Rabu, 17 November 2010

Korban CINTA (Dunia Demi Akhirat)

Hari raya korban atau lebih sinonim dengan panggilan  raya haji  disambut dengan cukup meriah seluruh negara pada hari ini yang jatuh pada 17 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah..Suasana lebih meriah terasa di kampung2 halaman terutamanya di negeri2 pantai timur khasnya negeri Kelantan yang sememangnya menjadi tradisi hari raya haji ini lebih meriah drpd raya puasa..Seboleh2nya anak2 perantauan akan cuba kembali ke desa mereka untuk memeriahkan sambutan korban yang bagaikan menjadi satu upacara yang ditunggu2 bukan sahaja oleh pengembala lembu atau kambing yang sudahh pasti "sold out"ternakan korban mereka tetapi oleh mereka2 yang melakukan ibadah korban pada tahun ini..
Pengorbanan yang dilakukan oleh mereka2 ini dengan penuh ikhlas sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda apatah lagi daging2 korban ini wajib disedekahkan kepada fakir2 miskin yang tiada kemampuan untuk mereka melakukan ibadah ini dan hanya melalui konsep sebegini sahajalah fakir2 miskin dapat berkongsi rasa kegembiraan dengan mereka yang melakukan korban..Sesungguhnya ibadat korban ini berlaku sebagai menguji rasa keimanan dan ketaqwaaan hamba Allah yang bernama Ibrahim dan anaknya ismail dalam kehidupan mereka apabila telah diwahyukan kepada si ayah agar menyembelih anaknya sebagai tanda keimanan mereka terhadap Allah Taala..Tiada yang paling sedih dan paling menyayat hati seorang ayah apabila terpaksa melakukan ibadah pengorbanan dengan menyembelih anaknya namun kesemua itu disambut dengan penuh keredhaan dan penuh rasa tawaddu` si ayah kepada suruhan tuhannya..Tambahan pula dalam masa yang sama si anak dengan hati yang penuh tenang dan berlapang dada menerima ketentuan terhadap dirinya malah memberi keyakinan kepada ayahnya agar menyempurnakan segala perintah Allah Taala sebagai bukti keimanan mereka..Ternyata semangat drpd si anak sendiri telah mengukuhkan lagi hasrat si ayah sehinggalah tiba masanya apabila dengan penuh tenang dan redha atas ketentuan Ilahi maka Nabi Ibrahim telah menyempurnakan korban dengan melakukan ke atas anaknya yang paling di kasihi iaitu Nabi Ismail..Kuasa Allah Taala melebihi segala2nya dan dengan kekuasaannya di saat Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya maka telah ditukar ganti Nabi Ismail dengan seekor kibas dan sehingga ke hari ini menjadi ikutan umat islam di seluruh dunia tentang ibadat korban ini..
Itulah sebesar2 pengorbanan oleh seorang hamba terhadap tuhanNya dan sehingga ke saat ini ianya menjadi detik penting dan pengajaran yang sangat mendalam kepada umat islam dari sisi erti pengorbanan..Dari satu sudut yang lain pula kita kadangkala terpaksa melakukan pengorbanan bukan sahaja terhadap agama malah terhadap bangsa dan tanahair..Tanda rasa pengorbanan terhadap agama bangsa dan tanahair malah diri sendiri ini boleh dijayakan dengan berbagai2 cara yang sememangnya sudah pasti tidak akan menyalahi dari sudut akidah seorang islam..Di kalangan kita ada yang terpaksa mengorbankan nyawa mereka demi ibu pertiwi sehingga membawa mereka jauh di perbatasan untuk menjaga keselamatan negara drpd diganggu gugat oleh anasir2 luar yang tidak sihat seterusnya mencetuskan suasana huru hara dalam negara yang aman damai ini..Mereka sanggup dibawa kemana sahaja dalam membawa panji2 negara dengan merelakan nyawa mereka sebagai galang ganti meskipun mereka mengetahui akan risiko yang terpaksa ditanggung lebih2 lagi jika sesuatu yang tidak diduga berlaku sudah pasti keluarga mereka akan kehilangan tempat utk bergantung harap namun demi pengorbanan untuk negara kesemua itu diredah oleh mereka tanpa ada sedikitpun wajah2 kerisauan kerana mereka cukup percaya bahawa ajal maut adalah di tangan tuhan waima di antartika mereka mungkin akan menjadi mayat..Tetapi itulah pengorbanan kalangan kita yang bergelar perajurit dan juga mana2 anggota beruniform yang sudah melafazkan ikrar taat setia mereka disaat mereka menjadi pahlawan negara..Janganlah kita memandang remeh atau hina kerjaya anggota beruniform ini kerana nilai kesetiaan dan ketaatan mereka terhadap panji2 negara dan Yang Di Pertuan Agong tidak berbelah bagi malah memberikan nyawa sebagai galang ganti demi ibu pertiwi
