Penangguhan pemilihan parti yg bermula daripada parti terbesar orang melayu iaitu parti UMNO telah menyebabkan ungkapan PRU13 semakin galak di perkatakan..Kerana dominasi yang ada pada parti umno ini biasanya mempunyai sebab-sebab yg tertentu sehingga MT UMNO telah sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan sehingga ke 18 bulan..Desas desus tersebar pantas dan persepsi ttg perkhabaran pilihanraya umum bakal berlangsung dalam tempoh tersebut tidak dapat lagi di bendung di perkatakan samada di kedai2 kopi bermula dari kawasan bandar hinggalah kampung
Selepas itu pengangguhan parti2 lain dalam kompenan BN bagaikan mengekori sang dominasi apabila satu demi satu pennangguhan terjadi..Sudah amat jelas bahawa pilihanraya semakin dekat dan yang paling awal diperkatakan adalah dalam bulan mac 2011 ini dan yang paling lewat adalah pada penggal ke2 tahun 2012..Masing2 kini bersiap sedia mengukuhkan perpaduan dalam parti sebelum mereka berarak keluar turun padang bagi menemui rakyat yang akan menjadi penentu kepada siapa yang akan menjadi pemerintah apabila PRU13 berlaku kelak..Parti UMNO yang menjadi majoriti dalam kompenan BN sudah pasti akan bermatian2 mempertahankan kemenangan mereka sejak dahulu lagi sementara pakatan rakyat yg di ketuai oleh PKR mula menconggak untuk menawan putrajaya setelah kemenangan luar biasa mereka pada PRU12 lalu.
Apa yang menjadi pasti kepada kemenangan pada setiap parti yang bertanding selain drpd usaha keras pimpinan mereka dalam merapati dan mendekatkan diri kepada rakyat dengan turun ke padang adalah calon.Calon memainkan peranan paling utama setiap kali tibanya pilihanraya kerana itulah senjata terakhir setiap parti dan kerana itulah setiap parti yang bertanding pada kali ini cukup berhati2 dalam soal pemilihan calon2 mereka.Jika tersalah pilih calon maka sudah pasti akan kecundang dalam pertandingan nanti lebih-lebih jika bakal calon yang bertanding mempunyai persepsi yang cukup memualkan rakyat dalam kawasannya.Trend terkini memperlihatkan bahawa kemenangan satu2 parti yang bertanding adalah daripada soal calon kerana apa yang penting bagi rakyat dalam kawasan tersebut adalah calon yang benar2 bersih dan tidak mempunyai rekod yang buruk selain mesra rakyat serta mudah didekati agar rakyat dapat merasakan kehadiran seseorang yang bakal menjadi Yang Berkhidmat kepada mereka selepas pilihanraya akan terlaksana.
Pengundi yang ada pada masa ini adalah pengundi baru yang bukan sahaja pintar malah akan cukup mengenali si calon yang bakal mewakili mereka supaya mereka tidak lagi boleh di perbodohkan dengan janji janji manis sebelum pilihanraya sebagaimana yang di alami oleh sebahagian besar orang tua mereka sebelum ini.Dengan peningkatan pengundi baru yang di dominasi oleh golongan muda sudah pasti satu cabaran yang amat besar kepada setiap parti yang akan bertanding kerana golongan ini adalah golongan yang berfikiran terbuka sesuai dengan dunia kini yang tiada batas persempadan bagi mereka.Segala maklumat samada benar atau tidak menjelma di depan mata mereka apabila mereka menghendaki untuk mengetahui setiap butiran sesuatu perkara yang berlaku.Golongan ini akan cukup berhati2 dalam memilih siapa yang akan menawan hati mereka dengan melihat dari setiap aspek termasuklah dalam soal calon samada di mata mereka ini si calon akan dapat menjadi pemimpin kepada mereka khususnya dalam kawasan.
Boleh kita katakan bahawa golongan muda ini sudah mempunyai pilihan mereka yang tersendiri dan apabila tiba saatnya kelak sudah pasti mereka akan mengundi calon yang parti yang mereka mahukan.Mereka kini seolah2 tidak lagi peduli soal parti yang bertanding tetapi mereka kini lebih mengutamakan siapa calon yang bakal berkhidmat kepada mereka.Mereka tidak mahu calon yang hanya ingin menjadi Yang Berhormat yang hanya akan menjelmakan diri mereka hanya sesekali dalam kawasan sedangkan seluruh rakyat dalam kawasan tersebut telah memberikan kemenangan kepada si calon semata-mata untuk memberi perkhidmatan yang paling baik kepada pengundi sebagai balasan mereka memberikan kemenangan semasa pilihanraya.Golongan ini tahu bahawa seseorang itu tidak akan menjadi Yang Berkhidmat sekiranya mereka kalah dan inilah antara tumpuan golongan pengundi muda semasa proses pilihanraya yang akan berlaku untuk melihat segala kriteria yang ada pada parti dan calon tersebut.Pengundi muda adalah penentu kepada kemenangan sesebuah parti dalam PRU13 kelak maka pihak yang bertanding mesti berhati2 dalam menabur janji dan dalam memilih calon mereka.
Tidak kira samada UMNO dan kompenannya mahupun PKR dan pakatannya kerana pilihanraya pada kali ini adalah penentu kepada parti yang bertanding disebabkan adanya pengundi muda yang sedang menunggu dan melihat akan segala2 yang parti2 yang bakal bertanding ini lakukan.Mereka tidak lagi boleh di tipu dengan sewenang2nya bahkan mereka pasti akan menghukum kelalaian dan kerakusan yang pada pandangan mereka akan merosakkan kehidupan yang semakin mencabar kepada mereka.Apapun saya mendoakan yang terbaik kepada parti keramat orang melayu iaitu UMNO untuk melihat dan berani melakukan perubahan khususnya dalam pemilihan calon demi kesinambungan kemenangan yang berterusan...wassalam