkan selama ini mereka ini mendapat kekayaan dan sejuta nikmat hasil daripada diri mereka yang beridentitikan bangsa melayu.Mereka jadi lupa dan tidak mengenal jasa kepada negara yang tercinta ini apabila menolak konsep dan hak melayu
Mereka lupa bahawa tanah ini di bangunkan oleh para pejuang yang bertungkus lumus hingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan segala apa yang ada di tanah ini daripada terlepas ke tangan mereka2 yang ingin menjual negara.Mereka juga lupa bahawa tanah ini mempunyai pemegang kunci kepada bangsa dan agama yang akan bersuara sekiranya keadaan memaksa.Ketaksuban mereka untuk melihat parti-parti mereka ini menjadi kuasa pemerintah tidak dapat lagi di bendung apabila menjanjikan segala benda yang jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.Mereka sanggup menderhaka kepada raja malah lebih rakus ingin membuang nama melayu dalam kamus sejarah negara seolah2 mereka tidak pernah meminta daripada nama sebagai bangsa melayu
Sebelum segalanya terlambat..wajarlah bagi kita semua khususnya anak bangsa melayu islam mengambil pedoman dan pengajaran daripda titah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang nasib bangsa melayu dan agama islam yang semakin di perlekehkan.Jangan kita menunggu sehingga nasi menjadi bubur baru kita nak mula membuka mata tatkala kuasa tiada lagi di tangan.Sesal dahulu pendapatan adalah lebih baik daripada sesal kemudian yang tiada gunanya lagi...wassalam