Ada juga kalangan kita yang melakukan pergorbanan demi kebahagiaan seorang insan yang mereka sayang agar kehidupan mereka senantiasa dalam keadaan yang menyenangkan meskipun diri terpaksa menahan derita sengsara..Itulah pengorbanan ibu bapa terhadap anak2 mereka yang sanggup meredah pahit maung kehidupan demi memastikan anak2 mereka mendapat apa yang sewajarnya terutamanya dalam pendidikan..Pengorbanan yang tidak mampu dijual beli ini adalah pengorbanan hakiki demi memastikan kegemilangan anak2 mereka agar  kehidupan perit dan penuh dengan onak dan  liku yang mereka telah  lalui ini tidak akan berlaku pada anak2 mereka apabila anak2 mendapat pendidikan yang sempurna sehingga mereka menjadi orang yang berguna bukan sahaja kepada kedua ibu bapanya malah kepada agama bangsa dan negaranya..Nilai pengorbanan kedua ibu bapa ini tidak sedikitpun mereka meminta agar dibalas kelak kerana bagi mereka sudah memadai seandainya anak2 mereka dapat menghayati perit jerih ini dengan mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya seterusnya mendoakan kepada mereka drpd ayat2 suci al quran sebagai sedekah apabila mereka sudah tiada...Tiada yang lebih bernilai bagi seorang ibu dan bapa dengan meninggalkan anak2 yang soleh yang menyuburkan suasana yang cukup aman tatkala mereka berhadapan dengan malaikat2 Allah atas segala apa yang mereka lakukan semasa di dunia
Begitu juga nilai pengorbanan seorang suami kepada isterinya dan seorang isteri kepada suaminya demi memastikan nilai2 hidup berterusan tanpa ada kekecamukan yang berlaku pada alam rumahtangga mereka..Pengorbanan yang kadangkala hanya mereka yang memikulnya sahaja yang tahu akan beban dan tanggungjawab ini adalah sesuatu yang cukup kritikal untuk mereka yang diluar sana memahaminya..Senyuman menjadi suatu lakonan yang amat berkesan tatkala kesedihan melanda namun semangat yang tabah dalam diri seorang suami@isteri telah menjadikan lakonan tersebut berjaya dan amat berjaya tanpa dapat dihidu oleh mereka2 yang melihat kepada sifat penzahiran sedangkan hakikatnya perit yang melanda seolah2 nyawa mereka di cabut apatah lagi saat2 keduanya memerlukan antara satu sama lain..Ternyata pengorbanan adalah sesuatu yang sudah menjadi resam hidup kita apatah lagi kita yang beragama islam dimana setiap dugaan dan cabaran yang melanda dalam kehidupan kita adalah salah satu drpd cara Yang Maha Kuasa untuk menguji keimanan dan ketaqwaan kita supaya kita senantiasa ingat bahawa Dia lah Yang Maha menentukan atas segala kejadian walau sehebat manapun perancangan hambaNya..Pengorbanan ini akan berlaku bukan sahaja kepada mereka yang bergelar ibu bapa,anak2 tetapi  pada mereka2 yang terpilih utntuk melaksanakan tuntutan pengorbanan samada dari yang sekecil hinggalah sebesarnya sebagai tanda menyusuri kehidupan atas nama hamba kepada Penciptanya..Qada` dan Qadar adalah perkara yang wajib umat islam tu terima dan beriman kepadanya..Jika kita memahami dan menghayati erti setiap pengorbanan yang kita lakukan tanpa sedari atau tidak maka sudah tentu perjalanan hidup kita akan bersatu dengan cahaya keimanan yang tidak mampu untuk kita beli kerana sesungguhnya cahaya keimanan akan terus mengelilingi kita sekiranya kita redha atas setiap apa yang berlaku dan percaya ada hikmah di sebaliknya.."berkorban apa saja..harta atau pun nyawa..itulah kasih mesra..sejati dan mulia" lirik drpd lagu arwah Tan Sri P Ramlee amat tepat sekali jika kita hayati dengan mendalam.. Sesungguhnya Tuhan menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia"..Wassalam